“Magiknya Ren Raizen ni kan, hilang begitu je tau..Langsung tiada clue! Last keberadaan dia bila aku hijack fon dan kereta adalah kat hospital. Then..Zero! Macam dia tak keluar langsung dari hospital!”
“Kau dah siasat betul-betul?”
“Dah, yang pasti bukan angkara Raqiel. Time tu aku hundred percent sure Raqiel koma, badan penuh bersirat wayar.”
“Bagaimana dengan Puan Sofeya? Atau musuh dalam selimut?”
“Dah lama aku follow Puan Sofeya, tiada yang mencurigakan. Kalau musuh tu aku masih sedang siasat, masalahnya Ren Raizen ni banyak musuh..”
Lovely tunduk menekur lantai. Dah masuk berapa bulan dah, dia sendiri sudah tidak ingat. Pencarian demi pencarian, tidak kenal apa itu putus asa..Namun sehingga kini, sedikit petunjuk pun tidak ditemui!
Ren Raizen..Hilang begitu sahaja! Entah masih hidupkah.. Atau.. Lovely pantas membuang fikiran negatif itu jauh-jauh. Ren bukan lelaki lemah, takkan semudah itu ditewaskan! Iyakah? Hati berdebar kuat..
“Stone..Teruskan menyiasat please.. Aku tahu dah banyak masa kau terbuang, semua macam sia-sia tanpa sebarang petunjuk. Tapi…Aku betul-betul yakin bahawa Ren masih ada. Cuma…Aku penasaran why dia buat macam ni? Ke someone perangkap dia? Aku perlu jawapan Stone..Semua ni buat aku jadi gila!”
Stone bingkas bangun, mengambil sekotak tisu lalu menyerahkan pada Lovely yang sudah mulai dibanjiri air mata. Simpati melihat Lovely yang pasti akan menangis tersedu-sedu setiap kali berbicara tentang Ren Raizen.
“Bersabar ya Love, aku yakin tidak lama lagi kita pasti akan dapat petunjuk.”
Lovely kesat air mata dengan tisu. Entah dah berapa banyak janji ditabur bahawa dia tidak akan menangis lagi untuk Ren, tapi entahlah..Air mata ini terlalu murah untuk lelaki itu.
"Maaf Stone..Aku bukan nangis...Air dalam badan ni banyak sangat kot, keluar sendiri tanpa dipinta.." Terpacul kata-kata yang muncul dalam minda tanpa fikir panjang.
Melihat bola mata Stone hampir melotot serta mulut terbuka sedikit, wajah Lovely berubah rona. Pantas dilarikan pandangan mata, berdehem perlahan bila sedar keterlanjuran mulut..Ishh..Buat malu je!
"Ermm..Err...Aku faham..Walaupun aku masih bujang.."
Arghhh!!!
Lovely bingkas bangun lalu memusing badan dengan laju. Wajah merona merah.
"Aku pergi dulu!"
Menonong berlalu dengan wajah terpamer tanpa ekspresi..Maluuu weii!!
Henfon dalam tas tangan berdering nyaring. Lovely masuk ke dalam perut kereta dan menghidupkan enjin. Dibiarkan seketika telefon menjerit-jerit, tahu siapa yang memanggil. Mengeluh perlahan sebelum menyambut panggilan tersebut.
"Kau datang tak ni? Dah jenuh aku tunggu.. This is my last treatment, it's important for you to come and be by my side, witness everything coz you're the person I wanted the most to share my happiness with. Come here faster will ya?" Suara separuh merayu, penuh mengharap!
"I'm on my way Qiel." Mendatar suara menjawab.
"I'll wait."
"I'm driving, talk later. Bye!"
Keluhan kecil dilepaskan sebaik sahaja panggilan ditamatkan. Kadang-kadang sikap Raqiel yang terlalu mendesak amat menyesakkan, jenuh ditegur tak makan saman. Kalau saja tak difikirkan orang tu tengah sakit, dah lama kot makan flying kick 90 darjah huhu..
Seperti yang dikata, Raqiel Amoris menunggu Lovely sampai barulah dia mahu bangun dari katil. Menuntut Lovely untuk membawanya ke bilik treatment. Lovely akur, perkara itu sebenarnya tidak menyusahkan pun, cuma saja yang merisaukan Raqiel terusan mengharap sesuatu yang Lovely tidak mampu untuk berikan. Puas diingatkan, Raqiel tetap berkeras, siap mengugut!
"Loveee!!! I..I finally can jump!!"
Lovely angguk menahan sebak!
"Now see me run okay..."
Angguk lagi!
Dan Raqiel mulai berlari. Bermula dengan bukaan langkah perlahan kemudian kelajuan dipertingkatkan.
"Qiel! You're running like a beast!!"
"I'm not! I'm running like a professional sprinter!"
Dalam sebak, tawa terletus mendengar jawapan penuh yakin Raqiel. Wajah Raqiel terpamer riak tidak puas hati.
"I'm so happy for you..Welcome back Raqiel Amoris!" Mata mulai berkaca, tidak mampu menahan sebak.
Dia bersama Raqiel sepanjang Raqiel berada di hospital. Melihat sendiri penderitaan dan kesedihan yang cuba disembunyikan oleh Raqiel setiap kali dia datang. Terbaring kaku dengan kaki yang tidak mampu digerakkan, sedihnya bukan kepalang...Dia faham! Kesungguhan Raqiel untuk pulih benar-benar mengagumkan Lovely. Mungkin disebabkan itu, dia tidak mampu mengawal perasaan bila lihat bertapa gembiranya Raqiel saat itu.
"Are you crying?" Entah bila masa Raqiel berdiri di depan, Lovely langsung tak sedar.
"Tak, angin kuat sangat pasal kau lari laju sangat. Tu yang kena mata..Pedih!"
"Cehh! Loyar buruk!"
"Loyar buruk kita laku tau!"
Raqiel geleng kepala, takde kesudahan bertekak dengan lawyer ni!
"This is my last treatment, I'm going home after this. You'll come right? They're waiting..Mum and dad, mereka nak jumpa kau.."
Lovely angguk, sudah berulang kali Raqiel mengingatkannya tentang itu. Takut sangat dia lupa agaknya. Usai berjumpa doktor, Raqiel Amoris akhirnya dibebaskan dari penjara hospital. Tak lekang senyuman di wajah ceria Raqiel sepanjang perjalanan. Lovely menghantar Raqiel sampai depan pintu bangunan mewah letaknya di kawasan golongan elit dan berpangkat. Terkejut juga ketika Raqiel memberitahu alamat rumahnya.
Yela kan, selama mereka berkawan sejak zaman sekolah, setahunya Raqiel tinggal di flat guru. Dah mak bapak pendidik kan. Ni tetiba bukan lagi apartment, tapi penthouse..Hanya golongan kayangan mampu memiliki! Siapa tidak terkejut kan?
"Kau tinggal kat sini?" Gatal mulut mahu bertanya ketika mereka berada di dalam perut lift.
"Aku pernah bawa kau kat sini Love. Tak ingat? Masa aku culik kau.."
Aah, time tu manalah sempat dia meneroka. Dahlah kena kurung dalam bilik, tup-tup Ren Raizen dan konco-konconya menyerbu dari beranda dan menembak dia tanpa belas kasihan. Dari beranda? Terus terfikir.. Bangunan pencakar langit ni? Macamana Ren dan konco-konconya boleh menyerbu dari beranda? Jadi Spiderman ke? Lovely terus perhati keadaan sekeliling sebaik sahaja mereka keluar dari perut lift. Mengapa terasa seperti dia pernah berada di situ sebelum ni?
"Kau tinggal dengan family ke?"
"Nope..Aku tinggal sorang je, that's why aku kena kahwin supaya rumah aku ni tak sunyi.. Aku suka kanak-kanak, aku nak anak ramai tau. Tiap-tiap tahun beranak pun aku tak kisah."
Terlopong mendengarnya. Gila! Raqiel ingat perempuan ni kilang anak ke apa? Macamlah beranak tu semudah buang air besar huhu!
"Kau buat kerja haram ke selama ni Qiel?" Terlepas jua pertanyaan yang berlegar di dalam otak.
Tak menghairankan ke? Puan Sofeya dan Cikgu Zahrin tu setahu Lovely cuma golongan M40, Rakyat marhaen takde pangkat datuk datin pun. How come satu-satunya anak mereka ni tetiba jadi bendahari kayangan? Something's wrong somewhere bukan?
"Samseng-samseng aku pun, aku makan duit halal Love. Aku ada perniagaan sendiri yang mulanya aku warisi dari papa, sebelumnya diuruskan oleh abang aku...Urm..Tak..Maksud aku..."
"Kau punya abang? Bukan kau anak tunggal ke?"
Parah!
Raqiel terus buang wajah serba salahnya. Bibir bawah digigit perlahan.
"Maksud aku abang sepupu."
Lovely angguk. Raqiel hela nafas lega bila lihat Lovely diam, nampak tidak berminat mahu lanjutkan pertanyaan. Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam penthouse mewah Raqiel Amoris, kelihatan Puan Sofeya dan Encik Zahrin sudah menunggu di ruang tamu. Encik Zahrin merendahkan sedikit kepala ketika bola mata mereka bertaut, isyarat menyapa tanpa suara. Lovely mengukir senyum manis. Adakah cikgu Zahrin masih ingat dia? Tertanya-tanya jugak hehe..
Kagum sebenarnya dengan Cikgu Zahrin ni. Dah nampak isteri curang depan mata, namun masih mampu memaafkan dan terima seadanya. Hebat benar cinta lelaki itu pada Puan Sofeya. Alasan yang diberikan benar-benar menyentuh hati. Kata Cikgu Zahrin seperti yang disampaikan oleh Kesha, "Usia dah hampir ke senja, tak elok robohkan mahligai dan jadi contoh buruk untuk anak. Memaafkan lebih baik dari menjunjung ego. Saya juga manusia berdosa. Lebih baik banyakkan beribadah sebelum bertemu dengan Yang Maha Esa."
Harap-harap ianya satu tamparan hebat buat wanita seperti Puan Sofeya. Hairan juga, melihat penampilan dan sikap Cikgu Zahrin, Lovely dapat rasakan yang lelaki itu bukannya jahat dan jenis mengabaikan tanggungjawab. Lalu, mengapa Puan Sofeya tega berbuat khianat di belakang lelaki itu? Entahlah, mungkin saja apa yang diperlihatkan di mata awam hanya sekadar lakonan kan, tiada siapa tahu kecuali mereka berdua, seperti sebuah quote Bahasa Inggeris diterjemah ke Bahasa Melayu berbunyi 'engkau takkan tahu kecuali kau berjalan memakai kasut saya'.
Maksudnya kalau nak jadi penyiasat bawang ranger pergilah pakai kasut salah seorang dari mereka. Kalau takut kena lipat, pandai-pandailah jadi pencuri berhemah, lepas pakai kasi balik kalau niat sejak mula baik..Bukan pura-pura lupa terus diwarisi sampai reput..Ah gitu! Lovely..Kau melalut apa ni?
"Love! Kau dengar tak ni?!"
Ah sudah!
Melalut sampai terlupa realiti huhu. Lovely pandang wajah-wajah di depannya satu persatu dengan bingung. Senyum senget tersungging di wajah. Dorang sedang bercakap tentang apa eh? Belakang tengkuk digosok perlahan.
"My mum tanya bila nak tetapkan tarikh perkahwinan kita.." Raqiel merapatkan wajah lalu berbisik perlahan di telinga.
Mati terus senyum yang terukir. Celaka!
"Kah...Kahwin?"
"Yup, kahwin! You and me.."
"Qiel..Aku..."
"Mummy dan daddy ikut saja, tapi tarikh tu eloklah pilih dan bagitahu awal-awal supaya senang mum and dad apply cuti. Kalau dalam masa terdekat, mum cadangkan elok upah wedding planner je, jemputan tu biar mum and dad uruskan." Puan Sofeya mencelah, buat Lovely tidak jadi menyambung kata.
"Ni kad seorang wedding planner terbaik tau. Korang boleh try usha." Puan Sofeya menghulur sekeping kad pada mereka berdua.
Raqiel mengambil kad tersebut bila lihat Lovely hanya mematung, tidak berkutik langsung!
"Ni pula senarai beberapa butik pengantin terkemuka dan terbaik. Korang boleh pilih mana-mana yang berkenaan. Nanti inform je mum."
Beberapa keping brosur pula dihulur kepada mereka berdua. Seperti tadi, Raqiel juga yang menyambut.
"Qiel..We need to talk." Lovely berbisik perlahan.
Jujur, Lovely sangat terkejut hingga tak terkata. Kalau saja tiada orang tua Raqiel di depan mereka, dah lama dia sekeh mamat di sebelah ni. Tiada angin tiada ribut tiba-tiba nak kahwin dengan dia? Gila ke apa? Ingat dia ni patung?
"Of course." Selamba Raqiel jawab. Serba salah jadinya bila memandang kedua ibubapa Raqiel.
"Not here dumbo.."
"Owh!" Mamat ni tertelan taik kungkang ke apa? Selow mengalahkan siput!
Raqiel bingkas bangun, memberi isyarat melalui ekor mata supaya Lovely mengekorinya. Lovely berdiri, menunduk sedikit depan orang tua Raqiel untuk meminta diri sebelum membuntuti Raqiel. Pintu bilik dibuka dan sebelah tangan Raqiel diayun ke arah bilik, menyuruh Lovely masuk dulu.
Lovely terpaku seketika. Pelik! Dia seperti pernah berada di tempat yang sama, cuma persekitaran yang berbeza. Tak! Bukan di tempat ini, bukan di dalam bilik Raqiel. Peristiwa itu masih segar dalam ingatan! Sebuah tempat lain, cuma tak ingat mana huhu..
"Now...Spill it Love.."
Otak yang sedang giat memikir terus terbantut. Bola mata bertaut.
"Qiel...I warned you before right? Kita boleh terus berkawan, tapi bukan berkahwin. It's not a good idea, you know you'll only hurt yourself.." Takkan pernah bosan dia mengingatkan Raqiel tentang itu, dia tidak mahu terus dibelit rasa bersalah andai itu takdir yang tertulis buat mereka berdua.
"I don't care Love! Either kahwin atau tidak, both are killing me inside.."
Lovely terperangah. Bukankah pernyataan itu sangat mementingkan diri sendiri?
"What about me Qiel? Have you ever wonder how I felt inside? I'm also dying Qiel.."
"Then let me in Love, like you used to do before, count on me, shed your tears on my shoulder. Let me be your everything again Lovely Scarlett!! You know how much I love you..Like hell damn it!!"
Raqiel menjerit di hujung kata, mundar mandir di depan Lovely sebelum menendang meja perhiasan di tepi sofa. Terpelanting dan hancur berkecai! Baguslah gaya, jap lagi lumpuh balik jangan harap dia nak tercongak bersengkang mata di hospital. Lovely paling wajahnya yang dipenuhi rasa jengkel! Bersabarlah Love, kang kau terajang mamat ni jadi cacat balik, kau juga yang susah kan huhu..
"Do you really need to do this?" Masih mampu mengawal nada suara. Cuba berlagak tenang walhal dalam dada dah dipenuhi bara api.
"By hook or by crook, we'll get married!"
"Perkahwinan ni cuma akan buat kita berdua semakin terluka Qiel! Aku masih mencintai Ren, sampai sekarang ni pun, aku masih berharap dia akan kembali.."
"Lovely Scarlett!!! Ren Raizen takkan kembali!!"
"How are you so sure about it?"
Raqiel mengetap rahang. Soalan Lovely seolah mencabar dirinya.
"He never cares Lovely!! He's a selfish brat that only thinks about himself!!!"
No!
Hati kecil membentak. Itu adalah perkara yang sama Lovely fikir tentang seorang Ren Raizen ketika pertama kali bertemu. Namun setelah hidup bersama, Ren Raizen adalah makhluk sesempurna ciptaan Yang Maha Esa. Memiliki sekeping hati brutal yang baik dan penyayang. Raqiel Amoris yang dikuasai dendam tak mungkin nampak semua itu.
"Kau tak kenal siapa sebenarnya Ren Raizen Qiel. Aku minta maaf, aku perlukan masa untuk fikirkan semua ini. Perkahwinan bukan perkara yang boleh dibuat main." Lovely paling badan, mahu pergi dari situ. Buat masa sekarang, meneruskan pertengkaran cuma sia-sia lantaran Raqiel sudah dikuasai amarah.
"Love!!" Jemari Lovely segera dipaut.
"You know what will happen if you refuse right?" Ahh, dah mula dahh..Nak mengugut ler tu!
"Let me go Qiel, I said I'll think about it." Lovely merentap perlahan tangannya lalu berlalu meninggalkan Raqiel yang masih terusan memaku pandangan tajam padanya.
-
-
-
Sudah beberapa hari Lovely mengelak dari bertemu Raqiel Amoris. Henfon yang setiap detik berdering hanya dipandang sepi. Dia berbelah bagi sebenarnya, dia boleh je teruskan rancangan asal..Cuma, percaturan itu terlalu merbahaya! Betul kata Ashraff Kenjiy, mungkin akan ada nyawa melayang kalau diteruskan. Satu lagi, dia tak sanggup memperlekehkan ketulusan cinta Raqiel Amoris. Dia tahu rasa dikhianati..Sejak kecil dia sudah merasakan akibat dari pengkhianatan cinta.
Rasa serba salah melihat kesungguhan Raqiel buat dia tidak mahu teruskan permainan walaupun hati kuat mengatakan hanya dengan cara itu Ren Raizen kemungkinan akan muncul. Tapi kemungkinan yang tidak menjanjikan peratusan yang tinggi, cuma hipotesis tanpa asas yang kukuh..Ianya benar-benar merbahaya! Satu lagi, diri jadi taruhan sebenarnya..Itu yang buat Ashraff Kenjiy tentang habis-habisan.
"Don't be stupid Love..Jauhkan diri dari Raqiel Amoris! Aku sedang follow mamat tu sekarang. Aku tak nak dia libatkan kau pulak seperti sebelum ni.." Amaran keras Kenjiy dipandang sepi.
Bagaimana bisa dilakukan? Lantaran budi, dia terusan terikat dengan Raqiel. Atau saja disebabkan masih ada secebis cinta buat lelaki itu? Dia sendiri bingung sebenarnya, bingung hingga takut untuk memikirkan perkara itu.
"I'm not going to marry him Kenjiy!"
Kenjiy malah tergelak sinis. Kepala tergeleng.
"Really? Then explain this Love!" Kenjiy melempar sekeping kad di atas meja restoran Carl & Stone.
Melotot biji mata Lovely sebaik sahaja melihat kad tersebut. Celaka!! Ini sudah melampau!! Bingkas bangun sambil mengenggam erat kad dalam tangan.
"Now where are you going? Told you Raqiel Amoris is not an ordinary person.."
Tak guna! Mengapa nada suara Kenjiy seakan mengejek dia? Pantas Lovely renung Kenjiy dengan mata serigala jadiannya. Mati terus senyuman Kenjiy. Tau takut!
Penthouse Raqiel dituju dengan perasaan membara. Ketika sampai, daun pintu kelihatan terbuka sedikit. Tercengat sebentar Lovely di muka pintu. Raqiel ada tetamu ke? Nak tunggu ke main terjah je? Daun pintu ditolak perlahan, cukup untuk menjegilkan kepala buat mengintai di dalam.
"Jangan teruskan Qiel! Mengapa buat macam ni? Kalau bukan papa bagitau, sampai kapanpun mummy takkan tahu hal ini! Tolong hentikan kegilaan ni Qiel. Kau boleh cari perempuan lain kan?"
Lovely tersentak, mulut dicekup dengan tapak tangan. Tu suara Puan Sofeya!
"Stay away from this mum!! Kalau bukan disebabkan mummy buat hal, benda macam ni takkan terjadi!! Seharusnya mum pertahankan cinta Qiel masa tu, bukan mengalah pada anak yang mum tinggalkan tu!"
"Qiel!!"
Paap!!!
"Go away mum!!! You're only driving me insane!!"
"I'm your mum Raqiel Amoris!! Mum tahu kesilapan mum, sebab tu mum tidak mahu anak-anak mum mengulangi kesilapan yang sama. Why did you do that?!! He's your brother!!!"
"He took everything from me!! He's not my brother!!!"
"He saved you dammit!!! Ren dermakan tulang sum sum untuk selamatkan kau Qiel!! Tolong hentikan kegilaan ini, Lovely dah kahwin dengan Ren. Papa sendiri tunjuk surat perkahwinan mereka sayang..Please stop hurting each other. Kau boleh cari perempuan lain sayang, if you need help, I'm always here..Don't do this..."
"They're divorced!! It's not wrong to marry her now!"
"How could that possibly happen if Ren is missing? Don't tell me it's your doing Qiel!"
Prangg!!
Pergaduhan dua beranak itu terhenti serta merta bila kedengaran bunyi benda jatuh dari arah pintu..Mereka berdua berbalas pandangan buat seketika sebelum bergegas menuju ke arah pintu.
"Lovee!!!" Terjerit Raqiel melihat Lovely sedang duduk berteleku memeluk lutut. Di belakangnya, sebuah pasu perhiasan yang asalnya terletak di tepi dinding pecah berkecai.
Raqiel meluru menghampiri bila lihat darah menitik keluar dari jemari Lovely.
"What happened Love?" Wajah Raqiel diserbu panik. Pantas ditangkap jemari Lovely lalu diteliti buat seketika.
"Tak sengaja, jatuh terlanggar pasu. Maaf, nanti aku ganti balik pasu yang pecah tu."
"It's okay..Let's treat your wound first.." Raqiel menarik Lovely untuk bangun.
"Ren Raizen....Your brother...Where's he Qiel?"
Luluhnya sekeping hati...Saat-saat macam ni, nama lelaki itu juga yang disebut-sebut, lelaki itu juga yang dicari-cari...Raqiel menarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkan diri... Apakah benar dia langsung tidak bererti di mata seorang Lovely Scarlett?
Happy Independence Day to all muahh
Share this novel
Kan..Saling berebut x fikir prsn Love langsung huhu
xguna betul dua ketul beradik ni sian love cintanya diperlekehkan ...