45 Do You Wanna Eat Cornetto?

Crime Completed 131702

Okay..Lovely Scarlett memang dah sah gila mabuk kepayang! Tak fikir panjang terus bersetuju dengan usul tak masuk akal Marco Arjuna. Sepanjang perjalanan dari mulai menaiki lift hinggalah mereka tiba di depan pintu bilik hotel mewah yang dihuni buat sementara waktu oleh Marco, dia sudah mempersiapkan diri. Yakin dengan ilmu pertahanan yang dia kuasai, at least kalau berlaku apa-apa dia mungkin boleh meloloskan diri, ah gitu!

Lovely perasan je bola mata Marco yang sesekali melirik ke arahnya walaupun diselindungi oleh cermin mata gelap. Ah, kalaulah dia bisa baca fikiran lelaki itu. Penasaran yang membuatkan dia terdesak sampai sanggup bertindak sejauh itu!

Pintu bilik terkuak bila kad akses digeser pada pengimbas. Marco melangkah masuk dengan selamba, tangan terseluk dalam kocek. Wajah lurus 60 darjah memandang ke depan, macho dan penuh keperkasaan di mata Lovely sampai tercengat kaku Lovely memerhati. Aduhai hati… Hentikan memuja pada sesuatu yang tak pasti!

Marco Arjuna membuka kot yang membaluti tubuh, membuat sedikit regangan pada leher, bahu dan pinggang di depan Lovely. Daging pejal yang tersembul bila urat besar tertarik, tubuh sempurna yang tampak sungguh mempersonakan, hingga tak sedar mulut melongo.. Hampir menitis air liur! Cis..Bedebah!! Lelaki itu memang sengaja mahu mengumpan ke apa?

Seketika kemudian, Marco mulai melepaskan butang kemeja di badannya satu-persatu. Sh*t!! Laju Lovely memusing badan, tak mahu melihatlah kononnya. Ehh jap!! Tattoo…Laju kepala dipusing semula..Celaka!! Marco dah takde.. Macam lipas kudung!! Hanya bunyi pintu tandas ditutup sempat menyinggah di pendengaran!

Lovely terduduk di atas sofa dengan dada naik turun laju, seperti baru selesai larian pecut satu round trek padang kompleks sukan. Tenang…Semuanya akan baik-baik saja sekiranya kau kekal tenang wahai Lovely Scarlett.. Dada digosok perlahan..

Tiba-tiba timbul persoalan di dalam benak. Agaknya sampai bila dia harus berada berdua-duaan di dalam bilik hotel bersama jejaka ukiran surga itu? Untuk apa Marco Arjuna membawanya ke situ sebenarnya? Kata nak bagi seseorang cemburu, tapi persoalannya..Mengapa dia tidak nampak Marco menghubungi sesiapapun? Jadi bagaimana Intan Natasha akan tahu kalau macam tu kan? Kecualilah Intan memang sedang mengekori..

Tapi melihat sikap Intan yang langsung tak kisah tentang Marco, hati jadi ragu. Argh! Semua ini membingungkan.. Buat dia bertambah stress tau! Kedua belah pipi ditampar-tampar dengan perlahan..Pergi wahai wrinkles..Jangan mendekati shuuushhh!! Orang kata stress buat kita cepat tua kan? Soo.. Tak nak stress duhai Lovely!! Nanti berkedut..

Semangat perjuangan mulai berkobar..Uish, tiber! Lovely bingkas bangun, mundar mandir di situ-situ juga sambil menghayun-hayun kedua belah tangan sehingga ke paras 60 darjah. Itu cara menghilangkan stress yang dia pernah nampak di dalam Tik Tok! Tak tahulah berkesan ke tidak, tak salah mencuba kan?

“You buat apa?”

Celaka!! Bila masa Marco keluar dari bilik mandi? Asal dia langsung tak sedar? Terkejung seketul Lovely. Tangan terhenti betul-betul tepat di aras 60 darjah, kedua belah kaki berjarak agak jauh, sekali lihat macam terkangkang pun ada, walhal dia sebenarnya sedang buka langkah huhu..Macam beruk kena renjatan elektrik!! Memalukan!!

Kepala terpusing perlahan-lahan. Glup! Tak sanggup nak bayangkan tubuh sasa berketul itu tanpa pakaian. Jangan tengok Lovely!! Apa kau dah gila? Itu laki orang!! Hati kecil membentak. Dia jadi ragu-ragu. Kalau toleh sambil tutup mata tu kira berdosa jugak ke?

“What the hell are you doing Love?” Sekali lagi soalan diulang. Arghh..Maluu!!! Pantas Lovely celik mata luas-luas..Persetan kalau dia nampak semuanya, siapa suruh tak reti berpakaian kalau tahu ada orang asing di situ kan?!!

Sangkaan meleset sama sekali. Marco Arjuna berdiri bertentangan, memakai hoodie warna grey dan seluar cotton warna serona. Merah padam wajah Lovely menanggung malu.. Tulaa..Fikiran kuning sangat!!

Bola mata cuba meneliti wajah yang tersembunyi di sebalik hood itu. Hanya bibir kelihatan, itupun cuma sebahagian.. Lelaki ni memang sengaja memakai hoodie bersaiz emak gajah kan? Benci betul! Kepala diturunkan sedikit, mahu mengintai ler tu. Marco berdehem kuat buat badan tegak semula.

“You buat apa Love?” Ahh..Tak baik!! Marco membuka langkah, mahu mendekati. Kelam kabut Lovely berundur.

“Aku..Aku tengah exerciselah..” Cepat-cepat dia jawab, tanpa berfikir panjang.

“Exercise? Exercise apa macam tu? Ahh..Mesti senaman kegel kan?”

Se…Senaman apa?!!

Semua darah menyerbu naik ke wajah..Merah padam jadinya! Celaka punya jantan!! Dengan selamba beruk dia menebak tanpa segan silu!!

“K..Kau..Kau…”

“Aku dengar senaman tu bagus untuk wanita, terutama yang sudah berkahwin..”

Eii, tolonglah!! Dia tak nak dengar!! Siapa Marco Arjuna hah? Dahlah muncul-muncul sembunyikan wajah, buat hidup dia tunggang langgang sekelip mata, kini bercerita tentang senaman kegel tanpa rasa malu? Like seriously?!!

“You…Nak…” Belum sempat dihabiskan, kaki Lovely melayang deras menusuk tulang rusuk Marco. Terbengkok sedikit badan Marco yang sasa kerana serangan tiba-tiba itu.

“Shut up Marco Polo!!! Kau cakap sepatah kata lagi, dengan mulut kau sekali aku sumbat dengan tapak kaki aku!!”

Terpempan seketul Marco dibuatnya! Ganasnya minah ni!! Hati menggerutu!

“Why Love? Apa salah I?” Marco nampak tak kisah dengan ugutan Lovely, badan kembali tegak sebaik sahaja Lovely menarik semula kaki. Sukar diagak ekspresi Marco kerana wajah terselindung di sebalik hood, tapi yang pasti mesti sedang mencerlung, bola mata marak berapi!

“Out of all places, why did you bring me here Marco?!”

“Told you, this is the best way to pull the trigger of jealously..” Selamba Marco melintas di depan Lovely lalu melabuhkan punggung di atas sofa. Kaki dan tangan hampir serentak disilangkan.

“Let’s just wait Love.” Kepala disandarkan di penyandar sofa.

“Oh by the way, you boleh mandi dan tukar pakaian. Pilih je mana-mana baju yang ada kat dalam wardrobe tu.”

Lovely terkelu. Siap ada pakaian wanita?! Eii..Tak rela! Ntah bekas pakaian perempuan dari mana je yang tertinggal kemudian disimpan di situ, siapa tahukan! Bukan dia tidak dengar khabar angin mengenai Marco Arjuna! Pasti berganti-ganti perempuan keluar masuk dalam bilik ni..Hish!

“They’re all new Love! You can check!” Macam tau-tau je Marco ni apa yang ada dalam fikiran Lovely.. Rasa seram mulai mengulit diri! Marco ni.. Ada kuasa luar biasa ke apa? Bikin takut eh!

“Pergi mandi! I tak tahan dengan bau busuk!”

Eiii!!! Bencinya!!!!

Mahu saja disepak bibir yang berbicara ikut kepala hotak senget dia tu! Tapi tula..Bila fikir betul-betul, Lovely juga sudah mulai tak selesa, badan terasa melekit kerana peluh seharian.

Badan dipusing, lalu menonong menuju ke wardrobe yang dimaksudkan. Setelah mengambil tuala bersih dan memilih pakaian yang bergantungan, Lovely melangkah laju menuju ke kamar mandi.

Sengaja Lovely berlama-lama di dalam bathtub, malas betul nak hadap Marco yang menyebalkan. Setelah kulit mulai menggerutu dan naik pucat, barulah dia bingkas bangun, membersihkan sisa-sisa sabun yang melekat di badan lalu mengeringkan badan dengan tuala bersih. Usai berpakaian dan mengeringkan rambut dengan hair dryer yang memang tersedia di situ, pintu dikuak perlahan-lahan.

Sunyi sepi!

Bola mata berguling-guling mencari kelibat Marco. Ah, mamat tu masih berada di atas sofa, tempat yang sama ketika dia tinggalkan tadi. Apa yang sedang Marco lakukan? Lama lensa kornea mata difokus untuk mencari jawapan, akhirnya Lovely buat kesimpulan yang mamat itu mungkin tertidur. Lihat saja dada yang naik turun dengan tenang itu!

Berjengket-jengket Lovely menghampiri untuk memastikan telahannya benar. Ketika berdiri betul-betul di hadapan Marco, tangan dikibas-kibas di hadapan wajah Marco. Tiada sebarang respon! Betullah, bertapa nyenyaknya lelaki itu tertidur, tak sedar langsung!

Niat yang ditahan-tahan sejak awal pertemuan kembali mendesak! Lovely mendekati lalu duduk mencangkung di hadapan Marco. Kepala direndahkan untuk mengintai wajah yang tersembunyi di sebalik hood itu, tak nampak..Gelap!

Jemari kelihatan sedikit menggeletar bila dinaikkan ke arah hood kelabu itu. Berdebar-debar ketika hujung jari tersentuh tepi kain hood yang dipakai oleh Marco. Dia cuma mahu selak sikit je, tak banyak. Tau juga takut kalau misalnya Marco terjaga kan..Pasti teruk akibatnya!

Perlahan-lahan, dan dengan penuh berhati-hati, kain hood yang agak tebal itu ditolak ke belakang. Kepala semakin lama semakin turun menyembah lantai, semata-mata kerana mahu lihat wajah yang tertunduk tidur itu.

Argh! Dia perlukan lebih cahaya! Lampu yang terpasang agak malap, menyebabkan dia sukar untuk melihat seraut wajah Marco dengan jelas. Agak-agak kalau dia selak lebih luas mamat ni perasan tak?

Lovely maju setapak. Badan ditegakkan. Kain hood ditarik sedikit lagi ke belakang, perlahan-lahan. Biar Marco langsung tak terasa ada sesuatu bergerak di atas kepalanya. Sikit lagi…Arghh…Sikiiitt je lagi…

Tiba-tiba tangannya direntap kuat. Terkejut beruk sampai hampir melompat Lovely dibuatnya! Hilang kawalan pada keseimbangan tubuh, laju badan meluru dan merempuh Marco. Ohh damn!! Keadaan mereka berdua sungguh tak baik saat itu. Lovely menindih tubuh sasa Marco Arjuna!

“You buat apa ni?”

Tergagap sesaat!

“Tangkap lalat!” Hentam jela labu! Otak memang dah jammed teruk.

“Really?” Suara mendalam.. Menggoncang kalbu!

“Yup! Malangnya lalat tu tersesat lalu bersembunyi di sebalik hood kau. Boleh turunkan sekejap tak? Besar tau lalat tu!” Ahh, loyar buruk pula dah!

“If you see my face before the deal ends..I’ll make you mine Love, you will never be able to run! If you think you’re ready, please do so..unhood me..”

Lovely terkedu. Entah mengapa, dia mulai rasa was-was bila dengar ugutan Marco. Tapi tula kan, bila hati melebih-lebih dari akal fikiran, semua keraguan ditolak ke tepi. Rasa ingin tahu menduduki carta tertinggi!

Jemari naik semula, mengenggam hujung kain hood di kepala Marco. Belum sempat berbuat apa-apa, bunyi dentuman daun pintu terhempas ke dinding terus membantutkan niat, mengejutkan mereka berdua hingga Lovely hampir terlompat di atas tubuh Marco.

Bunyi derapan kaki yang panjang, seperti barisan askar ketika melakukan serangan hendap buat seketul Lovely meremang bulu roma. Siapa? Mereka diserangkah? Mengapa? Adakah Marco Arjuna juga seorang mafia yang punya banyak musuh?

“See..Told you..You and me, we already triggered that brat!” Seraya berkata, lengan Marco melingkar di belakang pinggang Lovely lalu menarik tubuh Lovely merapat, hingga tiada lagi jurang antara mereka.

Sekelip mata, mereka dikelilingi oleh manusia-manusia berpakaian gelap, berhoodie dan memakai topeng muka. Di tangan masing-masing terselit sepucuk pistol. Menggeletar seluruh tubuh Lovely! Matilahh..Kali ini pasti tiada ampunan!!

Bola mata berkaca-kaca..Semua memori yang tersimpan utuh di kotak minda kembali tertayang di layar mata. Kalau saja lelaki itu masih ada, pasti hidupnya tak sesulit ini!! Lelaki itu pasti akan muncul, tidak kira di mana dia berada, apapun keadaannya!

Segera bola mata dipaku tepat ke wajah Marco yang masih terselindung.

“Ren Raizen!” Sebaris nama itu diseru dengan suara sebak. Marco diam tidak berkutik!!

“Ren Raizenn!!!!” Lovely menjerit sekuat hati seiring dengan gugurnya butiran-butiran jernih air mata!

Hanya Ren Raizen yang mampu wujudkan situasi macam ni! Meletakkan nyawa dia di hujung tanduk kemudian tampil jadi sang penyelamat!! Itu stail Ren Raizen, seorang lelaki tak berperasaan! Suka hati mempermainkan perasaan dia, kemudian muncul semula dipenuhi aura penggoda untuk tundukkan dia..Itu semua..Adalah kelebihan Ren Raizen!!

“Ren Raizennnn!!!!” Sekali lagi jeritan bergema, namun kali ini diiringi dengan cengkaman sebuah tangan kekar dari arah belakang di bahu Lovely, menarik kasar tubuhnya menjauhi Marco Arjuna.

Lovely meronta sekuat hati. Tiada sekelumitpun rasa takut melihat senjata api itu dihalakan tepat di pelipis dia. Belum sempat menunjukkan kemahiran seni mempertahankan diri yang dipelajari, pergerakannya dikunci dengan pantas oleh lelaki sasa di belakang Lovely.

“Let me go!! Let me gooo you moron!!!”

Marco Arjuna berkira-kira mahu bingkas berdiri namun terbantut bila semua pistol yang ada di situ terhala padanya. Kedua-dua belah tangan diangkat paras bahu, tanda mengalahlah tu. Macamana nak lawan dengan tangan kosong kan? Sia-sia mati kataklah jawabnya.

“I give up! Just kill me..” Hairannya, suara yang terlontar tiada secebispun ketakutan, hanya penuh kesinisan berbaur mengejek!

“kill me!!!” Jeritan lantang Marco bergema memenuhi ruang bilik hotel yang sangat luas itu.

Mungkin kerana tercabar, salah seorang dari lelaki yang sedang memegang senjata api mara lalu sebuah tumbukan deras menusuk perut Marco. Lovely terjerit melihat serangan itu. Meronta sekali lagi dengan sepenuh tenaga, tak dihiraukan langsung muncung pistol yang masih terarah di pelipis.

“Don’t hurt him!!” Tak pastilah mengapa dia mahu membela Marco, yang pasti jawapan yang dia cari mungkin ada pada lelaki itu, siapa tahu kan! Cengkaman di bahu dan pergelangan tangan oleh lelaki bertopeng di belakang Lovely tiba-tiba diperketatkan. Lovely terjerit kesakitan.

Tangan di bahu beralih ke pangkal leher lalu dicekiknya Lovely dengan keras. Terkapar-kapar Lovely akibat kesakitan dan hampir tidak mampu bernafas.

“Oh dear…you really want to kill her?” Marco sudah berdiri tegak, siap peluk tubuh sambil merenung lelaki di belakang Lovely dengan penuh egois!

“L..Let..Me….Goooo…” Hampir tidak mampu mengeluarkan suara. Wajah sudah berubah warna, dari kemerahan mulai berubah menjadi keunguan.

“She’s dying..” Marco bersuara, tak beralih kepala terpaku silih berganti antara Lovely dan lelaki di belakang Lovely.

Melihat Lovely semakin lemah, Marco Arjuna mulai kelihatan sedikit menggelabah.

“Stop it!!! Are you crazy?!! She’s dying you idiot!!” Marco mara mahu meleraikan, namun terhenti bila tendangan padu lelaki di belakang Lovely menusuk ke dalam perutnya. Terbongkok terus tubuh sasa Marco, batuk kecil terletus dari mulut!

“She’s dying R…Urghhh!!” Tendangan bertubi-tubi dilepaskan, hingga Marco jatuh terhempas di atas lantai.

What the hell!!

Lovely hampir tidak mampu bertahan, pandangan berpinar-pinar. Melihat Marco tumbang, dia ikut putus harapan! Mereka cuma berdua, tak bersenjata pula.. Tak mungkinlah mereka mampu keluar dan masih bernafas kecuali ada keajaiban!

BUK!

Lovely jatuh pengsan bila belakang tengkuk dihempuk kuat dengan sebuah benda keras!

-
-

Bunyi deringan telefon membuat sepasang mata Lovely tercelik luas! Melompat bangun dari katil lalu bola mata bergolek-golek dengan laju.

Mana? Di manakah dia berada?

Hospital? Tak mungkin.. Ini bilik dia sendiri. Dia berada di dalam apartment dia!! What the hell happened?!! Mimpi? Mustahil! Seluruh badan masih terasa sakit. Leher yang berbirat merah kebiru-biruan itu bukti yang dia bukan bermimpi!

Laju tangan menyambar henfon di atas meja tepi katil. Fikiran masih bercelaru, sukar otak bekerja bila baru tersedar dari lena.

“How are you Love? Today is our last date. Can you make it?”

Marco Arjuna!!

“Yes! Where to?” Tak larat sebenarnya, namun semua permainan gila ini harus ditamatkan!!

“I’ll send the location. Just get ready and be there. I’ll wait..”

Lovely bingkas bangun lalu bergerak ke kamar mandi. Usai bersiap, dia bergegas keluar.

Terpegun ketika sampai ke destinasi yang dihantar oleh Marco Arjuna. Why here? Debaran mulai melanda. Setiap langkah kaki yang diatur, debaran semakin bertambah dan akhirnya mencapai kemuncaknya di mana dada terasa begitu sakit sampai menarik oksigen masuk ke dalam paru-paru pun hampir tak mampu dilakukan.

Dia tidak mampu meneruskan langkah kaki. Nafas jadi sesak! Kasut tinggi dibuka, kaki yang bertelanjang kini dipenuhi pasir putih yang kelihatan seperti butiran berlian bergemerlapan di bawah sinar mentari. Deruan ombak menghempas tebing sesekali kedengaran, begitu mengasyikkan. Siapa yang tak suka pantai kan?

Cuma saja..di pantai itu terlalu banyak memori yang terlakar, membuat jiwa merana hiba. Mengapa Marco mengajaknya ke sini? Debaran mengencang semula..Duhai hati, mohon bertenang..

Di kejauhan, kelihatan seseorang berdiri menghadap ke arah lautan yang luas terbentang, berpakaian serba putih, kemeja dan seluar slack warna senada itu kelihatan terbuai-buai ditiup angin, menampakkan sosok tubuh tegap dan gagah perkasa. Sebuah cap warna putih tersarung atas kepala.

Semakin dihampiri, semakin sesak dada! Itu Marco ke? Macam eya, macam bukan!! Kalau bukan, siapakah? Ke Marco dah ubah penampilan? Lovely pandang sekeliling. Tiada sesiapa, hanya lelaki itu! Berhampiran dengan lelaki itu, sebuah meja kecil yang permukaannya diperbuat dari kaca berkaki satu yang diperbuat dari besi dengan pasu kaca berisi beberapa kuntum bunga ros putih yang segar bugar di atas permukaan meja serta dua buah kerusi. Semua warna senada…Putih suci bersih!

Mahu wujudkan suasana romantis ke? Tapi meja tu kosong pula..Patut letaklah makanan sedap dengan candle putih sekali barulah cun kan.. Nak ajak dating dengan perut kosong ke apa? Nak bagi anak orang masuk angin dan diserang gastrik?

Done komplen!

Ketika jarak antara mereka cuma berselang beberapa meter, langkah kaki Lovely terhenti. Melihat lelaki itu mulai perasan kehadiran Lovely di situ, semua sendi tiba-tiba menjadi longgar.

Apatah lagi ketika wajah lelaki itu dipalingkan perlahan untuk menoleh ke arah dia. Sebuah senyuman manis dihadiahkan. Kali ini cuma dahi yang terselindung, seraut wajah milik lelaki itu tampak jelas sejelasnya.

Lovely mulai menapak ke belakang. Melihat keadaan Lovely, lelaki itu mempercepatkan langkah, mahu mendapatkan dia. Semakin hampir, semakin mengeras tubuh Lovely. Macam pergelangan kaki dipegang oleh tangan bumi, langsung tak mampu nak bergerak. Hanya bola mata saling bertaut.

“Hi..” Hai kepala hotak hang!

Tangan menyeluk pocket seluar. Sesuatu dikeluarkan dari dalam kocek seluar.

“Do you wanna eat Cornetto? Rose or double choc?”

Tak berkelip bola mata. Ini memang wajib pengsan!! Pengsanlah duhai Lovely Scarlett! Yang kau masih tercanak tegak macam tiang bendera tu pehal?!!

Is Marco Ren?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience