Bahagian 2

Short Story Series 13177

Dua bulan berlalu, sesungguhnya aku adalah insan yang paling bahagia kerana dikurniakan seorang suami yang penyayang dan paling penting menerima aku seadanya.

"Maafkan Isya bang. Isya terlewat siapkan sarapan untuk abang. Isya tak larat, rasa tak sedap badan dari tadi", luahku

Entah apa kena dengan diriku dari tadi subuh. Pening kepala, rasa nak muntah. Aku kuatkan juga diriku melangkah ke dapur. Tiba-tiba pandangan menjadi gelap. Akhirnya aku rebah.

Aku tersedar bila merasakan ada tangan menyentuh tanganku. Wafiq.

"Apa terjadi tadi bang? Kenapa kita ada dekat klinik ni?, soalku cemas

Wafiq mencium dahiku berulang kali. Aku masih keliru sebenarnya dengan apa yang terjadi.

"Terima kasih sayang. Terima kasih banyak-banyak. Ini hadiah yang paling berharga dari sayang untuk abang", luahnya lalu memegang tanganku

"Terima kasih untuk? Saya tak faham. Hadiah?"

Wafiq membawa tanganku memegang perutku "untuk yang ada dalam ni"

"Isya mengandung? Betul ke abang, Isya mengandung? Ya Allah abang, kita nak jadi ibu dan ayah. Syukur Ya Allah. Alhamdulillah", doaku di dalam tangis

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience