Bahagian 23

Short Story Series 13177

Tahun demi tahun berlalu, sudah 7 tahun berlalu sejak pemergian arwah suamiku. Ainul Mardhiah, anak gadisku kini berusia 6 tahun. Seorang anak yang comel dan pintar. Wajahnya saling tak tumpah macam arwah Wafiq. Senyumnya, tawanya semua mengingatkan aku kepada suamiku. Dhiah cukup mengenali arwah ayahnya kerana hampir setiap malam sejak mula dia lahir aku tunjukkan gambar arwah Wafiq dan mengatakan itu ayahnya.

"Ibu, ayah ada dekat syurga kan? Ayah jaga abang Farish ye?", bicaranya. "Ye sayang. Ayah ada dekat syurga. Kalau Dhiah rindukan ayah dan abang, kena baca doa banyak-banyak. Nak masuk syurga tak? Jumpa ayah, jumpa abang Farish?", soalku. Dhiah megangguk. "Kalau nak masuk syurga, kena jadi anak yang solehah. Rajin solat, rajin mengaji dan rajin berdoa. Jadi anak yang baik, tak boleh lawan cakap ibu. Faham", jelasku lagi. "Faham ibu, Dhiah nak masuk syurga. Nak jumpa ayah dengan abang. Nanti ibu ikutlah Dhiah pergi syurga. Dhiah nak minta dekat Allah nak ada rumah dekat sana untuk kita tinggal ye bu", bicara riang Dhiah. Aku mengangguk. Mahu sahaja aku menangis ketika itu tapi aku tidak mahu menangis depannya. Itulah rutin hariannku tiap malam sebelum dia tidur. Nasihat dan pesanan berguna untuk anak gadisku ini.

Kini aku membuka sebuah butik di Kuala Lumpur hasil duit simpanan aku dan juga arwah Wafiq. Aku buat semua ini untuk Dhiah dan juga arwah Wafiq dan Farish. Aku dibantu Iman untuk menguruskan butik ini manakala Dhiah aku letakkan di pusat asuhan berdekatan kawasan rumah selepas sahaja tamat waktu persekolahnnya. Tersenyum sendiri bila butikku ini berdiri megah di tengah-tengah bandar. Aku bersyukur butikku sentiasa mendapat tempat dihati pelanggan. Rekaan eksklusif dari tangan Iman, seorang pereka fesyen lepasan luar negara. Semua rekaan-rekaan Iman memang sangat menawan dan mampu menarik minat sesiapa sahaja yang memandangnya. Mujur saja Iman mahu membantuku menguruskan butik ini, jika tidak tak tahulah apa yang terjadi.

"Sya, harini aku nak balik awal tau. Is ajak makan malam dekat luar", tegur Iman bila melihat aku duduk di pejabatku. "Wah, untunglah dia. Ada orang ajak makan dekat luar. Tak macam aku ni", gelakku memandangnya. "Alah Sya. Kau kalau nak pun boleh. Cari je suami Sya. Bukan takde duit, bukan tak lawa. Serba-serbi lengkap. Dah 7 tahun Sya, takkan kau nak hidup macam ni. Carilah suami dan ayah untuk Dhiah tu", panjang lebar dia bercakap. Aku senyum "bukan taknak Man tapi belum bersedia. Aku bahagia hidup berdua dengan anak aku".

Aku tahu Iman mahukan yang terbaik untuk aku tapi aku belum bersedia. Belum terbuka hati ini untuk mana-mana lelaki kecuali arwah suamiku. Kebiasaanya, butik akan tutup pada pukul 7 petang tetapi hari itu aku terpaksa pulang lewat kerana terpaksa menyiapkan kerja-kerja yang perlu disiapkan segera. Iman dan pekerja-pekerja lain sudah lama pulang. Selepas asar tadi, aku minta kebenaran sekejap dengan kawan-kawan lain untuk mengambil Dhiah di pusat asuhannya. Terpaksalah aku bawa dia ke butik. Aku tak berani hendak meninggalkan dia sendiri dirumah bimbang benda-benda tak baik berlaku.

"Dhiah, anak ibu ni lapar ye? Kejap lagi kita balik, ibu belanja makan ye. Dhiah nak makan apa?", soalku sebaik sahaja melihat muka bosan Dhiah membaca buku. Dhiah mengangguk "lapar bu. Dhiah nak makan nasi ayam. Boleh tak?". Aku senyum. Nasi ayam, makanan kegemaran ayahnya, Wafiq. Aku mengangguk laju kemudian mengemas meja kerjaku lalu menutup butik.

"Sya. Weh Sya pendek", panggil seseorang. Aku menoleh ke arah orang yang memanggilku tadi. Hisyam rupanya. Terkejut juga aku mana tidaknya, tiba-tiba sahaja muncul entah dari mana. "Eh Hisyam, kau dari mana ni?", soalku. "Aku dari jumpa client aku dekat-dekat sini tadi. Kau tu buat apa dekat sini?", soalnya kepadaku kembali. Aku senyum "baru habis kerja Syam. Nak bawa anak aku makan dulu lepas tu baliklah".

Dia merenung aku, kemudian merenung Dhiah. "Anak? Wait, bila kau kahwin? Anak kau dah besar macam ni. Kenapa aku taktau? Tapi takpe, satu hari nanti aku harap kau boleh jelaskan Sya memandangkan aku pun nak balik ni and one more thing, aku nak nombor telefon kau. ", katanya lalu menghulurkan telefonnya kepadaku. Aku taip dan simpan nombor telefonku di dalam telefonnya kemudian berlalu pergi memimpin tangan Dhiah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience