Bahagian 37

Short Story Series 13177

Hisyam tersedar dari lenanya apabila dia merasakan ada tangan yang memeluknya. Dia terkejut melihat Maria disebelahnya yang mengenakan baju tanpa lengan dan seluar pendek aras paha. Hisyam mengejutkan Maria.

"Wake up Maria! Macam mana I boleh tidur dekat dalam bilik you ni?", soal Hisyam. Maria yang tadinya tidur lena tersedar apabila Hisyam mengejutkannya. "You lupa semalam you mabuk? You lupa apa you buat dekat kelab last night?", soal Maria. Hisyam memicit kepalanya yang tidak sakit. Dia cuba mengingati apa yang berlaku semalam. Dia memakai bajunya kemudian mencapai telefon dan kunci keretanya, "I nak balik Maria. I nak jumpa client petang nanti", kata Hisyam sebelum berlalu pergi.

Aku bergerak awal menghantar Dhiah ke sekolah kemudian terus ke butik. Hari ini aku perlu berjumpa dengan Encik Khairul sekali lagi. Tiba sahaja dibutik, aku melakukan kerjaku yang tergendala, tiba-tiba telefonku berdering. "Hello Sya, hari ni Encik Khairul nak jumpa kita sekejap ye. Tengah hari nanti aku ambil kau", kata Iman dihujung panggilan. "Ye Man, aku ingat. Ni aku tengah siapkan dokumen-dokumen untuk Encik Khairul lah ni. Jangan risau," jawabku. Aku menamatkan panggilan telefon Iman dan menyambung kerjaku.

Tengah hari itu, Iman mengambil aku di butik kemudian berjumpa Encik Khairul di hotel. "Senang dapat berjumpa Puan Isya dan Puan Iman. Hari ni kita bertemu lagi ye? Silakan duduk", ucap Encik Khairul sebaik sahaja aku dan Iman tiba tadi. "Terima kasih Encik Khairul. Nice to meet you again. Oh ye sebelum tu saya nak tanya, mana Puan Maisa?", soalku cuba mencari kelibat Puan Maisa. Encik Khairul tersenyum "oh, isteri saya tak dapat ikut untuk perbincangan kita hari ni. Dia ada urusan lain yang kena selesaikan sebelum kami berangkat ke luar negara", jelasnya. Aku dan Iman mengangguk tanda faham.

Perbincangan kami akhirnya mendapat kata sepakat. Senang sahaja berurusan dengan Encik Khairul dan Puan Maisa walaupun terkadang sifat Encik Khairul yang sangat cerewet. Dia seorang yang teliti dalam kerjanya. Tiba-tiba Iman mencuit lembut pinggangku "Isya, aku nak ke washroom kejap ye. Tunggu aku kejap", pamit Iman. Aku mengangguk. Iman berdiri "maaf ye Encik Khairul. Saya nak ke washroom kejap", kemudian Iman berlalu pergi.

Sebaik sahaja Iman berlalu ke tandas, Encik Khairul bersuara "senang dapat berurusan dengan wanita-wanita hebat seperti Puan Isya dan juga Puan Iman. Bukan mudah nak cari wanita-wanita bekerjaya macam Puan berdua pada zaman serba moden ni. Apapun saya bangga ada wanita yang berfikiran ke hadapan seperti Puan. Tahniah", ucap Encik Khairul.

"Terima kasih juga saya dan Iman ucapkan buat Encik Khairul kerana memilih butik saya dan Iman. Alhamdullillah rezeki Allah buat saya, Iman dan juga anak saya yang ada dalam kandungan ni", balasku girang. "Iman pun dah datang tu, so kami minta diri dulu lah ye Encik Khairul. Kami kena selesaikan beberapa urusan lagi ni. Sampaikan salam saya buat Puan Maisa. Kami pergi dahulu, terima kasih", aku dan Iman meminta diri sebelum berlalu pergi.

Di dalam kereta, aku tesenyum sendiri. "Hah, dah kenapa kau senyum sorang? Tak betul dah otak kau?", tegur Iman selamba. Aku membesarkan biji mata kearahnya dan ketawa tercetus antara kami berdua. "Terima kasih Nurul Iman. Bertambah rezeki untuk kita. Alhamdulillah. Aku sayang kau", ucapku mencuit pipinya. Iman menepis lembut tanganku "takdelah Sya. Kau bos, aku ni makan gaji je. Aku bantu mana yang patut je", seloroh Iman. "Kau jangan mengada-ngadalah Man. Bagi aku kita dua takde erti bos ke makan gaji semua. Kita sama-sama berusaha majukan bisnes ni. Kau banyak bantu aku. Aku taktau nak balas macam mana jasa kau ni. Terima kasih", luahku ikhlas. "Alamak, tersentuh pulak aku. Satu je aku minta Man. Jangan lupakan aku. Susah senang kita bersama ye. Aku pun sayang kau", balas Iman. Aku senyum. Iman sememangnya seorang sahabat yang baik dan memahami. "Ya Allah, berikan kebahagiaan yang kekal abadi buat Iman", doaku di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience