Bahagian 38

Short Story Series 13181

"Tahniah Encik Hisyam. Saya puas hati dengan apa yang Encik bentangkan tadi. Saya harap syarikat kita dapat memberikan kerjasama yang baik", ucap Dato Mazlan kepada Hisyam. Dokumen bertukar tangan. Hisyam tersenyum bangga bila dia berjaya menarik minat Dato Mazlan untuk bekerjasama dengan syarikatnya.

Ketika hendak melangkah keluar dari hotel tersebut, Hisyam ternampak seseorang yang amat dikenalinya, Isya. Isya duduk berdua bersama seorang lelaki pertengahan tahun. Mereka bergelak ketawa bersama. Hati Hisyam memberontak hendak menyerang lelaki tersebut tetapi dia berfikir panjang. Kalau dia menyerang Isya dan lelaki tersebut, sudah tentu reputasinya teruk di hadapan Dato Mazlan.

"Ini rupanya kerja kau Isya. Betina sundal tak sedar diri. Kau tu isteri aku Sya, isteri aku. Jantan ni pun tak guna. Dah nampak si betina tu perut dah kembung masih nak menggatal. Kau tunggu nasib kau Sya, kau tunggu. Kau betul-betul mencabar kesabaran aku Sya", amuk Hisyam sendirian.

Malam itu, Hisyam sekali lagi tidak pulang ke rumah. Dia hendak menghabiskan masa dengan Maria, wanita yang memahami kehend
ak dan nalurinya. Dia terus memandu keretanya menuju ke rumah Maria.

"Maria, jom teman I keluar malam ni? I tension lah duduk rumah nak kena menghadap muka yang sama je hari-hari. I nak lapangkan fikiran I, I nak release tension then I nak enjoy. Come on Maria, please temankan I", pujuk Hisyam. Maria seolah-olah terkejut dengan perubahan mendadak Hisyam. Misinya untuk memikat Hisyam dan memusnahkan kebahagiaan Hisyam hampir berjaya. Dia tersenyum puas. "Teman you? Seriously? Isya tak marah ke you keluar dengan I?", soal Maria. Hisyam mendengus kuat "persetankan dia Maria. I want you not her", luah Hisyam. Maria mendapatkan Hisyam lalu merangkul pinggang Hisyam "I tahu you ada masalah dengan wife you, am I right? I kenal you dah lama tapi silap I, I tinggalkan you untuk lelaki lain. Terus terang I masih cintakan dan sayangkan you Hisyam", Maria merapatkan tubuhnya ke tubuh Hisyam dan menggoda Hisyam dengan belaian dan sentuhan jari jemarinya. Hisyam tergoda dengan layanan Maria terhadap dirinya saat ini. Dia sememangnya amat memerlukan belaian dan sentuhan hangat seperti itu. Hisyam kalah dengan bisikan shaitan pada malam itu. Mereka berdua hanyut dibuai asmara yang diciptakan oleh syaitan.

Hisyam menghabiskan masa bersama Maria sepanjang malam. Maria hanya membiarkan Hisyam menjamah dirinya malam itu. "Malam nanti you ikut I balik rumah ye? I tak puas lagi dengan you tau", Hisyam senyum gatal.

Malam itu tindakan berani membawa Maria balik ke rumah dalam keadaan keduanya berbau arak mengejutkan aku. Terkejut dengan tingkah laku Hisyam yang berubah serta merta. Setahu aku Hisyam seorang lelaki yang tegas dengan pendiriannya agar tidak membenarkan wanita lain mendekatinya selain aku. Aku memandang Maria yang berpakaian agak terdedah di bahagian dada dan juga pahanya. Maria tidak berubah.

Aku mendapatkan Hisyam, cuba meraih pinggangnya, namun Hisyam menolakku ke tepi. Dahiku terkena bucu sofa dan berdarah. Aku kesat darah didahiku dengan lengan baju kemudia menggagahkan diri mendapatkan Hisyam. "Tepilah. Aku nak Maria. Maria. Kau faham ke tak! Dia je boleh layan aku dengan baik", marah Hisyam. Tersentak aku dengan ayat-ayat yang dilontarkan Hisyam. Hendak saja aku menangis meraung ketika itu bila melihat Hisyam. "Ya Allah dugaan apa lagi buat diriku ini", luahku perlahan.

"Isya, I nak baliklah. You ambil Hisyam ni", Maria bersuara. Kuat terhidu bau arak dan rokok di badan Maria. Aku mengeluh melihat keadaan mereka berdua. "Takpelah Maria. Maria tidur je sini, lagipun dah lewat malam. Dalam keadaan Maria macam ni, saya risau apa-apa jadi nanti. Tidur je sini, nanti saya siapkan bilik untuk Maria", kataku kemudian merangkul pinggang Hisyam dan membawanya ke dalam bilik. Aku membaringkan Hisyam diatas katil kemudian menyelimutkannya. Aku pandang wajahnya "kenapa abang jadi macam ni? Kenapa buat Isya macam ni?, luahku sayu. Aku keluar semula mendapatkan Maria yang terbaring di depan pintu. Aku memapahnya masuk ke dalam bilik tetamu. Sebaik sahaja Maria aku letakkan di atas katil, aku menukarkan bajunya kemudian menyelimuti badannya dengan selimut. Aku meraih tangannya "Maria, tolong jangan hancurkan kebahagiaan yang saya kecapi sekarang ini. Kesiankan anak dalam kandungan yang tak bersalah ni Maria", ucapku bersendirian sebelum keluar dari bilik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience