"Terima kasih kerana pernah bekerjasama dengan kami. In Shaa Allah esok kami akan bertolak ke luar negara", ucap Encik Khairul.
"Sepatutnya pihak kami yang ucapkan jutaan terima kasih dekat Encik Khairul dan Puan Maisa kerana sudi bekerjasama dengan kami. Semoga Encik Khairul dan Puan Maisa berjaya diluar sana", balas Iman. "Semoga urusan Encik Khairul dan Puan Maisa dipermudahkan. Sampaiakan salam saya buat Puan Maisa ye", aku senyum.
Sementara itu, Hisyam beberapa kali cuba mendail Maria, namun panggilannya tidak berjawab, "where are you Maria?", hatinya resah. Hampir berpuluh kali Hisyam mendail Maria tetapi tidak berjaya. Hisyam membawa dirinya ke sebuah restoran mewah untuk menenangkan fikiran. Baru sahaja hendak duduk, dia terpandang Isya. Isya, Iman dan lelaki yang selalu Hisyam lihat bersama Isya. Hisyam panas hati melihat adegan yang berlaku di hadapan matanya. Jika diikutkan hatinya yang panas membara ketika itu, mahu sahaja diserangnya Isya disitu.
Hisyam keluar dari restoran tersebut dan pulang ke rumah. Hisyam menanti Isya dirumah.
"Abah, jom temankan Dhiah main dekat taman", ajak Dhiah sambil memeluk pinggang Hisyam. "Aku penat Dhiah. Lain kali je", tegas Hisyam. "Alah abah ni, banyak alasan lah. Jom lah abah. Kejap je", rengek Dhiah.
"Kau dengan ibu kau memang suka menyusahkan aku kan?", herdik Hisyam. "Kau pergi main sorang-sorang dalam bilik kau. Semaklah tengok muka kau dekat sini", dengus Hisyam lagi. Hatinya yang sudah memang panas menjadi lagi panas dengan perangai Dhiah. Dhiah mencebik dan kemudian berlalu ke biliknya.
"Memandangkan rumah kau dengan rumah aku sehala, aku hantar je lah kau balik. Biar je kereta kau dekat butik", kata Iman.
"Haa baguslah Iman. Aku pun malas nak memandu. Aku macam rasa tak sedap hati lah. Aku tak tahu lah", keluhku.
Iman pelik memandangku " jangang fikir bukan-bukan lah Sya. In Shaa Allah takde apa-apa lah. Don't worry ok?", Iman cuba menenangkan ku. Aku mengangguk.
"Ok dah sampai rumah kau", kata Iman. "Ok Man. Aku masuk dulu", balasku acuh tak acuh.
"Jumpa esok. Pelukkan Dhiah buat aku", kata Iman lagi sebelum keretanya meluncur laju hilang dari pandangan mata.
Aku menjenguk Dhiah dibiliknya. Aku lihat Dhiah tidur lena diatas katilnya bertemankan anak patung beruangnya. Aku mencium dahinya, Dhiah, ibu sayang Dhiah. Dhiah kuat bersama-sama ibu dan adik dalam perut ibu ni", setitis air mataku mengalir dipipi. Tiba-tiba aku teringatkan arwah Wafiq, "abang, Sya rindu abang", ujarku menahan sebak.
Aku berlalu ke bilikku. Megambil wudhu dan kemudian menunaikan solat. Diakhir solatku aku memanjatkan doa. "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari keluh kesah dan rasa sedih, dan juga kelemahan serta kemalasan, dari sifat bakhil dan penakut. Dari cemgkaman hutang dan lelaki-lelaki yang menindasku".
Share this novel