“We’re homeee!!!”
Sunyi sepi!
Laju bola mata Lovely Scarlett bergolek memerhati sekitar ruang tamu. Mana semua orang pergi? Cuma tiga hari kot! Mustahil ada penculik berjaya menerobos masuk dengan sistem kawalan tercanggih yang mengelilingi rumah agam tersebut! Kalaupun betul, Takkan dengan Mak Jah sekali diculik?
Lovely berlari keluar semula mendapatkan Ren Raizen yang kelihatan sibuk mengeluarkan bagasi dari dalam bonet kereta.
“Sayang!! Mana pergi semua orang?!” Lovely terus menjerit panik. Rasa tak sedap badan dan perut yang memulas-mulas cuba ditahan sehabis daya.
Ren menoleh. Wajah kelihatan selamba.
“You should get some rest baby…Deorang ada je tu, mungkin keluar sekejap. Bosan agaknya asyik terperuk dalam rumah.” Ren menghampiri, sebelah tangan menarik bagasi besar. Manakala sebelah tangan lagi naik menyentuh dahi Lovely.
“Macamana sekarang? Dah okay ke? Kalau masih berlanjutan lebih baik kita ke hospital.” Lovely menarik tangan Ren.
“Aku risau tau, bagaimana kalau mereka diculik? Mak Jah pun hilang! Sorangpun takde kat dalam tu sayang! Dah, jom pergi cari!” Tangan Ren ditarik menuju ke kereta semula.
“Sayang! Bertenang dulu.” Bahu Lovely dipaut lembut. Badan Lovely dipusingkan untuk menghadap Ren.
“We’re talking about Raqiel…Siapa yang berani kacau adik aku tu? Budak-budak tu selamat di bawah jagaan Qiel sayang, don’t worry. Hah, kejap lagi baliklah tu. Jomlah masuk dulu. Kau tak sihat, nanti masuk angin…”
Lovely terpaksa menurut bila Ren menariknya masuk semula ke dalam rumah.
“Sayang rehat dulu. Aku ambil air panas kat dapur.” Ren berlalu pergi menuju ke dapur.
Lovely bersandar di penyandar sofa, pelipis yang terasa berdenyut-denyut diurut perlahan. Hati mengeluh. Kalau tahu dia akan mengalami mabuk laut yang sangat teruk, sumpah dia tak mahu ikut Ren naik cruise. Sia-sia sampai sekarang muntah-muntah! Pelayaran yang sepatutnya selama seminggu terpaksa dipendekkan menjadi tiga hari.
“Hands up!!! Say the secret word or I’ll shoot!” Terkejut beruk Lovely tiba-tiba disergah oleh satu suara comel yang masih pelat berbicara.
“Tinky Teletubbies! Come here…Ishhh!” Kepala Raqiel terjeguk hanya separuh dari celah-celah daun pintu utama, dengan suara tertahan-tahan memanggil budak perempuan bergaun kembang yang sedang memegang sebuah pistol mainan yang lebih besar dari kepalanya dan sedang teracu tepat di depan wajah Lovely.
“Tihana! Who taught you that?” Sedikit berang, mujur nada suara masih terkawal.
“Uncle Qiel over there mummy. He also bought me this. I love it mummy. Can I keep it in my room?” Semakin mendidih darah!
Anak perempuan berumur lima tahu Raqiel Amoris belikan pistol mainan? Kecik-kecik dah Raqiel didik menjadi mafia ke? Arghh! Mencerlung bola mata. Raqiel yang sudah terang lagi bersuluh terciduk pantas melemparkan senyum senget.
“We’re just playing Police And Thief Love!” Terang Raqiel sambil ragu-ragu buka langkah menghampiri.
“Tihana, you’re a girl. You should play something else like Barbie Doll, Cooking Set…Erm…What else?”
“No mummy, they’re boring!”
Geram tau! Ini semua Raqiel punya pasal. Bola mata dipaku tajam pada Raqiel.
“Yang lain mana?”
Raqiel terus gosok leher. Wajah kelihatan bersalah. Ah sudah! Awal-awal lagi Lovely memang tak setuju bila Raqiel menawarkan diri mahu menjaga budak-budak tu.
“Err…Thing is…Lepas korang pergi, Intan dan Kesha datang…You know. Aku cuba halang Love tapi kau faham-fahamlah perangai best friend kau tu.”
Lovely bingkas bangun.
“Maksud kau?”
“Winky dibawa oleh Intan dan Pooh diambil oleh Kesha! Aku tak bertanggungjawab! Tinky Teletubbies, jom main dengan uncle kat atas!”
“Raqiel Amoris!!!”
Tak sempat mengejar, Raqiel dukung Tihana lalu berlari menaiki tangga menuju ke tingkat atas. Lovely terduduk semula, kepala terasa berdenyut-denyut. Sakit teramat sampai hampir terkeluar semua isi perut.
Lovely bingkas berdiri lalu berlari menuju ke tandas. Segala isi perut dikeluarkan. Sampai terduduk lemas Lovely di sisi mangkuk tandas, hampir kehabisan tenaga.
Ren menghampiri, menyapu minyak angin lalu mengurut lembut bahu dan dahi Lovely. Lega sungguh rasanya.
“Sayang…Kita ke hospital huh?” Ren mulai mendesak. Risau melihat keadaan tidak bermaya Lovely.
“Sayang…” Air mata bercucuran jatuh ketika Lovely bersuara.
“Intan dan Kesh culik William dan Polaris!”
Tercengang Ren dibuatnya!
“Bukan culik sayang, dorang pinjam sekejap je si kembar tu. Nanti dorang hantarlah balik. Kalau dua kat situ, kembar sorang lagi di mana?”
“Adik kau tengah train jadi mafia!”
“Huh?!” Hampir tergelak tapi terpaksa ditahan bila lihat wajah kelat Lovely. Raqiel ni memang cari nahas ke apa? Dahlah lain macam perangai Lovely semenjak dua menjak ni.
“Laa…Qiel ni pun satu, asal satu-satunya my princess pulak dia nak jadikan samseng taik kucing macam dia tu? Tak patut, tak patut! Winky dan Pooh kan ada.”
“Ren! Aku tak benarkan anak-anak aku jadi mafia!”
Ren tergelak kecil. Kepala Lovely diusap lembut.
“Yela sayang…Kita jadikan sorang doktor, sorang peguam dan sorang lagi cikgu. Macamana?”
“Habis tu siapa yang nak bantu kau urus perniagaan?”
“Hah, tu pasal kita kena buat baby banyak-banyak sayang. Kita dah dapat kembar tiga. Lepas ni harap-harap dapatlah kembar lagi supaya aku ada pembantu.”
Tangisan Lovely makin menjadi-jadi. Dahlah bekas torehan di bawah perut masih terasa sakitnya bila Lovely angkat benda berat. Nak suruh dia bersalin kembar lagi? Mampus!
“Kata nak bagi kita rehat sepuluh tahun, besarkan dulu kembar tiga tu…” Dalam esakan, sempat pula merungut-rungut.
Ren tergelak lagi.
“Yela..Sepuluh tahun pun sepuluh tahunlah, apa saja untukmu sayang.” Usai berkata, pipi Lovely dikucup penuh sayang. Wajah lesu Lovely direnung seketika.
“Ni dah comot ni…Jom aku temankan mandi.” Senyum lebar penuh makna terukur di wajah tampan Ren Raizen.
Terhenti serta merta tangisan Lovely. Air mata dikesat laju. Rambut yang berjuraian menutup wajah diselak ke tepi. Tetiba pulak merapikan wajah bila dikata comot. Tak suka tak suka!!!
“Aku tak comot! Ni tengok betul-betul…Cantik kan? Aku masih cantik kan? Cakaplah sayang…Kau dah janji walau keriput memenuhi wajah, kau tetap akan sayangkan aku kan?”
Ren Raizen terkesima sesaat. Laa…Ke situ pulak! Tak faham maksud tersirat ke apa ni? Otak blank sekejap, hilang kosa kata!
“Ahh..Tak suka! Terkebil-kebil macam tu, dah ada niat nak cari yang lainlah tu!!!”
Pulak dah!
Terus garu kepala yang tak gatal. Melihat Lovely sudah tarik muncung berdepa-depa, badan wanita kesayangannya ditarik lalu dipeluk kejap.
“I love you so much my love. Biar keriput seribu, rambut tinggal sejemput warna putih, gigi dah kuning tinggal sebatang, kulit menggeleber..I tetap love you sampai ke hujung nafas. Cinta aku bukan hanya pada paras rupa, ni… Aku lebih cinta Lovely Scarlett dekat dalam ni…” Jemari Ren melekap di dada Lovely.
“Biarpun ganas mengalahkan singa baru beranak, punya hati emas dan yang paling buat aku semakin sayang, sifat keibuan yang tinggi, pelindung terbaik buat anak-anak kita. Setiap hari aku jatuh cinta over and over again Love.” Wajah Lovely ditenung buat seketika, sebelum bibir didaratkan di atas bibir Lovely.
Tak semena-mena, tubuh Ren ditolak kasar. Hampir terhempas punggung atas lantai. Lovely pantas berpaling semula ke arah mangkuk tandas lalu termuntah-muntah semula.
“Sayang dah teruk ni. Jom mandi dulu, kemudian kita terus ke hospital.” Perlahan, Ren menarik tubuh lesu Lovely. Melihat Lovely bersusah payah mahu bangun, Ren mencempung tubuh Lovely.
“Badan aku lemas sayang…” Lovely merintih lemah.
“Tersampuk jembalang laut ke?” Ren bermonolog sendirian, namun mampu didengar oleh Lovely.
Badan terlalu lemah untuk berbahas. Tak mampu menolak bila Ren siap memandikan dia dalam bathtub. Sayang bini punya pasal, sanggup bersempit-sempit dalam bathtub you! Maksud tersirat tu biarlah hanya Ren Raizen je yang tahu haha…
“Daddy…Daddy!!!” Suara kanak-kanak girang menyapa rongga telinga ketika Ren memimpin Lovely turun ke tingkat bawah.
Daddy je dicari? Berlipat-lipat dahi Lovely menahan sakit hati. Kita yang mengandung sembilan bulan, kita yang menanggung sakit akibat perut ditoreh…Sampai hati si kembar ni tak pandang mummy dorang ni!
“My teletubbies! Daddy misses you all so much!!!”
Ketiga-tiga anak kecil itu berlari lalu berebut-rebut masuk ke dalam dakapan Ren Raizen. Makin bengkak hati melihat! Dia di sisi hanya jadi tiang lampu, kena lalu depan mata gitu-gitu aje!
“Tinky…Winky and Pooh!” Satu persatu wajah comel itu dikucup mesra oleh Ren Raizen.
Lovely mengherot bibir. Nama-nama yang disebut oleh Ren tu bukan nama sebenar si kembar tiga tu, semua itu hasil kekreatifan otak Raqiel Amoris. Nama yang dikutip dari watak-watak dalam rancangan kanak-kanak Teletubbies yang sangat terkenal di zaman 90-2000an kalau tak silap.
Nama sebenar si kembar tiga tu ialah Tihana si sulung, William dan Polaris si bungsu.
“Mummy, you look pale. Are you sick?” Akhirnya ada juga yang sedar kehadirannya di situ. Polaris mengenggam jemari Lovely. Bercahaya terus wajah Lovely. Gembira bukan kepalang!
“Mummy sihat sayang.” Lovely duduk mencangkung lalu memeluk tubuh kecil itu.
“Why muka mummy macam makcik jual ikan depan rumah auntie Kesh bila ikan makcik tu takde orang nak beli?”
Ehh…Kurang asam limau purut! Ni mesti Kesha punya ajaranlah ni, takde orang lain yang punya mulut longkang selain minah tu!
“M..Macam apa Pooh?” Ren tiba-tiba menyampuk, wajah jelas tengah menahan gelak.
“Pooh! Come here baby… Jom makan pizza. Tadi beria-ia nak makan kan?” Tiba-tiba Kesha meluru datang dengan wajah dipaksa tersenyum. Pooh pantas didukung lalu Kesha kelam kabut melangkah mahu pergi jauh dari Lovely.
“You said muka aku macam makcik tak laku jual ikan ke Kesh?!!!” Ah sudah! Makin besar langkah kaki Kesha orak bila lihat Lovely sudah bercekak pinggang.
“Ehh..Mana ada…Kau salah dengar kot hehe…”
“Kesha!!!” Baru hendak mengejar, lengan dipaut oleh Ren Raizen.
“Dahlah..Jangan ganas sangat sayang. Nanti menurun kat budak-budak…” Peringat Ren Raizen sambil berbisik di telinga. Kesha terus menghalakan pandangan pada Tihana dan William yang masih bergayut di badan Ren.
Ohh..Kalau Raqiel dan Kesha ajar yang bukan-bukan boleh pulak ya Ren Raizen? Dia setakat mahu memperbetulkan fakta tak boleh pulak! Bola mata berkaca-kaca menahan rasa terguris di hati. Entahlah, sejak akhir-akhir ni sensitif betul…Sikit-sikit terasa, sikit-sikit nak nangis… Sebal!
“Jom, dorang semua tengah tunggu kat dapur tu.” Ren memeluk bahu Lovely lalu mengajaknya pergi.
Sampai di dapur, harum semerbak pizza pelbagai jenis terus menusuk rongga hidung Lovely. Dada mulai bergelora semula, perut mulai mengeras. Mulut dicekup dengan tapak tangan. Bau yang terbit benar-benar membuatkan dia rasa loya yang teramat, busuk mengalahkan bau longkang! Padahal sebelum ini bukan main lahap kalau pasal pizza huhu…
Semua tercengang bila Lovely berlari dan muntah-muntah di dalam tandas dapur. Masing-masing berpandangan.
“Ren…Love mengandung ke?” Laju Intan bertanya. Semua yang ada di situ turut memaku pandangan pada Ren Raizen.
“Eh, mengandung ke macam tu? Aku ingat dia mabuk laut tau.” Ren garu kepala.
“Tu muntah-muntah tu mengandunglah kot. Kau ni, dah jadi bapak pun tak tahu ke?” Marah Intan.
“Laa, sebelum ni Love tak macam ni. Semua dia bedal licin, tak pernah ada yang keluar kecuali najis hehe. Makan macam mak gajah tak ingat dunia pula tu. Aku yang seram.” Amboi, sempat mengutuk!
“Jap! Rasanya ada pregnancy test kat kereta aku. Jom kita uji! I vote for two lines. Siapa kalah kena belanja percutian ke Maldives. Macam?”
Ren jongket bahu. Yang lain bersorak menyokong. Intan bergegas keluar mendapatkan pregnancy test yang dikatakannya tadi. Tidak lama kemudian, Intan muncul semula sambil menayangkan bungkusan plastik empat segi di tangan.
“Me oso two lines!” Kesha mencelah.
Marco Arjuna dan Raqiel Amoris berbalas pandangan.
“I’m out!” Kata Raqiel.
“Me too!” Sambung Marco.
“Nope! Semua kena ikut… Tak nak vote aku consider korang berdua one line!”
Terlopong Marco dan Raqiel bila Intan Natasha tetap bertegas!
“Ren? Kenjiy? Stone?”
“Two lines!” Hampir serentak Kenjiy dan Stone bersuara.
Tinggal Ren Raizen. Kini, semua mata terpaku ke arahnya. Ren berfikir sejenak. Tak mungkin kot! Dia sudah berhati-hati kerana Lovely berkali-kali mengingatkan setiap kali mereka berhubungan.
“I choose one line!” Fuh! Penuh konfiden Ren menjawab.
Intan terus mendekati Lovely bila pintu tandas terkuak.
“Love…Here, take this. You know what to do.”
Lovely menyambut plastik yang dihulur lalu membelek-belek sebentar plastik tersebut sebelum merenung Intan penuh curiga.
“Apa ni?”
“Just check it Love, it wouldn’t do any harm to you. Please…Please…”
Lovely yang sememangnya sudah hilang mood terus masuk semula ke dalam tandas. Mahu bersuara pun dia sudah malas sebenarnya, sebab itu dia turutkan saja walaupun dia tak faham apa yang sedang berlaku dekat luar tu.
Manakala di luar, masing-masing mendiamkan diri. Semua mata terarah ke pintu tandas, menunggu Lovely keluar dengan penuh debaran.
Hampir setengah jam kemudian…Pintu tandas terkuak luas! Lovely keluar sambil memegang sebuah benda kecil berwarna putih berbentuk segi empat tepat. Terkejut bila semua yang ada di situ meluru mendapatkan dia. Hampir terlepas benda yang dipegang!
“How many lines Love?” Hampir serentak semua bertanya. Makin terperangah Lovely dibuatnya! Mengapa semua terlebih excited pula ni?
Melihat wajah selamba Lovely, Ren Raizen mengukir senyum senget lalu menggeleng kepala.
“One line, we win! Guys… Prepare your fulus…Aku tak terima alasan dompet bocor!” Ren bersuara lantang. Yakin sungguh dengan hipotesis yang cuma berdasarkan riak wajah Lovely.
“Alaaaaahhh……” Masing-masing mengeluh panjang lalu meninggalkan Lovely yang masih terpinga-pinga kebingungan di depan pintu tandas.
Masing-masing mengambil tempat di kerusi makan lalu mulai menyantap hidangan di atas meja. Sebaik sahaja aroma makanan tersebut naik ke udara dan mulai memenuhi rongga hidung, Lovely berlari semula masuk ke tandas.
Ren Raizen memandang simpati. Mengapa begitu teruk keadaan Lovely? Dah jauh dari lautan masih tak hilang-hilang ke mabuk tu? Ren menghampiri, mahu melihat keadaan Lovely. Langkah terhenti bila kaki terpijak sesuatu. Bola mata turun untuk melihat. Ah, pregnancy stick yang Lovely tinggalkan di lantai.
Segera dipungut, mahu dibuang ke dalam tong sampah sebelum melihat Lovely yang masih termuntah-muntah di dalam tandas.
“Better bawa Love ke hospital Ren. Teruk benar aku tengok dia muntah. Masuk angin kot!” Kesha bersuara dari meja makan.
Ren hanya angguk. Dia juga risau tengok keadaan Lovely. Sempat melirik stick yang dibuang ke dalam tong sampah sebelum penutup diturunkan. Bola mata tiba-tiba terbelalak!
Laju Ren kutip semula stick pregnancy test itu dari dalam tong sampah.
“G…Gais!!!” Tak sedar suara menjerit lantang hingga mengejutkan semua yang ada di situ.
“She’s…She’s…Pregnant!!! Yahooo!!! I’m going to be a dad again!!!”
This is it! Sedey wei kisah Ren & Love akhirnya melabuhkan tirai. Maaf atas segala kekurangan, sesungguhnya MandakZ masih baru dan sedang berusaha sebaik mungkin untuk memberikan yang terbaik. Harapan MandakZ satu sahaja, semoga mampu menghiburkan hihi.. Sayonara Ren Raizen and Lovely Scarlett. Jgn lupa support karya MandakZ yg lain tau...Akan menyusul tidak lama lagi karya terbaru 'Ponti Di Hati Qud' bukan kisah pontianak besha² yg menakutkan...Nooo! Ni kisah cinta syulit ala-ala Rehan baik...tiber! Thank you so much peluk uolls ketat² muaahh!
Share this novel
Best. Mcm2 rasa ada. Secukupnya. Tahniah Author. Teruskan dgn citer2 yg best lg tau.
tq ^_^
Best story