Bahagian 41

Short Story Series 13177

Butang hantar di telefon ditekan Maria. "Sent sucessfully". Maria tersenyum girang. "Isya, Hisyam, Dhiah, aku akan pastikan korang semua menderita. Aku akan pastikan Hisyam membenci kamu anak-beranak, dan aku akan pastikan Hisyam sendiri yang bunuh anak dalam perut kau Isya. Itu janji aku", gelak Maria.

Sementara itu, Hisyam duduk di sebuah kafe bersendirian. Kusut fikirannya ketika itu. Tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Hisyam membuka mesej yang diterimanya tadi. Kelihatan beberapa keping gambar mesra Isya bersama seorang lelaki. "Kau memang binatang Isya. Dasar betina sundal. Kau tunggu nasib kau dekat rumah nanti. Kau tunggu", dengus Hisyam. Dia mencapai kunci keretanya kemudian beredar dari situ.

Aku dah Dhiah akhirnya sampai dirumah. Dhiah tertidur kepenatan. Aku angkat Dhiah kemudian aku letakkan dia di bilik tidurnya. Aku segera ke dapur untuk memasak. Risau jika Hisyam pulang sebentar lagi.

Selesai berperang didapur, aku duduk diruang tamu dan akhirnya terlelap.

"Assalamualaikum, isteri abang", sapa seseorang. Itu Wafiq. Aku kenal dia. "Abang. Abang ke tu?", balasku. "Isya bahagia sekarang? Abang tahu Isya bahagia dengan Hisyam. Abang cuma rindukan Isya dan anak kita Dhiah. Jaga Dhiah elok-elok ye sayang, dan juga anak dalam kandungan Isya ni. Abang dan Farish sentiasa mendoakan kesejahteraan Isya, Dhiah dan juga anak dalam kandungan Isya ni", kata Wafiq dan kemudian berlalu pergi.
Aku terjaga. Ada sisa air mata di pipiku "terima kasih abang. Isya pun rindukan abang", ucapku didalam hati.

Aku dengar bunyi kereta Hisyam diluar. Aku cuba mendapatkannya kemudian menyalamnya. "Abang dari mana? Tadi Isya keluar dengan Dhiah pergi belanja kejap. Dhiah merajuk dengan abang tu", sapaku.

Hisyam meluru kedapur kemudian duduk di meja makan. "Siapkan makanan cepat, aku nak makan. Lapar", ucapnya tersenyum-senyum menghadap telefon. Aku menyediakan hidangan diatas meja lantas aku kautkan nasi beserta lauk untuknya. Hisyam menyuapkan nasi kedalam mulutnya. Sebaik sahaja suapan kedua masuk ke dalam mulutnya, dia meludah keluar semua makanan tersebut. "Kau masak apa ni? Tak sedap langsung. Kau nak bagi aku mati ke hah betina? Sial. Tak sedar diuntung", Hisyam menyinga. Dia berdiri kemudian diambilnya segenggam nasi dari pinggannya lalu disumbatnya ke dalam mulutku. "Kau rasa makanan-makanan sampah ni. Kau rasa. Macam ni ke kau bagi makan suami kau yang dah mati tu dulu? Patutlah dia mampus cepat. Agaknya kau yang bunuh suami kau tu. Ye tak? Dah kau bunuh dia kau nak bunuh aku juga? Supaya senang kau nak menggatal dengan jantan lain kan Isya Irdina. Tersentap aku dengan tuduhan yang diberikan Hisyam. "Astaghfirullahhalazim, abang. Jangan kata Isya macam tu. Arwah abang Wafiq pergi sebab kemalangan. Isya tak bunuh dia. Tak. Isya tak menggatal abang, jangan tuduh Isya macam tu", rayuku sambil membersihkan sisa-sisa nasi yang tertinggal di pipiku. Pipiku terasa perit akibat cengkaman kuat dari Hisyam. "Dah lah Isya. Aku tahu permainan kau. Pandai kau berlakon ye Isya. Hebat", ucapnya sebelum berlalu pergi.

Terjelepok aku dilantai bila mendengar tuduhan tidak berasas dari Hisyam. Tiba-tiba ada tangan kecil memelukku erat dari belakang. "Ibu, ibu sakit ye? Nanti Dhiah letakkan ubat ye. Kenapa abah buat macam tu dekat ibu? Dia tak sayang ibu dah ke? Dhiah tak suka abah buat ibu macam tu. Kalau abah tak suka Dhiah pun jangan lukakan perasaan ibu Dhiah. Kesian ibu Dhiah", luah Dhiah ikhlas. Berulang kali diciumnya pipiku yang terasa perit tadi. Aku memeluknya kembali, " tak sayang. Ibu tak sakit", ucapku menahan air mata dari terus jatuh mencurah.

Selesai solat, aku menadahkan tangan meminta dariNya. "Ya Allah Ya tuhanku, kau ampunilah dosaku, dosa arwah Wafiq, dosa suamiku, Hisyam dan dosa orang tua-tua kami Ya Allah. Kau jadikanlah aku hambamu ya g sentiasa bersabar dalam apa jua dugaanmu. Jika ini memang yang terbaik untuk hambamu yang lemah ini, jadikan aku setabah-tabah wanita Ya Allah. Berikanlah kekuatan dan kesabaran untuk apa jua dugaan yang Kau berikan kepadaku. Aaminn Ya Rabbal Alaminn". Hampir sejam berteleku di atas sejadah memohon petunjuk dan redha Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience