34 Master Of The Devil

Crime Completed 131702

"What are you doing Qiel? Lepaskan aku!! Lepaskann!!!"

Konco-konco Raqiel mengikat pantas kedua belah pergelangan tangan Lovely di belakangnya. Lovely cuba meronta namun akhirnya mengalah lalu diam tak berkutik, mana mungkin tenaganya seorang mampu melawan tenaga beberapa lelaki yang sedang mengepungnya itu? Lebih baik diam dan simpan tenaga.

"Perkahwinan ini perlu diteruskan Love. Maafkan aku kerana terpaksa buat begini. Aku takkan mengasari kau, aku cuma mahu pastikan kau jadi milik aku sepenuhnya."

"Tak mengasari? Lalu kenapa aku diikat seperti tawanan Qiel?"

"Maaf..Demi keselamatan kau, aku terpaksa kurung kau sehingga perkahwinan kita selesai. Selepas itu, aku janji aku akan bawa kau ke suatu tempat, di mana hanya ada kita berdua tanpa diganggu oleh sesiapa..."

Raqiel Amoris dah gila ke apa? Begitu terdesak kah sampai sanggup mengurungnya demi mencapai keinginan? Lalu bagaimana dengan diri dia? Tak punya perasaan kah sedangkan sudah berulang kali dijelaskan isi hati pada Raqiel?

"Qiel..Tolong jangan teruskan kegilaan ini, please..Bagi aku jumpa Ren.."

Raqiel mendengus kasar lalu menendang meja perhiasan tepi dinding. Hancur berkecai bila melayang merempuh dinding konkrit. Lovely menutup mata, menahan rasa terkejut!

"Aku dah jelaskan berulang kali yang aku tak tahu dan takde kena mengena dengan kehilangan Ren Raizen Lovely Scarlett!!! Why?!! Sampai sekarang..Sampai saat ini, mengapa asyik nama lelaki itu yang kau sebut-sebut? Di mana letaknya aku Love? Aku yang pertama, seharusnya kedudukan aku di hati kau lebih tinggi berbanding Ren Raizen!!"

Yup, seharusnya begitu Raqiel Amoris..Hati kecil mengeluh. Malangnya kemunculan Ren Raizen merubah segalanya. Seperti kepala air yang tiba-tiba datang melimpah, sekali berubah pasirnya..Dia faham, dia benar-benar mengerti mengapa Raqiel bertindak gila, semua kerana terdesak dengan keinginan..Dia pernah melakukan perkara gila..Jadi untuk salahkan Raqiel seratus peratus tak mungkinlah, cuma..

"Aku cintakan Ren Raizen..Aku tak dapat paksa hati aku untuk menerima kau Qiel. Ni..Kepala aku, hati aku bahkan jiwa aku..Setiap saat menyeru Ren..Aku cuma mahu Ren Raizen kembali semula ke sisi aku Qiel!"

"Arghhhh!!!" Berserta tempikan lantang, habis bertempiaran benda-benda yang ada di sekeliling Raqiel kerjakan. Dah naik hantu dah Raqiel!

Walaupun mulai takut melihat Raqiel mengamuk seperti orang gila, Lovely tetap berlagak setenang mungkin. Dia tidak mahu Raqiel melihat dia sebagai seorang wanita yang lemah. Dia harus kuat demi mempertahankan cinta! Pertahankan cinta? Bagaimana? Idea gila yang pernah suatu ketika singgah namun terbantut akibat ditegah oleh Kenjiy muncul semula dalam kepala.

"I'll marry you Qiel..Dengan syarat..."

Amukan Raqiel terhenti serta merta. Segera dihampiri Lovely dengan wajah bersinar seperti bulan mengambang.

"Spill it!"

"Aku nak perkahwinan diadakan secara besar-besaran!"

Kau dah gila Lovely Scarlett! Percaturan kali ini terlalu merbahaya, silap langkah kau tak mungkin temui jalan keluar...Hati bermonolog.. But this is the only way..Kalau misalnya rancangan tidak berjaya, then anggap saja itu takdirnya dan teruskan hidup, belajar mencintai kerana yang dicintai sepenuh hati tak mungkin akan kembali semula dan mengubah nasib diri..Ah gitu! Bermonolog lagi..

"Fine! Satu dunia aku uar-uarkan..Lagi?" Raqiel sudah duduk mencangkung depan Lovely.

"Tolong jangan ikat aku macam ni Qiel..Aku takkan lari.."

"Fine! Tapi kau tak boleh keluar dari rumah aku."

"Aku kena kerja Qiel."

"Seminggu! Cuma seminggu Love..Lepas kahwin aku janji kehidupan kau akan kembali seperti sediakala..Tapi bukan di sini..."

Lovely kerut dahi. Masih cuba mencerna maksud kata-kata Raqiel. Melihat wajah bingung Lovely, Raqiel mengenggam jemari Lovely.

"Lepas kahwin, jom pergi jauh dari semua orang Love..Berada di dunia yang cuma dihuni oleh kita berdua, tanpa diganggu sesiapapun.."

Bertambah keriput di wajah Lovely mendengarnya. Gila ke? Adakah tempat macam tu? Ke bulan mungkin huhu..Agaknya Raqiel punya geran kat situ kan..Anggap positif jelaa.

"Now be a good girl and try not to cause any problem baby, I need to go out..No phone allowed okay, semua lengkap kat sini. No worries!" Ikatan di pergelangan tangan dilonggarkan lalu dibuka oleh Raqiel.

"I love you Love!"

Raqiel sempat menyambar bibir Lovely. Cuma sekejap! Kemudian Raqiel bingkas bangun lalu melangkah laju menuju ke pintu. Lovely masih terkesima..Rasa macam barusan ditampar malaikat! Siapa tak terkejut? Selama dia menemani Raqiel, ini kali pertama Raqiel mencium bibirnya. Selalunya Raqiel cuma akan memeluknya. Raqiel Amoris....Semakin berani eh!! Bikin takut huhu..

* * * * * *

"Tsk tsk tskk..Look at you!"

Sekujur tubuh yang terbaring dengan rantai besar mengelilingi tubuh kelihatan bergerak sedikit. Wajah didongak lalu bola mata mereka bertaut.

"You finally came huh?" Badan yang terbaring terangkat lalu disandarkan pada kepala katil.

"Are you sick?" Lelaki yang baru muncul itu menghampiri lalu melabuhkan punggung di birai katil.

"Why did you do this? Out of all girls, why her?" Ada getar pada suara serak basah yang sungguh maskulin itu.

Lelaki yang sedang duduk di birai katil tergelak. Ahh, lupa..Bukan sakit, penat mengharungi semalam yang hangat haha..

"I need proof that you're a bastard! So, how was your last night? I bet Cindy made you become as wild as a beast hahaha..."

"So..That was your plan huh? Drugged me and made me sleep with her?"

"Ops..You forget something..The video..I bet you didn't realize that last night's scene was fully recorded...You're doomed Ren Raizen.. Totally a loser!"

Ren Raizen mengetap rahang. Buku lima digenggam erat. Kalau saja badan tidak dirantai, pasti sudah lama dia lunyaikan wajah tampan yang tersengih beruk di depannya itu.

"Kau manusia paling keji Raqiel!"

"Aku keji?!! Antara aku dan kau..Siapa paling keji Ren?! Kau rampas segalanya dari aku. Kau kahwin dengan Love dan buat dia jatuh cinta pada kau!! Aku keji?!! Aku cuma ambil balik hak aku Ren!!! Hak aku yang kau rampas dammit!!!"

Buk! Buk!!

Terteleng kepala Ren Raizen bila penumbuk kekar Raqiel Amoris menyerang bertubi-tubi wajah tampannya. Darah mulai memercik dari kulit yang tertoreh.

Ren dongak wajah lalu menyungging senyum sinis.

"Kau lupa? Aku yang selamatkan Love Raqiel Amoris!! Ketika si bangsat Azrul tu nak perkosa Love.. Aku yang bertarung nyawa selamatkan dua beranak tu, kau muncul dan berlagak seolah kau yang selamatkan mereka berdua..Sebab apa? Kau memang sejak awal berniat mahu jauhkan Love dari aku kan. Kau takut Love mungkin jatuh cinta dengan aku. Kau sejak awal lagi dah menipu Love!!"

Ren memaku pandangan tajam pada Raqiel. Masih segar di ingatan, Azrul yang kedapatan berskandal dengan Sofeya diekori dengan niat mahu bagi pengajaran. Malangnya, lain pula yang disaksikan ketika mengekori sampai ke rumah skandal Azrul yang lain iaitu ibu Lovely. Azrul yang berada di luar kewarasan kerana alkohol menyerang anak gadis perempuan itu. Walaupun suasana gelap, dia tahu gadis itu terdedah kepada bahaya. Sebab itu dia meluru masuk dan membelasah Azrul tanpa simpati.

Ketika berada di tengah jalan, Raqiel muncul dan menyerang kenderaan Ren. Mengugut Ren untuk memindahkan Love dan ibunya yang tidak sedarkan diri ke kereta Raqiel. Yang menghairankan, bagaimana Raqiel boleh berada di situ? Mungkin Raqiel juga berada berhampiran, cuma tidak berani untuk tampil membantu, atau mungkin Ren lebih dulu bertindak sebelum Raqiel sempat melakukannya. Licik sungguh!

Raqiel gigit bibir! Macamana Ren boleh tahu semua itu? Selama ini rahsia itu tersimpan rapi! Dia sangat yakin yang Ren sendiri takkan mengecam wajah Lovely dan ibunya disebabkan waktu itu gelap gelita. Lagipun, selepas kejadian itu, dia sendiri mengurus perpindahan Love dan ibunya jauh dari lelaki durjana yang kononnya menjadi pelindung keluarga Lovely, padahal cuma syaitan bertopengkan manusia.

"Macamana kau tahu bahawa perempuan yang kau selamatkan itu adalah Love?" Mahukan kepastian, Raqiel pantas bertanya.

Yang pasti tak mungkin dari Lovely Scarlett. Gadis itu tidak tahu-menahu mengenai hal ini.

"Aku tak cam Love, tapi rantai ibu Love yang tertinggal dalam kereta aku..Buah rantai tu ada gambar mereka berdua."

Raqiel terkesima. Perasaan cuak mulai menguasai.

"Love....Tahu tentang itu?" Suara mulai kendur.

"Hentikan semua ini Qiel..I owe you a lot, tapi aku dah selamatkan nyawa kau dengan menderma tulang sum-sum aku. Kau tahu apa jadi kalau aku tak buat begitu kan? Kau mungkin akan koma buat selama-lamanya!"

"Hentikan apa Ren?!! Aku takkan lepaskan Love!"

Ren mengeluh. Dia juga tak mungkin mahu melepaskan Love! Tapi sampai bila? Raqiel menderita, dia juga sama..Tapi, siapa antara mereka yang lebih menderita? Lovely Scarlett!! Kasihan Love, tersepit di tengah-tengah permusuhan mereka dua beradik!

"Hentikan persengketaan kita Qiel. Sampai bila kau nak kurung aku macam ni? I'm your brother dammit!! And please stop...Torturing Love Qiel! Let her out of this! Dia dah cukup menderita disebabkan kita berdua..."

Raqiel tergelak sinis. Bingkas bangun lalu berpeluk tubuh di hadapan Ren Raizen.

"You know nothing..tsk..Poor you! Lovely and I... Are getting married!" Usai berkata, sehelai kad dilempar ke arah Ren.

Ren meneliti kad yang mendarat di atas tilam. Bola mata melotot. Ren renung tajam pada Raqiel. Wajah yang tenang tadi kini berubah menjadi serigala jadian.

"She's my wife dammit!!!" Suara naik beroktaf-oktaf!

Semakin galak ketawa Raqiel.

"You and her are...divorced..Sowryyy!!"

Ren geleng kebingungan. Divorce? Since when? Mulai sedar permainan licik Raqiel Amoris, Ren gigit bibir bawah dengan geram.

"Pasti kerja kotor kau kan?" Sinis nada suara Ren.

"It's easy peasy bro..Tak susah tiru tandatangan kau.." Jawab Raqiel di hujung gelak.

Semakin terbakar Ren Raizen. Sampai macam tu sekali Raqiel Amoris buat? Hati yang memanas semakin parah bila tambah dibakar api cemburu. Yang Lovely Scarlett ni pun satu, kata cinta..Kata sayang..Bila diajak kahwin terus setuju..Arghh!!!

"Tahniah Qiel..Aku akui kau memang hebat! Dari mula aku tak sedar diri di hospital kau berjaya pindahkan aku ke sini tanpa disedari sesiapapun, sembunyikan aku berbulan lamanya dan kini..Kau bakal kahwin dengan isteri aku..Hebatnya kau!"

Wajah Raqiel berubah jadi serius. Dihampiri Ren Raizen.

"Kau mahu persengketaan kita berakhir bukan? Baik, only when you promise you won't bug in between me and Love. Lepas kahwin, aku akan bawa Love pergi jauh Ren..Tolong jangan ganggu kami.."

Promise? Let her go? After marriage?!!

Ren Raizen tiba-tiba mengukir senyum... Senyum manis yang sukar ditafsir maksudnya.

"After your marriage huh?"

"She's going to be my wife soon..I warn you Ren Raizen.. Do..Not...Bug...In!!! Let us live happily ever after!"

Happily ever after?!!

Ren kancing rahang. Menegang seluruh otot muka menahan rasa marah dan cemburu.

"Did she...Agree to marry you?" Mendatar suara bertanya.

Raqiel angguk, wajah terpamer rasa bangga.. Bangga kerana berjaya mendapatkan hak miliknya semula, bangga kerana berjaya melihat sinar kekecewaan pada bola mata Ren Raizen.

"Tanpa paksaan? Tanpa ugutan? Love dengan rela mahu berkahwin dengan kau?"

Semakin lebar senyuman tersungging di wajah Raqiel.

"Of course. What do you expect? She'll wait for you? Nope Ren..You know I'm her first love. Furthermore..Do you think she still wants you after she saw the video?"

Ren telan air liur. Celaka!

"Give up and be gone forever Ren Raizen!!"

Ren tunduk menekur jemari.


* * * * * * *

Raqiel Amoris betul-betul mengotakan kata. Tiba hari yang telah ditetapkan, bilik yang menjadi penjara Lovely selama seminggu didatangi oleh jurusolek yang diupah oleh Puan Sofeya. Wajah Lovely mulai ditatarias. Dari awal pagi Lovely duduk di kerusi menadah wajah. Usai muka, rambut pula ditarik-tarik dan dibelit-belit. Ingatkan dah selesai, giliran baju pula. Sampai semput Lovely menahan nafas bila zip ditarik ke atas. Ketat, mahu bernafas pun susah.

"Cantiknya pengantin kita ni.." Puji si jurusolek, memuji hasil tangan sendiri ler tu.

Sejujurnya, jika ditanya apa perasaan Lovely saat itu...Ianya kosong! Tiada rasa! Seperti sebuah robot, hanya melakukan apa yang telah diprogramkan tanpa perasaan. Saat-saat macam ni, dia cuma pasrah..Sudah penat memberontak, penat menangis...Juga sudah berhenti berharap!

Hanya tinggal beberapa jam saja lagi, dia dan Raqiel akan sah menjadi suami isteri. Setelah itu, dia harus membuka halaman baru dalam buku kehidupannya. No turning back Lovely Scarlett..Ini adalah percaturan terakhir... Apapun yang terjadi selepas ini, teruskan hidup.. Nikmati dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan...Itu tekadnya!

"Lovely Scarlett..."

Lovely yang masih statik tak berkutik di kerusi solek, mengelamun jauh sampai ke Pluto kelihatan sedikit tersentak. Pantas kepala dipaling ke arah pintu. Kening terus terbengkok sebaik saja bola mata mereka bertaut. Seorang lelaki separuh usia yang masih kelihatan tampan dan gagah melangkah mendekati. Di mana Lovely pernah jumpa lelaki mix blood ni ya? Otak ligat berfikir.

"Vasco Salvero..I'm Qiel and Ren's real dad."

Aahh...Tan Sri Vasco Salvero...Patutlah dada lain macam debarannya, Tan Sri ni ada sedikit persamaan dengan Ren Raizen..Mata dan cara renungan huhu...

Lovely angguk sebelum tunduk merenung hujung kasut ala-ala Cinderellanya. Bukan kurang ajar, cumanya dia tak mahu, tak sanggup renung lama-lama sekujur tubuh di depannya..Walaupun tidak sama, aura yang dimiliki oleh Tan Sri ni sama seperti Ren Raizen..Hati bercelaru..Rasa rindu membuak-buak menyebabkan mata mulai dipenuhi air mata. No! Dia takkan menangis di hari perkahwinannya..Cukuplah air mata yang ditumpahkan buat seorang Ren Raizen!

"You're beautiful Love.." Pujian ikhlas dilontarkan.

Tan Sri Vasco menarik sebuah kerusi berhampiran lalu duduk di depan Lovely. Buat seketika, bola mata lelaki itu meneliti Lovely sebelum sebuah keluhan kecil dilepaskan.

"I'm sorry Love...Papa telah melakukan satu kesilapan terbesar dalam hidup papa. Perkahwinan Ren seharusnya tak disembunyikan di mata umum. Papa cuma mahu Ren berubah masa itu, hentikan sikap berfoya-foya dan tak bertanggungjawabnya. Frankly speaking, papa hampir tak percaya waktu itu dia bersetuju mahu berkahwin dengan kau."

Lovely mengenggam tepi kain baju pengantinnya, cuba meredakan gelora yang melanda dalam jiwa. Perlukah dia dengar semua ini sekarang? Masa tak sesuai kot, kalau misalnya hati dia berubah, siapa yang nak pikul tanggungjawab? Papa Ren? Huhu..

"Satu lagi kesilapan yang sungguh papa kesali hingga ke hari ini..Papa tak siasat dengan teliti, rupanya kau adalah wanita yang dicintai oleh Qiel.."

Okay papa Ren..Lovely dah tak mampu bertahan..Baik, nak sangat buat dia rasa bersalah kan? Persetan dengan mekap seinci di wajah..Air mata yang mulai menitik macam rintik hujan dibiarkan membasahi pipi..Jap lagi jadi hantu jerangkunglah dia.

"Maafkan papa..Atas kesilapan papa, Love tersepit di tengah..Kegilaan dua beradik ni patut dihentikan, tak gitu?"

Lovely terus dongak wajah. Melihat senyuman penuh misteri Tan Sri, hati dipagut curiga. Orang tua ni tengah merancang sesuatu ke?

"Papa sayang kedua-dua anak lelaki papa sama rata, tiada yang lebih tiada yang kurang. Kali ini mereka berdua benar-benar keterlaluan. Since I can't control those brats, it's up to you Love, papa serahkan keputusan di tangan kau. If I were you, I'll leave both of those bastards! You are young and beautiful..If you need help, feel free to ask me.."

Lovely terkesima. Ini benar di luar dugaannya. Tapi itu idea terbaik setakat ini.

"Bagaimana Tan Sri? Orang-orang Qiel dah kepung kawasan ni.."

"Easy peasy!" Jari dipetik!

Macam magik tau, seorang wanita muda dan jurusolek tadi masuk semula ke dalam bilik. Lovely diarah menukar pakaian, rambut disanggul tinggi dan dipakaikan rambut palsu pendek macam lelaki, topi membungkus kepala dan cermin mata bulat dan agak besar tanpa kanta menghiasi wajah. Wajah juga dibersihkan dari mekap. Cuma sedikit mekap dioles, untuk menjadikan wajah Lovely nampak hodoh dan nerd.

Manakala wanita muda yang dibawa masuk ditata rias untuk menggantikan tempat Lovely. Licik! Anak beranak ni memang licik!! Tak sampai setengah jam, semuanya selesai dengan mantap sekali. Kalau tak diteliti betul-betul, pengantin perempuan tu memang sebijik Lovely Scarlett. Credits to the MuA! Usai dipakaikan veil menutup seluruh wajah, mereka bergegas keluar kerana henfon Tan Sri Vasco tak henti-henti berbunyi, semuanya dari Raqiel Amoris yang sudah menunggu di dewan persandingan.

Lovely tetiba jadi assistant si jurumekap, mengangkut beg-beg yang dipenuhi mekap dan aksesori yang berkaitan. Yang bestnya, tiada seorangpun konco-konco Raqiel yang perasan. Semua asyik memberi perhatian pada pengantin yang kini sudah masuk ke dalam perut kereta limo. TS Vasco sempat mengenyit mata pada Lovely sebelum masuk ke dalam perut kereta dan duduk di samping pengantin perempuan.

Sekelip mata, kawasan perkarangan kondo mewah itu jadi sunyi sepi bila semuanya bergerak mengiringi kereta limo tersebut. Tinggallah Lovely dan jurumekap terpacak di situ. Selesai membantu memasukkan semua peralatan di dalam kereta si jurumekap, Lovely berkira-kira mahu pergi dari situ. Dia harus bersembunyi bukan? Tak lama lagi, bila Raqiel sedar tentang penipuan tersebut, pasti dia akan dicari sampai ke lubang cacing..Seram!

"Cik Love..Tuan Vasco arahkan cik untuk naik kereta hitam tu. Kereta tu akan bawa cik ke tempat selamat buat seketika." Jari ditunding ke satu arah.

Lovely menoleh. Sebuah kereta mewah warna hitam bercermin gelap terparkir di bahu jalan. Lovely angguk. Usai mengucapkan terima kasih, Lovely melangkah besar-besar menuju ke kereta tersebut. Masa itu emas bukan?! Dia kenalah cepat sebelum konco-konco Raqiel berpatah balik dan menangkapnya.

Lovely buka pintu bahagian penumpang belakang, langsung masuk dan duduk tanpa sepatah bicara. Tak kuasa nak beri ucapan formal mahupun salam perkenalan. Pasti driver TS Vasco tu sudah sedia maklum siapa dirinya bukan?

Kereta mula bergerak perlahan menyusur jalanraya. Lovely menyandarkan badan di penyandar. Topi ditarik rendah untuk menutup wajah. Now what Lovely? Otak mulai ligat berfikir. Ini bukan plan dia!! Semuanya jadi berantakan kini..Dia harus bijak atur strategi semula! Yang penting sekarang, elakkan Raqiel Amoris!

"Sad? Do you really want to marry Raqiel Amoris?"

Owhh sheatyy meatyyy!!!

Badan lesu Lovely auto menegak 90 darjah!! Pantas topi yang menutupi wajah dilorotkan. Suara itu...Suara serak basah yang sangat maskulin itu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience