"Asal wajah cemberut teruk sampai lalat pun tak berani nak lalu depan kau ni? Bukan tadi baru jumpa putera kayangan ke?"
Menonong Lovely lalu depan Kesha, terus masuk ke dalam perut kereta. Kesha buru-buru membuntuti, kang kena tinggal tak ke naya!
"Hey!! Asal muka macam kucing kematian anak ni? Takkanlah putera kacak tu nak masuk meminang?"
"Ishh kau ni kan Kesh! Aku dah kahwinlah.."
"Tau..Tapi jejaka tadi tu kan...Waduhh..Kacak bangetttt!! Kau tak nak pass kat aku Love.. Untuk putera kayangan seganteng itu, nyawa juga sanggup aku perjuangkan tau.."
Ah..Terlebih sudah kau Kesha!!
Lovely meluruskan pandangan, cuba memberi sepenuh perhatian pada lebuhraya di depan. Kelajuan sederhana walaupun keadaan lebuhraya pada waktu itu kelihatan sedikit lengang.
"Siapa Raqiel Amoris Love?"
Mendengar pertanyaan Kesha, Lovely mengeluh perlahan. Bibir bawah digigit perlahan.
"Dia first love aku Kesh.."
Terbuntang luas bola mata Kesha, mulut melongo membentuk bola ping pong.
"Aduhh...Bahaya Love..Kejam sungguh takdir, bagi korang bertemu semula. Melalui tingkah Raqiel tadi, aku agak dia pasti nak kejar kau semula kan?"
"Dia masih mengharap Kesh."
"Aduh...Keren banget! Jarang jumpa lelaki setia macam tu zaman sekarang Love, sayangnya kau dah kahwin..Hurmm..Mesti kau yang tercurang dahulu kan?"
Aik!!
Lovely menjeling tajam! Dahlah main hentam suka hati, tetiba pulak bertukar jadi minah dari negara seberang, entah dah kenapa gaya perempuan ni!
"Kau ni dah kenapa Kesh? Nak berhijrah ke negara seberang ke?"
Kesha tergelak.
"Terpengaruh Love. Aku tengah follow satu drama Indonesia, kisah pasangan suami isteri yang dipaksa kahwin. Best giler! Macam-macam isteri tu buat untuk tawan hati si suami. Episod semalam kan, isteri dia memasak tau dan sediakan candle light dinner untuk mereka berdua..Uishh..Very romantik! Sampai aku termimpi-mimpi scene deorang."
"Laa..Scene macam tu mana-mana drama pun ada Kesh."
"Memanglah, tapi yang membezakan yang ni dengan drama yang lain gandingan pelakonnya beb, hebat! Face expression deorang..Fuh! Sampai ke hati you.."
Lovely ketawa sambil geleng kepala. Tak sangka, sebrutal-brutal seorang Kesha, melayan juga drama-drama klise. Siap termimpi-mimpi pulak tu..Menakjubkan!
"Aku dapat beberapa pengajaran dari cerita tu tau. Nak tawan hati seseorang, tak perlu sampai buat perkara ekstrem, merayu ke, menangis ke, menggoda ke..Apa-apalah! Tak perlu, just buat benda yang simple dan mudah seperti berbual mesra semasa makan malam bersama dalam suasana yang romantik...Tu je pun dah bisa mencairkan hati seseorang tau."
Ahh..Kesha ni memang sengaja nak sindir dia kan? Benci!! Lovely mulai memikirkan sesuatu. Bagus juga idea Kesha ni...Terpakai tak kalau dia buat untuk Ren Raizen si beku tu? Ah sudah! Langsung dia terlupa tentang Raqiel Amoris. Dalam kepala otak sudah mulai merancang sesuatu.
Tamat waktu kerja petang itu, tidak seperti kebiasaan di mana Lovely adalah orang yang terakhir meninggalkan pejabat. Kali ini, Lovely adalah orang pertama. Terburu-buru pulak tu! Terkejut staff-staff di situ..Pertama kali melihat Cik Puan Boss kelam kabut meninggalkan bangunan sederhana besarnya itu.
Target Lovely, dia perlu sampai ke rumah sebelum Ren Raizen. Sempat singgah di sebuah supermarket sebelum memandu pulang. Nasib menyebelahi, kereta Ren tidak kelihatan ketika Lovely sampai. Lovely terus membawa barang-barang di dalam beg plastik menuju ke dapur.
Bertungkus lumus Lovely menyediakan juadah makan malam untuk mereka berdua. Dalam hati mengejek diri sendiri. Tadi kemain dia kutuk Kesha, last-last sendiri meniru scene yang sampai masuk ke dalam mimpi Kesha tu huhu..
Setelah selesai menyusun juadah yang dimasak di atas meja, siap diletak dua buah lilin beraroma berkaki emas tiruan, Lovely bergegas menuju ke bilik, mahu membersihkan diri dan berhias seadanya untuk suami tersayang.
Lama Lovely tercengat di depan almari pakaian. Sekejap ditarik baju tidur berenda yang agak nipis dan mendedahkan separuh kulitnya, kemudian sekejap lagi disimpan semula. Celaka! Kata-kata Kesha benar-benar membuat dia jadi serba salah..Tak perlu menggoda Love..Tak perlu melampau!! Buat seperti biasa....Argh!
Akhirnya Lovely sambar sepasang baju tidur kain satin, berbutang dan pasangannya seluar panjang. Rambut dibiarkan lepas. Menilik seketika wajah di depan cermin sebelum bergegas keluar. Lampu di ruang depan sengaja dimatikan. Setelah menyalakan lilin, lampu dapur juga turut dimatikan. Hanya lampu kecil yang agak malap di dinding yang dinyalakan.
Menunggu dengan sabar. Agaknya Ren masih banyak kerja dekat ofis kan, tu pasal hari ni dia lambat dari kebiasaan. Bila melihat lilin tinggal separuh, Lovely bingkas bangun dan menyalakan lampu dapur. Api lilin ditiup. Lovely mendail nombor Ren..Sepi! Didail sekali lagi.. Masih sama!
Arghh!!!
Hati mulai memanas. Kalau Ren tak balik, sia-sia tenaga dan kasih sayang yang dicurah ke dalam masakan. Tak guna betul! At least bagitahulah kalau lambat balik atau tak nak balik langsung kan?! Sakit betul hati Lovely.
BANGG!!
Terlompat Lovely dari kerusi akibat bunyi kuat daun pintu menghempas dinding. Terus berlari terkocoh-kocoh menuju ke ruang hadapan. Ren Raizen terhuyung hayang masuk, bau arak yang sangat kuat menusuk ke rongga hidung. Lovely tercengang! Hilang kosa kata...
"Ren Raizen!!" Lovely terjerit kecil bila Ren meluru lantas memeluknya dengan erat.
"I'm sorry Love....I can't do this anymore!"
Lovely terpempan!
Can't do what? Mengapa Ren selalu bagi kata-kata yang buat dia sangat penasaran dan terus berteka teki?
"Ren..What's wrong?" Lovely membalas pelukan, lalu cuba memujuk.
Ren di bawah pengaruh alkohol, walaupun keadaan lelaki itu pasti sukar dikawal, tapi Lovely tahu saat-saat seperti itu adalah waktu terbaik untuk mengorek lebih dalam isi hati Ren Raizen, keberuntungan tu..Jarang-jarang berlaku.
"I can't do it Love..It hurts..It hurts to the point I can't even breathe.."
Lovely semakin kebingungan. Apa Ren mengalami masalah dalam perniagaan ke? Adakah dia bakal diisytihar muflis? Esakan Ren membuat seketul Lovely benar-benar terkejut. Mamat mafia ni...Menangis?!! Kenapa? Ren Raizen bukan sejenis manusia yang mahu menunjukkan perasaan sebenar di hadapan orang lain, jauh sekali menangis..Never! Hati mulai resah..Apa sebenarnya yang terjadi?
"Ren, bawa bertenang..Jom duduk dan cerita kat aku apa terjadi huh?" Masih berusaha memujuk sambil menarik Ren untuk duduk di sofa.
Ren menyandarkan badan di penyandar. Kedua belah tangan meraup wajah. Mahu menghapuskan sisa air mata barangkali. Rasa simpati melihat keadaan Ren, Lovely bingkas bangun, mengambil sehelai tuala kecil di dalam almari lalu bergegas ke dapur mengambil besen kecil yang kemudian diisi dengan air suam lalu melabuhkan punggung di sebelah Ren.
Wajah Ren dilap perlahan-lahan, harap-harap pengaruh alkohol tu tak hilang cepat, masih banyak Lovely mahu korek sebenarnya hehe.. Inilah masanya! Sebuah senyum musang licik terukir di wajah.
"Apa terjadi Ren?" Lovely bertanya dengan suara lembut.
"Do you still love him?"
Lovely terperangah! Tangan yang tengah mengelap wajah Ren terhenti serta merta. See? Told you...Ren memang sejenis manusia yang suka cakap sejemput-sejemput! Buat orang bingung!
"Apa maksud kau Ren?"
"Raqiel Amoris Love!! He was still crazily in love with you damn it!!"
Oh dear!
Tuala di tangan terlepas tanpa disedari. Lovely mencekup mulut yang terngangga luas. Now everything becomes clear!! Pasti Ren Raizen melihat dia bersama Raqiel siang tadi. Tak mustahil sejak Ren bertukar hobi, suka mengintipnya hampir setiap waktu! Macamana dia boleh terlepas pandang semua itu?
Melihat kecederaan di wajah Ren, tambah menguatkan andaian dalam hati. Kerisauan berganda jadinya. Lovely menyapu ubat luka di bibir dan wajah Ren dengan penuh berhati-hati. Otak ligat berfikir. Akan berlaku lagikah pertumpahan darah di depan mata? Ngeri! Bagaimana mahu menghentikan persengketaan antara dua lelaki itu? Lovely mengeluh dalam diam..Yang nyata, salah satu penyebab adalah dia sendiri bukan?
Perlukah dia korbankan hati dan undur diri seperti klise drama cinta cintun? Persoalannya, akan berakhirkah permusuhan mereka? Atau pengorbanannya kelak cuma sia-sia? Menderita sendiri macam orang bingung-bingung huhu.. Tak!! Dia tak mahu jadi manusia bodoh.. Kedua-dua lelaki itu perlu selesaikan persengketaan mereka dengan matang, dah boleh jadi bapak budak pulak kan..Takkan itu pun nak kena ajar?
"Yes he was still crazily, deeply, madly in love with me Ren Raizen!" Saja nak provokasi.
Silapnya yang diprovokasi sekarang di bawah pengaruh alkohol, otak senget sikit. Akibatnya, Lovely dicekik hingga hampir putus nafas.
"Say it again Love and I swear I'll send you to the hell right now..Dare me Lovely Scarlett!!"
Lovely terkial-kial mahu melepaskan diri. Ren cekik guna kedua belah tangan, hampir terangkat punggung Lovely dari sofa. Meronta dan menggelupur seperti ikan yang terdampar di permukaan darat. Nak menjerit, suara tak keluar, nak melawan...Nafas tinggal sejemput.. Matilah dia kali ni!
Bila menyedari tenaga Lovely semakin lemah, Ren melepaskan cengkaman..Jantan tak guna! Sambil menarik oksigen masuk ke dalam paru-paru, Lovely menyumpah seranah dalam hati. Tak percaya sungguh dia boleh jatuh cinta dengan lelaki dari neraka itu!
Sambil mengesat air mata yang mengalir di pipi, Lovely merenung tajam pada Ren, yang turut memaku pandangan ke arahnya dengan mata kuyu, bola mata merah dan basah. Apa kena dengan Ren Raizen? Tiada angin tiada ribut tiba-tiba meroyan teruk mengalahkan perempuan baru beranak. Kalau setakat Raqiel Amoris, bukan baru kali ini, sebelum ini pun bukan Raqiel tidak pernah muncul dan cuba menarik perhatian Lovely..Ren takde pun menggila macam ni!
"Stop provoking me Love. You're driving me crazy!!" Ujar Ren Raizen dengan nada kesal sambil meraup wajah.
Lovely bingkas bangun, melangkah dan berdiri di depan Ren. Ren tunduk, lengan ditopang atas paha dan kedua belah tangan tergenggam erat. Lovely duduk melutut di hadapan Ren lalu mengenggam tangan Ren. Bibir didaratkan sekejap pada jemari Ren.
"I love you Ren Raizen..". Ahh, tu dia! Harap-harap mampu mencairkan hati yang sedang membara itu.
Kalau Lovely ada buat silap, dia sedia meminta maaf..Ren cuma perlu menyatakan apa kesalahan yang telah dia lakukan bukan? Jangan terusan membisu dan melancarkan tantrum di depannya, dia bukan Sang Pencipta yang maha mengetahui segalanya..Sikap Ren Raizen benar-benar menguji kesabaran!
Ren menaikkan bola mata dan pandangan mereka bertaut lama. Bola mata merah basah itu kelihatan mulai berkaca-kaca..Ahh..Benci! Sejak bila Ren bertukar jadi cengeng ni? Fikir positif jela Lovely, mungkin kerana pengaruh alkohol huhu....
"I can't love you Love..Not anymore.."
Lovely renung tidak percaya. Pengakuan apakah itu? Ren cuma bergurau kan? Saja nak kenakan dia kan? Ah, mungkin Ren mahu balas dendam kerana telah diprovokasi oleh Lovely sebentar tadi..Pasti!
"You must love me Ren Raizen..What to do, I'm your wife and I'll never let you go unless you kill me first!" Aahh paksa!! Persetan dengan kata-kata Kesha!!
"I can't after I know the truth..Tell me honestly Love...Am I a monster? Aku pisahkan kau dari Raqiel..Aku rampas apa yang sepatutnya milik Raqiel..Aku...Mahu dia menderita sehingga dia tidak sanggup untuk teruskan hidup!! Akulah lelaki dari neraka itu..Now I don't know what to do, aku tak mampu undurkan masa, aku cuma mampu memperbetulkan keadaan, iaitu mengembalikan apa yang telah aku rampas. Masalahnya...."
BUKK!!
"Urghh!!"
Kata-kata Ren tidak sempat dihabiskan lantaran buku lima Lovely menusuk deras ke tulang rusuk! Berkeriput wajah Ren Raizen akibat serangan mendadak itu. Gila! Ni spesis perempuan lagi ke?!! Ketangkasan Lovely hampir menyamai seorang lelaki sejati.
"Kau memang tak guna kan?!! Setelah begitu banyak kesakitan dan penderitaan yang kau bagi pada aku...Setelah kau rogol aku tanpa belas kasihan, setelah kau penjarakan aku dan buat aku terpisah dari Qiel...Setelah...Setelah kau buat aku benar-benar jatuh cinta pada kau.. Kau tiba-tiba nak perbetulkan semuanya? Apa maksudmu? Kau nak aku balik pada Raqiel Amoris, begitu?!!" Melengking dengan amarah membuak-buak, sampai menggeletar bibir!
Ren Raizen menegakkan badan. Mencerlung bola mata menatap Lovely.
"I lost the battle Lovely Scarlett!!"
"Lost?!! Am I some kind of a joke to you? Bila kalah aku jadi taruhan, begitu? If that's so, why bother Ren Raizen?!! Trying so hard to protect me, caring and being so nice to me, then suddenly everything turned out to be like this. Why Ren Raizen WHYY?!! If this is the end, why now?!! Kau patut serahkan aku awal-awal dulu, masa aku masih mengharap bahawa Raqiel Amoris akan datang menyelamatkan aku...Why did you barge in back then?!! You evil bastard!!!"
Ren Raizen terus tertunduk menekur lantai. Dan seperti biasa, membisu!
"Do you still want him Love?"
Lovely mengenggam buku lima. Bengkak hati dipenuhi nanah-nanah amarah yang pasti akan memancut keluar bila-bila masa sahaja!
"Why bother when you're going to give up Ren. You're annoying, I hate you!" Okay, mulai merapu lantaran dikuasai marah! Mulut je, tak sampai di hati pun..
Malangnya Ren Raizen ambil serius kata-kata tersebut. Berdiri lemah, sikitpun tak pandang Lovely yang mulai dihurung rasa bersalah.
"Then that's it..Your wish is my command.."
Setan!!
Lovely meluru bangun lantas mengejar Ren Raizen. Semudah itu? No babe, this is Lovely Scarlett...Takkan dia menangis-nangis merayu lelaki itu supaya jangan pergi!! Itu cara basi dan lemah. Dia punya cara yang lagi hebat, you'll never get away Ren Raizen!!
"You're leaving?!! Like seriously?!!!" Lovely tarik tangan Ren dengan kasar.
"Let me go Love!" Lovely memulas tangan Ren ke belakang lalu merapatkan bibir di telinga Ren.
"No Ren Raizen!!! You must kill me first!!!"
Terpinga-pinga Ren bila Lovely berlari keluar sambil kesat air mata. Eh?! Dah habis ke drama musang tu? Dah tu dia lari keluar tu nak ke mana? Ren garu kulit kepala, bingung! Arghh!!! Ren Tercengat buat seketika, cuba menenangkan perasaan yang bercelaru. Sungguh, kata-kata Raqiel seperti sebuah kaset di dalam kotak fikiran, asyik berulang-ulang dimainkan.
"Love masih mencintai aku Ren, kami masih saling mencintai...Cuma dia tak sanggup melukai kau..Jadi aku mohon, tolong undur diri. Kalau betul kau sayangkan Lovely, biarkan dia pergi dan bahagia dengan pilihannya. Aku lelaki pertama yang ada di hati Love, aku lebih layak berbanding kau!"
Ren Raizen benar-benar terpukul dengan kata-kata itu! Cinta Pertama...Lelaki pertama.. Alangkah bertuahnya Raqiel Amoris..Dia? Layakkah dia setelah apa yang dia telah lakukan pada mereka berdua? Ren menyandar di dinding, belakang kepala dihentak-hentak pada dinding. Terpukul dengan kata-kata Lovely sebenarnya. Why now Ren Raizen? Setelah bertarung nyawa demi gadis itu..Isn't it stupid?
Ren geleng kepala. Kesan alkohol itu semakin menghilang dan kepala mulai memberat. Ren mengorak langkah menuju ke dapur. Terpinga-pinga buat seketika ketika terpandang meja makan yang dipenuhi juadah dan terhias cantik. Bola mata digenangi air mata terharu diselangi rasa bersalah yang teramat. Oh my Love..What have I done?!!
Ren Raizen berlari keluar. Bola mata meliar ke serata pelusuk, mencari susuk tubuh Lovely. Hampir serata bangunan dicari namun yang dicari tidak ditemui. Tak putus asa, Ren berlari mendapatkan kereta. Sempat mengerling kereta Lovely di sebelah. Perempuan ni kan... Terlampau marah ke sampai sanggup lari meninggalkan rumah meredah kepekatan malam berjalan kaki? Tak takut hantu ke? Kalau setakat penampakan masih boleh buat-buat tak nampak, tapi kalau siap terbang mengilai-ngilai mengejar..Tak ke haru?
Ren masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin. Handbrake diturunkan, lampu dipasang dan bersedia menekan minyak untuk memecut. Namun tiba-tiba Ren jerit terkejut lantas menekan brek dengan pantas!! Berdecit tayar kereta akibat brek mengejut!
"Shit!!"
Perempuan yang mati-mati dicari rupanya sedang berbaring di tengah jalan, ala-ala model baju tidur di tepi pantai. Bezanya gadis di depan ni hodoh benar gayanya. Badan terlunjur lurus, kedua belah lengan lurus di atas kepala, wajah basah dilinangi air mata.. Betul-betul sudah bersedia mahu digilis oleh tayar kereta. Bayangkan jela kalau Ren terus pecut tanpa beri perhatian kan..Lumat sekujur tubuh Lovely hishhh...
Ren mematikan enjin, hanya lampu kereta dibiarkan menyala. Dihampiri Lovely yang sedang menangis-nangis macam budak kecil. Geli hati, dalam masa yang sama rasa bersalah. Ren duduk di sebelah Lovely. Kedua belah lutut dinaikkan.
"Are you threatening me now huh?" Saja mengusik sambil tahan tawa. Gaya dia ni kan, mengalahkan budak kecil yang sedang tantrum tak dibelikan mainan!
"Kau lupa? You are mine Ren Raizen, always be mine. Lafaz yang terucap akan kekal selagi aku menghendakinya..Cinta kita..Argh..Cinta aku sampai kau masuk neraka pun cintaku akan tetap mengejar! Sekarang baik kau bunuh aku, biar aku jadi hantu bangkit dan terus kejar kau sampai mati..Cepat!! Langgar je aku!!"
Ahh..Cute!
Terharu dengan ketulusan cinta Lovely! Di mana akan dicari gadis seperti Lovely Scarlett.. Satu dalam berjuta!
"Apa kata..Kita berdua baring kat sini sambil pegang tangan? Aku boleh call Kenjiy bawa trailer untuk hancurkan badan kita berdua. Biar nanti ketika dalam bentuk roh pun kita masih berpegang tangan, biar sampai neraka kita tetap saling pegang tangan..Kita akan jadi pasangan paling romantik dalam neraka. How's that my love?"
Tangisan Lovely terhenti serta merta. Ren Raizen ni tengah menyindir dia kan? Kata-kata berbau sarkastik itu pasti tujuannya untuk mengejek dia kan? Jahanam betul!!!
"Kau jangan nak buat lawak bodoh dekat situ ya! Aku serius nak mati!" Masih bertegas namun tangan laju mengesat air mata.
"Aku takkan tinggalkan kau Love. Aku sebenarnya tak habis cakap lagi tadi kau dah belasah aku."
Bulat bola mata Lovely menatap Ren.
"Maksud kau?"
Ren menarik tangan Lovely untuk bangun. Anehnya, pantas je Lovely menurut. Tekad yang dibuat sungguh-sungguh tadi hilang entah ke mana..Ciss!!
"Yup! Aku rasa bersalah kerana menjadi pengacau dan memisahkan kau dan Raqiel. Aku patut perbetulkan semuanya bukan? Malangnya, seperti kata kau..Semuanya sudah terlambat! Masalahnya...Aku dah sayang gila pada kau Love!"
Ahhh..Tak jadilah nak mati kalau macam ni!!! Harap-harap Ren batalkan niat nak panggil lori trailer tu.. Lovely bingkas bangun dengan penuh semangat. Ren sedikit tersentak dengan tindakan tiba-tiba Lovely. Tegak pulak tu, macam bersedia mahu menyanyikan Lagu Kebangsaan pun ada gaya dia ni!
"Tak jadilah nak mati...Dosa!"
Pulak!!
Bola mata mereka bertembung, lalu Ren tergelak kuat..Gelak yang mati-mati ditahan takut Lovely mengamuk, akhirnya terlepas jua!
Merah wajah Lovely menahan malu, sedar perangai kebudak-budakannya, tapi kisah apa dia...Ren Raizen yang buat dia jadi separuh gila!
"Buruk perangai!" Perli Ren lalu mengenggam jemari Lovely.
"Kau jangan tarik balik kata-kata kau ya, aku dengar dengan jelas tau..Bahawa kau, Ren Raizen dah sayang gila kat Lovely Scarlett.. Sampai bila-bila...Janji?" Jari kelingking dihulur di depan Ren.
Kann..Tak ke buruk perangai musang betina ni? Ren geleng kepala, namun tetap menghulur jari kelingkingnya. Whateverlah my love, asal kau bahagia!
"Janji!"
Kemain meleret-leret senyum bahagia Lovely.
"Now say I love you Love.."
Adui, tak habis lagi? Ren ukir secebis senyum lalu mendaratkan bibir di atas bibir Lovely, cuma sekejap namun kehangatan ciuman itu meresap sampai ke jiwa.
"I love you Love.." Dahi Lovely dikucup lembut.
Okay, sekarang Lovely nampak bunga api atas kepala..Rasa nak terbang macam rama-rama yang pastinya sedang berterbangan di dalam perutnya hahaha..
"Let's continue with the candle light dinner Love, I'm starving!"
Lovely tercengang kehairanan. Ren tahu tentang itu? Dahi digaru perlahan. Ren menarik Lovely untuk balik. Henfon di dalam kocek bergetar. Argh! Kacau daun betul. Ren menarik keluar henfon.
"Ren!! Qiel...Qiel kemalangan!!! Dia kehilangan banyak darah...Tolong...Tolong selamatkan Qiel!!"
Langkah kaki Ren Raizen terhenti!!
Butterflies in my stomach hihaa!
Share this novel