Bahagian 55

Short Story Series 13177

“Assalamualaikum, Isya. Kamu ok tak ni? Dhiah macam mana? Ada apa-apa perubahan?”, soal ibu sebaik saja sampai disitu.

“Waalaikumsalam, ibu abah. Isya sihat. Dhiah macam tu jugalah ibu. Takde langsung perubahan”, jawabku

Ibu lantas mengusap bahuku perlahan kemudian mencium dahiku.

“Mak ayah kamu tak dapat datang. Mereka kena balik kampung, ada keluarga meninggal katanya. Mereka sampaikan salam dekat kamu. Nanti bila urusan di kampung selesai, mereka dating sini semula”, terang ibu.

Aku mengangguk.

“Sya, ibu dengan abah dah melawat Hisyam. Teruk sangat keadaannya tu. Kedua belah kaki dah kena potong, kepala pun berbalut. Kamu taknak melawat dia? Kamu masih isteri dia Sya”
Aku cuba menahan luka lama itu dating kembali. Mengingatinya mengundang sakit yang teramat.

“Kalau ibu dekat tempat Sya waktu ni, ibu mesti faham perasaan Sya. Ibu mesti faham kenapa Sya masih tak melawat dia. Kalau ibu tanya Sya, Sya dah taknak jadi isteri dia ibu. Sya dah tak sanggup. Sya terluka, bukan saja Sya ibu, anak-anak Sya pun sama. Apa salah anak-anak Sya? Kenapa dia sanggup buat anak-anak Sya? Kalaulah boleh Sya undurkan putaran masa, Sya tak nak bersuamikan dia. Biarlah Sya hidup berdua dengan Dhiah. Apa yang dia dah buat dekat Sya dan anak-anak Sya, sampai mati Sya ingat”, jelasku kecewa. “Macam mana dia perlakukan Sya dengan anak-anak sampai mati Sya ingat.

“beginilah..”, kata ibu setelah terdiam seketika. “Ibu faham apa yang kamu alami. Ibu tahu kesakitan dan keperitan yang kamu alami tapi tak salah sayang kamu pergi melawat dia. Dia mungkin memerlukan kamu saat ni. Apapun keputusan kamu lepas tu, ibu setuju. Pergilah sayang”, pujuk ibu lagi.

Aku memandang abah meminta persetujuan.

“Betul kata ibu kamu tu Sya. Pergilah jenguk dia. Kesiankan dia Sya. Abah tahu anak abah terluka tapi tak salahkan berbelas kasihan sesame insan”, sampuk abah

Aku Cuma memandang ibu dan abah tanpa berkata apa-apa kemudian mengangguk lemah.

“Ya Allah, tolong aku. Jangan pukul aku Ya Allah. Aku sakit. Aku tak tahan”, raung Hisyam
Kaki Hisyam sekali lagi menjadi mangsa apabila bayangan manusia yang dari tadi menghentam kakinya dengan rantai besi panas itu memukulnya bertubi-tubi.

“Tolonglah aku. Tolong… jangan pukul lagi. Sakit…”, teresak-esak Hisyam menangis

Keadaan Hisyam saat itu cukup mengerikan bagi sesiapa sahaja yang melihatnya. Kakinya hancur akibat pukulan tadi. Baju dan seluarnya dipenuhi dengan darah yang membuak-buak keluar.

Tiba-tiba bayangan seorang kanak-kanak yang pernah dilihatnya ketika kemalangan muncul lagi tetapi kali ini dia tidak berseorangan. Dia ditemani seorang lagi kanak-kanak perempuan dan seorang wanita disisinya.
Hisyam merayu-rayu meminta pertolongan dari mereka.

“Tolong pakcik adik, Puan tolong saya. Bawa saya pergi dari sini. Saya dah tak sanggup. Saya sakit. Saya nak balik jumpa isteri dan anak-anak saya. Saya nak melutut merayu dekat mereka. Saya nak minta maaf. Tolong saya”, rayuku lagi

Dua kanak-kanak tersebut menghulurkan tangan untuk membantu Hisyam. Namun, wajah mereka tersembunyi disebalik cahaya. Hisyam menggapai tangan mereka perlahan-lahan. Wajah mereka bertiga sedikit demi sedikit kelihatan.

Hisyam terkejut dengan apa yang dilihat di depannya saat ini.

“Dhiah, anak abah”, Hisyam menarim Dhiah ke dalam pelukannya. “ Dhiah, maafkan segala dosa abah sayang. Abah berdosa dekat Dhiah. Abah sayang Dhiah. Dhiah tolong maafkan abah”, mencurah-curah air matanya ketika itu.

Kemudian Hisyam cuba menggapai tangan wanita dihadapannya,” Sayang, abang minta maaf. Abang minta maaf dekat Isya. Abang tahu Isya terluka dengan perbuatan abang. Abang berdosa dengan sayang dan anak-anak. Allah, apa aku dah buat ni?”

“Abang, Sya minta maaf. Sya nak bawa anak-anak pergi. Selamat tinggal”, ucapnya kemudian perlahan-lahan bayangan mereka hilang dari pandangan mata Hisyam.

“Isyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa”, jerit Hisyam sebaik sahaja tersedar

“Hisyam. Bawa bertenang. Mengucap.”, pujuk Is sebaik sahaja melihat Hisyam dalam keadaan ketakutan.

“Is, mana Isya? Mana Dhiah. Mana anak-anak dan isteri aku Is”, soal Hisyam. Jelas terpacar kesedihan di wajahnya.

“Tenang Hisyam. Anak dan isteri kau ada. Kau tunggu sekejap aku panggilkan doktor”, ujar Is sebelum beredar

Hisyam menggagahkan dirinya untuk bangun. Kesakitan yang dirasainya ketika itu tidak sesakit apa yang dirasanya bila isteri dan anak-anaknya pergi meninggalkan dia. Namun, Hisyam tidak mengetahui akan keadaan kakinya ketika itu. Dia terjatuh dari katilnya.

Is yang baru sahaja hendak masuk berlari mendapatkan Hisyam.

“Aku dah pesan dekat kau kan, jangan buat apa-apa. Tunggu sampai aku panggil doktor tapi kau degil. Kau tengok sekarang ni apa jadi”, bebel Hisyam sambil membantu Hisyam kembali duduk di katilnya.

“Kaki aku kenapa Is? Kenapa aku tak rasa apa-apa dekat kaki aku?”, Hisyam memegang kedua kakinya kemudian menyelak kain selimut yang menutupi kakinya.

“Kaki aku mana Is? Mana kaki aku? Kenapa aku jadi macam ni? Aku nak kaki aku Is!!!”

“Sabar Hisyam. Kaki kau terpaksa dipotong sebab kemalangan haritu. Kau tak ingat?”

Tiba-tiba Hisyam tergelak besar.

“Aku dah cacat Is. Kaki aku dah tak ada. Aku dah tak ada guna. Ini semua balasan aku Is. Ini semua balasan atas perbuatan aku dekat anak-anak dan isteri aku. Kau tahu tak aku dah bunuh anak aku? Aku tuduh Isya macam-macam. Aku cakap dia perempuan jalang. Suami jenis apa aku ni Is? Aku tolak Dhiah sampai berdarah kepala dia. Aku pijak Isya. Aku buat dia macam binatang. Aku cakap macam-macam dekat Isya sedangkan aku tahu dia mengandungkan anak aku. Darah daging aku. Aku bunuh darah daging aku. Manusia jenis apa aku ni Hisyam?”

Hisyam menumbuk-numbuk dadanya. Dia mengimbau kenangan silam dimana dia melemparkan caci maki terhadap Isya.

“Jangan nak menipu aku lah betina. Aku tau semua tipu helah kau”, Hisyam meraut wajahnya. “Anak aku konon, dah kau sedap dengan jantan lain sampai mengandung kau cakap tu anak aku? Pergi mampus Sya. Arwah suami kau tu bodoh Sya. Bodoh. Malang sangat dapat isteri macam kau sebab tu mampus juga. Siapa anak kau yang dah mati tu? Farish? Ye Farish. Budak malang tu anak kau dengan jantan lain juga kan? Lepas tu kqau kata tu anak arwah suami kau si Wafiq. Tu Dhiah anak kau dengan jantan mana pulak”

Hisyam memukul kepalanya. Rasa bersalah menyelubungi dirinya, “ Ya Allah Is kejamnya aku. Dayusnya aku sebab tuduh isteri aku sampai macam tu”

Is menarik nafas panjang.

“Semuanya dah berlalu Hisyam. Apa yang kau boleh buat masa ni pergi minta maaf dengan Isya dan Dhiah. Bertaubat, kembali kepada jalan Allah. Tu kau tau tak Dhiah koma? Dia masih tak sedarkan diri sampai sekarang akibat hentakan yang kuat dikepalanya.”

Hisyam tertunduk menahan tangisnya.

“Isya, Dhiah maafkan abah. Ampunkan abah”, ucapnya di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience