Bahagian 24

Short Story Series 13177

Sudah seminggu Iman bekerja diluar kawasan atas sebab bertemu dengan beberapa orang pelanggan. Iskandar seorang yang amat memahami tugas Iman sebagai seorang pereka fesyen, beruntung Iman. Sebulan dua itu, memang aku dan Iman sibuk dengan urusan di butik memandangkan permintaan pelanggan yang semakin bertambah. Mujur sahaja aku dibantu oleh beberapa orang pekerja butik.

Sedang sibuk menyiapkan kerjaku, tiba-tiba telefonku berdering. Nombor tidak dikenali terpapar di skrin telefon. "Assalamualaikum, siapa ye?", sapaku. "Waalaikumsalam, Sya aku ni Hisyam. Kau busy tak tengah hari nanti? Jom lunch sama. Aku bosanlan lunch sorang", bebelnya. Aku tergelak mendengar celoteh kawan aku ni. Aku cuma mengiakan ajakannya kerana tidak mahu menghampaknnya.

Tengah hari itu, aku dan Hisyam makan tengah hari di sebuah cafe berdekatan butikku. "So, how's life?", soalnya. "Aku macam ni lah Syam. Bahagia dengan anak dara aku tu Dhiah", jawabku riang. "And, your husband?", cuba mendapatkan penjelasan dariku.

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya "Suami aku dah meninggal 7 tahun lepas Syam, kemalangan. Waktu tu Dhiah masih dalam kandungan aku. Dhiah anak aku yang kedua. Yang sulong, abang dia Farish meninggal ketika berusia 2 bulan sebab masalah jantung". Kau ingat tak hari yang kita jumpa dekat kedai buku tu? Aku dengan suami aku lah tapi tak sempat nak kenalkan dengan kau", panjang lebar penerangannku kepadanya. Dia mengangguk faham "Maaf, Sya aku tak tahu. Kita lost contact pun dah lama. Aku cuba cari kau tapi tak jumpa".

Panjang lebar cerita kami berdua ketika itu. Mana tidaknya, sudah lama tidak bertemu. Aku kembali ke butik pukul 2.30 petang lalu menyiapkan kerjaku yang tergendala tadi. Pukul 5 nanti aku harus mengambil Dhiah dari pusat penjagaan.

Tepat pukul 5, aku segera ke pusat penjagaan Dhiah. Sampai sahaja aku disana, aku lihat seorang wanita muda keluar membawa Dhiah. "Puan, Dhiah demam ni. Tadi dia muntah-muntah, selera makan pun tak berapa nak ada sangat", jelas wanita itu. Aku mendapatkan Dhiah, menyentuh dahinya. Panas. " Terima kasih cik, lepas ni saya bawa ke klinik", ujarku kemudian bergegas ke klinik.

Sejam selepas itu, urusan berjumpa dengan doktor selesai. Mujur sahaja Dhiah demam biasa, kalau tidak risau aku dibuatnya. Dia sahaja pengubat rinduku kepada arwah suamiku dan juga arwah abangnya, Farish. Aku memandu pulang kerumah segera agar Dhiah dapat berehat.

Tiba sahaja dirumah, aku mandikan Dhiah kemudian menyuruhnya baring sementara aku memasakkan bubur untuknya. "Dhiah sayang, mari makan bubur ni. Ibu dah masak sedap-sedap untuk Dhiah. Dhiah esok tak payah sekolah dulu ye. Rehat je dekat rumah, nanti ibu ambil cuti", pujukku lalu menyuapkan bubur ke dalam mulutnya. Muka Dhiah pucat, langsung tidak tersenyum. Risau aku.

Sebelum tidur, aku sudah memberikan Dhiah ubat dan menemaninya tidur dibiliknya. Aku membuat kerja dibiliknya sambil memerhatikan dia. Bimbang jika badannya panas semula. Baru aku teringat untuk menelefon Iman bahawa esok aku hendak bercuti untuk menjaga Dhiah. "Assalamualaikum, hello Iman", sapaku didalam telefon. "Wasalam, ye Sya. Ada apa call aku malam-malam ni?", soalnya. "Tak aku nak bagitahu kau ni, esok aku cuti ye. Dhiah demamlah. Takkan aku nak hantar dia ke pusat jagaan. Bimbang nanti apa-apa jadi. Boleh kan? Kau boleh urus sorang kan?", jawabku lalu mendekati Dhiah. Demam dah berkurang, lena tidurnya. "Ya Allah Sya, kau tu majikan. Terpulang dari kau lah nak cuti berapa lama pun. Baguslah kau ambil cuti memandangkan Dhiah tak sihat. Anak tu segala-galanya Sya. Duit boleh cari, anak? Kalau anak aku si Irfan tu pun tak sihat mahu tak risaunya. Is lagilah, memang tak tidur dia bila anak kesayangan dia sakit", celoteh Iman. Aku senyum "terima kasih Iman. Dahlah aku nak tidur dulu. Letih badan aku. Selamat malam", kataku sebelum mengakhiri perbualan tersebut dan akhirnya terlelap di sisi Dhiah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience