49 Finale

Crime Completed 131702

“Are you that happy to see me? No tears…Come on Love!” Bahu Lovely dipaut mesra.

“Mana ada!” Laju dilarikan bola mata.

“Yelaa tu! Where are you going? Rehearsal dah selesai ke?” Sambil berkata, leher dipanjangkan untuk mengintai ke dalam.

“Baru je habis Qiel. Kau sorang je?”

Raqiel Amoris mengangguk.

“Aku baru je sampai. Kau dah nak balik ke?”

Laju kepala Lovely terangguk. Hati mulai tak keruan. Andai ada Raqiel Amoris… Mungkinkah ada Ren Raizen? Ikut jadual dua hari lagi Ren akan kembali.

“Laa, temankanlah aku dulu. Dah lama kita tak sembang kan? Aku balik sorang, Ren takde…Don’t worry!”

Kurang asam betul! Macam tau-tau je mamat ni apa dalam fikiran Lovely sekarang ni tau. Ketara sangatke? Malulah pulak!

“Sekarang tak boleh Qiel, Grab tengah tunggu aku tu. Esok kita sembang, bolehkan?”

“Bayar jela, nanti aku hantar kau. Bolehlah, tak rindu kat aku ke?”

Melihat wajah bersungguh-sungguh Raqiel, rasa tak sampai hatilah pulak mahu menolak. Setelah berurusan dengan pemandu Grab, mereka ke kafeteria dalam dewan.

“Macamana dengan kesihatan kau sekarang Qiel?” Lovely memulakan perbualan.

“Aku semakin pulih.” Raqiel menjawab pendek.

“Tell me Love…Are you happy?”

Lovely angguk penuh yakin.

“Yes Qiel, aku sangat gembira walaupun cara Ren menunjukkan cinta berbeza dengan manusia normal. I hope you’re happy to Qiel…”

Raqiel melakar senyum sambil mengangguk.

“Aku dah terima apa yang berlaku dengan seikhlas hati. And I am happy, don’t worry…You and Ren…Must be happy, promise tau! Coz I love both of you with all my heart.”

Saat itu Lovely benar-benar terharu, tak sedar sampai menitis air mata di pipi. Pertemuan kali pertama setelah bertahun-tahun tak berjumpa, benar-benar berbekas di hati.

“Promise me Qiel. One day, when you’re ready to marry someone, let me be your bridesmaid too…But please, janganlah sampai aku tua berkeriput baru kau nak kahwin.”

Raqiel meletuskan tawa kuat mendengar kata-kata Lovely.

“I can’t promise that Love. Takde orang nak kat aku. Semua pasti kata aku gila kerana rekod mental aku.”

“Siapa berani kata macam tu kat kau hah? Meh aku sekeh sikit supaya kedudukan otak deorang tu kembali normal!” Makin kuat gelakan Raqiel. Kepala terus tergeleng-geleng.

“Nampaknya perangai Ren dah menjangkit pada kau!”

“Taklah, aku buat sikit-sikit jer…Ren Raizen level neraka, takleh nak challenge…Dia-dialah yang pungut semua kalau bahagian neraka tu!”

Akhirnya, mereka sama-sama tergelak sakan. Sedap pula mengutuk Ren Raizen, kesian dewa kacak tu, sejak akhir-akhir ni selalu jadi watak hot and spicy bawang rangers.

Kerana terlalu leka berbual, sampai tak sedar mentari sudah melabuhkan tirai. Lovely tiba di rumah agam ketika hari hampir gelap. Mujur Ren takde, kalau tak pasti macam polis penyiasat dia disoal, itupun kalau mood lelaki itu baik. Kalau tak, silap haribulan Ren baling bom jangka takpun muncung pistol diacu di pelipis.

Ketika berbaring di katil super king size itu, Lovely merenung sayu di sebelahnya. Rindu semakin tak tertahan. What took him so long? Rasa macam bertahun-tahun padahal cuma dua minggu je pun.

Dia harus sabar menunggu bukan? Takkan lari gunung dikejar. Takkan mampu Ren Raizen melarikan diri kerana dia, Lovely Scarlett akan membongkar satu neraka untuk mencari Ren Raizen. Huish… Terlebihlah pulak!

Masih tenang di posisi bila keesokan harinya, sehingga hari menginjak ke senja Ren tak kunjung tiba. Hari seterusnya, masih tak kunjung tiba. Sehinggalah tiba hari perkahwinan Intan dan Kenjiy.

Lovely hanya mampu fikir positif bila Raqiel datang dan bagitahu Ren sudah menaiki flight dari Japan. Dalam hati tak henti-henti doa dipanjatkan semoga semuanya baik-baik saja. Janganlah terlalu kejam duhai takdir…Cukuplah penyeksaan yang diberi, izinkanlah mereka berdua mengecapi kebahagiaan.

Ketiadaan Ren digantikan dengan Marco Arjuna. Lovey mengenakan pakaian yang dipilih oleh Intan, dia puas hati kerana seperti yang Intan janjikan, grand tetapi masih sopan.

Majlis gilang gemilang itu langsung tak dirasai kerana hati Lovely sudah tidak berada di situ. Ketika acara tari-menari, Lovely terus melarikan diri. Sesak nafas melihat terlalu ramai manusia berada di ruangan dansa. Lovely menyerusup keluar melalui belakang pintu.

Istimewanya dewan yang dipilih oleh Intan dan Kenjiy ialah ianya terletak di tepi pantai. Asalnya Intan nak buat beach wedding tetapi oleh kerana Intan ni cerewet sikit dan tak mahu kasut serta baju pengantin dikotori pasir, dia ubah tempat. Dari tepi pantai tukar ke dalam dewan. Kawasan tetap masih sama sebenarnya.

Masih berbaju ala-ala pengantin, Lovely membuka kasut tumit tinggi lalu dijinjing. Berjalan berkaki ayam menyusuri tepi pantai. Dia suka bila butir-butir pasir terasa di tapak kaki, macam satu terapi… Menenangkan!

Suatu waktu dulu, Ren Raizen pernah mengekori diam-diam di belakang, terlompat-lompat mahu memijak bekas tapak kaki dia di hamparan pasir tersebut. Laju kepala menoleh ke belakang. Kot-kot Ren tiba-tiba muncul kan…Malangnya, sunyi sepi. Hanya dia seorang di situ.

Ombak yang datang melenyapkan bekas tapak kaki Lovely. Bibir terus tercebik. Lovely menapak jauh sedikit dari capaian ombak yang menyerang tepi pantai.

Kali ini langkah dibuka besar-besar, sampai terlompat-lompat gara-gara mahu pastikan jarak bekas tapak kaki sangat jauh antara satu dengan yang lain. Entah berapa lama Lovely terleka, seronok sangat sampai tak sedar dah berapa jauh perjalanannya menyusur tepi pantai, juga berapa banyak masa terbuang.

Berhenti seketika untuk menghilangkan rasa lelah. Menoleh ke belakang untuk lihat semula bekas tapak kaki yang berjaya dia jarakkan dengan jauh antara satu dengan yang lain.

Menyirap darah ke wajah! Dada tiba-tiba terasa begitu sempit. Tak sedar badan rebah, punggung terhempas di atas hamparan permaidani butiran pasir memutih. Lovely punya terkejut, macam ternampak pontilanak!!!

O..Orang tu…Sejak kapan berada tidak jauh di belakang? Sampai berpeluh-peluh wajah tampan itu terlompat-lompat cuba memijak bekas tapak kaki Lovely yang pastinya sukar diekori kalau setakat berjalan macam model pakaian renang kerana jaraknya yang agak jauh antara satu sama yang lain. Bukan senang nak buat, Lovely sampai basah lencun dek keringat tau!

Begitu sungguh-sungguh mengekori bekas tapak kaki Lovely sampai tak sedar Lovely sudah jatuh tertonggeng, melongo memerhati!

“R..Ren Raizen!” Lovely jerit dengan bola mata yang sudah berkaca-kaca!

Ren Raizen yang sedang terlompat-lompat terus berhenti. Riak wajah jelas terkejut ketika didongak. Sebuah senyum senget dilemparkan.

“Why are you so late?” Bergetar suara Lovely kerana menahan rasa sebak dan mahu menangis.

“You know I really hate attention my love…And you…Out of all, why pengapit? Don’t you know the groom might tenggelam by my presence?”

Dasar minta puji!

“Yes, I finally did it!!! See? I followed all your steps without fail Love!” Ren Raizen sudah tercanak di depan Lovely, siap hulur tangan pada Lovely yang masih terduduk atas pasir.

Can you believe it? Jarang-jarang melihat wajah penuh girang dan teruja Ren Raizen seperti yang dipamerkan saat itu. Precious! Dapat ikut jejak setiap bekas tapak kaki Lovely pun gembira macam dunia ni kau yang punya ke Ren Raizen?

“Good for you!” Lovely balas dengan selamba, lalu menyambut huluran tangan Ren.

“Now where’s my award Love? Pelukan hangat ke, kiss sikit ke…Takkan takde? Berpeluh-peluh tau ikut jejak kau tu…”

Perlahan, senyum musang licik terukir di bibir. Jemari Ren digenggam erat. Dengan sepenuh tenaga yang ada, Lovely tarik tangan Ren sekuat hati. Hilang keseimbangan, badan Ren condong ke arah Lovely. Hampir saja menghempap tubuh Lovely, dengan kepantasan maksima, Lovely bergolek ke sebelah.

BUK!

Dengan wajah tampan itu sekali tersembam ke permukaan pasir.

“Hahaha!” Kemain Lovely ketawa mengilai-ngilai. Siap dengan aksi bergolek sambil pegang perut. Terlebih!

Ren pusing badan lalu baring terlentang. Wajah yang dipenuhi pasir disapu perlahan-lahan dengan jemari. Sampai pasir masuk lubang hidung dan mulut dikerjakan oleh Lovely tau! Dasar musang licik keji!

“Begini ke cara kau sambut laki kau yang hampir dua minggu tak balik Love?” Gelak tawa terhenti serta merta.

Tiba-tiba rasa berdosalah pulak! Lovely bingkas bangun menegakkan separuh badan. Kasihan pula melihat Ren dibungkus butiran pasir.

“Are you okay?” Seraya berkata, jemari Lovely singgah di kepala Ren, membersihkan sisa pasir di rambut lelaki itu.

“Tak okay! See? Kalau kau bisa melihat, hancur cinta aku, sakit hati aku tau! Kau harus bertanggungjawab.”

Dia dah mula dah nak start enjin loyar buruk dia tu! Lovely cuba beriak biasa, memandang serius wajah tampan Ren…Saja nak tunjuk minat ler katakan, nak tengok sejauh mana permainan lelaki itu.

“Aku harus buat apa Ren?”

“Come closer…” Ren panggil guna jari telunjuk. Lovely menjongket sebelah kening, namun tetap mengesot badan merapati Ren.

Ren bingkas bangun dan duduk dengan posisi badan menegak.

“Here…Kiss me!” Ren mendekatkan pipi. Siap ditunjuk-tunjuk pipi dengan jari telunjuk.

Ah, ngada! Tapi tula, kerana mulai terpalit dengan rasa bersalah, Lovely menurut jua. Merapatkan bibir lantas memberi kucupan hangat dan pantas di pipi Ren. Kemain mekar senyuman di wajah Ren.

“Hurm…Macam tak cukuplah pula, sebelah lagi Love!”

Bibir mulai terherot sedikit. Namun masih mampu menahan sabar. Ren memusing wajah lalu menadah sebelah lagi pipi pada Lovely. Takpe, kerana sayang…Dia rela turutkan walau hati sedikit panas dengan perangai mengada Ren. Seperti tadi, bibir hanya mendarat sekejap.

“That is not a kiss Love…No feeling, no love…Tak sweet langsung! Feeling Love… Feeling…Aku tak nak ciuman tiang lampu tepi jalan tu!”

“Aahh, tak payah!!! Banyak betul songeh kau ya…Nah! Biar pasir ni bagi kau ciuman paling suwittt di alam semesta!”

BAK!!!

Kedua belah tangan Lovely yang penuh dengan segenggam pasir ditempel laju di kedua-dua pipi Ren.

“Muah! Muahh! Muaaahhh!!! Hah… How’s the kiss Ren Raizen? Very the suwittt kan? Kan? Nak lagi tak?”

Ren memandang dengan wajah penuh reda. Silap menjentik, terjentik musang betina..Adei!!!

“Let me show you the sweetest kiss of all!”

Tak sempat melarikan diri, Ren sudah memaut pinggang Lovely. Arghh!! I shoud’ve known it! Hati kecil Lovely terus menjerit geram. Badan Lovely ditarik lalu direbahkan di atas pasir. Belum sempat menarik nafas terkejut, Ren sudah naik menindih tubuh Lovely.

Pergerakan Lovely terus dikunci dengan pronya, hingga Lovely langsung tak mampu menggerakkan tangan mahupun kaki. Hanya kepala tergeleng-geleng, cuba menangkis serangan bibir Ren Raizen yang rancak memburu.

“Argh! Why soo jual mahal my love? Don’t you miss me? My sweet lips? Stay still will ya?”

“Let me go Ren Raizen! Tak malu ke buat macam ni? Kita kat tempat terbuka dumbo!!!”

Ren menjauhkan wajah. Dahi berkerut sedikit, memikirkan kebenaran kata-kata Lovely. Secara perlahan-lahan, kepala terangguk-angguk.

“Now, get off me!”

Ren tiba-tiba jadi penurut, terus bingkas berdiri tanpa banyak songeh lalu menghulur tangan pada Lovely. Walaupun hati sedikit rasa curiga, Lovely tetap menyambut tangan Ren.

“You know Love…You’re the prettiest when you’re in white dress like this…My heart is racing like hell!”

Ren the sweet talker…Ada maksud tersirat ke tu? Macam kan!

“I know! Kalau aku tak cantik, kau takkan sampai angau kat aku kan?”

Ren tergelak kecil. Hujung hidung mancung Lovely dicuit mesra.

“I knew you’re mine since we met for the first time Love. I knew I can’t never let you go…”

“So you perangkap me, made my life miserable… Kejam tau, sampai sekarang aku masih simpan dalam hati!”

Ren mendengus sebal. Mencerlung bola mata menatap Lovely.

“Serius? Aku ingat kau dah lama maafkan aku. Jom berdamai…Aku pernah ajak kau kan, kau tak bantah pun. Aku anggap semuanya dah settle...Kosong-kosong, bukankah begitu? Tak elok simpan dendam lama-lama, nanti cepat berkedut!”

Celaka!!!

Belum sempat menjawab, Ren merampas sebelah kasut yang dipegang oleh Lovely. Kemudian, kasut tersebut Ren sua tepat di depan wajah Lovely.

“See? Semua kisah silam penuh pahit yang pernah kita lalui, simpan dalam kasut ni. Buatlah lekas!”

Lovely renung Ren dengan riak wajah kebingungan.

“Aku anggap kau dah buang semua dekat dalam kasut ni.” Sambung Ren dengan laju, tak bagi can langsung untuk Lovely berfikir.

Tiba-tiba Ren pusing badan menghadap lautan yang terbentang luas lalu melempar sekuat hati kasut tersebut ke arah lautan. Tercengang terus Lovely! Melopong melihat sebelah kasut hilang dari pandangan.

Dah tu nak pakai sebelah jer kasut tumit tinggi dia balik karang ke acane ni? Yang bikin hati memanas, asal buang satu je dan tinggalkan satu lagi?

Dengan penuh konfiden level mahadewa, Ren toleh ke arah Lovely sambil tersengih beruk.

“Kali ini, kita betul-betul berdamai ya. Jom salam, pas tu peluk dan bolehlah kiss sikit. Macam?”

Tangan yang baru hendak dihulur segera ditarik pantas bila terpandang wajah marak menyala Lovely. Ah..Danger alert!

Tak tunggu lama, Ren terus lari lintang pukang bila sebelah kasut di tangan Lovely dibaling deras ke arahnya.

“I’ll kill you Ren Raizen!!!”

“No you’re not! You loved me dearly sweetheart! Muahhh!!!” Semakin galak pula Ren Raizen mengusik sambil melarikan diri.

Beware Ren Raizen! Dia baru je seru semangat Usain Bolt!! Jap lagi nahaslah mafia otak separuh tu dia kerjakan! Just wait and see!!!

Malang tidak berbau, lain yang diseru lain pulak yang datang. Entah macamana, kaki boleh tersilap landing. Lovely tergolek macam bola di atas permaidani pasir. Menjerit sekuat hati! Sakit hati melebihi rasa sakit di buku lali…

Ren berlari laju menghampiri. Sebelah kaki Lovely ditarik.

“Ya Allah, kau terseliuh buku lali ni! Tu hah..Tulang kau dah tersembul keluar! Silap-silap kena potong kaki kau ni…Kau bakal cacat kot!”

Sebalnyaaa!!!

“Peluk aku cepat and say I love you so much Ren Raizen…Lepas aku tiup-tiup, kau pasti sembuh!”

Arghh! Dia dah tak tahan nak hadap mamat senget ni!!!

Lovely meraung akibat sudah tidak mampu menanggung rasa sakit hati. Air mata merembes laju membasahi pipi. Sampai bergolek-golek sambil kaki menendang-nendang pasir!

“I hate you Ren Raizen! I hate you!!!”

Tu dia, tewasnya seekor musang licik dikerjakan oleh Ren Raizen! Gelagat Lovely benar-benar mencuit hati, namun Ren berusaha pamer wajah tenang, walaupun hampir meletup tawanya saat itu!

“Boleh bangun tak?” Ren bersuara lembut, lalu memaut kedua belah bahu Lovely.

“Go away Ren Raizen! Biar aku mampus je kat sini!” Merajuk dah musang betina ni! Ren geleng perlahan.

“Kaki kau okay je sayang, aku gurau je..I’m sorry, I love you!”

Lovely buang muka. Muncung naik berdepa-depa. Ren melakar senyum lebar. Terkejut bila Ren mencempung tubuh Lovely lalu didakap erat di dada.

“Let me go!”

“As a loving husband, I’ll carry you home my love.”

Ah, menyesal pula dibiarkan perut kosong. Tak sempat dia jamah makanan masa kat dalam dewan tadi. Patut dia makan kenyang-kenyang biar sampai kembung perut kan, barulah Ren tercungap-cungap angkat tubuh dia.

“Love…” Semasa dalam perjalanan menyusur tepi pantai menuju ke kereta, Ren bersuara. Lovely tenung wajah tampan Ren yang sedang memandang lurus ke hadapan.

“Yes?” Akhirnya Lovely jawab perlahan.

“Rasa-rasanya…Dah ada ke jari kaki terbentuk kat dalam tu?” Bola mata Ren turun, melirik ke perut Lovely.

What?!!! Merah padam wajah Lovely!

“Erk…Dunno!”

“Takpe, aku akan berusaha bersungguh-sungguh lagi malam ni, kot-kot dapat kembar tiga kan…Usaha tangga kejayaan..Kau harus kuat dan terus bertahan Love!”

Lovely terus menyembam wajah di dada bidang Ren Raizen. Dalam hati bersungut kemain, namun senyuman bahagia di wajah tak mampu disembunyikan… Hermm… Bahagia? Of courselah…

Seperti juga cantik, bahagia itu subjektif. Ada kanak-kanak setakat dipuji kerana buang sampah ke dalam tong sampah je pun boleh senyum sampai ke telinga, ada juga yang diberi ganjaran berupa wang atau hadiah kerana tidak makan setakat pujian untuk menggembirakan kanak-kanak tersebut.

Setiap manusia punya cara tersendiri untuk bahagia. Bagi Lovely sendiri… Walaupun cara dia dan Ren Raizen menunjukkan kasih sayang sangat berbeza dengan pasangan lain, dia benar-benar bahagia. Mereka mungkin pasangan gila dan ganas di mata orang, tapi siapa tahu dalam hati bertapa suburnya bunga-bunga tersemai, manisnya tak mampu ditandingi selautan gula.

BAHAGIA itu pasti bila kita mulai menerima segala kekurangan pasangan dan menganggap itu adalah kelebihan!

~ THE END ~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience