Bahagian 11

Short Story Series 13181

Bahagian 11

"Sayang bangun. Macam mana boleh jadi macam ni? Tadi abang balik panggil sayang tapi sayang tak menyahut pun. Abang nampak Sya dekat sini pengsan dengan muka tahan sakit. Jom kita pergi klinik", luah Wafiq risau.

Aku bersetuju sahaja dengan cadangan Wafiq memandangkan aku sendiri pun tak sedap badan. Wafiq membawa aku ke klinik yang berdekatan. Aku lihat kerisauan di wajahnya.

"Tahniah Puan, Encik. Kandungan Puan dan masuk 2 minggu. Banyakkan berehat, jangan stress dan yang paling penting makan makanan yang sihat. Tahniah sekali lagi", ucap Doktor wanita itu.

"Syukur Alhamdulillah sayang. Abang tak tahu nak cakap apa. Ya Allah terima kasih. Isya lepas ni jangan buat kerja banyak sangat ye sayang. Abang taknak Isya penat", luah Wafiq mencium pipiku.

"Aku mengandung. Allah makbulkan doa kami. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Farish, ini adik Farish ada dalam perut ibu sayang. Jangan risau ye, ibu tetap sayang Farish", kataku dia dalam hati.

Keesokan harinya, cuaca mendung sepertinya hendak hujan. Wafiq bersiap-siap untuk ke pejabatnya. "Sayang, abang balik awal hari ni ye. Tunggu abang balik. Isya, abang nak Sya tau dihati abang cuma dua orang wanita. Mak abang dan Isya. Abang nak sayang tau hati ini cuma untuk Isya. Abang sayang Isya dunia akhirat abang. Baby, jaga ibu elok-elok ye bila ayah takde. Ayah sayang baby", sayu luahan Wafiq.

"Abang kenapa cakap macam tu? Abang tak sihat ye? Kalau tak sihat abang tak payah lah kerja. Duduk rumah rehat. Abang balik ye. Isya tunggu abang", balasku lalu menyalam tangannya. Wafiq bertindak mencium dahiku. Lama dan sayu ciuman itu. Seolah-olah itu ciuman terakhir darinya. Hambar sahaja aku lihat senyuman pagi itu. Aku tidak tahu kenapa degan Wafiq pagi itu. Aku lihat pandangan Wafiq pagi itu berbeza dari hari sebelum ini. Mungkin perasaan aku sahaja.

Tengah hari itu aku mulakan misi untuk memasak nasi ayam ala Isya. Aku hias meja makan secantik yang boleh. Masak sesedap yang aku mampu. Hadiah untuk Wafiq juga sudah aku bungkus cantik. Aku berhias secantik yang boleh untuk suamiku.

Aku duduk di sofa sambil menunggu kepulangan suami tersayang dan akhirnya aku terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience