Bahagian 47

Short Story Series 13181

"Maafkan saya. Puan ibu kepada Ainul Mardhiah ye?", soal doktor tersebut.

"Saya ibu saudara dia. Ibu dia ada dekat bahagian bersalin", kata Iman

"Baiklah. Macam ni ye Puan. Anak saudara Puan terpaksa kami letakkan di unit rawatan rapi (ICU) untuk pemerhatian 24 jam. Anak saudara puan kami kesan ada kecederaan di bahagian kepala dan juga otak akibat hentakan yang kuat. Kecederaan otak boleh berlaku sama ada melalui trauma seperti gegaran yang kuat terhadap pesakit ", jelas doktor tersebut.

"Ya Allah Dhiah. Baiklah doktor, nanti saya akan maklumkan berita ni dekat ibu dia. Terima kasih doktor", ucapku Iman.

Tiba-tiba telefon Iman berbunyi, "hello sayang, sayang dekat mana ni? Kenapa tak balik lagi?", suara Is dihujung telefon.

"Abang datang hospital sekarang. Nanti Iman ceritakan", Iman terus mematikan panggilan.

Tamat sahaja panggilan telefon Iman bergegas mendapatkanku.

"Isya, kau macam mana? Kandungan kau macam mana?", soal Iman.

Aku memandang Iman sayu. Tanpa sedar air mata mengalir dipipi. Aku menangis lagi. Aku yang terbaring diatas katil terus memeluk Iman.

"Iman, anak aku dah takde. Anak aku dah tinggalkan aku. Doktor sarankan aku bersalin awal. Doktor dah berikan aku ubat untuk mempercepatkan bukaan", luahku sayu.

"Innalillahwainnailaihirajiun. Sabar Sya. Kau kena kuat. Allah sayangkan anak kau.", Iman membalas pelukanku dan cuba memujukku.

"Kenapa harus aku Iman? Kenapa Allah uji aku sebesar ni?", raungku lagi.

"Sya, setiap ujian yang Allah beri pasti ada hikmahnya. Semakin Allah sayang kepqda seseorang hambanya, semakin kuat ujian buatnya dan aku yakin Allah uji kau sebab Allah sayang kau. Aku harap kau bertabah ye Sya", Iman memberiku kata-kata semangat.

Segera aku mengesat air mataku. Baru aku teringat akan Dhiah, "Dhiah macam mana Iman? Dhiah ok kan?", soalku. Iman menunduk kemudian menggengam erat tanganku.

"Sya, aku harap kau tabahkan hati ye. Dhiah ada didalam unit rawatan rapi untuk pemerhatian 24 jam. Dhiah mengalami kecederaan di dalam otak", kataku

"Allahuakhbar. Dhiah anak aku. Iman aku nak tengok anak aku. Tolonglah. Aku merayu", rayuku. Air mata mengalir untuk kesekian kalinya.

"Sabar Sya, kau tak kuat lagi. Aku janji bila kau dah sihat, dah bersalin nanti aku bawa kau jumpa Dhiah. Kau kena rehat. Dengar cakap aku. Aku akan jaga Dhiah. Kau jangan risau. Kau rehat ye.", Iman memelukku.

Aku baring. Air mata masih juga mengalir. "Dhiah anak ibu. Nanti ibu datang melawat Dhiah ye sayang. Dhiah kena kuat. Tunggu ibu ye", kataku di dalam hati dan akhirnya tertidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience