Bahagian 54

Short Story Series 13177

Nurse, saya cari pesakit nama Hisyam Bin Razali. Ada tak?”, soal Is sebaik sahaja tiba di kecemasan.

“Sebentar saya cari ye Encik”, jawab salah seorang jururawat disitu.

Is mengannguk.

“ Hisyam Bin Razali ada di Zon Merah Encik. Beliau dalam keadaan kritikal sekarang ni”

“Terima kasih nurse”

Is lantas menggapai tangan Iman kemudian membawanya menuju ke tempat yang telah disebutkan oleh jururawat tadi.

 

Sebaik sahaja tiba di tempat tersebut, Doktor yang merawat Hisyam memanggil Is dan Iman.

“Maaf Encik, kalua boleh saya tahu Encik dan Cik ni siapa ye?’, soal doctor muda tersebut

“Saya kawan dia. Dia ada isteri tapi isteri dia jaga anak dia dekat Icu. Yang ni isteri saya”

Doktor itu tersenyum.

“Baiklah. Macam ni ye, kami memerlukan persetujuan Encik untuk membuat pembedahan ke atas beliau. Kami terpaksa memotong kedua kaki beliau dan juga membuang darah beku di dalam otak beliau. Impak daripada kemalangan tadi menyebabkan beliau di dalam keadaan sangat kritikal. Pemebdahan mesti dilakukan secepatnya.

Is meraup wajhanya perlahan-lahan.

“Buat tapa saja doktor asalkan kawan saya selamat”

“Baik. Encik boleh ikut saya untuk menandatangani beberapa boring kebenaran untuk pembedahan”

 

“Abang, kuatnya dugaan hidup Isya. Dulu arwah Farish. Tak lama lepas tu arwah Wafiq. Sekarang anak-anak dia dan suami dia”, Iman mengeluh perlahan.

 

Setelah 8 jam berlalu, kelihatan beberapa orang doktor bedah keluar dari dewan bedah. Is dan Iman berdiri dari tempat duduk mereka kemudian mendapatkan doktor tersebut.

“doktor, macam mana keadaan kawan saya?’

Doktor tersebut tersenyum, “ kawan awak selamat. Kami Berjaya membuang darah beku di dalam otak beliau dan memotong kedua belah kaki beliau. Tapi buat masa ni saya akan letakkan beliau di unit rawatan rapi untuk pemantauan 24 jam”, terang doktor tersebut

“Terima kasih doktor”

“Iman pergi jumpa Sya ceritakan keadaan Hisyam sekarang. Nanti abang naik. Abang nak uruskan Hisyam kejap.

“Iman pergi dulu abang”, pinta Iman seraya beredar dari situ.

 

Sementara itu, selesai sahaja aku berwudhu aku menyegerakan solatku.

“Ya Allah Ya Tuhanku, Yang Maha penyayang lagi Maha Pengasih, ampunilah dosaku, dosa suamiku, dosa ibu bapaku Ya Allah. Kau berikanlah kecekalan dan ketabahan buat kami untuk menepuh segala ujian yang Kau berikan. Ya Allah, permudahkanlah urusan anakku dan juga suamiku Ya Allah. Berikan mereka kesembuhan Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha penyayang lagi Maha Pengasih. Amminn Ya Rabbal Alamin”

“Assalamualaikum Sya. Boleh aku masuk?”, pinta Iman di pintu “Waalakumsalam Man. Masuklah.”, jawabku lalu melipat sejadah dan juga kain telekungku.

“Sya. Aku nak bagitahu pasal keadaan Hisyam ni. Dia kritikal Sya. Baru lepas buat pembedahan. Kedua belah kaki dia kena potong dan dekat kepala dia ada pendarahan. Doktor tempatkan dia di Unit Rawatan Rapi untuk pemantauan lebih kerap”

“Alhamdulillah kalau dia selamat. Semoga Allah permudahkan urusannya”

Aku hanya senyum hambar.

“Kau taknak melawat dia Sya?”, soal Iman tiba-tiba

aku berganjak kearah tingkap. Dari tingkap itu, pandanganku aku tebarkan keluar, jauh kearah jalan raya yang sibuk. Ditengah-tengah kekalutan itu, hatiku bagaikan menjerit, seolah-olah bergema dan sahut-sahutan melayang-layang, meneroka jauh ke detik-detik di suatu silam itu.

“Perempuan macam kau tak layak jadi isteri aku. Perempuan jalang macam kau aku jumpa bersepah dekat belakang Lorong. Tak ubah macam pelacur murahan. Aku tak tahulah kenapa malang sangat nasib aku kena kahwin dengan kau. Kau tu pembawa sial dalam hidup aku. Tak ada makna dalam hidup aku.”

Air mata mengalir lagi. nada yang dikeluarkan Hisyam ketika itu cukup menikam jantungku.

“Aku jijik dengan muka kau. Balik rumah kena hadap muka kau, aku dah muak. Kau dengan anak-anak kau boleh berambus”

Sungguh ketika itu rasa pilu mencuck-cucuk tangkai hatiku dan sehingga kini, rasanya masih mengalir darah-darah kepedihan di parut luka hatiku.

“Aku tahu Sya kau terluka. Aku tahu kau keadaan kau sekarang ni. Aku nampak apa yang Hisyam buat dekat kau dan anak-anak kau tapi dia masih suami kau Sya. Syurga kau masih dekat bawah tapak kaki dia”

Aku memandang Iman.

“Syurga bawah tapak kaki dia kau kata Man? Lelaki macam tu layakkah kau cakap macam tu. Dia dah bunuh anak aku Man. Dia buat anak-anak aku. Mana Hisyam yang aku kenal sebelum ni? Mana Hisyam yang janji dengan aku akan jaga aku dengan anak-anak aku sampai akhir hayat dia? Dia dah jauh tersesat Man sampaikan aku takt ahu siapa diri dia saat ini.”, aku mengesat air mata yang membasahi pipi.

“Mungkin ini balasan buat dia atas segala perbuatan dia dekat aku dengan anak-anak aku Man. Allah tu Maha Adil Man. Mungkin ini sahaja cara yang boleh buat dia kembali ke pangkal jalan”

Iman mengusap perlahan bahuku cuba menenangkan aku.

“Dah Sya. Aku takkan paksa kau untuk melawat dia. Take your time. Jangan risau aku sentiasa ada untuk kau bila kau perlukan aku. Ok?”

“Terima kasih Iman”, pantas aku memeluknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience