Bahagian 13

Short Story Series 13177

Iskandar bergegas ke hospital dimana Wafiq menerima rawatan. Panggilan telefonnya kepada Isya tadi tidak mendapat jawapan. Setibanya Iskandar di ruang kecemasan, dia melihat beberapa orang pegawai polis. Dia mendapatkan salah seorang pegawai tersebut.

"Assalamualaikum. Maaf mengganggu tuan. Saya Iskandar kawan kepada mangsa kemalangan, Wafiq Azhar", sapa Is. "Waalaikumsalam, Encik Iskandar. Saya Inspektor Idham. Kami mendapat aduan dari pengguna jalan raya terdapat sebuah kereta Honda Civic berwarna biru milik mangsa telah bertembung dengan sebuah lori treller yang menyebabkan kereta mangsa hilang kawalan dan terlanggar pembahagi jalan. Mangsa ditemui dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat. Sebelum saya terlupa, saya terjumpa ini disisi mangsa tadi. Saya kembalikan barang-barang peribadi mangsa kepada Encik. Semoga semuanya selamat. Takziah saya ucapkan", jelas pegawai polis tadi secara terperinci dan menyerahkan barang peribadi mangsa kepada Iskandar.

Iskandar kembali menelefon Isya untuk memberitahu kejadian tersebut. Isya masih tidak tahu Wafiq dalam keadaan kritikal. Dia terus cuba mendail Isya. Masih juga tidak dijawab panggilan tersebut. Iskandar mundar mandir di hadapan ruang kecemasan. Pening kepalanya memikirkan hal tersebut. Dia tidak ada nombor telefon keluarga Wafiq yang lain selain Isya dan Isya pula tidak menjawab panggilan telefon.

"Boleh saya tahu Encik ini siapa kepada mangsa?", soal seorang doktor lelaki dihadapan Iskandar. "Saya kawannya doktor. Saya dah panggil ahli keluarga beliau. In Shaa Allah sampai kejap lagi. Boleh saya tahu macam mana keadaan kawan saya? ", soalku risau. "Buat masa sekarang ini, pihak kami masih belum dapat menjelaskan apa-apa lagi. Kami sedang melakukan yang terbaik untuk beliau. Berdoalah semoga semuanya dipermudahkan. Saya pergi dahulu", jawabnya sambil memegang bahuku memberi semangat.

2 jam berlalu, Iskandar tetap setia disitu menunggu. Dia kembali menelefon Isya. "Jawab Isya jawab. Suami kau kritikal ni", omelnya sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience