Bahagian 50

Short Story Series 13177

NOMBOR YANG ANDA HUBUNGI SEDANG SIBUK. SILA CUBA SEBENtar LAGI.

“Arghhhh”, Hisyam membalingkan telefonnya ke dinding. Berkali-kali dia cuba menghubungi Maria namun gagal. Maria menghilangkan diri sejak beberapa hari lepas. “Where are you Maria? I need you. Come back, please”, rintih Hisyam.

“Maafkan saya Encik Hisyam. Ada seseorang nak jumpa Encik. Kawan Encik katanya”, jelas Rita, setiausaha Hisyam.

“Panggil dia masuk”, arah Hisyam

“Hisyam, boleh aku.masuk?”, suara Hisyam di hujung pintu

“Masuk Is”, pelawa Hisyam.

“Kau nak apa datang pejabat aku ni?”, aju Hisyam bongkak

“Aku sebenarnya tak suka nak ikut masuk campur dalam rumah tangga orang ni tapi dah teruk si Isya tu aku tengok. Kau buat apa dekat dia Syam? Kau buat apa dekat anak-anak kau?, soal Is

“Wait. Aku buat apa? Aku tak buat apa-apa pun. Kau datang pejabat aku dengan soalan tak logik kau ni kenapa?”, bidas Hisyam

“Tak logik kau kata! Tak buat apa-apa? Kau tau tak anak kau dah takde. Anak kau meninggal dalam perut? Kau dah bunuh anak kau sendiri! Kau tau tak? Dhiah dekat hospital kau tau tak? Semalam anak kau dikebumikan kenapa kau tak datang?”, soal Is bertalu-talu.

Is masih berlagak biasa seolah-olah dia tidak pernah melakukan semua itu, “ anak aku? Jangan- jangan itu anak hasil dia menyundal dengan jantan lain dekat belakang aku. Perempuan macam tu kau rasa layak tak jadi isteri aku? Perempuan murah. Pelacur pun tak murah macam dia lah Is”

Mencerlung Is memandang Hisyam, “ Astaghfirullahalazim Hisyam! Kau sedar tak apa kau cakap ni? Kau sedar tak? Syaitan mana dah rasuk kau ni. Isya tu isteri kau. Tergamak kau kata dia perempuan murahan Syam. Dulu kau janji apa dengan ahli keluarga dia dan ahli keluarga arwah sahabat aku, Wafiq? Kau janji apa? Ye, kau janji nak jaga Isya dengan Dhiah sebaik mungkin. Kau janji kau takkan sakiti mereka. Kau janji kau akan sayang mereka melebihi nyawa kau. Mana janji kau? Dan sekarang ni kau sia-siakan Isya dan kau hampir bunuh anak-anak kau. Eh, silap. Bukan hampir tapi kau dah bunuh salah seorang dari mereka. Kau dah bunuh satu nyawa yang tidak berdosa Syam. Bertaubat Syam. Ingat Allah, kau dah jauh menyimpang ni”, panjang lebar ceramah Is.

Is masih mempamerkan riak biasa. Langsung tidak terkesan dihatinya. “ Kalau kau datang sini nak bagi nasihat dekat aku, tak payah Is. Tak payah sebab aku memang takkan jenguk Isya mahupun Dhiah dan juga budak yang ada dekat tanah tu. Baik kau balik kau jaga anak bini kau. Kau tak payah sibuk hal aku. Bagi aku dorang dah tak penting bagi aku Is. Aku hanya perlukan Maria. Maria je yang faham keadaan aku. Dah dah, kau pergi balik”

“Jadi punca kau berubah sampai tahap ni disebabkan Maria. Maria bekas tunang kau? Kau masih tak sedar ke Syam yang Maria tu nak hartakan kau je. Dia nak hancurkan kehidupan kau Syam. Aku tak sangka Syam kau tergamak buat macam ni dekat keluarga kau sendiri. Sejak Maria datang dalam hidup kau, aku hampir tak kenal kau Syam. Kau jauh berubah sampaikan kau sanggup membunuh darah daging kau. Takpelah Syam, satu hari nanti kau pasti akan cari Isya. Kau abaikan dia padahal dia sangat pedulikan kau. Isya yang jauh dari kata sempurna, tetap berusaha menjadi sempurna di depan mata kau. Dia selalu senyum bila kau sakiti dia. Sikitpun dia tak mengeluh. Dia selalu memaafkan semua kesilapan kau walaupun dia tahu kau akan ulangi semua kesilapan kau. Dia cintakan kau Syam tapi kau sia-siakannya. Satu hari nanti kau pasti akan sedar betapa berharganya dia saat kau hilang dia nanti. Kau masih ada waktu untuk meminta maaf Syam sebelum terlambat. Jangan sampai kau menyesal Syam. Waktu tu kau menangis air mata darah sekalipun, ianya takkan merubah apa-apa”, tegas Is sebelum berlalu pergi.

Merah muka Hisyam mendengar kata-kata Is. Dia kemudiannya tergelak, “ aku nak menyesal? Tak Is. Langsung tak! Sekarang aku ada Maria. Perempuan sundal dengan anak-anak dia boleh pergi mati”, sombong sungguh ayat Hisyam ketika ini. Langsung tidak sedar akan pahala dan dosa. Hati dan fikirannya benar-benar tertutup angkara bisikan syaitan. Dia lupa bahawa Allah itu Maha Adil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience