Bahagian 49

Short Story Series 13177

“Puan, ibu kepada jenazah bayi ini ye?”, soal ustaz yang menguruskan jenazah anakku. Aku mengganguk lemah disamping Iman. Air mata membasahi di pipi. Kesakitan selepas bersalin masih lagi terasa namun sakit kehilangan seoarang anak yang tidak berdosa lagi terkesan buat insan bergelar ibu seperti aku.

Aku mendekati jenazah anakku. Perlahan-lahan aku mengangkatnya kemudian mendukungnya. “Anak ibu sayang, ibu berdosa dekat kamu. Ibu rampas kebahagiaan yang sepatutnya jadi hak milik kamu kan? Maafkan semua kekhilafan ibu. Pergilah sayang. Ibu ikhlaskan pemergian kamu”, sebak hatiku ketika ini.

Aku meletakkan jenazah anakku dengan berhati-hati lalu menciumnya untuk kali terakhir sebelum urusan seterusnya dilakukan.
Iman mendapatkanku kemudian memelukku erat, “Iman, kesian anaknaku Man. Dia tak berdosa Man”, luahku hiba. “Isya, banyak-banyakkan bersabar. Kau tak salah. Bukan kau punca anak kau meninggal. Kau kena ingat Sya, Allah menguji hambanya itu sesuai dengan kemampuan seseorang. Allah sayang kau sebab tu dia uji kau macam ni”, pujuk Iman.

“Iman, Hisyam taak datang ke? Dia taknak jenguk anak dia buat kali terakhir? Abang, kenapa buat Isya macam ni? Kenapa buat anak-anak Isya? Mana janji abang dekat Isya? Kemana Hisyam yang selama ini? Kenapa perlu berubah?”, hatiku diasak pilu memikirkannya.

Jenazah anakku selamat dikebumikan usai asar tadi. Jika dulu aku kehilangan Farish dan Wafiq, kini aku kehilangan seorang lagi insan tersayang. Tetamu mula beransur pergi. Iman masih setia menemaniku.
“Man, aku nak melawat Dhiah Man. Kesian anak dara aku Man. Dia sorang-sorang dekat hospital. Aku nak jaga dia, nak peluk dia. Man kau tolong hantar aku Man, tolong”, rayuku kepada Iman.

“Tapi Sya kau kan baru lepas bersalin. Perlu berpantang. Aku boleh jaga Dhiah. Kau jangan risau. Is pun tak kisah”, pujuk Iman
“Betul Sya. Aku tak kisah kalau Iman nak jaga Dhiah dekat hospital tu. Kami faham keadaan kau”, sampuk Is. “Takpe Iman, Is. Aku kuat biar aku jaga anak aku. Aku taknak menyusahkan korang. Korang dah banyak tolong aku. Aku tak tau nak balas macam mana jasa korang dekat aku. Biarkan aku jaga Dhiah, Dhiah je yang aku ada sekarang ni”, balasku cuba meyakinkan mereka.

“Assalamualaikum”, sapa seseorang diluar.

“Waalaikumsalam”, jawab kami serentak

Aku lihat ibu, abah, mak dan ayah Wafiq datang.
Aku mendapatkan mereka lalu menyalam tangan mereka seorang demi seorang.
“Isya, kamu macam mana sayang?”, soal Mak Wafiq. Aku cuba senyum semampuku. “Isya ok Mak tapi”, belum sempat aku menghabiskan ayatku kolam mataku pecah lagi.

Mak Wafiq dan ibu memelukku erat. “Isya jangan macam ni nak. Kami semua dah dengar penjelasan dari Iman. Kamu tak salah sayang. Dah takdir hidup anak kamu untuk pergi dalam keadaan macam tu. Kamu harus bersyukur. Itu anak syurga kamu. Dia mendoakan kamu dari Syurga. Banyakkan berdoa. Kami semua ada untuk kamu. Anak kamu Dhiah dekat hospital masih perlukan kamu. Kalau kamu lemah macam ni susah Sya. Kesiankan Dhiah Sya. Dia masih perlukan kamu”, pesan ibu.

“Allah, aku terlalu membiarkan diriku terlemas jauh dalam kesedihan sehingga aku lupa Dhiah juga memerlukan aku. Dhiah anak ibu, maafkan ibu sayang. Ibu lupakan kamu. Maafkan ibu. Maafkan ibu”, luahku sayu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience