Bahagian 48

Short Story Series 13177

"Iman, kenapa ni sayang? Kenapa sampai abang nak ke hospital ni? Iman sakit ke? ", soal Is sebaik sahaja dia mendapatkan Iman

"Abang, Iman sihat, Iman tak sakit. Yang sakit tu Isya dengan anak dia, Dhiah", jelas Iman

"Isya dengan Dhiah? Ya Allah. Isya dengan Dhiah kemalangan ke? ", soal Is lagi

"Bukan abang, bukan. Isya keguguran. Dhiah ada dalam unit rawatan rapi (ICU). Ni semua sebab Hisyam. Kalau dia bertindak guna otak, semua ni tak jadi. Jantan dayus", air mata mula memenuhi kelopak mata Iman.

"Sayang, sabar. Cerita dekat abang apa sebenarnya yang dah berlaku? Kenapa Hisyam? Dia buat apa?", Is memujuk Iman.

Iman mengesat air mata dipipinya, " Hisyam pukul Isya. Hisyam tolak Dhiah sampai kepala budak tu cedera. Dia pijak Isya. Dia kejam abang. Sampai hati dia buat macam tu dekat kawan Iman. Mana pergi kasih sayang dia buat Isya dengan Dhiah abang. Kenapa dia berperangai shaitan? "

"Dah sayang. Jangan macam ni. Jom kita balik dulu. Esok pagi kita datang melawat ye. Iman rehat dulu dekat rumah", Is memujuk Iman pulang ke rumah. Iman hanya menurut.

Sementara itu, Hisyam duduk dirumah dengan keadaan mabuk. "Aku dah kata Isya. Kau jangan berani cabar aku. Jangan. Tapi kau degil, kau cabar aku. Hey, ini Hisyam lah. Pantang dicabar. Sekarang aku cuma nak kau mampus dengan anak-anak kau. Perempuan tak sedar diuntung. Aku cukup sayangkan kau dengan anak kau, tapi kau sibuk menggatal dengan jantan lain diluar. Rasakan Isya. Baik kau mampus macam Wafiq tu je. Senang hidup aku", gelak Hisyam sendiri.

"Nurse, tolong saya. Sakit", raungku. Ya, aku sepertinya mahu bersalin. Aku berteriak memanggil jururawat.

"Sabar Puan. Kita tolong Puan ye. Keluarga Puan takde?", soal jururawat tersebut. Aku menggeleng sambil menahan kesakitan.

Pagi itu, aku melahirkan seorang bayi lelaki comel. Mukanya saling tak tumpah seperti mukaku. Tapi aku hanya melahirkan seorang bayi yang tidak lagi bernyawa. Tiada tangisan yang aku dengar. Semuanya sunyi dan sepi.

"Maaf Puan, kami perlu selesaikan jenazah anak puan sebelum pihak Puan dibenarkan untuk membawanya balik. Takziah kami ucapkan" kata doktor tersebut sebaik sahaja aku berjaya melahirkan.

"Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui. Berikanlah aku kekuatan demi menempuhi setiap dugaanMu", doaku didalam hati.

Tengah hari itu, Iman melawatku. "Isya kau macam mana? Doktor dah jelaskan dekat aku yang kau dah bersalin tadi pagi. Lepas ni kau kena berpantang. Semua keluarga kau aku dah hubungi. Takziah Sya", Iman menahan sebak.

"Anak aku dah takde Man. Dia dah tinggalkan aku. Kenapa dia buat aku macam tu. Kenapa dia bunuh anak aku? Mana sifat keperimanusiaan dia? Allah", aku memeluk Iman.

"Dah Sya. Taknak sedih. Kau dah boleh balik harini kan? Nanti aku bawa kau jumpa Dhiah ye. Aku tak sampai hati nak cakap dekat kau keadaan Dhiah. Ada baiknya kau lihat dia sendiri nanti. Jenazah anak kau nanti suami aku akan tolong uruskan. Kita kebumikan dia secepat mungkin. ", jelas Iman lagi.

Petang itu, aku dibenarkan balik. Sebelum balik aku melawat Dhiah di unit rawatan rapi. Sebaik sahaja aku mendapatkan Dhiah, aku memeluk dan menciumnya. Sungguh aku lemah melihat keadaan anak sekecil Dhiah yang tidak berdosa menerima semua kesakitan seperti itu. "Dhiah, ibu datang sayang. Ibu datang melawat Dhiah. Bangunlah. Dhiah kan kuat. Bangun sayang", air mata jatuh dipipi.

"Isya, kita balik ye. Kita uruskan jenazah anak kau. Nanti semua dah selesai kita balik semula sini. Dekat sini ada doktor dan nurse yang jaga anak kau 24 jam. Jangan risau ye", pujuk Iman.

Aku mengangguk lemah. "Dhiah, ibu pulang kejap ye. Nak urus adik Dhiah. Nanti semua dah selesai ibu datang jaga Dhiah ye", aku mencium Dhiah sebelum pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience