Bahagian 35

Short Story Series 13181

Maria baru sahaja ingin memasuki hotel namun dia seperti melihat Isya bersama seorang lelaki. Dia tersenyum sinis. Ini adalah masa yang sesuai untuk dia menghapuskan Isya dalam hidup Hisyan. "Isya, Isya. Permainan kita baru sahaja bermula", kata Maria seraya mengeluarkan telefon dari dalam begnya. Dia mula menangkap gambar Isya dan lelaki tersebut. Selesai menangkap beberapa keping gambar, dia berlalu pergi. Maria ke hotel untuk berjumpa dengan pelanggannya. Maria tetap tidak berubah. Zina yang dilakukan seolah-olah benda wajib bagi dirinya.

Pulang sahaja dari hotel, Maria membelek-belek gambar yang diambilnya tadi. Tersenyum sendiri Maria melihat gambar mesra Isya dengan lelaki itu. Dia ingin menghantar gambar-gambar mesra tersebut kepada Hisyam namun niatnya dibatalkan risau Hisyam mengesyaki sesuatu. Dia mencari ikhtiar bagaimana gambar-gambar tersebut akan sampai ke tangan Hisyam nanti. Maria akhirnya mendapat idea dan mula bertindak.

Sementara dipejabat Hisyam, Hisyam kelihatan letih dengan kerja-kerja hariannya. "Hisyam, kau ok tak ni? Macam tak sihat je aku tengok", sapa Is didalam pejabat Hisyam. Hisyam menarik nafas panjang dan melepaskan lelahnya. "Takdelah Is. Aku penat sikit. Banyak benda aku nak buat", Hisyam tersenyum hambar. "Oh ye, tadi ada orang suruh aku bagi kau sampul ni. Penting katanya. Oklah Syam, aku keluar dulu. Banyak kerja tak selesai lagi", Is meminta diri untuk keluar.

Hisyam membuka sampul tersebut dengan perlahan-lahan. Terkejut dia melihat gambar mesra Isya bersama seorang lelaki lain. Hisyam menumbuk meja kerja dihadapannya. Perasaan marah dan cemburu membuak-buak didalam dirinya. Tekanan di tempat kerja juga membuatkan Hisyam bertindak diluar kawalan. "Isya, sampai hati kau buat aku macam ni?", luah Hisyam kecewa.

Aku dan Iman sibuk dengan urusan butik sehinggakan terkadang kami berdua balik lewat. Nasiblah suamiku dan Iman jenis yang memahami akan tuntutan kerja yang kami lakukan. "Dahlah Man. Marilah balik, dah lewat. Hari-hari macam ni tak boleh juga. Kesian suami kita berdua", gelakku sambil mengemas meja kerjaku yang berserabut. "Yela Sya. Aku pun dah letih ni. Nak rehat", balas Iman. Kami berdua menutup butik kemudian pulang ke rumah masing-masing. Iman terpaksa menghabiskan masanya harini di butik bersama aku untuk memudahkan urusan pelanggan. Iman aku tugaskan sebagai pengurus disebuah lagi cawangan butikku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience