Bahagian 9

Short Story Series 13177

Bahagian 9

Kami tiba di shopping mall tengah hari itu. Selesai mendapat parking, kami terus meluru ke kedai buku. Teruja aku bila melihat buku-buku dan pen di dalam kedai. Gembira tak terkata.

Tengah kusyuk memilih buku yang aku nak, tiba-tiba aku terlanggar seseorang. "Aduh, maaf Encik, maaf saya tak sengaja", kataku sambil mengutip buku-buku yang terjatuh dari pegangan ku tadi. "Takpe, saya pun silap. Saya minta maaf juga ye", luahnya

Selesai mengutip buku-buku yang jatuh tadi, aku bangun cuba melihat siapakah gerangannya. Terkejut aku bila melihat si empunya diri. Kawan sekolah aku dulu, Hisyam. "Hisyam, is that you?", soalku kepadanya meminta kepastian. "Yups. Saya Hisyam. Do I know you miss?", jawabnya tergagap-gagap. Tersenyum aku mendengar jawapannya. "Hello mamat bertuah. Ini akulah, Isya. Isya Irdina Bte Irfan. Kawan kau bergaduh dekat sekolah dulu". "Isya pendek? Wei pendek, lama aku cari kau. Mana menghilang. Lepas je tamat sekolah aku dah lost contact dengan kau. Teruklah kau. Tukar nombor taknak cakap dekat aku and look at you know bro. Dah tinggi. You're not bro anymore Sya. You're totally changed, dah jadi sis", luahnya sambil ketawa besar.

"Kurang ajar punya mamat bertuah. Aku dah tinggilah Syam biarpun masih tidak mampu menandingi ketinggian kau. Yelah dulu dekat sekolah kau kan lelaki paling tinggi dan paling hot sampaikan budak perempuan cemburu dengan aku sebab kau rapat dengan aku", bidasku kembali. Tidak mahu kalah dengannya

"Eh, sorry Sya. Aku ada hal ni. Ada masa boleh lah lepak sama kan? Nah ambil ni kad aku. Nanti call aku tau. Aku pergi dulu. Bye pendek", Hisyam berlalu pergi. Tiba-tiba ada tangan yang melingkar di pinggangku dan dia adalah Wafiq. Entah dari mana dia muncul. "Dah jumpa apa yang sayang nak? Ermm tu kad apa?", soalnya. "Dah jumpa. Oh, ini kad kawan sekolah Sya. Tadi terserempak dekat sini tapi dia dah balik ada hal katanya. Kalau tak boleh Sya kenalkan abang dengan dia", gembira aku bercerita.

"Ohh kawan sekolah? Hensem? Dah kawin? Kenapa dia bagi kad dekat Isya?", soalan yang berbaur cemburu. Ketawa aku melihat gelagat Wafiq. Dia cemburu. Wafiq berlalu pergi dengan muncung panjang sedepa. Aku tahu dia cemburu dan merajuk. Wafiq tak banyak bercakap sejak dari tadi. Masam sahaja mukanya. Kami dalam perjalanan balik ke rumah setelah selesai membeli apa yang patut.

"Abang merajuk dengan Isya ye? Abang dia tu kawan Isya. Kawan lama Isya. Dah lama tak jumpa. Isya ada abang je dalam hati ni takde orang lain. Janganlah macam ni. Tak baik tau merajuk dengan isteri", aku cuba memujuknya. Namun masih tiada respon. "Abang, Isya minta maaf. Bukan niat Isya nak buat abang cemburu. Kebetulan Isya terlanggar dia. Isya takde niat lain. Kalau Isya nak jumpa dia sekalipun, Isya nak bawa abang. Isya tak pergi sorang. Janganlah macam ni abang. Ada 3 lelaki je dalam hati Isya ni. Abah, abang dan arwah anak kita,Farish.", hampir menangis aku bila teringat arwah.

Akhirnya, Wafiq memberikan respon yang positif. Dia memegang tanganku lalu menyapu air mata di pipiku. "Abang minta maaf sayang. Abang tak dapat kawal cemburu abang tadi. Abang takut kehilangan Isya. Abang sayangkan Isya dunia akhirat. Jangan menangis sayang. Abang minta maaf ye. Please", rayunya. Aku tersenyum dengan karenah Wafiq. Ya Allah biarkan kami terus bahagia seperti ini. Aamin. Doaku di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience