“Lovely Scarlett!!!”
Mata terkuak luas, terpinga-pinga memerhati sekeliling. Kemudian, bola mata tertancap pada wajah cantik yang terpampang begitu hampir dengan wajah dia, mata merah basah. Wajah juga sudah basah dek air mata!
“How dare you!!!” Masih bingung, hanya mampu terkebil-kebil bila gadis di depan menggoncang-goncang bahu sambil terpekik seperti orang kesurupan, mengerikan!
“Why did you do that Love?! You scared me out of my wits!!” Badan terusan digoncang.
Sambil badan ikut bergerak ke depan dan ke belakang akibat goncangan kuat tersebut, otak dikerah sepenuhnya untuk ingat semula apa yang telah terjadi sebenarnya hingga gadis di depannya dah macam hilang akal terpekik-pekik.
“Lovely Scarlett!” Jemari Kesha naik lalu dikipas-kipas di depan wajah Lovely.
“Kau tak ingat?”
Lovely geleng. Otak lembab kerana masih dalam keadaan mamai.
“Kau terjun dari jambatan. Nasib baik bot polis penyelamat berada tidak jauh dari tempat kau jatuh.”
Separuh badan terus bangun menegak. Memori ingatan peristiwa itu terus menerpa, menyentakkan jiwa yang masih ikut mamai.
“Ren Raizen!!” Sebaris nama itu lancar meniti dari bibir beserta bola mata yang mulai merah berkaca-kaca.
Kesha mengeluh perlahan. Anak mata Lovely direnung sayu.
“Jangan macam ni Love, sakit hati aku bila lihat kau macam ni tau. Kau kena kuat..Terima apa yang telah tertulis dengan reda. Kau tidak berseorangan, aku..Stone dan Karl akan sentiasa ada di sisi kau Love..”
Lovely tunduk merenung jemari yang digenggam erat oleh Kesha. Air mata berjuraian jatuh tak tertahankan. Sungguh, mana mungkin dia bisa menerima semuanya secara tiba-tiba? Dia cuma manusia biasa.
“Ren..Masih belum dijumpai?” Sayu suara terlontar.
“Dah tiga hari Love..Kedua-dua mereka masih belum dijumpai. Aku tidak bermaksud mahu meranapkan harapan kau, aku juga sangat berharap yang mereka selamat. Tapi.. Kemungkinan itu tetap ada Love, kau kena bersedia untuk jadi lebih kuat menerima berita terburuk.”
Esakan pilu mulai kedengaran. Air mata dibiarkan membasahi wajah. Apa lagi yang mampu dia lakukan? Haruskah dia menerima semua yang berlaku dengan hati lapang dan meneruskan hidup seperti biasa seolah-seolah semuanya baik-baik saja?
Mampukah dia lakukan?
Ren Raizen!! Sampai hati kau pergi begitu sahaja..Kau janji nak bawa aku ke tempat yang kau katakan sangat cantik itu bukan? Kenapa pergi tanpa tunaikan janji kau duhai Ren?!
Banyak lagi janji-janji kau yang belum tertunai Ren..Baliklah sayang..Aku akan menunggumu dan pasti tetap akan memaafkan..
Hati terusan merintih, menjerit-jerit menyeru sebaris nama yang sangat dia rindui. Mengapa takdir begitu kejam?
“Kesh…” Air mata diseka perlahan, hanya mampu mengeringkan pipi sebentar, air mata yang tak henti merembes keluar dari salur air mata kembali membasahi pipi.
Perlahan, badan dibaringkan semula. Badan terlalu lesu dirasakan.
“Aku letih..Aku…Aku tak nak hidup lagi Kesh. Mengapa aku diselamatkan? Apalah ertinya hidup tanpa Ren? Percuma aku di sini..”
“Ya Allah…Sabar Love, bawalah mengucap banyak-banyak..Hidup dan mati semua ketentuan-Nya..Jangan mengeluh tapi sentiasalah bersyukur dalam apapun kesulitan, itu tanda Allah sayangkan kita Love.”
Lovely memaling badan, membelakangi Kesha. Selimut ditarik hingga ke paras kepala, menutup seluruh wajah. Tidak lama kemudian, esakan halus mulai kedengaran, hingga terenjut-enjut bahu.
“Aku..Tak mengeluh Kesh. Aku cuma… Terlalu cinta hingga tak sanggup…Tak rela….Tak siap untuk sebuah kehilangan kekal..”
“Love…” Kesha akhirnya turut tewas, meluru memeluk tubuh Lovely yang sedang terbaring bersama tangisan yang meletus tak mampu lagi ditahan-tahankan.
“Maafkan aku Love…Kata-kata aku kedengaran begitu mendesak kan? Maaf…Take your time sweetheart, this shall pass too..”
“Mengapa aku asyik kehilangan orang yang aku sayang Kesh? Satu persatu pergi dari aku secara tiba-tiba..Tanpa pamitan..Tanpa titipan kata.. Bagaimana aku bisa melepaskan Kesh? Ianya terlalu menyakitkan..”
Tangisan Lovely semakin kuat kedengaran, saling berbalas dengan tangisan Kesha.
“Janji Kesh! Aku masih ingat janji-janji yang pernah aku katakan, juga janji yang pernah mereka lafazkan namun tak sempat tertunai lantaran permainan takdir yang begitu kejam. Aku masih mahu memeluk tubuh ibu, merasai kehangatan pelukan dan belaian ibu Kesh..Aku tak sempat melihat ibu pergi, tak sempat menghantar ibu pergi..Aku benar-benar terkilan, sampai sekarang masih berbekas parut itu..” Kesha mengeratkan pelukan, sendu sedan bersatu dengan Lovely.
“I know Love..”
“Ren Raizen hadir seperti ribut taufan, menghancurkan aku dengan lebih parah, anehnya..Luka di hati perlahan terubat dengan cara Ren yang luar biasa, kehangatan dalam kebengisan Ren berjaya buat jiwa aku pulih semula, sampai satu titik di mana kekosongan yang ditinggalkan oleh ibu disi sepenuhnya oleh Ren. Aku benar-benar bahagia..Bahagia walaupun cara kami berbeza dengan yang lain.”
Hati tersayat-sayat mendengar luahan sayu Lovely. Sesungguhnya Kesha sendiri tidak tahu bagaimana cara terbaik untuk memujuk, hanya pelukan hangat dan saling berbalas tangisan..Yang akhirnya lama-kelamaan ternyata raungan Kesha lebih kuat berbanding Lovely.
“Setelah bahagia itu hampir jadi milik aku…Setelah berjuang bermati-matian demi mendapatkan cinta Ren Raizen.. Nyata takdir masih tidak memihak! Aku….Tersungkur sekali lagi Kesha.. Dan lebih malang..Ianya sebuah perpisahan abadi…Sekarang, apa harus aku buat Kesh? Bagaimana harus aku pujuk hati? Ianya….Terlalu menyakitkan..Aku lebih rela nyawa hilang dari jasad berbanding kehilangan Ren Raizen..”
“Love…Huwaaa..Tolonglah berhenti.. Aku dah tak mampu kawal perasaan, aku sedih sangat..” Tangisan Kesha sudah berubah rentaknya, lebih kepada meraung kini. Dia pula yang melebih!
Lovely menutup mata, hati dan fikiran semakin terasa kosong tanpa secalit pun rasa. Badan tak berkalih walaupun dipeluk erat oleh Kesha. Hanya bahu tersengguk-sengguk kerana masih menangis.
Kesha membenamkan wajah di belakang tengkuk Lovely. Hanya itu yang mampu dibuat, memberi sokongan moral serta kekuatan pada sahabat yang disayangi sepenuh hati. Menyusun ayat menjadi sebuah gurindam jiwa dia memang tak pandai, tambah buat orang stress adalah..
Hati mulai menjadi tenang sedikit apabila seketika kemudian, suara tangisan halus Lovely sudah tidak kedengaran. Kasihan Love, kepenatan agaknya..Akhirnya tertidur dalam tangisan.
TOK! TOK!
Bunyi ketukan halus pada daun pintu membuatkan bola mata Kesha mencerlung geram ke arah pintu. Bertuah betul, time-time macam ni lah datang, hishh!!
Perlahan, Kesha bangun dan turun dari katil. Belumpun beberapa langkah dibuka menuju ke arah pintu, daun pintu terkuak perlahan dari luar.
“Stone!” Mengherdik terus dengan suara tertahan-tahan, tidak mahu menganggu Lovely yang baru sahaja tertidur.
Pantas lengan Stone direnggut lalu dibawa keluar dari bilik tersebut.
“Maaf Stone, aku tak nak kau ganggu Lovely. Dia baru je tertidur tadi. Nampaknya dia masih tak stabil lagi. Pehal kau datang ni?”
“Aku dah tahu siapa dalang di sebalik pembunuhan Ren, cik!’
Terus tercelik luas bola mata Kesha. Direnung kurang sabar pada Stone, menunggu lelaki itu menghabiskan kata-kata.
“Aku dah hantar beberapa orang untuk mengepung tempat persembunyian mereka. Nampaknya mereka mahu melarikan diri ke luar negara!”
“Siapa mereka Stone? Mafia ke?”
“Nak tahu? Jom ikut aku!” Kesha mengancing gigi geraham, sebal pula dengan perangai Stone mahu dia beteka teki bagai!
Namun ketika Stone mula buka langkah besar-besar, Kesha buru-buru mengejar, tak mahu juga dia ketinggalan!
* * * * * *
PANGG!!
Berdentum seperti guruh di langit bunyi hempasan daun pintu akibat ditolak dengan sepenuh tenaga. Sekujur tubuh meluru masuk dengan wajah terpampang masam mencuka.
“Arghhh!!!! Setann!!!” Habis semua benda-benda berdekatan disepak terajang.
Persetan dengan barang-barang yang satupun bukan miliknya melainkan milik hotel murah yang sejak dua minggu lalu jadi tempat tinggal sementara dia.
Kemarahan yang sudah sampai atas kepala harus dibebaskan! Kalau tidak boleh jadi gila!! Semuanya berantakan! Plan yang dirancang dengan teliti berminggu-minggu lamanya hampir musnah sekelip mata, semua kerana perempuan celaka bernama Lovely Scarlett..Arghh!!
“Yang kau terjerit-jerit macam orang hilang akal ni kenapa? Barang semua dah siap packing ke? Kalau dah siap kita gerak, kang terlepas flight mengemis kita tepi lorong! Kita dah tak punya sesen pun, habis semua tergadai gara-gara orang tua tak guna tu!! Entah bila nak mampus!” Seseorang muncul sambil menarik bagasi besar!
“ Aku tak puas hati betul, perempuan tak guna tu asyik rosakkan plan aku!!’
“Dahh! Kau dah bunuh lelaki yang selalu melindungi perempuan tu kan? Lepas ni pasti Scarlett lebih menderita dari kita, dia cuma sebatang kara..Pasti tak lama lagi hidupnya pasti merempat mengharapkan ehsan lelaki kaya, sama seperti ibu dia tu!”
Menggertap gigi setiap kali teringat Lovely Scarlett. Apa perempuan itu ingat kebahagiaan akan bergolek datang selepas menyebabkan keluarga mereka berantakan dan dia kini kehilangan segala-galanya?
Takkan mungkin dia biarkan! Kalau dia sudah tidak bisa mengecapi semua itu, dia akan pastikan perempuan itu juga mengalami nasib yang sama!
Sangkanya mudah menawan lelaki yang bernama Ren Raizen, dia ingatkan Ren seperti lelaki yang sentiasa menaburkan wang dengan syarat tubuh diserahkan pada manusia-manusia gersang yang tidak pernah puas bertuankan nafsu.
Nyata dia silap! Lelaki itu tak pandang dia walau sebelah matapun! Lelaki itu benar-benar membuatkan dia sangat terdesak! Mujur hasil perahan otak dia dan ibu, akhirnya lelaki itu berjaya ditewaskan! Kalau contohnya Ren Raizen selamat dalam laut tu, tak mungkinlah Ren akan kembali semula di sisi Scarlett. Dia yakin itu!
Semua sudah dirancang dengan teliti. Dia tak mungkin akan tertangkap, malahan semua akibat dari yang dilakukan bakal terpikul di bahu Lovely Scarlett. Senyum jahat terukir di wajah.
“Betul juga..Teringin nak tengok perempuan tak sedar diri tu merayu-rayu di tepi lorong hahaha..Sayangnya, kita harus bersembunyi..”
“Eya sayang! Now let’s move, kalau lambat putih mata, silap-silap kita yang merempat!’
Hampir serentak langkah kaki diatur laju menuju ke pintu.
“At least tolonglah bawa barang-barang yang lain ni, bagasi besar ni penuh barang-barang kau je tau, tak termasuk lagi beg-beg tu hah!!’
Mulut mulai bising bila jenuh membawa semua barang-barang mereka seorang diri. Tercebik tinggi bibir melihat lagak figura yang mendahului di depan, berlenggang penuh bergaya mengalahkan puteri, masih bermimpi hidup di istana kayangan agaknya..Padahal hidup mereka boleh disamakan seperti pengemis sekarang, cuma saja tubuh dijadikan galang ganti pemuas nafsu demi sesuap nasi.
“Bawa jelaa, bukan susah pun… Ish, tu pun nak bising ke?” menggertap rahang menahan marah melihat tingkah laku penuh berlagak itu.
Sedang melenggang menuju ke lobi, tiba-tiba beberapa orang lelaki bertubuh tegap sasa menghampiri lalu merenggut pergelangan tangan kedua-dua mereka.
“Hey!! Apa ni?!!’
Alangkah terkejutnya mereka bila lelaki-lelaki itu mengerumuni mereka berdua lalu mengacu pistol. Mahu melarikan diri, sudah tiada jalan kerana terkepung.
“Korang siapa hah? Berundur sekarang sebelum aku jerit!!” Dengan keberanian yang tersisa, ugutan terlepas dari bibir.
Ugutan disambut dengan tawa sinis penuh mengejek dari lelaki -lelaki berwajah bengis itu.
“Try then and let my bullet crushes your little brain!” Tertelan air liur!
“Now, stop playing the victim and follow me quietly..” Berlanggar terus tempurung lutut mendengar arahan bengis tersebut.
Merasa muncung pistol menusuk tulang rusuk, mulut terus terkunci rapat. Kaki automatik dibuka untuk menurut arahan yang diberi.
Hanya berselang 5 minit, sejurus selepas lelaki-lelaki bersenjata itu membawa dua tawanan mereka pergi, Kesha dan Stone masuk ke lobi dalam keadaan tergesa-gesa.
Stone mendahului, diikuti Kesha di belakang.
“What do you mean they’re gone?!” Stone mengherdik dengn suara keras, wajah terpamer riak terkejut, hampir tak percaya apa yang baru sahaja didengar.
“Maaf tuan, ketika kami sampai tadi, bilik itu sudah kosong. Mungkin mereka bergerak awal kerana tiada tanda-tanda bilik tersebut dicerobohi.”
“Arahkan beberapa orang yang paling tangkas untuk ke airport! Pastikan mereka berdua tidak terlepas..Cepat sikit!!”
“Baik tuan!”
Stone dan Kesha berbalas pandang buat seketika. Masing-masing sedang berteka teki. Kesha yang masih mencari siapa pembunuh Ren Raizen dan Stone yang dipagut curiga tentang dua manusia keji yang berjaya meloloskan diri dari orang-orangnya.
Siapakah yang tampil merosakkan segala perancangan yang telah dibuat dengan penuh teliti? Dek kerana curiga, Stone terus melangkah menuju ke bahagian keselamatan, meminta kebenaran untuk melihat cctv lobi hotel.
Di sebuah bilik bawah tanah..
“Lepaskan aku!!! Kenapa korang ikat aku? Kenapa buat aku macam ni hah?! Apa salah aku pada korang? Lepaskan aku setan!!!” Terpekik-pekik sambil meronta sekuat hati, cuba melepaskan diri dari lilitan rantai besi sebesar kayu golf di badan, tangan dan kaki.
Kepala dipusing ke sisi, merenung wanita separuh usia yang juga dalam keadaan sama seperti dia, sedang menangis teresak-esak kerana ketakutan.
“Korang siapa hah?!! Lebih baik korang lepaskan aku! Kalau tak, aku akan pastikan kau orang mereput di dalam penjara!! Lepaskan aku cepat!!”
Gelakan sinis bergema memenuhi kawasan sempit itu. Hanya terhenti bila bunyi engsel pintu berkeriuk kedengaran, memberi rasa nyeri dan ngilu hingga sampai ke ubun-ubun.
Satu sosok menarik, tinggi dan berbadan sasa menghampiri dua manusia yang sedang dirantai itu.
“Ho..Hogan?”
Jejaka berwajah segak itu melemparkan sebuah senyum sumbing yang sinis.
“Ahh..Of course you’d remembered me, after I threw you away, you went to my papa. Sold your body for his card, weren’t you?”
Gadis yang masih dibelit rantai besi itu meludah di atas lantai. Bola mata mencerlung.
“So..Ini semua kerja kau?!!”
Hogan tergelak sinis, sengaja dikuatkan suara namun wajah terpampang kebengisan.
“Kau ingat kau mampu tipu semua orang dengan menyamar menjadi Lovely Scarlett ke Belinda? Kasihan, cuma orang bodoh macam kau je yang percaya! Kau nak buat onar pun pakailah otak sikit. Nak bunuh orang tapi guna kereta yang didaftarkan atas nama syarikat Dato Mokhtar yang dah muflis.. Itu cari nahas namanya! Asal bengap sangat?” Hogan siap terkekek mengejek, tak sangka gadis yang belajar sampai ke U di depannya itu begitu cetek pemikiran.
“Kau dah jentik seseorang yang tak sepatutnya kau jentik Belinda! Kau tahu apa hukumnya? Darah dibayar darah, nyawa dibayar nyawa..Cash, no hutang-hutang!”
Belinda balas dengan ketawa mengilai-ngilai.
“Oh..Sekarang kau nak jadi tali barut orang yang dah matilah kan? Tsk..tsk..Hogan Hogan… Aku nak tawarkan sesuatu yang kau pasti suka..Come closer darling..” Jati telunjuk digerak-gerak, sebagai isyarat menyuruh Hogan mendekat.
Hogan menjongket sebelah kening, namun badan ditarik merapat seperti yang dipinta.
“Help me run away, Hogan.. And I promise, I’ll be yours forever..”
Terletus ketawa mengejek dari bibir Hogan. Kepala tergeleng.
“Belinda..Belinda.. Kau memang perempuan tak sedar diri kan? Let me tell you something, aku masuk kampus dengan tujuan tertentu.. I’m Scarlett’s guardian angel..sort of! Aku ditugaskan untuk jaga keselamatan Scarlett dari musuh Putra aka Ren Raizen..Do you know who’s he? Dia pewaris tunggal Darco Megah Holdings, syarikat terbesar di negara dan punya cawangan di serata dunia. Satu lagi, dia adalah Putra.. Leader The Black Sapphire, sebuah kumpulan mafia yang sangat terkenal dan digeruni, malangnya kini telah dibubarkan.” Hogan berhenti sekejap lalu memaku pandangan keras ke arah Belinda.
“Sekarang dah dapat sedikit gambaran mengenai siapa yang dah kau kacau?”
Wajah Belinda bertukar jadi seperti mayat hidup, seolah tiada setitik darahpun di dalam badan. Tubuh menggigil kuat, bola mata merah dan berkaca-kaca.
“T..Tolong aku..Hogan!!” Tangisan mulai kedengaran, semakin lama tangisan bertukar menjadi lolongan, bila tubuh ditarik kasar menuju ke pintu.
“Tolong aku Hogan!! Jangan!! Korang nak bawa aku ke mana? Tolong jangan apa-apakan aku!!” Malangnya jeritlah sampai tersembul keluar anak tekak sekalipun, tidak akan ada yang peduli.
“Mereka nak bawa kita ke mana Bel? Mum takut!!”
Belinda menjeling wanita di sebelah sambil pamer wajah meluat.
“Mummy asyik bising je dari awal tapi tak reti nak buat apa-apa!! Fikirlah, bukan asyik nak harapkan aku je!” Rasa marah yang membuak-buak dilepaskan pada wanita di sebelah.
Belinda memandang ke luar jendela kereta. Hanya kelam pekat malam mampu dilihat. Dia sendiri tidak tahu ke mana arah tujuan mereka dibawa.
Kereta berhenti tiba-tiba. Belinda dan ibunya saling bertatapan. Ada cuak, ada bingung..Dan yang paling jelas..Riak ketakutan!
“Keluar!!” Badan diheret dengan kasar keluar dari perut kereta.
Sebaik sahaja melihat persekitaran, tempurung lutut seakan terlepas. Menggeletar hingga hampir tidak mampu berdiri tegak.
Sebuah kereta sport limited edition berwarna merah berhenti berhampiran membuatkan semua mata yang ada di situ menoleh, seolah kereta itu punya kuasa magnet. Semua mata terus melekat di bahagian pemandu, menanti pemilik kenderaan tersebut keluar memperlihatkan wajah.
Belinda langsung menarik nafas berat sebaik sahaja sepasang kaki terlunjur keluar dari tempat pemandu. Sekujur tubuh sasa tercanak seketika, memerhati keadaan sekeliling sebelum mula mengatur langkah menghampiri.
“Kau pasti ingat tempat ini kan?” Sinis nada suara terlontar.
Belinda menelan air liur yang terasa begitu pahit menyusur lorong leher. Seketika, bola mata meliar sebelum terhenti pada tembok pecah yang masih belum dibaiki. Badannya diheret menghampiri kawasan tersebut. Jeritan ketakutan ibu di sebelah membuat badan semakin teruk menggigil. Dapat diagak apa kesudahan kisah mereka anak beranak.
Penuh ketakutan, wajah tampan di hadapan direnung, mengharap secebis belas kasihan buat diri.
“Please..Jangan bunuh aku..Aku silap kerana bertindak terburu-buru tanpa menyiasat siapa Ren Raizen..Maafkan aku huh? Aku buat silap, beri aku peluang kedua..Please, spare me..”
“Kata maaf takkan mampu memutar kembali masa Belinda! Kau akan membayar cash semua perbuatan kau pada Love dan Putra!”
Belinda yang sudah separuh mati ketakutan melolong sekuat hati, terus berlutut di depan lelaki itu sambil merayu-rayu.
“Jauhkan tangan jijik kau dari aku!!” Terjelepok sekujur tubuh Belinda bila ditendang kasar oleh lelaki itu.
“Hogan!! Please forgive me…”
Belinda bingkas bangun, lalu cuba mengejar Hogan yang sudah berpaling ke belakang, seolah mahu memberi arahan pada lelaki-lelaki yang ada di situ.
“Hogan!!”
Jeritan semakin nyaring bila badan Belinda dan ibunya diheret hingga hujung tepi jambatan yang pecah.
“Tolongg!!”
Hogan menghampiri sambil mengukir senyum sinis. Raungan Belinda tiba-tiba terhenti. Mata tertancap pada satu figura yang tiba-tiba muncul di belakang Hogan. Hampir melotot biji mata!
“K…Kau?!!”
“Just die ugly!!” Hanya hujung jari telunjuk digunakan untuk menolak Belinda! Nampak sungguh bertapa jijiknya lelaki itu mahu menyentuh tubuh Belinda.
“Arghhhhh!!!!” Lama-kelamaan jeritan nyaring itu tidak kedengaran lagi. Hanya bunyi percikan air sayup-sayup kedengaran.
“Tisu!!” Kotak tisu pantas dihulur depan wajah. Jemari menarik laju beberapa helai tisu, mengelap kasar tangan lalu dibuang dan dipijak-pijak tisu tersebut.
“Let’s go!!”
Sekelip mata, suasana kembali sunyi, seolah tiada apa berlaku sebentar tadi!
Share this novel