Bahagian 46

Short Story Series 13181

" kekasih, tulis namaku. Di dalam diari hatimu", Iman menyanyi riang. Tiba-tiba Iman terpandang telefon bimbit Isya di kerusi tempat duduk penumpang bersebelahan dengannya.

"Eh, ini bukan ke telefon Isya ke? Budak bertuah ni, selalu macam ni. Kalau ikutkan hati aku, nak je aku jual telefon dia ni. Ada juga duit makan", Iman membebel sendirian.

"Aku kena pulangkan balik telefon ni dekat dia. Mesti dia tercari-cari telefon", Iman memandu keretanya kembali ke rumah Isya.

5 minit kemudian, Iman tiba dirumah Isya. "Assalamualaikum Isya. Aku datang balik ni nak pulangkan telefon kau ni. Kau tertinggal dalam kereta aku tadi", Iman memberi salam.

Iman memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah Isya. Iman berasa hairan kerana pintu rumah Isya langsung tidak berkunci.

"Isya, aku masuk ni. Kau dekat mana?", soal Iman lagi.

"Kau keluar", teriak satu suara.

Terkejut Iman saat mendengar teriakan yang datang dari sebuah bilik. Iman bergegas mendapatkan suara itu. Dia menolak pintu bilik. Terkejut dia melihat kejadian yang berlaku didepan matanya.

"Astaghfirullahhalazim Hisyam. Kau buat apa ni?", jerit Iman.

"Kau tanya betina sundal ni kenapa!", jawab Hisyam berang.

Iman mendapatkan aku, " apa dah jadi ni Isya?", soal Iman

"Man tolong Dhiah Man. Tolong anak aku. Dia sakit. Kepala dia keluar banyak darah terkena bucu katil", rayuku.

Iman memandang Hisyam, "kau buat apa dekat anak dengan isteri kau? Sampai hati kau kan Hisyam? Ni anak -anak kau tau tak? Jantan dayus. Kau keluar. Aku kata kau keluar. Kalau tak aku panggil polis", marahku.

Kau tak payahlah nak halau aku Iman. Aku memang nak keluar dengan Maria nanti. Oh ya, nanti kau tolong bawa betina sundal ni dengan anak-anak dia berambus dari rumah aku ye. Aku ni bukan apa, aku taknak sial dia melekat dekat rumah aku. Maklumlah dia ni perempuan pembawa sial", Hisyam senyum sinis.

"Aku tak nak bertekak dengan kau Hisyam. Tak selamanya kau ada dekat atas. Aku akan pastikan kau melutut depan Isya dan anak-anak kau. Kau tunggu nasib kau", amuk Iman.

Iman mendukung Dhiah masuk ke dalam keretanya, kemudian dia mendapatkanku semula. Dia memapahku ke keretanya.

"Sakit Man, aku tak tahan. Tolong aku Man. Tolong anak-anak aku. Anak-anak aku sakit", rayuku di dalam kesakitan.

"Sabar Sya. Aku bawa kau dengan anak-anak kau ke hospital", balas Iman.

Dhiah terbaring di kerusi belakang kereta Iman sementara aku duduk di hadapan, bersebelahan dengan Iman sambil menahan sakit. Tiba-tiba aku rasa ada cecair keluar membasahi seluarku. Perutku semakin sakit. Aku mencengkam bahu Iman.

"Astaghfirullahhalazim, Isya darah", Iman gelabah

"Cepat Man, sakit. Selamatkan anak-anak aku Man", rayuku lagi.

Iman mempercepatkan pemanduannya dan akhirnya tiba di hosital. Aku dan Dhiah diletakkan di atas katil yang berlainan. Aku sempat mencapai tangan Dhiah.

"Dhiah anak ibu sayang. Dhiah kena kuat. Dhiah tunggu ibu ye. Nanti ibu datang tempat Dhiah. Kesian anak ibu sakit", tangisku menahan sakit.

"In Shaa Allah Dhiah kuat Sya. Aku pergi temankan Dhiah dulu. Nanti aku jenguk kau", Iman memujukku.

Aku ditolak le bahagian barsalin. Kesakitan semakin terasa di perutku Doktor memeriksa kandunganku. Selesai memeriksa, doktor memandangku kemudian menggeleng kepala.

"Maafkan pihak kami Puan. Kandungan Puan tidak dapat diselamatkan. Bayi Puan meninggal di dalam perut akibat hentakan yang amat kuat? Puan kena pukul ye?", duga doktor muda itu.

Aku tidak mampu berkata apa-apa melainkan menagis.

"Kami sarankan agar Puan melahirkan dengan kadar segera. Takziah kami ucapkan", tambah doktor tersebut sebelum berlalu pergi.

Ibarat jatub ditimpa tangga, begitulah nasi diriku ketika ini. Selepas Farish dan Wafiq, kini aku kehilangan satu lagi nyawa yang tidak berdosa. Air mata membasahi pipi. Mengapa nasibku harus seperti ini? Benarkah apa yang Hisyam katakan? Aku perempuan sial? Pembawa sial?
" Ya Allah, mengapa sebesar ini dugaanMu buat diriku", rintihku di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience