Bahagian 33

Short Story Series 13177

"So Maria, kenalkan isteri I, Isya Irdina dan yang kecil molek ni, anak I Ainul Mardhiah and sorang lagi ada dalam perut isteri I", Hisyam memeperkenalkan aku kepada Maria. Malam itu, Hisyam mengajak aku makan malam diluar sekaligus berkenalan dengan Maria. Tidak ada yang pelik bagi aku kerana menganggap Maria sangat memerlukan bantuan disaat ini. "Hai Isya, I Maria kawan Hisyam", Maria memperkenalkan dirinya. Maria, gadis muka berdarah kacukan ini sememangnya cantik dan menawan. Aku senyum dan mengangguk.

"sebenarnya Isya, I nak minta maaf dekat you dan Hisyam. I banyak menyusahkan dia. I takde siapa-siapa dalam dunia ni. I cuma anggap Hisyam sebagai kawan I dan tak lebih dari itu. You janganlah anggap yang tak baik dekat Hisyam ye", ujar Maria berpura-pura baik. "Eh, takpe Maria. Saya tak kisah. Saya tahu Hisyam bantu awak. Lagipun awak dah lama berkawan dengan dia. Saya tumpang bersedih atas kehilangan anak awak. Saya faham perasaan awak sebab saya pernah kehilangan. Bukan seorang tapi dua, arwah suami pertama saya dan arwah anak saya. Saya harap awak tabah ye", ucapku ikhlas. Maria senyum dan mengangguk. Kami berbual dan mengenali antara satu sama lain. Sebelum balik, kami menghantar Maria kerumahnya yang berada tidak jauh dari kawasan perumahan kami.

"Isya Irdina, isteri kesayangan Hisyam. Isya, Isya, Isya. Kebahagiaan kau takkan lama Sya. Aku akan pastikan Hisyam membenci kau dan anak-anak kau. Sedangkan anak aku, aku sanggup bunuh, apa lagi kau Sya. Kau dengan aku jauh beza, jauh. Hisyam akan jadi milik aku dan kau akan jadi sampah Sya. Sampah", gelak Maria sebelum memasuki rumahnya.

Maria mencapai telefon didalam begnya kemudian mendail Sally. "Hello darling. I ada benda nak cakap dekat you. I dah gugurkan kandungan I and misi I untuk dapatkan Hisyam hampir berjaya", gelaknya didalam telefon. "Really? You ambil pil ye? Sakit tak? Sebenarnya I sejak kebelakangan ni rasa tak sedap badan. Takut juga kalau I mengandung. I ingat kalau I mengandung, I nak ambil pil jugalah. I taknak lah jadi mommy muda-muda lagi. I nak enjoy. Banyak benda lagi I boleh buat selain menjadi mommy.", balas Sally. Mereka berdua bergelak ketawa didalam telefon. Mereka jauh tersasar dari ajaran agama yang sebenarnya sehingga sanggup membunuh nyawa yang tidak berdosa.

Ketika dalam perjalanan balik kerumah aku berbual dengan Hisyam "Maria, cantik orangya abang. Mudah-mudahan dia berubah ye abang. Tak buat kerja-kerja terkutuk lagi", kataku. Hisyam mengangguk sahaja. Aku tahu dia mengantuk. Aku lihat Dhiah sudah terlena di kerusi belakang kereta. Tesenyum sendiri aku melihat gelagat insan-insan yang aku sayangi ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience