Bahagian 18

Short Story Series 13177

Sebulan aku berulang alik ke hospital untuk menjaga Wafiq. Ahli keluarga yang lain datang melawat seminggu sekali. Keadaan Wafiq masih juga seperti itu, tiada perubahan. Sudah menjadi rutin harian aku untuk membersihkan Wafiq bagi memastikan dia sentiasa bersih dan selesa.

"Assalamualaikum abang. Isya dah bersihkan abang, dah minumkan susu. Dah wangi suami Isya ni. Bila abang nak bangun? Bangunlah. Isya rindu pelukan hangat abang, ciuman mesra abang, kata-kata romantik abang. Semua pasal abang Sya rindu. Ni anak kita dalam perut ni pun rindu ciuman ayah dia", ucapku sendu. Mengalir lagi air mata dipipiku. Hari-hari aku ambil tangan Wafiq letakkan di perutku supaya dia dapat rasa pergerakan anak kami. Begitulah rutin harianku sepanjang Wafiq masih dalam keadaan koma. Aku tahu dia dengar kerana bila aku letakkan tangannya di perutku, dia mengalirkan air mata walaupun tidak ada pergerakan.

Disitulah aku tidur, disitulah aku mandi, disitu jugalah aku menghambakan diri kepada Allah. Mengadu kepadaNya. Aku cuma balik ke rumah untuk mengambil barang-barang keperluan, itupun cuma seketika. Aku risaukan keadaan Wafiq bersendirian di hospital.

Selesai solat Zohor, aku membacakan Yassin. Semoga saja urusan kami semua dipermudahkan olehNya. Aku akhirnya terlelap di sofa bersebelahan katil Wafiq. Tiba-tiba ....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience