17 Enchanted

Crime Completed 131702

"We need to talk Ren Raizen!"

"Sure!" Ren undur setapak ke belakang lalu menyungging senyum simpul. Bibir yang masih lembab disentuh perlahan, wajah terpamer kepuasan tak terhingga!

Huh!! Tak reti sembunyi langsung ah mamat ni, dahlah main paksa kiss orang, dia boleh belasah bibir Lovely dengan ekstrem di khalayak ramai tanpa rasa malu, tak guna betul!

Wajah Lovely sudah merah seperti udang galah, rasa macam sedang dipanggang..Panas!

Pintu kereta Ren buka luas-luas lalu didepa sebelah tangan, menyuruh Lovely masuk ke dalam. Kereta dipandu dengan kelajuan sederhana. Ren kerling Lovely, rasa hairan menerpa bila lihat wajah masam di sebelah. Takkan marah? Kalau marah, kenapa dibalas ciuman tadi huh? Perempuan..!!

"Why did you touch her? I warned you, didn't I?"

Aah...Pasal tu rupanya! Ren gosok belakang tengkuk dengan sebelah tangan manakala sebelah lagi kekal pegang stereng kereta.

"Aku cuma tolong.."

"Tolong? Perlukah sampai peluk-peluk?"

Seriously? Bila masa?!!

"I didn't!" Cuba pertahankan diri dari tuduhan tak berasas..Terpeluk okay, bukan memeluk huhu..

"I cleary said...No touching Ren Raizen!"

"So, aku kena buat tak tahu?"

"Yes you should!"

"Even it's your best friend?"

Terdiam!

Ren Raizen memang jahat tau, asyik kenakan Lovely!

"Aku takde niat lain Love..Just helping.."

Ya, tolonglah sangat! Tapi wajah tu tak mampu menipu Ren Raizen..terserlah kebuayaan kau ketika Belinda cuba menggoda, ishh!! Geram tau!!

Lovely ketap bibir bawah, menahan rasa sakit di hati...Cemburu perempuan ni jangan dibuat main you, boleh meletus perang dunia ketiga! Lovely paling wajah dan memilih untuk lihat cermin gelap di sisi..Lelaki di sebelah memang sejenis kayu beruti, keras takde feel langsung!

Ren kerling beberapa kali, hilang kosa kata bila lihat Lovely berpaling membelakanginya. Dia harus buat apa? Hishhh...Payah!! Otak mulai diperah bersungguh-sungguh. Suasana jadi sunyi sepi, hanya deruan enjin kedengaran..

Setelah beberapa ketika, baru Lovely menoleh ke arah Ren Raizen namun bibir masih terkunci rapat. Tu pun disebabkan jalan yang dilalui itu bukan menuju ke rumah agam. Lovely sengaja membeliakkan bola mata bila pandangan mereka bertaut, nak bagi amaran ler tu hahaha..

Ren lempar sebuah killer smile dengan harapan hati yang membengkak terpujuk, malangnya Lovely buang muka, siap muncung sedepa bibir huhu..Harus bagaimana lagi?!! Arghhh!! Perempuan memang menyebalkan!! Geram, Ren pecut kereta, mungkin cara itu dapat menenangkan perasaan yang bergelodak!

Lovely tetap diam tak berkutik. Jantan sebelah ni memang dasar kayu beruti, mujur dia pakai safety belt. Kalau tidak, memang sia-sia wajah mencium cermin depan! Tiba-tiba Ren menghentikan kereta di bahu jalan, mematikan enjin lalu memusing badan menghadap Lovely. Wajah sudah mulai tegang. Now siapa yang buat salah sebenarnya? Celaka punya Ren Raizen, dia buat macam Lovely yang bersalah pula sekarang ya?

"Now what should I do Love? You want me to kill her huh? Tell me!" Amboi..Suara juga sudah naik bukan lagi seoktaf, beroktaf-oktaf!!

Dasar mafia!! Hanya tahu mencabut nyawa!

Malas melayan plus merajuk ditengking, Lovely meluru keluar lalu menghempas pintu sekuat hati.

"Damn it!!!!" Ren menjerit sambil menghentak stereng.

Bagus gaya, hancurkan je kereta mahal tu! Kutuk Lovely dalam hati. Meneruskan langkah dengan hati sebal. Entahlah Ren sengaja atau memang kebetulan, mereka berada di bahu jalan di tepi sebuah pantai..Orang kata, pantai mampu memberi ketenangan pada hati yang gundah gulana..Let's see!!

Lovely menyusur tepi pantai. Pandai pula curi-curi menoleh ke belakang, kot-kot Ren mengekori di belakang seperti hari tu, malangnya tiada huhu..Celaka benar mamat ni, dasar konkrit tak reti nak memujuk! Kereta masih terparkir, tak reti nak keluar dan pujuk orang merajuk ke mafia sorang tu..Arghh, benci!! Jalan siap hentak-hentak kaki, nak tunjuk tantrum ler tu!

Langkah terhenti bila nun jauh di depan, satu figura yang sangat dikenali sedang duduk di tepi pantai, atas sebuah benteng yang diperbuat daripada batu-batu besar yang disusun kemas, berfungsi untuk mengelak air laut melimpah ke kawasan darat ketika air pasang.

Lovely Scarlet tercengang. Mulut separuh terbuka kerana terkejut bukan kepalang. Ma... Macamana mamat tu boleh berada di situ hah?!! Terbang? Ehh...Betul bikin hairan tau, so magical!!! Semakin menghampiri, semakin lain debaran di hati..eh, pehal dag dig dug lain macam ni? Lovely gosok perlahan dada, cuba tenangkan diri.

Ren Raizen melompat turun dari batu bila Lovely berjarak hanya beberapa meter darinya. Selamba Ren menghampiri, kedua belah tangan berada dalam kocek seluar. Seperti biasa, wajah terselindung di sebalik hood yang dipakai. Ren Raizen berdiri betul-betul di hadapan Lovely, menghalang kaki dari terus diorak. Pandangan bertaut buat seketika.

"Cornetto?"

Seriously?!! Lovely tenung aiskrim kon yang Ren hulur depan wajah. Kening terbengkok hingga hampir bertaut.

"Strawberry huh?" Sinis, namun dalam hati berterbangan rama-rama..

"Nope..Rose inside, for you..Rose suits you.."

Ehh..Senyum simpul, tersipu-sipulah pulak.. Malu!! Lemah ah Lovely Scarlett..Tewas hanya dengan diberi rasuah sebiji Cornetto bunga ros! Melihat senyum di wajah Lovely, Ren turut tersenyum manis. Pembalut aiskrim dibuka lalu dihulur pada Lovely. Pantas je Lovely sambar. Manusia spesis Ren Raizen ni bukan ada feel, kau nak maintain dengan rajuk tak sudah kempunan aiskrimlah jawabnya..Kalau bukan Ren buang pasti dingap sorang-sorang.

Senyuman makin lebar di wajah tampan Ren bila lihat Lovely makan penuh nikmat, siap tutup mata menghayati kesedapan aiskrim itu. Ren seluk sebelah poket, Cornetto perisa vanilla untuk dia. Lovely kerling pantas. Jemari yang tengah membuka pembalut terhenti.

"Pasal apa kau punya lain?"

Eh..Tu pun nak jadi isu ke? Ren kerut dahi.

"Perisa pun nak sama ke?" Balas Ren sebal.

"Nope! You should choose black chocolate.. Putih tak sesuai untuk kau, tu bahagian orang kudus, hitam paling sesuai!"

Amboi, mulut tu!! Cium kang!!

Jengkel, Ren balun separuh aiskrim di tangan! Moga surut bengkak di hati..

"Macamana kau buat? Tiba-tiba boleh ada dekat sini?" Sambil bertanya dengan mulut berisi aiskrim, Lovely mulai melangkah semula.

Ren tarik bahu Lovely mendekat hingga bahu mereka bersentuhan. Sebelah tangan Ren melingkar di bahu Lovely.

"Aku tumpang motor kawan.."

Ah, ingat terbang! Segalanya tak mustahil untuk seorang Ren Raizen. Lovely tarik nafas. Berjalan beriringan dengan begitu rapat sambil makan aiskrim, lain macam feel dia tau..Bahaya betul penangan Ren Raizen!

"What makes you wanted to do that Ren? Datang sendiri ke kampus dan bagitahu hubungan kita. Sebelum ni kau mati-mati mahu merahsiakannya bukan?"

"To help you, that's all.."

"Did I ask you to do that?"

Ren menghentikan langkah lalu menghela nafas panjang.

"Kau mahu sangat habiskan pengajian kau bukan? Aku cuma tolong apa yang patut."

"Nak tolong, tak perlu over sangat sampai kiss aku depan semua pelajar bukan?"

Isu tu lagi!

Ren meraup wajah lalu memusingkan badan Lovely menghadapnya.

"That's because you were so full of jealousy Love..Aku tak nak kau salah faham dengan tindakan aku.."

Celaka!! Ren kata apa? Dia jeles?

"Aku tak jeles!!"

Terus meletus tawa kecil dari bibir Ren. Double celaka!! Berombak dada menahan geram.

"Sure?!" Sengaja mencabar!!

"100 percents!! Aku cuma marah sebab kau tak endah langsung pada syarat aku! Aku jeles pada minah gedik tu? NO WAY Ren Raizen!! Aku punya standard tau tak?!!" Kedua belah pipi mulai bertompok warna merah jambu, kembang kempis lubang hidung menahan marah..

Eiii cute!! Ren sembunyikan senyum. Bibir bawah digigit dengan penuh geram. Mati-mati menafi tapi wajah tak reti nak cover.. Perempuan memang macam tu eh?

"Okay, understood!"

Triple celaka!! Dia boleh matikan kata-kata Lovely macam tu je?!! Makin marak bola mata Lovely jadinya.

"Understood apanya? Bahawa aku tak cemburu kan? Semat dalam diri kau yang aku bukan cemburu faham? Siapapun akan marah bila peraturan yang ditetapkan dilanggar. Kalau di rumah, pasti dah kena rembat. Sekolah kompom kena tindakan disipin! Dalam masyarakat langgar peraturan masuk penjara! That's how it works Ren Raizen!"

Erm...Tu dia hujah helah bela diri bakal peguam. Telan jela Ren Raizen!

"Okay.."

Arghhh!!! Tu je?!! Ren Raizen memang menyebalkan!!

"Okay?!! Kau patut didenda kerana langgar peraturan yang aku tetapkan Ren Raizen!!" Dah mulai menempelak!

Ren tenung Lovely dengan riak wajah selamba.

"Ok then, spill it.." Masih maintain tenang di posisi..

Lovely melakar senyum sinis, ada bau-bau penjahat pada sekuntum senyum tersebut. Mulut Ren sedikit terbuka bila sedar kelicikan Lovely. Takpe, dia sudah bersedia menangkis, semakin mengenali gadis di depannya itu, semakin tahu titik kelemahan gadis itu.

Terkesima bila Lovely menarik keluar henfon dari dalam beg sandangnya. Ren pandang penuh curiga.

"Ren Raizen..Let's take a wefie!"

Melopong terus mulut Ren Raizen! Hampir je Ren jatuh tertonggeng. Langsung undur diri, meluaskan jarak antara mereka berdua. Lovely tenung Ren dengan mata serigala.

"REN RAIZEN!!!"

"NO WAY!! No one is allowed to take my picture, no one Love!!"

Ah sudah!!

Lovely ukir senyum misteri sambil merapatkan wajah. Ren mulai salah tingkah, sh*t! Dada berombak kencang bila hembusan nafas hangat Lovely terasa di kulit pipi...Arghh! Macam nak terkam je, sekarang juga urgh!! Ren ketap bibir, menahan diri!

"I'm the only exception.."

Double sh*t!

Lovely bisik lembut di telinga, dengan sengaja menggesel bibir hangatnya di cuping telinga Ren. Kau rasa? Ren telan sedas air liur, buku lima tergenggam erat.

"Says who?" Mujur masih mampu membalas, jangan koyak depan minah licik ni wahai Ren Raizen!

Sengaja Lovely ketawa gedik di telinga Ren. Adehh!! Betul-betul mencabar huhu..

"Don't care..You're mine Ren Raizen..I want a solid memory with you..Siapa tahu esok-esok kau ceraikan aku kan..Bolehlah aku guna gambar kau untuk hantar ilmu pengasih supaya kau tergila-gilakan aku..Good plan huh?"

Triple sh*t!!

Sesungguhnya perempuan bernama Lovely Scarlett adalah spesis neraka! Mati-mati Ren mengutuk dalam hati.. Nak marah, Lovely siap pamer puppy dog eyes yang terlihat super comel hingga bergetar tangkai jantung, menghadirkan suatu rasa yang sukar dimengertikan dalam jiwa seketul Ren Raizen. Tak pernah selama ini Ren hadap spesis perempuan seperti Lovely...

Lovely Scarlett!

Aneh..Tak terjangka..Ganas..

But then, enchanted! She's all that..

Ren sampai terkelu nak hadap, lidah beku..Otak kosong, terus hilang kosa kata!

"Smile!"

Arghhh!!! Ni dah kes ceroboh privasi bukan? Tiba-tiba tarik belakang tengkuk dan dipaksa senyum depan kamera henfon. Ren terus tarik wajah! Kelat dan tegang!!

"I SAID....!!!"

"Again..Smile!" Kata-kata dicantas kejam!

Chup!

Bibir Lovely melekat di pipi Ren. Beku!! Sehingga Lovely belek semula gambar yang diambil, Ren masih tercengat tanpa suara..

"Ahh tak best..Wajah kau tak nampak.."

What? No No Nooo!!

Tak tunggu lama, Ren pantas pusing badan lalu melangkah besar-besar meninggalkan Lovely.

"Ren Raizen!!!" Terjerit-jerit Lovely cuba mengejar.

Langkah diperlajukan. Senyum penjahat tersungging.

"Ren Raizen!!!!"

"Urghh!!"

Hampir terbalik Ren bila Lovely meluru laju lalu melompat naik di belakang Ren. Tangan memaut tengkuk manakala kaki membelit pinggang Ren dengan erat.

Arghh!!! Gadis ni kan!!

"Lovely Scarlett!!" Ren menjerit nyaring!

"Ahh, tak kira..Aku nak wefie jugak!!"

"Dah tadi kan?!!"

"Tak aci!! Nak wajah kau tanpa terselindung di sebalik hood dan kaca mata hitam tu!"

"I said that's impossible!"

"Make it possible Ren Raizen!"

Nak cakap macamana lagi dengan perempuan tak faham bahasa ni? Ren kancing rahang, mulai rasa sebal dan geram. Tiba-tiba Ren Raizen mulai memutar badan dengan laju tanpa henti. Lovely menjerit panik.

"Ren!!!!" Pegangan hampir terlepas!

"Arghhh!!!!"

Bukkk!!!

Sudah!!

Lovely jatuh terlentang atas hamparan pasir, macam nangka busuk! Ren Raizen dengan kejamnya ketawa terbahak-bahak tau, tak berperikemanusiaan! Terkial-kial Lovely bangun, sambil membersihkan badan, rambut dan wajah dari pasir. Ren tak hulur bantuan okay, sibuk ketawakan dia!

"I hate you!" Berkaca-kaca mata ketika melontar kata.

Gelak tawa Ren Raizen terhenti serta merta. Mulai rasa serba salah ketika lihat wajah sebak Lovely. Bukan lakonan semata-mata kan? Ren teliti wajah Lovely..Betul kot!

Ren cepat-cepat hulur tangan, namun ditepis kasar. Aduh, merajuk lagi ler tu! Lovely bingkas bangun, siap hentak-hentak kaki ketika berjalan tinggalkan tempat itu. Ren terkesima! Harus bagaimana sekarang? Garu kepala yang tak gatal dengan bingung.

Belumpun jauh langkah kaki Lovely, Ren mengejar laju. Badan Lovely terus dipeluk dari arah belakang. Wajah melekap di leher jinjang Lovely.

Fuhhh!!! Bergegar isi bawah kulit!!

"I'm sorry Lovely Scarlett..."

Arghh!! Perlukah sampai guna suara romantis menusuk kalbu wahai Ren Raizen? Lovely gigit bibir bawah. Hampir layu bila Ren mulai mencumbui lehernya.

"I'll let you take wefie with me with bare face..but not in open space like this..Just promise me one thing..."

Ren diam seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Terimbas perbualan dia dengan seseorang sebelum berjumpa Lovely tadi.

"Careful...Someone's following you!"

Tersentak!

Dia benar-benar terlupa tentang itu! Damn, hampir terjerat akibat kelalaian diri sendiri.

"Is it him?"

Lelaki di sebelah mengangguk.

"It's because of her..You knew it..Why? It's too risky!"

"I know what I'm doing.."

"No you're not, you were blinded by love!"

"No!! You know I never loved.."

"Liar!! It shows, you're crazy about her!!"

"Nope, trust me!!"

Ren Raizen tersentak bila Lovely picit hidung mancungnya dengan kuat. Celaka! Habis berkecai lamunan panjang Ren.

"Who? Cindy? Belinda? Or other girls I haven't met yet?"

Tengoklah gaya menyebalkan perempuan ni, bengkak hati! Pantas ditepis perlahan jemari Lovely.

"What are you talking about?" Nafi Ren dengan riak wajah sebal.

"Tuu..Berangan depan aku, sampai meleleh air liur..Kalau bukan pasal perempuan pasal apa lagi?"

Urghh..Perempuan!!!

Ren Memutar bola mata, menjengkelkan!!

"Nak wefie ke tak?" Ugutan itu berjaya mendiamkan mulut laser Lovely.

Pantas diukir senyum semanis madu lebah terover gula. Kepala terangguk-angguk, mata kelip-kelip..Arghhh!! Napa comel sangat minah ni?!! Pantas je Ren tekap wajah Lovely dengan tapak tangan lantas menolak wajah itu menjauh darinya.

"Ugly!!!" Dah jadi trademark!

Menyebalkan!!! Niat mahu gigit jari Ren tidak berjaya bila Ren pantas menarik tangan, dah dapat baca niat jahat Lovely sebenarnya. Senyum mengejek dihadiahkan pada Lovely.

"You see..."

Ren tarik Lovely lalu dipeluk bahu Lovely dengan erat.

"We can take as many wefie as you want in our room..How's that?"

Wajah putih bersih Lovely bertukar jadi merah jambu. Terus malu tersipu-sipu..Ngada!

"But I need you to promise me one thing, just one thing Love...Never show my face in public, can you do that?"

Lovely renung wajah Ren Raizen. Dia tak faham sebenarnya, mengapa perlu sembunyikan wajah terukir sempurna itu?

"Why?" Tetap bertanya walau tahu jawapan yang bakal diterima.

"Bila wajah aku terdedah, orang sekeliling aku berada dalam bahaya Love! My enemies are everywhere.."

Lovely mengeluh perlahan.

"Promise me.." Desak Ren.

"Okay..Promise!"

Mengapalah dia boleh terlibat dengan mafia ni? Mengeluh dalam hati jela huhu..

"That's my girl!"

Dug!

Jantung berdegup kencang!

My girl?

Tersipu-sipu mendengarnya..Bahagia!

Di kejauhan, seseorang yang sedari awal mula memerhati dengan wajah dipenuhi api cemburu menarik keluar henfon dari kocek seluar.

"Get her! I want to meet her now!!"

Henfon dihempas atas stereng! Wajah merah menyala...

"I'll kill you Ren Raizen!! What you did before, I'll make sure you pay those with your blood!!"

sweet² dulu... Jap lagi malapetaka malar hehe..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience