Bahagian 17

Short Story Series 13443

Keesokan harinya, Is datang melawat bersama isterinya, Iman. Aku agak rapat dengan Iman kerana dia merupakan sahabat baik aku sejak dari bangku sekolah lagi.

"Assalamualaikum, Isya. Kau dah makan ke? Macam mana Wafiq,ada perubahan tak?", soal Is membetulkan selimut Wafiq. Iman mendekatiku. "Macam tu lah Is. Takde perubahan", jawabku lemah.

"Isya, banyakkan bersabar ye. Aku tau kau sedih. Banyakkan berdoa untuk kesejahteraan Wafiq. In Shaa Allah semuanya baik saja. Aku ada Sya. Aku sentiasa ada saat kau suka dan duka. Kau dah makan belum", ujar Iman.

Aku cuma menggeleng. Dari pagi tadi aku belum menyentuh satu makanan pun. Tidak mampu aku menelan satu makanan pun disaat ini bila melihat keadaan Wafiq. "Makan sikit Sya. Aku ada bawa makanan untuk kau, masak lemak cili api", Iman cuba memujukku makan. Sekali lagi aku menggeleng. Betul-betul aku tidak berselera memandang makanan yang dibawa Iman. "Jangan macam tu Sya. Kau tak makan lagi dari pagi tadi, tu anak kau dalam perut Sya. Jangan bersifat kejam, aku tau kau sedih tapi jangan siksa kandungan kau. Makanlah sikit", nasihat Iman bersungguh-sungguh lalu menyuakan aku sepinggan nasi.

Rasa serba salah menyerbu dalam diriku. Aku lupa ada nyawa di dalam perutku. Tanda cinta suci dan ikhlas antara Wafiq dengan aku. "Maafkan ibu sayang. Ibu leka dengan kesedihan ibu sampaikan ibu lupa anak ibu dalam ni", bicaraku bersendirian menyentuh perutku.

Is dan Iman pulang petang itu. Ada juga mereka mengajakku pulang bersama mereka tapi aku menolaknya. Aku mahu menjaga Wafiq. Biarlah suka dan duka juga susah dan senang aku bersamanya. Kalau bukan aku, siapa lagi yang boleh diharapkan. "Abang, abang kena kuat, lawan sakit abang. Isya dengan anak kita tunggu abang ni", ucapku di telinganya setiap hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience