38 Follow The Path

Crime Completed 131702

"Wake up sleepyhead!" Badan digoncong-goncang dengan lembut.

Bola mata terbuka sedikit berserta gerakan tubuh, menggeliat mahu meluruskan urat di bahagian badan yang lenguh.

"Ahh..Careful babe.." Tangan yang diangkat lurus ke depan ditepis perlahan. Bola mata pantas dikuak luas-luas.

Wajah kacak yang sedang tersenyum manis itu terpampang di layar mata. Urgh! Pepagi lagi dah buat orang berdebar lain macam..Pantas bola mata diturunkan, dahi berkerut.

"Breakfast in bed.."

Lovely tunduk, sembunyikan wajah dan senyuman tersipu-sipunya..Ehh..Romantiklah pulak mafia ni..

"You..Buat semua ni?" Bola mata terus meneliti hidangan atas pinggan. Kening terbengkok, wajah seindah bunga berkembang sebentar tadi tetiba menguncup dan layu tidak berseri.

"M..Maggi?" Datar!

Tersentak tiba-tiba bila teringat sesuatu. Badan pantas ditegakkan separuh. Bola mata mencerlung.

"Ren Raizen..Kau masak ke?"

Dapurku..Yang baru saja diubah suai selepas Ren Raizen hampir membakarnya suatu waktu dahulu..Matilanak!!

"Tak..Food Panda!"

Sebal!

Ren menyeringai melihat wajah yang semakin menyinga di depannya itu.

"Aren't you hungry? Let's just eat.." Ren memanjat naik atas katil, lalu duduk di hadapan Lovely.

Meja kecil yang menempatkan dua mangkuk berwap panas diletakkan di antara mereka.

"So..You really cook these in my kitchen?"

Ren menghentikan suapan, memandang sekilas ke arah Lovely sebelum menyambung semula suapan mee Maggi ke dalam mulut.

"Tak, aku masuk dapur je dah tersedia.."

"Ren Raizen!!"

"Of course aku yang masak.." Selamba Ren menjawab sambil mengunyah dengan mulut yang penuh dengan makanan.

"Dapur aku...Masih seperti sediakala kan?"

Ren tergelak kuat. Sempat menutup mulut dengan tangan, risau tersembur makanan di dalam mulut.

"I'm skilled enough Love.."

Yelaa tu!

Lovely menjuih bibir. Mee Maggi dijamah..Hmm, mee Maggi cepat dimasak sedap dimakan.. Bukan kerana Ren pandai memasak, tapi kerana perut memang lapar dan Maggi memang jadi pilihan nombor satu kalau dia malas memasak, licin juga isi dalam mangkuk. Tersenyum-senyum Ren memandang, riak kepuasan jelas terpancar.

"I need to go out of town today Love, I might come home late..Are you okay with that or should you just come with me? We can stay there and be back early in the morning."

Ren sudah bingkas berdiri sambil mengangkat meja kecil yang mereka gunakan, mahu membawa semuanya ke dapur semula.

"Aren't you going back to your penthouse today?" Ada sedikit nada tidak puas hati di situ.

Bersungguh-sungguh Ren mendesak mahu ke rumah sempit dan ala kadar Lovely berbanding ke rumah kayangan Ren Raizen. Ada muslihatke? Mungkinkah ada seseorang yang Ren sembunyikan di rumah tersebut? Ren melakar senyum kecil sambil geleng kepala.

"I need to fix the house..Few things were broken because of this err...Cunning fox?"

"What did you call me?!" Lovely pantas turun dari katil.

Ren tak tunggu lama, terus pusing badan lalu berlari anak keluar dari bilik. Tak guna! Terherot-herot bibir Lovely ketika melangkah masuk ke dalam bilik mandi. Kalau bukan dia perlu ke court hari ini, pasti dikerjakan Ren Raizen.

Ketika keluar dari bilik mandi, kelihatan Ren sedang duduk santai di sofa. Sudah siap berpakaian kemas, lengkap bersut dan bertali leher..Memukau mata! Terpegun sesaat Lovely merenung figura super perfect di depannya tanpa berkelip!

"Are you coming with me?" Ada pengharapan pada nada suara yang dilontar. Kepala tergeleng perlahan melihat reaksi pegun Lovely. Geli hati tapi cuba untuk tidak tergelak, tak sanggup jika gadis itu bertindak ganas lagi, dia tak punya masa untuk melayan drama sekarang.

"Tak, aku ada perbicaraan kat court hari ni."

Ren mengeluh perlahan. Bingkas bangun sambil tangan menyeluk kocek seluar.

"Sure?"

Lovely angguk.

"Tak menyesal? Cantik tempat tu..Tepi pantai, permandangan sangat cantik terutama ketika matahari terbenam." Cuba memancing minat, kot-kot mengena..

Lovely peluk tubuh, memerhati Ren Raizen dari atas ke bawah dengan tajam.

"Permandangan je ke yang cantik Ren?"

Ah, dah mula dahh..Ren menjongket sebelah kening. Berfikir sejenak..Ni kalau silap cakap, kalau bukan badan dilipat, pasti dihunus pisau potong daging dekat dapur tu..Bahaya!

"Yes Lovely Scarlett, and I would like to see that view with you."

Muncul setompok warna merah di kedua belah pipi Lovely. Pantas dilarikan wajah, namun Ren sempat melihatnya. Ren menahan senyum.

"Maybe next time, I really can't today..Promise you'd bring me there one day Ren."

Ren menghampiri lalu memeluk Lovely dengan erat.

"For you my love, even if you want the star I'd try to get one for you.."

Aishh..Melebih pula Ren Raizen ni! Nak buat apa bintang tu? Bukan mengenyangkan pun..

"You...I just want you Ren Raizen.."

Terharu sungguh mendengarnya. Ren mengeratkan pelukan, seolah tidak mahu melepaskan Lovely.

"Dah..I need to go now..Aku tak boleh lambat.." Lovely menolak perlahan tubuh Ren menjauhinya.

"Bagilah kejap lagi Love.." Ren menarik semula tubuh Lovely, sambil bibir mulai menyentuh dahi dan kemudian turun ke pipi. Lovely menggeliat kegelian.

"Ren!!"

"Wangi.."

"Stop!"

"Sempat tak? I promise it won't take long.."

Arghh!! Dah agak..

"Noo Ren Raizen!!" Tubuh sasa Ren ditolak kuat.

Dengusan halus terlepas dari bibir Ren Raizen. Lovely menjeling, tajam ala-ala manja gitu.

"Love!" Masih mengharap ketika Lovely memusing badan menghadap almari.

"I'm gonna be late Ren.."

Ren mengherot bibir. Memeluk Lovely dari belakang lantas menghadiahkan sebuah ciuman di pipi.

"Yelaa..I'll move first..I'm going home late okay, be careful my love.." Lovely menyentuh pipi Ren lalu dibelai lembut sambil mengangguk.

Ren melepaskan pelukan, merenung Lovely seketika sebelum melangkah keluar. Sebaik sahaja kelibat Ren hilang, Lovely tergopoh gapah bersiap. Kejap lagi, henfonnya pasti menjerit..Kesha akan membebel macam mak nenek.

Seperti biasa, hampir seharian masa dihabiskan di dalam court. Masalah perebutan tanah pusaka sebenarnya, kes diambil kerana klien merupakan seorang ibu tunggal, arwah suami yang mewarisi tanah beserta rumah yang kini dihuni oleh balunya tetapi mahu dirampas oleh adik beradik suami selepas suami meninggal dunia sedangkan masing-masing punya harta dan berjawatan tinggi.

Sesungguhnya manusia yang tertindas disayangi Allah. Kemenangan berpihak pada mereka. Bahagia rasanya melihat tangisan kegembiraan klien mereka. Ketika Lovely dan Kesha keluar dari mahkamah, sekali lagi
mereka diserbu oleh si ibu tunggal, untuk menyatakan rasa terima kasih yang tak terhingga pada mereka berdua.

"Congratulations to both of us!" Kesha bersuara lantang sambil menjulang gelas berkaki panjang berisi air sirap.

Mereka sebulat suara mahu meraikan kejayaan di cafe Karl & Stone. Dua jejaka itu turut duduk semeja, cafe sengaja ditutup awal untuk memberi sedikit privasi pada mereka. Stone siap masak beberapa juadah istimewa khas untuk mereka berdua.

"Tahniah untuk Lovely dan Kesha!" Hampir serentak Karl dan Stone bersuara.

"Thank you!" Kesha melagakan gelas sambil tertawa gembira.

"Sedapnya...Apa nama menu ni Stone?" Lovely yang terlebih dahulu makan terus bertanya.

"Oh, ni menu baru ciptaan saya sendiri. Ayam gelekan madu tiga."

Lovely dan Kesha berbalas pandang, mulut terbuka luas.

"Asal aneh nama menu kau Stone?" Kesha bertanya , hairan eya...Sebal pun eya!

"Mana ada aneh, comel apa..Biarpun menu ni nampak simple, payah tau penyediaan masakan ni. Isi paha ayam, siram air panas kemudian diperap semalaman dengan rempah, esok dipanggang dan disapu sos tiga rasa berasaskan madu."

Lovely telan air liur, baru bercadang nak berguru terus kensel!

"Ha'ahlahh..Sedap gila! Garing di luar juicy kat dalam..Hmmm..Rempah terasa dalam isi..Hebat ah Stone..Boleh join Master Chef dah ni, kompom menang!" Sampuk Kesha.

Stone hanya tergelak kecil.

"Saya baru belajar Cik Kesha, tak sampai level Master Chef lagi.." Stone merendah diri sambil meneruskan suapan.

"Oh ya, macamana dengan business yang satu lagi? Any interesting case yang kitorang boleh join?"

"Setakat ni takde Cik Love..Semua kes biasa-biasa je."

"Ceh, ada hati nak join..Kes bertimbun-timbun dekat office tu siapa nak settlekan? Aku sorang?"

Serentak mereka bertiga tergelak. Berkeriput wajah Kesha menahan sebal.

"Laa, bukan tak biasa..Cik Love ni kan macam Chipsmore..Kejap ada kejap takde, payah eh kalau berlakikan dewa kayangan, kena lagi bila dikelilingi musuh..Mujur Cik Love ni lengkap dengan pakej kemahiran mempertahankan diri."

Teeherot tinggi bibir atas Lovely. Mencerlung bola mata. Stone ni perli dia kan?

"Ah sudah sudah..Jom habiskan makanan ni cepat, lepas tu korang balik. Dah malam ni, lagipun esok cafe ni ada function..Orang nak melamar.." Carl cepat-cepat menyampuk, faham benar dengan perangai Lovely kalau dah naik hantu.

"Wahh, berita gembira ni. Siapa nak melamar? Kau ke Stone?" Pantas pula Kesha mencelah.

"Laa..Customer yang nak melamar, bukan kitorang.."

Kesha angguk.

"Korang berdua ni bila lagi?" Tanya Kesha lagi.

"Takde calon lagi.."

"Laa..Ni aku calonnya..Aku tunggu je siapa antara korang yang masuk meminang.."

Merah padam wajah Karl. Terus dilarikan wajah. Lovely tidak mampu menahan gelak, terbahak-bahak! Si sasa tu reti malu-malu kucing juga rupanya bila dikerjakan oleh minah sengal ni!

"Dahlah Kesh, jom balik.." Akhirnya Lovely bingkas bangun, kesian juga anak teruna orang ni kalau dibiarkan. Kesha ni jenis langgar je tak fikir pun perasaan orang lain.

"Hey..Aku tak main-main tau, daripada aku susah payah cari lelaki baik kat luar sana tu, lebih baik aku pilih salah seorang Mr Perfect kat depan mata aku ni...Dua-dua pun boleh kalau korang sanggup bermadu.."

Karl dan Stone buat-buat tak dengar, langsung menyibukkan diri mengemas meja. Hanya Lovely tergelak sakan sambil menarik Kesha untuk pergi dari situ.

"Ke korang gay? Janganlah..Melepas aku.."

"Apa rupa kitorang ni macam gay ke?" Karl terus bersuara, geram dengan tuduhan melulu Kesha.

"Dahlah Kesh..Kau ni, suka sangat buat dua jejaka tu mengamuk!" Lovely terus menarik Kesha keluar dari cafe berkenaan.

"Laa, gurau pun takleh.." Sambil tergelak, Kesha menjawab.

Lovely geleng kepala. Mereka berpisah ketika menuju ke kereta masing-masing. Sesampainya di rumah, keadaan rumah gelap gelita. Usai membersihkan diri,. Lovely bercadang mahu menunggu Ren. Namun, hampir dua jam duduk di ruang tamu menghadap tv, Lovely mulai rasa mengantuk. Entah dah masuk ke berapa belas kali dah dia menguap.. Akhirnya Lovely bingkas bangun, tak larat nak tunggu Ren. Lelaki itu punya kunci duplicate yang entah sejak kapan dibuat, dia sendiri tidak sedar.

Baru hendak mengangkat punggung, lonceng pintu berbunyi. Tersentak dibuatnya! Lovely melangkah laju menuju ke pintu. Hairan sebenarnya, bukankah Ren Raizen punya kunci pendua? Ke saja Ren nak kenakan dia? Pemegang pintu ditarik. Terpempan beberapa saat!

"Ren Raizen mana?" Figura dengan kain tak cukup membalut badan itu bercekak pinggang, riak wajah penuh angkuh!

Lovely menyilang lengan di dada. Berani sungguh minah karat ni datang ke rumah dia untuk cari Ren?

"Macamana kau tahu aku tinggal di sini?" Sinis nada suara.

Gadis itu sengaja gelak kuat-kuat, nampak sungguh memaksa diri. Mahu menyakitkan hati Lovely dengan cara itu? Tak berkesan pun selama ini, buat penat je..Tapi tulaa.. Minah karat kat depan ni reti ke memahami semua ni?

"Easy...I don't wanna answer that, only stupids would ask something like that."

Lovely ketap rahang. Tak pernah tak naik darah setiap kali berhadapan dengan Cindy.

"Then you may go to hell Cindy!!" Daun pintu ditolak kasar, namun pantas lengan Cindy naik dan menahan daun pintu tersebut.

"Not so fast, Lovely! I guess you're the one who goes to hell first after you watch this hahaha..."

Cindy melempar sebuah pendrive, hampir je kena di muka kalau saja Lovely tidak pantas mengelak. Hampir saja kaki naik mahu menyepak wajah Cindy. Mujur Cindy tak tunggu lama, kelam kabut beredar usai melempar benda kecil warna putih itu.

"Cindy!!"

Jeritan berang Lovely bergema, buat seketul Cindy semakin mempercepatkan langkah. Hah, tau takut!! Lovely tunduk mengutip pendrive di atas lantai sebelum menutup pintu. Benda kecil berbentuk segiempat tepat itu dibelek seketika. Seperti dapat diagak apa isi kandungannya, Lovely pantas menyucuk pendrive tersebut di port USB di sudut tepi televisyen.

"Ren Raizenn!!!!"

* * * * *

"Slow sikit, hujan lebat ni..Bahaya!" Kata-kata lelaki yang duduk di sebelah langsung tak diendahkan.

Bukan pula mengurangkan kelajuan malah pedal minyak semakin ditekan.

"Hey!! Slow man!! Biar lambat asal selamat!" Mulai hilang kesabaran, suara naik seoktaf.

"It's an empty road man..No harm!" Selamba si pemandu menjawab.

"No harm for people, but it's dangerous for both of us!! Slow down man."

Merengus perlahan, lalu kelajuan dikurangkan. Dalam hati turut mengakui kebenaran kata-kata teman di sebelah, hujan yang terlalu lebat menyukarkan penglihatan. Silap haribulan boleh terbabas.

"Hey, slow down man. There's a car!"

Ya, sudah tentu dia juga melihatnya. Lampu dari arah bertentangan itu sangat menyilaukan mata, dia memberi highlight sebagai isyarat untuk menyuruh si pemandu dari arah bertentangan supaya menukarkan mode lampu.

"Hey, can you see it? Pemandu tu mabuk ke? Lain macam pemanduan dia ni..Slow man, it's dangerous!"

"It's already below 80km/h.."

"Watch out!"

Kereta bertentangan tiba-tiba menyimpang lalu merempuh kereta mereka. Satu dentuman kuat terhasil akibat perlanggaran tersebut. Mujurlah mereka bedua memakai safety belt. Tiada kecederaan berlaku. Cuma terkejut membuatkan mereka berdua terkejung buat seketika. Pintu cuba dibuka oleh teman di sebelah, malangnya tidak berjaya!

Melihat keadaan tersebut, si pemandu turut membuka pintu, juga tidak berjaya. Kerosakan agak teruk pada bahagian hadapan kereta membuatkan pintu tersepit, tidak boleh dibuka. Mereka berpandangan sesaat. Safety belt dilepaskan, kedua-duanya mahu berkalih ke belakang untuk keluar. Malangnya, belum sempat berbuat demikian, kereta dirempuh sekali lagi hingga terdorong dan hampir merempuh tembok tinggi. Yang pasti di sebalik tembok tersebut hanya lautan dalam yang terbentang luas.

"Who's that crazy beast?!!"

BAM!!

Bunyi berdentum kedengaran lagi. Pandangan mulai kabur, namun masih cukup sedar yang mereka berdua dalam keadaan merbahaya sekarang, nyawa benar-benar berada di hujung tanduk! Hujan yang sudah berhenti membuat pandangan lebih jelas. Keadaan kereta yang terasa seperti sedang menaiki jongkang jongket tambah menguatkan naluri bahawa sebentar lagi mereka berdua pasti akan jatuh dan tenggelam hingga ke dasar lautan biru.

"We need to get out!" Teman di sebelah mulai sibuk menyelongkar kereta, mencari sesuatu untuk memecahkan cermin.

Si pemandu masih merenung tajam menembusi cermin hadapan. Cuba mengecam sebuah figura yang baru keluar dari perut kereta lalu melangkah perlahan menghampiri kereta mereka..Pandangan kurang jelas kerana selain gelap, wajah juga sudah dipenuhi darah merah likat.

Figura tersebut berdiri begitu hampir dengan pintu bahagian pemandu. Badan dibongkokkan sedikit, wajah hampir melekap di cermin kereta bahagian pemandu.

Walaupun samar, wajah hampir tidak kelihatan kerana separuh rambut panjang yang dibiarkan lepas menutupi wajah, namun..Gaya penampilan juga pakaian yang melekat di tubuh ramping itu cukup dicam.

TAK MUNGKIN!

"You're going to die today..Any last words?"

Laju tangan menekan punat, namun cermin tidak dapat diturunkan. Cermin ditumbuk berulang kali, sepenuh hati! Pecahlah cepat!!! Biar dia keluar dan buat perhitungan dengan manusia di luar tu tanpa ada sempadan!

"WHY?!!!"

Gelak sinis diberi sebagai balasan.

"Because you took everything from me!! My virginity, my family..EVERYTHING!! Now it's time for you to pay.."

Lelaki itu terusan merenung bola mata yang semakin samar di layar mata. Terlalu sukar mahu percaya semua ini..

"But...But you said you loved me!"

"And you're so stupid to believe that! Do you think I can love a person who took everything from me?!! I HATE YOU!!!"

Hati bagai disayat-sayat dengan belati tajam, pedih sungguh..Tanpa sedar, air mata mengalir, lalu menyatu dengan darah yang memenuhi wajah.

"Damn you!!! Let me out!!! Say it right on my face you evil fox!!!!" Tak cukup tangan, kaki ikut menendang.

Cermin mulai retak. Malangnya kereta semakin senget ke bawah.

"Hey! Get a grip man..We're going to fall. We need to get out!! Help me think dude!!" Teman di sebelah mulai menjerit panik.

Figura di luar kereta melenggang menuju ke bahagian hadapan kereta yang sudah hancur teruk. Hujung jari runcing menyentuh permukaan kereta yang kemik. Sebuah senyuman sinis terlakar. Wajah didongak, merenung tajam pada lelaki di dalam kereta yang turut merenungnya dengan renungan pembunuh.

"GO TO HELL!!" Tanpa sedikitpun rasa belas, jemari runcing itu menolak kuat depan kereta.

"LOVELY SCARLETT!!!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience