Lovely bingkas bangun. Lelaki di depannya melepaskan ketawa sinis memanjang.
"Apa maksud kau Mokhtar?"
Ya! Bilang saja dia anak kurang ajar kerana menyebut nama lelaki itu tanpa rasa hormat. Memang selama ini dia tak diajar untuk menghormati lelaki itu!
"Kau tanya laki tua kau tu!"
"Laki aku tak tua!"
"Hahaha..Tak tua? Dahlah cacat berkerusi roda.. Kau tak payah nak bermegah depan akulah! Kekayaan Raiz takkan kau kecapi buat selama-lamanya Lovely, bila orang tua tu mati kelak, kau akan diusir seperti anjing kurap, sama seperti ibu kau!"
Okay, ini memang mendatangkan marah yang teramat. Lovely genggam buku lima dalam keadaan sedikit menggigil. Ikut hati, mahu saja dismackdown orang tua tak sedar diri itu, mujur saja mereka berdua diperhati oleh dua lelaki berpakaian seragam.
"Laki aku gagah perkasa Mokhtar, dia takkan mati dengan mudah! Silap haribulan, kau yang bakal mati mereput dalam penjara...And one more, kaulah punca malang bertimpa yang ditanggung oleh ibu. Selepas kau pergi, ibu sangat bahagia walaupun hidup ala kadar. Aku kasihan lihat kau sekarang, mana isteri dan anak tiri yang kau agung-agungkan selama ini? Entah-entah dah berada dalam pelukan lelaki lain..Yela, kau sekarang dahlah miskin, penjenayah pulak tu..Memalukan!"
Dato mokhtar mengertap rahang. Mencerlung bola mata yang marak dengan api kemarahan ke arah Lovely. Permukaan meja dihentak sekuat hati, berdentum bunyinya!
"Dasar anak kurang ajar!!! Perempuan jalang tu tak reti ajar kau ke hahh?!!"
"Tutup mulut busuk kau Mokhtar!!! Yang tak cukup diajar itu ialah kau!! Sekarang, aku hanya perlu duduk dan ketawa melihat bagaimana karma mengajar kau!!"
"Celakaaa!!" Tangan bergari itu naik tinggi ke udara.
Belum sempat mendarat di wajah, Lovely tepis kasar, hingga terpusing ke sisi badan Mokhtar.
"Don't touch me with your dirty hand!!" Tempelak Lovely dengan suara tinggi.
Niat untuk menyiasat tentang Ren Raizen terus terbantut bila isu lain yang ditimbulkan oleh orang tua itu. Tak boleh jadi ni, lagi lama Lovely di situ lagi kuat keinginan dia untuk membelasah Mokhtar! Lovely menarik nafas dalam-dalam lalu dihembus perlahan-lahan. Tenang Lovely, benda takkan selesai dengan berpaksikan kemarahan!
"Kau kenal Ren Raizen?" Setelah berdiam diri beberapa saat, Lovely bertanya..Lebih tenang, lebih teratur.
Dato Mokhtar mencebik sambil buang wajah. Eh orang tua ni!
"Anak TS Dato Vasco Salvero!" Pendek jawapan Dato Mokhtar namun cukup membuat Lovely teruja.
"The Black Sapphire?" Tanya Lovely lagi.
Dato Mokhtar meluaskan bukaan kelopak mata.
"Black Sapphire yang menjahanamkan perniagaan aku, akhirnya memerangkap aku hingga terpaksa berhutang dengan tuan Raiz! Malangnya aku takde bukti!"
"Pernah jumpa dengan Putra, leader kumpulan itu?"
Dato Mokhtar geleng.
"Ren Raizen dan Black Sapphire..Ada kaitan ke?" Lovely tahu dia bertanya soalan bodoh, tapi dia terpaksa cuba nasib...Segalanya mungkin bukan?
"Aku tak tahu, Ren Raizen pun aku tak pernah jumpa. Hanya dengar nama dan kehebatan lelaki itu menerajui perniagaan Dato Vasco."
Kasihan..Orang tua ni sebenarnya dah dipermainkan oleh Ren Raizen..Hati kecil Lovely mengeluh..
"Macamana kau boleh jual aku pada tuan Raiz?"
Dato Mokhtar bersandar di penyandar kerusi. Wajah dan tingkahnya kelihatan lebih tenang daripada tadi. Wajah Lovely diamati buat seketika.
"Aku tak tahu apa salah aku, tiba-tiba Black Sapphire datang dan memusnahkan semuanya. Aku menanggung hutang keliling pinggang hingga suatu hari orang suruhan tuan Raiz datang dan menawarkan bantuan.."
"Kau kenalke dengan tuan Raiz?"
Dato Mokhtar geleng kepala.
"Oleh kerana tawaran yang diberi cukup menarik, aku terima tanpa fikir panjang."
"Apa yang dia tawarkan? Sejumlah duit untuk mendapatkan Belinda? Bila Belinda tolak, kau perangkap aku..Begitu?"
"Dia perlukan isteri untuk mendapatkan zuriat sebelum ajal menjemputnya. Dia tidak pernah memilih Belinda..Aku tak tahu mengapa Belinda mereka-reka cerita kononnya dia yang dipilih untuk dijadikan isteri pada awalnya..Tuan Raiz cuma nak kau, Lovely Scarlett! Dia sudah lama menyiasat tentang kau agaknya..Dia tahu kau akan keluar dari sekolah bermasalah tu, semua maklumat tentang kau dia tahu! Aku dan Belinda cuma jalankan rancangan yang telah dia atur cantik-cantik.."
Lovely hampir terjelepok atas lantai! Yang pasti, tuan Raiz itu adalah Ren Raizen. Pasti Ren menyamar jadi orang tua, tak pun mengupah seseorang menyamar sebagai Raiz untuk mengelabukan penglihatan Dato Mokhtar. Apa tujuan Ren sebenarnya? Lovely mulai gelisah.. Nampaknya, Ren Raiden memang telah target dia sejak mula..Jadi ada kemungkinan perkahwinan kilat mereka juga salah satu rancangan Ren, tidak mustahil bukan? Tapi mengapa dia?
"Kau ada bertentang empat mata dengan Raiz?" Uji Lovely lagi.
"Aku berjumpa dengan Raiz dalam bilik pejabatnya, dia duduk di kerusi roda, membelakangi aku."
Soo..That was how you fooled him huh, Ren Raizen?!! Lovely ketap bibir bawah, menahan geram.
"Kau tahu di mana Ren Raizen bekerja?" Yup! Soalan bodoh lagi huhu..Entahlah, buat masa ini hanya Dato Mokhtar yang boleh dipercayai untuk mendapatkan jawapan pada semua persoalan Lovely agaknya.
"Darco Megah Holdings!"
Lovely angguk. Badan dipusing, melangkah keluar tanpa menoleh lagi. Dato Mokhtar mengiringi pemergian Lovely dengan ekor mata. Ada segaris sebak pada mata tua itu.. Penyesalan selalu datang bila semua sudah terlambat, bukankah itu lumrah manusia?
Lovely mengintai ke luar, mencari kelibat si pengawal. Ahh, kelihatan sedang duduk santai di ruang menunggu di lobi balai. Mata khusyuk menatap skrin henfon, jemari pula rancak menekan skrin..main game ler tu!
Lovely berjengket-jengket keluar menuju ke pintu belakang. Mudah-mudahan senang mendapatkan teksi di kawasan itu. Kalau ada henfon, semuanya mudah huhu! Dahlah duit cash tinggal beberapa keping, entah cukup ke tak nak bayar sewa cab nanti..
Nasibnya memang baik, sebaik sahaja keluar dari bangunan polis, sebuah teksi kebetulan berhenti menurunkan penumpang. Lovely cepat-cepat masuk ke dalam perut teksi tersebut. Setelah mengambil duit di ATM berdekatan, Lovely meminta untuk dihantar ke sebuah bangunan terbesar dan tertinggi di tengah-tengah ibukota, Darco Megah Holdings! Nak harapakan dia dihantar oleh pengawal tu? Sampai ke tua ler takde kejadiannya!
Setelah melunaskan bayaran, Lovely melangkah masuk. Langkah terhenti di muka pintu, bola mata berputar melihat keadaan sekeliling. Fuhh!! Tak hairan Ren Raizen tak pernah kisah duitnya dikikis oleh Lovely, tengok keadaan bangunan ni saja pun dah tahu pemiliknya kaya raya!
Lovely menghampiri kaunter pertanyaan. Gadis cantik yang bertugas memandang Lovely sekilas sebelum meneruskan kerja. Kurang ajar betul kan! Mentang-mentang Lovely hanya berpakaian kasual, sebelah mata pun tak dipandang!
"Excuse me!" Sengaja Lovely tinggikan suara..Ni mem besar tau!! Dalam hati jelaa riak mengada tu huhu..
"Ya? Are you lost?"
Celaka!! Betul-betul pandang rendah kau ya!
"Nope, I'm looking for Ren Raizen. Dia ada tak?"
Terbengkok terus kening si gadis, sikit lagi mahu bersambung! Apa yang pelik dengan pertanyaan dia hah?! Buat wajah tak cukup separuh pulak minah ni!
"Hah! Who are you by the way? Ada buat temujanji ke? Kalau takde boleh blah..Aku ni sibuk tau tak, takde masa nak layan kau!"
Lovely tarik nafas dalam-dalam..Hati, mohon tenang kau di situ! Sabar Love...Sabar...
"Kau takleh bagitahu dia ke aku nak jumpa? Tu kan kerja kau!" Sinis, Lovely mulai menempelak!
"Hey! Kau jangan nak kurang ajar dengan aku ya! Kau..auchh!!" Jari yang menunjuk tepat ke wajahnya itu Lovely sambar dan pulas kuat hingga terjerit si gadis penyambut tetamu.
"Kau yang dulu kurang ajar dengan aku bukan?!! Aku boleh buat kau dibuang kerja serta merta, kau faham tak? Now I want you to show me how to get Ren Raizen, NOW!!!" Jari gadis itu dilepaskan dengan kasar.
"Sekuriti!!! Bawa perempuan gila ini keluar, SEKARANGG!!!"
Tak guna betullah minah kepoh ni!! Dua orang pengawal keselamatan meluru masuk. Lovely pandang sekeliling, nak larilahh..Takkan nak tunggu kena tangkap kan?
"Heyy!! Berhenti!!!" Pengawal keselamatan itu terus mengejar bila lihat Lovely melarikan diri, laju pulak tu!
"Heyyy!! Cepat hentikan perempuan tu, jangan bagi dia masuk ke dalam lift presiden!"
Hahaha..Yang korang bocorkan rahsia pehal? Makin laju Lovely berlari menuju ke lift yang dimaksudkan. Punat open ditekan pantas. Cepat!! Cepatlahh terbuka oiii!!!
"Berhenti!!"
Tak nak!!
Sebaik pintu lift terbuka, Lovely meluru masuk tanpa pandang sekeliling, nak cepat takut tertangkap punya pasal kan..Tiba-tiba..!
Buukk!!
Dia merempuh seseorang yang kebetulan mahu keluar dari perut lift.
"Pu..Puan!!"
Lovely dongak wajah yang tersembam dengan cantiknya di sebuah dada sasa. Celakanya panggilan itu menyedarkan Lovely tentang status dirinya. Pantas dia berundur setapak ke belakang.
Kenjiy!!
"Jangan panggil aku puan boleh tak? Panggilan tu buat aku rasa tua sangat tau!" Sempat mengomplen you haha..
"Tu..Tuan! Minta maaf. Kami akan bawa perempuan ini keluar sekarang!" Dua orang pengawal keselamatan itu buru-buru menghampiri.
Pergelangan tangan Lovely disambar dengan kasar. Terkejut hingga terletus jeritan kecil di bibir Lovely.
"Ikut kami sekarang!!" Arah salah seorang dari mereka.
"Let her go you idiot!!!" Marah Kenjiy dengan suara tinggi, ada getar di hujung suara.
Pengawal keselamatan itu tersentak, begitu juga dengan Lovely. Mata dipaku tepat ke arah Kenjiy. Benarkah apa yang dia dengar? Kenjiy...Memarahi mereka? Why?! Arahan Ren juga ke? Tapi kalau Ren, pasti dia diheret pergi dari situ tanpa belas kasihan kan? Dah terang lagi bersuluh dia ingkar arahan, Ren bukan jenis manusia punya empati huhu..
"Gooo!!!" Usir Kenjiy pada kedua orang pengawal itu.
Kelam kabut pengawal itu pergi dari situ dengan wajah pucat lesi.
"Kau tak apa-apa?" Tanya Kenjiy sambil memerhati lengan Lovely yang sedikit kemerahan, dah jenis kulit putih melepak kan!
Lovely cepat-cepat geleng, lalu menarik tangan ke belakang badan. Tidak mahu memanjangkan hal tersebut kerana dia punya agenda lebih penting dari itu.
"Aku nak jumpa Ren!" Direct to the point!
Kenjiy diam buat seketika. Riak wajah kelihatan sedikit resah.
"Sekarang tak boleh Pu..erk..Love..ly! Tuan ada tetamu.." Dalih Kenjiy, sedikit tergagap.
Lama Lovely renung Kenjiy. Mengapa nampak gelisah? Macam ada sesuatu je..Ni mendatangkan curiga bukan?
"Takpe, aku boleh tunggu!" Lovely pantas menolak Kenjiy keluar dari situ lantas menekan punat close. Kenjiy cuba menghalang namun tidak sempat.
Lift itu membawa Lovely ke tingkat paling atas. Tingkat yang cuma dihuni oleh presiden sahaja. Tiada siapa dibenarkan naik kecuali atas arahan Ren. Lovely menghampiri pintu bilik Ren. Berdiri di depan pintu buat seketika, cuba menenangkan diri dengan menarik nafas dalam-dalam kemudian dihembus perlahan-lahan.
"Arghh...harder babe...."
Toink!!
Terus memacak lurus bulu tengkuk Lovely mendengar suara serak penuh berahi dari dalam bilik pejabat Ren Raizen. Kembang cuping telinga menangkap bunyi desahan manja dan menggoda..Suara seorang perempuan okay!! Sialan!! Tombol pintu disambar.
Belum sempat dipulas, bahunya ditarik dari arah belakang.
"Lovely..Stop.."
Kenjiy bersuara, hampir berbisik di telinga Lovely.
"Damn you Kenjiy! You know about this?"
"I'm sorry.."
Mengapa hadir rasa sakit di sudut hati? Mengapa terbit rasa dikhianati? Ren Raizen bukan siapa-siapa kan? Cuma seseorang yang singgah hanya seketika, pastinya akan pergi bila-bila masa. Lovely tidak patut punya rasa itu! Lalu..mengapa air mata tiba-tiba mengalir? Cepat je Lovely seka lalu menundukkan wajah, tak mahu dilihat oleh Kenjiy ler tu.
"Let's leave.." Pinta Kenjiy lalu menarik pergelangan tangan Lovely untuk beredar.
"Who's that girl Kenjiy? No..How many girls in there?! Sh*t!! He said...He has stopped seeing another girls! He said...Esk..esk.." Pertuturan mulai tersekat bila esakan mulai kedengaran.
Why? Selama ini air mata adalah musuh utama seorang Lovely Scarlett. Walau sesusah apapun, walau seperit apapun keadaan yang dialami, seorang Lovely tidak akan semudah itu mengalirkan air mata. Ini kali kedua air mata mengalir disebabkan seorang lelaki. Yup! Kali pertama sewaktu peristiwa hitam itu huhu..Kenjiy mengeluh perlahan. Wajah Lovely ditenung penuh simpati.
"Let's go Lovely.."
Kenjiy masih mendesak, tangan Lovely ditarik sekali lagi.
Noo!!
Melarikan diri bukan penyelesaian. Lovely sentap tangan dari genggaman Kenjiy.
"Aku nak penjelasan Kenjiy!"
"You might get hurt. Please don't..Ren Raizen akan buat kau semakin terluka Lovely..Just please..Let's leave for now.."
Terluka? Rasa itu sudah lama sebati dengan dirinya. Jadi, takut apa bossku? Sampai sekarang dia masih bernafas pulak, tak mati pun setakat ni!
"Then tell me everything Kenjiy!!! Who are you guys?!! Who is Ren Raizen?!! And I bet you know who is Putra!!" Tak kisah jika manusia-manusia yang sedang kesedapan melayari bahtera penuh berahi di dalam bilik itu terdengar, Lovely jerit sekuat hati.
Kenjiy terperangah!
Terpaku memandang Lovely dengan mata terkebil-kebil. Gadis sorang ni, memang berani eh! Menakjubkan..
Tiba-tiba daun pintu ditarik kasar dari dalam. Lovely langsung tidak menoleh! Pasti itu Firaun dari neraka! Hanya Kenjiy menunduk sedikit, memberi hormat pada Ren Raizen!
"You are not allowed to ask, remember? What the hell you're doing here? Aren't you suppose to stay at home?"
Ren Raizen, si celaka yang hanya memakai seluar dengan zip hanya separuh dinaikkan berdiri cekak pinggang dengan wajah menyala-nyala. Sialan!
"That's not stayed at home, you evil bastard!! You locked me up!! Youu!! Lucifer!!! Syaitan sial!! Pergi mampuss!!!"
Kemarahan sudah di hujung, sampai menggeletar badan! Lovely terus menerkam Ren Raizen, segala silat, taekwondo, judo, sumo dan segala macam seni mempertahankan diri dia keluarkan untuk menyerang Ren.
Ren terundur setapak ke belakang bila tendangan 90 darjah Lovely tepat mengena di perut. Berkerut juga wajah Ren menahan sakit. Kenjiy melopong lalu berundur menjauh haha.. Tak sangka ke perempuan mampu berlawan? Jangan pandang rendah you..Ini kapten Judo what!!
"Heyy!!! Kau dah gila ke?!! Berani kau pukul kekasih aku?!!"
Woahh!!! Ini benaran membuat seorang Lovely bertambah gila! Kemunculan si pelakor dengan gincu terpalit sampai ke pipi memeluk lengan Ren Raiden. Memang tak tahu malu! Entah ke mana bra, bergegar dua buah gunung ketika berlari mendapatkan Ren, dua buah puting yang mengeras jelas tertonjol keluar di sebalik blaus putih yang nipis..Urghh!! Memang sialanlah dua manusia ni!
Pak! Pak! Pak!!!!
Tiga penampar deras hinggap di wajah si gadis. Makin melopong Ren Raizen dan Kenjiy! Lovely menggosok telapak tangan yang pedih, tapi pastinya tak sepedih pipi si pelakor tu haha.. Menitik-nitik darah dari hidung dan celah bibir gadis itu dikerjakan oleh Lovely.
"You bitchhhh!!!!"
Apaa?!!! Berani lagi panggil dia begitu? Lovely mara semula, kali ini penumbuk dikepal kuat. Kalau Ren boleh membunuh sesuka hati, well.. Dia juga bisa what!! Malangnya, Kenjiy pantas berlari menghalang dengan memaut pinggang Lovely.
"Love!! Stop it!!" Arah Kenjiy sambil menarik Lovely menjauh.
Mencerlung bola mata Lovely melihat gadis itu menangis teresak-esak sambil membenam wajah di dada telanjang Ren Raizen.
Syaitan!!!
"Let me goo!! I'll kill both of them!!! Syaitan!! Anjirrr!!! Monyett!!!! Tapir!!! Dugongggg!!!!"
Hadoii!! Ntah apa benda yang diletuskan dari bibir Lovely, otak sudah tidak mampu berfikir akibat terlampau marah agaknya. Kenjiy pun boleh tergelak tau, celaka!
"Who is she Ren Raizen?!!!" Itu sebenarnya yang memenuhi kotak fikiran Lovely ketika itu!
Ren Raizen mengerling sekilas si gadis yang masih memeluknya sambil teresak-esak menangis. Sukalah tu! Tiada sedikitpun niat mahu menghalang perbuatan perempuan itu.. Ren Raizen memang celaka warghhhhh!!!
"Cindy...My ex!"
Dengan selamba, Ren Raizen menjawab!
Lovely terkesima...Hilang kosa kata buat seketika...
So..Perempuan yang kononnya dirampas dari Ren..Kini kembali semula ke pangkuan Ren Raizen..Semudah itu?
No Way!!!
Share this novel