Bahagian 31

Short Story Series 13181

"Assalamualaikum Isya, abang dah balik. Dhiah, abah dah balik ni", Hisyam memberi salam. Aku segera mendapatkan Hisyam dan menyalamnya. Tidak lama kemudian Dhiah muncul. Gembira dia melihat Hisyam pulang. Dhiah amat menyayangi Hisyam walaupun dia tahu Hisyam bukan ayah kandungnya. "Wasalam. Abang sihat? Mari masuk, Isya dah masak", kataku. "Abah dah balik. Ada hadiah tak untuk Dhiah", sampuk Dhiah. Hisyam mencium dahi Dhiah "ada sayang. Abah ada beli untuk Dhiah dan ibu tapi sebelum tu abah nak makan dulu. Abah rindu masakan ibu kamu", kata Hisyam sambil membawa masuk bagasinya ke dalam rumah.

Riuh rumahku siang itu dengan keletah Dhiah dan Hisyam. Bahagia melihat keluarga kecilku ini. "Abang, Isya bahagia dengan keluarga baru Isya tapi Isya tak pernah lupakan abang dan Farish," bisikku didalam hati bila tiba-riba teringatkan arwah Wafiq dan anakku, Farish.

Selesai solat Isyak, aku mendapatkan Hisyam "abang, Isya ada hadiah untuk abang", luahku.
"Hadiah? Isya nak bagi abang hadiah apa?", soal Hisyam. Aku mendapatkan tangannya dan meletakkannya di perutku. "Ini hadiah untuk abang tapi tak boleh buka sekarang. Tunggu 8 bulan akan datang ye", gelakku. Terkejut Hisyam mendengar berita itu. Dia lantas memelukku kemudian mencium dahiku "Sayang mengandung? Ya Allah. Terima kasih sayang, terima kasih untuk hadiah terindah ini", ucapnya riang. Aku mengangguk membalas pelukannya. Tiba-tiba telefonnya berdering. "Ye, you tunggu situ. Nanti I datang", ucap Hisyam kepada seseorang di dalam telefon. "Sayang, abang ada hal ni. Kalau abang balik lewat, sayang tidur dulu tau", ucapnya kemudian dia bangun mendapatkan dompetnya dan kunci kereta kemudian berlalu pergi. Aku memerhati dari dalam rumah. "Hati-hati abang", bisikku perlahan.

Maria ke klinik berdekatan rumah sewanya untuk membeli pil menggugurkan kandungan. Dia tidak mahu anak yang ada didalam rahimnya itu. Anak hasil hubungan zina dengan bekas kekasihnya. Sebenarnya, kekasihnya itu tidak pernah meninggalkan Maria, sebaliknya Maria yang meninggalkannya dan bekas kekasihnya itu tidak pernah mempunyai hutang dengan siapa-siapa. Semua hanyalah sandiwaranya. Duit yang diberikan Hisyam hasil daripada lakonannya digunakannya untuk membeli belah dan bersuka ria tanpa pengetahun Hisyam. Maria sanggup mengorbankan anak kandungnya itu demi menjayakan misinya mendapatkan Hisyam kerana baginya anak itu suatu hari nanti cuma menyusahkan dirinya sahaja.

Sampai sahaja dirumah, Maria terus menelan 5 biji pil tersebut. Perunding perubatan di klinik tadi cuma mengesyorkan Maria untuk mengambil 2 biji sahaja tetapi wanita sekeji Maria sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-citanya walaupun kadang-kadang bertindak bodoh. Beberapa jam selepas itu, Maria mula tidak sedap badan. Dia merasakan ada sesuatu mengalir diseluarnya. Dia tersenyum dalam kesakitan. Dia tahu pil tersebut berkesan."mampus kau. Kau ingat aku nak pelihara kau? Jaga kau? Sayang kau? Maaflah, aku tak sedia lagi nak jadi mak. Aku masih nak enjoy", katanya. Dia mendapatkan telefonnya dan mendail Hisyam. Panggilan berjawab. "Hello Hisyam. Tolong I. I tumpah darah. I terjatuh dalam bilik air tadi. Cepat Hisyam, I tak tahan. Sakit sangat ni", raungnya.

Tiba sahaja Hisyam dirumah Maria, dia mendapatkan Maria kemudian bergegas ke hospital. Maria dirawat di kecemasan. Hisyam masih menanti keputusan doktor.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience