“Lovely Scarlett!! Diam jangan larii!!!”
Tak sedar langsung!!
Bila dengar jeritan padu itu, baru terasa nafas tercungap-cungap!! Woahh...Lovely Scarlett, kau rasa kau Usain Bolt ke apa? Berlari lintang pukang macam nampak hantu pocong! Mujur sepasang kasut tinggi masih tergenggam erat. Kalau saja misal kata terpelanting akibat panik, alamat berkaki ayamlah dia pulang.
Sememangnya tak berniatpun mahu lari. Tapi bila melihat lelaki itu semakin mendekat, dia terus jadi panik dan tidak tahu apa harus dia lakukan. Tu yang terus ikut gerak hati suruh lari huhu..
“Lovee…Stop! Please! Aku tak larat nak kejar lagi!!!”
Cis! Yang bersungguh-sungguh nak kejar tu pehal? Truth is...Dia juga sudah tak larat melarikan diri...Penat gila wei!!! Mana lagi nafas yang hampir putus, kaki lagi dah naik lenguh sampai ke pangkal peha...Betul-betul menyusahkan diri! Entah pehal mau lari berekar-ekar jauhnya...Mau pecahkan rekod hero dan heroin dalam wayang Hindustan ke apa? Tak faham betul!
Kepala dipusing untuk melihat ke belakang. Tengah rancak berlari pun, mau juga tahu keberadaan lelaki tu. Dekat ke, jauh ke kan. Lepas tu bolehlah dia plan tindakan selanjutnya.
Larian terhenti serta merta bila lihat lelaki itu sudah tidak mengejar. Separuh badan lelaki itu ditundukkan, kedua belah tangan memegang tempurung lutut, penat sangat ke tu? Baru kejar seorang perempuan… Lemah!! Sempat lagi mengutuk tau.
Hati mulai dipagut rasa hairan. Setakat lari beberapa kilometer, takkan dah macam seekor ikan yang melompat keluar dari air dan terbabas ke darat? Tercungap-cungap dengan nafas satu-satu. Selama ini bukankah lelaki itu terkenal dengan keperkasaannya?
Hati semakin tidak tenteram bila melihat lelaki itu merebahkan badan lalu melutut di atas hamparan pasir. Eh! Takkan nak pengsan pula?! Melihat lelaki itu memegang dada, hati mulai menebak sesuatu yang tidak baik.
Pantas badan dipusing lalu kaki diorak laju mahu mendekati lelaki itu. Niat mahu melarikan diri terbang entah ke mana, hanya rasa panik dan cemas mulai mendatangi diri. Dibuatnya mati di depan dia, tak ke sendiri merana? Huhu…
“Hey!!!” Melihat tubuh sasa itu mulai condong dan hampir rebah menyembah bumi, Lovely mulai berlari laju.
“Are you okay?!” Bahu sasa itu dipegang kejab. Bola mata Lovely terus meneliti wajah lelaki itu dan kemudian turun ke dada bidang itu. Wajah kelihatan sedikit pucat, nafas tidak sekata… Betullah kot lelaki ini sedang mengalami kesakitan.
“I need a warm hug, I’m dying Love…”
Okay…Ini memang mendatangkan marah! Tak melampau dan mengada-ngada ke permintaan tu? Hati jadi ragu. Betulkah tengah sakit atau saja nak minta perhatian mamat ni?
Mahu saja dibelasah biar tumbang mencium lantai bumi, tapi tula…Risau tetiba mati pulak kan. Dia sendiri tak pasti lagi tahap kesihatan mamat ni macamana sekarang! Bukankah lelaki itu tengah sakit?
“Ada sakit dekat mana-mana tak? Nak pergi hospital?” Ah, bukankah dia bersikap terlalu baik sekarang ni? Tak patut kan? Bukan begini yang Lovely planning nak buat kalau misalnya jodoh mereka masih panjang dan bertemu empat mata semula.
“Just dekat sini…” Lelaki itu segera menyentuh dada.
“Ada lubang besar. Kosong… Sepi… Menyakitkan!” Ahh… Siap melakar kata-kata indah. Ingat semudah itu mahu tundukkan seorang Lovely? Kali ini biar dia bertindak lebih kejam!
“Kalau macam tu eloklah kita pergi jumpa doktor pakar. Rasanya boleh disumbat tu. Nak hati apa? Monyet? Gajah? Ahh… Rasanya beruk paling sesuai untuk kau! Beruk kan tak tahu malu, pentingkan diri sendiri, sesuai sangatlah dengan kau kan!”
Melongo sesaat lelaki itu, memandang Lovely dengan riak tak percaya. Why so kejam? Tercalar terus sekeping hati yang mendamba huhu…
“I want your heart sweetheart. Tak naklah beruk, tak macho!” Aihh, siap komplen bagai!
Bibir tercebik, meluat sungguh bila lihat wajah tanpa sekelumitpun rasa bersalah itu. Makin bengkak hati!
“Kau sedar tak apa yang kau dah buat? Kau ingat dengan muncul semula selepas hampir setahun menyepi tanpa berita dengan bermulut semanis madu tu akan buat kau dimaafkan? NEVER Ren Raizen!!! I…Really…Hate you!!!”
“Aduhhh!” Ren merebahkan badan di atas hamparan pasir lalu mulai bergolek-golek seperti sedang menanggung kesakitan yang teramat.
Lovely yang mulai diserang rasa panik bila melihat keadaan tersebut tergopoh gapah menghampiri. Duduk mencangkung lalu menyentuh dada Ren.
“What happened to you Ren Raizen?” Bertanya dalam nada panik sambil tangan menggosok-gosok lembut dada bidang itu. Marah-marah pun, tak juga sampai ke hati. Apatah lagi bila lihat orang tu dalam kesakitan kan, tak rela biarkan lelaki tu mati di depan mata.
“Aku menjalani pembedahan pemindahan paru-paru tiga bulan lepas di Jepun. Sepatutnya aku perlu berehat, but that stupid brat…Urgh! Those stupid cousins of mine!! I should’ve just kill the twin… They’re annoying to the max!”
Lovely terpempan. Otak cuba mencerna setiap butir kata-kata Ren…Lovely jadi bingung, satu apapun dia tak faham sekarang… Cousins? Twin?
“What do you mean Ren?”
Tiba-tiba Ren bingkas bangun lalu duduk dan menegakkan badan. Lovely memandang hairan. Aik? Dah sihat ke? Jemari direnung sebentar. Takkan jemari itu punya kuasa magik? Usap-usap je dah sembuh? Bolehke macam tu?
“Doktor pesan aku tak boleh stress, tak boleh penat. I just need love, hug and kisses to heal faster. Could you do that to me Love? I just need you.”
Nak mengular ler tu!
Lovely bingkas berdiri. Merenung tajam pada seraut wajah tampan menggegar kalbu itu. Ren terus ukir senyum senget, tak pamer riak bersalah langsung walaupun sudah terang-terangan terciduk! Dasar ular tak tahu malu!
“Maaf…I just don’t need you anymore Ren. You broke me to the point I can’t never be able to forgive you…”
Terdesak, Ren pantas memaut lalu memeluk kaki Lovely.
“You love me Love! Aku akui aku bertindak terburu-buru. Itu kerana aku tak sanggup…Aku takkan mampu ucap selamat tinggal pada kau sayang. Aku terlalu takut! Aku tak siap untuk tinggalkan kau. Terasa nyawa aku masa itu akan melayang bila-bila masa. Aku tak mahu kau bersedih Love…” Ren terus membenam wajah di kaki Lovely.
“Please forgive me… For the sake of our love… Our marriage my love!”
Hati mulai tersentuh melihat kelakuan Ren. Lelaki yang cukup sinonim dengan sikap keji dan kejam sebelum ini, langsung berbeda saat itu. Kelihatan terlalu lemah dan suram! Tiada lagi aura dingin dan menakutkan, hanya kesedihan yang menyelubungi!
“Why did you do that Ren? Kau buat sesuka hati tanpa memikirkan yang aku juga punya hati. Aku menderita… Aku terseksa dengan perbuatan kau. Pernahkah kau fikirkan tentang perasaan aku sebelum mengambil keputusan? Tak! Kau langsung tak kisah. Sekarang dengan yakin kau minta aku pertimbangkan semula demi cinta kita? Perkahwinan kita? Are you kidding me? Setelah apa yang kau buat baru kau nak cakap tentang itu?” Bagai tersayat-sayat sekeping hati saat Lovely menutur baris kata-kata tersebut.
Air mata yang bergenang jatuh seperti butiran kristal jernih di pipi. Jauh di sudut hati, dia tidak mahu kehilangan lelaki yang dicintai sepenuh hati. Tetapi, dek rasa sakit hati teramat sangat, dia mahu mengajar lelaki yang terlalu kejam padanya itu.
Ren Raizen memang kejam! Bila dikenang semula, sejak detik pertemuan pertama mereka lagi, Ren sudah mulai menyeksa Lovely. Merenggut kesucian dia tanpa kerelaan, berkomplot dengan ibu kandung menghantar dia ke sekolah remaja bermasalah sekaligus meranapkan waktu remaja dia.
Semua musnah sekelip mata sebaik saja Lovely bertemu Ren Raizen! Ibu pergi tanpa sempat dilihat, hanya kubur sepi yang menemani saat dia dibebaskan dari penjara juvana. Ingatkan ternoktah sampai di situ, rupanya Ren Raizen terusan memburu dan memerangkap dia dengan memperdayakan lelaki keji yang hanya tahu menabur benih di rahim ibu.
Namun…Siapa sangka, di sebalik semua kekejaman yang Ren lakukan, ada terselit sinar kebahagiaan buat dia. Kerana Ren, dia berjaya menggapai impian. Kerana Ren, dia temui cinta sejati. Kerana Ren… Dia benar-benar rasa bahagia dan selamat!
Kejamnya lelaki itu sepanjang mereka bersama toksah cakaplah kan! Dah namanya mafia… Cuma saja Ren Raizen ni spesis mafia kejam ala-ala sweet gitu… Bijak mengatur strategi untuk menewaskan seketul Lovely Scarlett yang bukan alang-alang jahatnya kalau tersakiti!
“Aku takut Love! Aku benar-benar takut!”
“Hah? Mafia keji macam kau reti juga rasa takut bila nak mati ke?”
Ren pantas menggeleng kepala. Semakin kuat pula dipeluk kedua belah kaki Lovely, nak bergerak pun sukar dibuatnya.
“Aku tak kisah mati, aku tak mahu tinggalkan kau Love. Kalau aku mati, aku akan pastikan aku bawa kau bersama.”
Seriously?
Lovely telan air liur. Tak kejam ke macam tu?
“I don’t understand Ren. Kalau sayang, kalau cinta… Mengapa harus pergi dan terus menyepi? Tindakan kau benar-benar tak masuk akal!”
“I have to Love! Ketika berada di hospital, doktor sahkan paru-paru aku hampir tidak mampu berfungsi dan aku perlukan penderma segera. Kalau kau dengar tentang ni, apa kau akan buat Love?”
“I’ll save you!” Lovely menjawab dengan penuh yakin. Ren tergelak sinis lalu menggeleng perlahan.
“That’s what I thought! Aku tak mungkin biarkan perkara itu berlaku. Bagaimana nanti kalau aku selamat dan kau menghadapi komplikasi? Kau ingat aku akan bahagia? Nope! That’s why I ran Love…”
Lovely mengesat air mata. Bola mata turun seketika untuk menatap Ren yang masih berlutut di depannya. Nak lari memang tak bolehlah, dah kedua kaki dibelit oleh tangan Ren. Kena hadap juga walau hati semakin membengkak!
“Aku… Hampir gila kerana kau Ren!” Luahan bernada sayu terpacul dari bibir.
“I’m sorry… Please forgive me!”
“Setiap hari aku tunggu kau… Tunggu kau tunaikan janji nak bawa aku ke tempat yang kau katakan sangat cantik dan indah itu. Setiap pagi sebaik mata tercelik, aku pujuk hati.. Aku katakan pada diri sendiri yang kau pasti akan kembali kerana kau takkan tertewas! Hampir setahun Ren Raizen! Kau biarkan aku terkapar-kapar seorang diri… Sampai hati kau…”
“I’m sorry my love…” Ren bingkas berdiri lalu memeluk Lovely yang sudah mulai teresak-esak.
“I’m so sorry…”
“No!! Maaf takkan mampu rawat hati aku yang dah hilang separuh kerana kau!” Masih ada hati menjawab walaupun suara tersekat-sekat dan hampir tak mampu dilontar kerana tangisan yang tak mampu dikawal.
“It’s okay, aku bagi separuh hati aku pada kau sayang. Aku wujud untuk melengkapkan kau dan kau adalah pelengkap aku.”
Taik kera!
Kemain tau ayat-ayat Ren Raizen sekarang ni. Bisa gulung tikar persatuan playboy-playboy sedunia.
“Aku tak nak! Aku nak hati orang lain yang aku yakin takkan tinggalkan aku walau dalam apa keadaan sekalipun!”
Pantas Ren melepaskan pelukan. Bahu Lovely ditolak menjauh sedikit, bola mata Lovely diburu pantas.
“What?! Say that again Love!” Dingin, sedingin renungan yang dilemparkan!
Lovely balas tatapan Ren dengan tajam. Tak sedikitpun gentar bila terasa ada aura-aura mahu membunuh di sebalik sepasang mata indah itu.
“I think I want to find a new lover Ren Raizen.”
Otot pipi Ren kelihatan bergerak-gerak, wajah berubah bengis, seperti seekor singa mahu terberanak! Jemari Ren mulai naik mengelus lembut pipi Lovely. Wajah juga turut dirapatkan, hingga dahi bersentuh dahi.
“And who… Might that man be Love? May I know?” Seraya berkata, jemari diturunkan perlahan-lahan ke bawah sedikit lalu diusap lembut batang leher jinjang Lovely.
“Someone who was there for me… Helped me to cope with the pain since you left!”
Ren merapatkan rahang. Jelas tidak menyenangi apa yang disajikan di telinga. Bola mata dicerlung, lahar kemarahan hampir mencapai level merbahaya.
“Someone… Are you falling in love with that brat?!” Tebak Ren dengan suara meninggi.
Terasa jemari Ren mulai mencengkam kuat pangkal leher Lovely.
“Who?” Kening terjongket sedikit ketika bertanya.
Stone? Mereka berdua bukan selalu berjumpa pun, lainlah kalau Kesha yang hampir setiap hari memantau restoran tu, takut benar ada gadis cantik yang mengorat Stone dia tu.
Tak mungkinlah Ashraff Kenjiy kan… Lelaki itu juga tiba-tiba hilang tanpa khabar, selepas menabur janji-janji manis taik kucing pada dia! Ahh… Sememangnya kebanyakan lelaki yang dia kenali memang bijak melontar janji tapi cuma di atas angin!
Lalu… Siapa maksud Ren Raizen?!!!
“I saw it Love! Kalau aku tak datang tepat pada masanya… I wonder what happens between you two. Kau sanggup ditembak demi mahu melindungi Marco kan? Siapa lelaki itu di hati kau hah?!”
Aduh! Hampir terlupa tentang Marco Arjuna… But wait a minute! Isn’t it weird? Malangnya tak sempat berfikir, Ren mulai menjerut leher Lovely dengan hanya menggunakan satu tangan.
“I told you that I’ll never let you go Love…Aku akan bawa kau bersama biar sampai ke neraka jahanam! Kau tak boleh jatuh cinta dengan mana-mana lelaki. Not my brother Raqiel and not even my cousin Marco!!!”
Lovely mulai menggelupur kerana kesesakan nafas. Ren Raizen tak peduli langsung kerana sudah terbakar dengan api cemburu.
“Hey! Slow down man…At this point, she might die before someone come and shoot her! Do you still remember your stupid plan huh Ren Raizen? Idiot!!!”
Entah dari mana Marco Arjuna tiba-tiba muncul, beriringan dengan Intan Natasha. Tanpa menyembunyikan wajah! Dalam menahan kesakitan pun, masih sempat Lovely menatap seraut wajah tampan Marco… Tersentak, ada iras dengan Intan Natasha! Apa semua ni?
“Sorry Love…We have to do this. Truth is, kitorang bukan suami isteri, kita kembar! That’s why Marco sembunyikan wajah. Hanya Marco yang hampir menyerupai Ren antara semua ahli keluarga, cuma wajah berbeza.” Arghh! Perlukah diterangkan pada saat-saat genting macam ni? Bukankah lebih afdal mereka berdua menghentikan Ren daripada bertindak melampau terlebih dahulu?
Wajah jelita Intan Natasha direnung penuh makna, mengharapkan wanita itu faham maksud renungan Lovely dan segera bertindak untuk menjauhkan Ren Raizen darinya.
“I’ll kill you after this Marco! And you Intan… Aku jual ke sempadan, takpun aku hanyutkan kau di laut biar jadi santapan jerung!” Ren melengking, namun cengkaman di leher Lovely mulai dilonggarkan sedikit tetapi tetap tidak dilepaskan.
Lovely menarik nafas, lega sungguh rasanya bila oksigen masuk ke dalam paru-paru. Ren Raizen memang sudah gila. Sampai naik pucat Marco dan Intan dibuatnya!
“Love…Love…You know you really drove my cousin crazy!” Marco membuka bicara sekali lagi.
“Tak gila ke kalau merancang mahu bunuh isteri sendiri?”
He what?!!! Pantas bola mata Lovely tercerlung ke arah Ren. Laju Ren melarikan bola mata, langsung takde riak bersalahpun pada wajah handsome itu…Benci betul tau!
“Itu kalau misalnya aku mampus dulu…Now it’s cancelled so shut up Marco!”
Marco balas dengan gelakan sinis.
“Tak adil kalau Love tak tahu tentang rancangan keji kau tu kan?” Bola mata Marco beralih, kini terpaku pada Lovely.
“Suatu ketika, pada saat Ren hampir berputus asa, Kenjiy datang…Yup! Kenjiy berjaya menemui Ren tetapi diugut oleh Ren supaya jangan berjumpa dengan kau lagi. Kenjiy ni sangat taat pada Ren. So dia terus hilang dari radar. Aku curi dengar semua perbualan mereka dan aku rasa memang tak betul dah sepupu aku ni!” Marco berhenti sebentar lalu cuba membaca riak wajah Lovely. Ah, nyata Lovely sudah mulai terbakar!
“Ren mahu kau hadir masa pengebumian dia. Seseorang diupah untuk tembak kau masa tu, dan Ren mahu kau ditanam bersama-sama dia di dalam satu liang kubur. Tak gila ke permintaan macam tu?”
Nafas Lovely sudah mulai jadi tidak teratur.
“Aku rasa aku perlu buat sesuatu, jadi aku jumpa Intan dan kami merancang sesuatu. Semasa Ren dalam proses pemulihan, Kami datang ke sini mencari kau Love. Ren ni perlu dicabar supaya semangat dia pulih semula! Dan satu-satunya yang mampu buat dia jadi gila ialah kau Love…”
Sakit hati toksah cakap! Lovely sungguh-sungguh terbakar bila dengar penjelasan Marco. Nampaknya keluarga ini memang semua sah-sah tak boleh pakai…Semua otak udang terencat!
Bertapa teruknya diri dipermainkan. Macamlah dia anak patung, tak punya perasaan! Sia-sia air mata yang gugur selama ini! Rupanya ini cuma permainan gila yang dicipta oleh Ren dan disambung pula oleh kerabatnya. Sedih tak terkata. Apa salah dia hingga diperlakukan sebegini?
Melihat perubahan di wajah Lovely, Ren pantas merapatkan bibir di telinga Lovely.
“I’m so sorry…I was so much in pain. I can’t think, I just said what my heart wants to…I took back what I said.” Jemari Ren sudah berada di kedua-dua belah pipi Lovely.
“Just kill me Ren Raizen. I really don’t wanna live anymore!”
“Then let’s die together-gether sambil pegang tangan, I wouldn’t mind dying beside you.”
Harus bagaimana lagi untuk berhadapan dengan Ren Raizen?
“Kau tahu tak Love? Lelaki bertopeng yang masuk menyerang kita, mencekik kau hampir mampus lalu pengsankan kau tu sebenarnya sepupu tak guna aku tu?”
Yup, dia patut sedar tentang itu. Malangnya tumpuan dia terganggu kerana kemunculan Marco Arjuna.
“Now everything is clear, my job is done. Let’s go Intan!” Lengan Intan disiku oleh Marco. Intan angguk lalu mula mengatur langkah, membuntuti Marco yang terlebih dahulu bergerak di hadapan.
“I’m not letting this slip away…Wait for your punishment evil twin!!!” Sempat lagi Ren jerit, bagi amaran pada Marco dan Intan. Sebal, Lovely memutarkan bola mata.
“Now my love…Where are we just now? Oh, we should…Urghh!!! Auchhh!!!”
Serangan mendadak Lovely Scarlett buat Ren Raizen hampir jatuh menyembah pasir. Banyak-banyak tempat, mengapa dekat area sensitif tu jugak kau pulun duhai Love? Nak bagi orang mandul ke apa?
“I won’t forgive you Ren Raizen!” Ikut hati, mahu saja dibelasah lelaki itu hingga terkulai tak mampu menggerakkan walau sebatang jaripun. Cuma, bila terfikir yang Ren baru sahaja sembuh, niat hati terpaksa dibatalkan.
“Love!!!” Bila melihat Lovely buka langkah besar-besar meninggalkan dia, Ren berteriak sekuat hati lalu cuba mengejar laju.
“I love you Lovely Scarlett!!!”
Langkah kaki Lovely terhenti. Terkaku seketika tetapi kedudukan badan tetap statik, langsung tak menoleh ke belakang. Takpe, kejap lagi cairlah tu...Yakin sungguh suara hati Ren berkata. Hati berdetak bila melihat Lovely mulai buka langkah.
“Love! I said I love you! I love you so much!!! Loveee!!!” Adakah dia silap menilai gadis itu? Bukankah Lovely selalu mendamba kata-kata itu terucap dari bibir dia?
Ren mengejar pantas. Tak mungkin!!!
“I love you Lovely Scarlett! I said I love you! I love you so much!! Are you deaf?! I said I love you!! I love you damn it!!!”
Share this novel