Bahagian 25

Short Story Series 13177

Tiga hari Dhiah demam. Selama tiga hari itulah aku menjaganya dengan rapi tidak mahu sakitnya bertambah teruk. Tengah hari itu ketika aku mengemas buku-buku di dalam biliknya dia menegur. "Ibu, jom kita keluar. Dhiah dah lama tak keluar dengan ibu. Ibu selalu busy. Jomlah bu", katanya. Aku menunduk kemudia memegang kedua pipinya "anak ibu dah sihat ke? Tak sakit lagi?", soalku. Dia senyum pantas menggeleng. Alhamdulillah, Dhiah beransur pulih.

Selesai sahaja mengemas, aku dan Dhiah bersiap. Aku lihat kegembiraan yang terpampang jelas diwajahnya. Aku membawanya keluar berjalan, membeli mainan, makan dan banyak lagi. Sedang kami berdua makan, tiba-tiba satu suara menyapaku. "Assalamualaikum, Sya. Kau buat apa sini?", soalnya. Belum sempat aku jawab dia kemudian berbual dengan Dhiah "hello sweetie, nama apa ni? Nama uncle Hisyam", sapanya lembut.

Dhiah senyum pantas menjawab "hai uncle Hisyam. Nama saya Ainul Mardhiah", kemudia dia sambung menyuap makanan ke dalam mulutnya. Dia memandangku "Sya, if you don't mind, boleh aku ikut korang? Aku pun tengah bosan ni. Lagipun anak kau comel, muka dia macam kau. Boleh ye?", rayunya. Aku terdiam sebentar kemudian aku bertanya kepada Dhiah " sayang, uncle ni nak ikut kita jalan-jalan boleh tak?", soalku. Dhiah cuma menggangguk kemudian ketawa. Aku akhirnya mengangguk sahaja. Lagipun Hisyam kawan lama aku.

Sehari suntuk kami berjalan bersama. Membeli mainan, makan, tengok wayang, ke taman permainan dan bermacam-macam lagi. Aku lakukan itu demi kepuasan Dhiah. Hisyam sempat meghadiahkan Dhiah sebuah patung beruang sebagai kenangan katanya. Aku senyum sahaja kemudian mengucapkan terima kasih atas hadiah tersebut.

Kini, Dhiah dan Hisyam semakin rapat. Selalu sahaja membelikan hadiah untuk Dhiah. Dhiah memang suka apabila orang memberikan dia hadiah tapi aku kurang senang dengan kebaikan yang ditunjukkan Hisyam atas alasan tidak mahu terhutang budi. Orang kata hutang budi dibawa mati. Hisyam selalu mengajak aku dan Dhiah makan diluar, shopping, membeli itu ini kadang-kadang membawa kami pergi bercuti. Bahkan, bila dia terpaksa berurusan ke luar negara, ada sahaja hadiah yang dibawanya untuk kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience