Bahagian 27

Short Story Series 13177

"Sayang, buat apa tu?", Hisyam memelukku dari belakang. Aku dan Hisyam sudah setahun bergelar suami isteri. Aku bersyukur kerana Hisyam ikhlas menerimaku dan juga Dhiah di dalam hidupnya. Hisyam seorang yang romantik, matang dan penyayang orangnya berbeza dengan perangainya ketika disekolah dahulu dimana sering kali membuliku.
Keluargaku dan keluarga Wafiq juga menerima baik keputusannku untuk menikah sekali lagi. Mereka faham akan kesunyian didalam hatiku dan juga keinginan Dhiah untuk mendapatkan kasih sayang seorang ayah. "Nak masak untuk makan malam nanti. Abang cakaplah nak saya masak apa. Nanti saya masakkan?", kataku sambil menyiang sayur.

"Abang nak makan ayam goreng berempah boleh?", permintaannya ringkas. Aku mengangguk kemudian memulakan tugas memasak. Sudah menjadi rutin harianku sebaik sahaja pulang dari butik aku akan memasak untuk Hisyam dan Wafiq.

Aku kini membuka cawangan butik baharu disekitar Puchong dibantu Iman sebagai pengurusnya. Semua hasil penat lelah kami sememangnya membuahkan hasil. Jika saja arwah suamiku, Wafiq mampu melihat semua kejayaanku hari ini sudah pasti dia bangga. Hisyam juga kebelakangan ini sibuk dengan tugasan di pejabatnya yang terkadang memerlukan dia untuk bertemu pelanggan di luar negara dan jarang sekali ada dirumah. Dhiah juga sudah pandai menguruskan dirinya sendiri. Bahagia aku bila dapat melihatnya membesar dihadapan mata sendiri.

Kusyuk menjamu selera dimeja makan, Hisyam bersuara "Sya, esok abang kena pergi ke Jepun atas urusan kerja. Abang kesana 2 minggu. Sepatutnya kawan abang yang kena pergi, tapi last minit dia kata tak jadi. Ada kecemasan. So, bos hantar abang pergi". Aku dan Dhiah memandangnya "abah nak kerja jauh lagi? Sabtu ni sekolah Dhiah ada sukan, ingat nak ajak abah dan ibu pergi tapi kalau abah kerja tak apalah. Dhiah ajak ibu je", luahnya kecewa. "Takpelah abang. Abang pergilah. Kerja kan? Takkan Sya nak halang. Biarlah Sya teman Dhiah nanti", senyumku hambar. Malam itu Dhiah tidur awal. Langsung tak bergurau dengan Hisyam sebab merajuk. Aku tahu dia teringin sangat nak Hisyam ke sekolahnya tapi Hisyam perlu keluar negara atas arahan majikannya. Kasihan Dhiah.

Pagi itu, Hisyam berangkat awal ke lapangan terbang. Dia cuma mencium dahi Dhiah berharap agar anaknya itu faham akan kekangan kerjanya. Ketika hendak membangunkan Dhiah, tiba-tiba aku terasa mual lalu muntah kemudian aku bergegas ke tandas. Baru aku teringat aku lewat 4 hari datang bulan. Aku mengandung ke? Aku berlalu ke bilik kemudian mendapatkan pregnancy test yang memang aku simpan di dalam almari.

Sesungguhnya kuasa Allah itu tidak dapat diduga. Aku mengandung. Mengandungkan anak Hisyam. Bahagia sungguh aku ketika itu. Aku mengejutkan Dhiah menyuruhnya bersiap dan menemani aku ke klinik untuk mendapatkan kepastian lebih lanjut lagi. Mahu saja aku memberitahu Hisyam berita gembira itu tetapi lebih baik rasanya aku memberikan kejutan bila dia pulang ke Malaysia nanti.

"Tahniah Puan. Kandungan Puan dah berusia 3 minggu. Jaga elok-elok ye. Kandungan Puan masih lemah dan jangan buat kerja-kerja berat", ucap doktor di klinik sebentar tadi. Tergaris senyuman di bibirku. Dhiah bertindak mencium perutku sebaik sahaja mendapat tahu dia akan mendapat adik. "Assalamualaikum adik. Ini kakak Dhiah. Adik duduk elok-elok dekat dalam ye. Jangan sakitkan ibu ye. Kakak tunggu adik keluar", begitulah kata-kata Dhiah seraya mencium perutku berkali-kali. Tersenyum aku melihat gelagat Dhiah dan tidak sabar rasanya menanti kepulangan Hisyam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience