42 When Everything Falls Apart..

Crime Completed 131702

“Ren Raizen might not survive Love..”

Bahu Kenjiy ditolak dengan kasar hingga menyendeng ke belakang sedikit tubuh sasa itu. Mujur masih mampu mengawal keseimbangan tubuh, kalau tidak boleh jatuh tertonggeng!

“What do you mean..Might not survive Kenjiy? Ren Raizen adalah lelaki terpaling kuat pernah aku kenal, lebih dari kau dan semua lelaki yang ada di muka bumi! So how come kau survived dan dia tidak? Don’t try to fool me!! Mana..Ren…Raizen?!!” Suara mulai meninggi, hampir ke arah menjerit.

Ashraff Kenjiy mengerut dahi. Tak guna kan, sempat juga minah ganas ni mengutuk dia! Jauh di sudut hati, dia akui kebenaran kata-kata Lovely tu..Ren Raizen memang hebat, sebab itu agaknya Ren paling menonjol antara mereka semua walaupun kalau dibandingkan dari segi bentuk tubuh dan wajah..Dia juga tidak kurang hebatnya huhu..

“I’m telling you the truth, Love! No drama. And trust me when I said I don’t know where’s Ren right now.”

Lovely hampir terduduk lantaran seluruh sendi terasa lemah tidak berdaya. No!! Dia tak dapat menerima semua itu..Tidak akan!!

“Kenjiy..Please..Hentikan semua ini. Jangan seksa aku lagi. Aku perlu jumpa Ren..Tolonglah aku Kenjiy..”

“Love..” Kenjiy merapatkan badan. Kelihatan sedikit tergagap-gagap di situ, hampir saja ditarik Lovely ke dalam pelukan lantaran rasa simpati melihat keadaan Lovely. Mujur saja kewarasan masih menguasai. Akhirnya, hanya bahu Lovely dipaut perlahan.

“Aku cuma diberitahu yang Ren telah dibawa oleh keluarga ketika sedar semasa berada di hospital. Ya, kami diselamatkan oleh ahli Black Sapphire. Aku sempat menghantar isyarat SOS pada Black Sapphire sebelum kami jatuh ke dalam laut.” Kenjiy melepaskan nafas kasar.

“Aku dan Ren tidak mengalami kecederaan teruk. Malangnya, Ren mengalami kerosakan pada bahagian paru-paru, mungkin disebabkan terlalu banyak air dan diserang virus. Maklumat terakhir yang aku dapat, keadaan Ren tidak begitu baik, paru-paru tidak berfungsi dan terpaksa bergantung pada paru-paru tiruan. Dia perlukan penderma segera.”

Air mata sudah tidak mampu dibendung. Akhirnya, Lovely Scarlett tewas dan menangis teresak-esak. Beratnya dugaan yang terpaksa dilalui.

“Di mana Ren sekarang Kenjiy? Tolong bagitahu aku..Biar aku jadi penderma, aku akan dermakan paru-paru aku..”

Kenjiy merenung dalam ke anak mata Lovely. Dalam hati, sungguh dia kagum dengan ketulusan cinta Lovely pada Ren Raizen.

“I don’t know Love. Keluarga Ren datang lalu membawa Ren pergi ketika aku masih tidak sedarkan diri. Aku cuba mencari, tapi nampaknya seorangpun ahli keluarga Ren tiada di sini. Aku juga langsung tidak tahu di mana Ren sedang dirawat sekarang ini.”

“Bagaimana dengan Raqiel?”

“Maklumat terakhir tu aku memang dengar dari mulut Raqiel sendiri. Malangnya, Raqiel tidak dapat dihubungi selepas itu. Hospital tempat dia menjalani rawatan juga memaklumkan yang Raqiel telah dikeluarkan kerana sudah sembuh sepenuhnya. Rumah keluarga mereka kosong. Syarikat keluarga cuma diselenggara oleh pembantu Tuan Vasco. Mereka sekeluarga lesap begitu sahaja, tiada yang tahu di mana mereka sekarang Love.”

Lovely mengesat air mata kerana pandangan semakin kabur. Bahu masih terenjut-enjut.

“Pasti kerja Ren Raizen kan? Dia betul-betul tak nak aku jumpa dia kan?! Ren memang kejam!! Dia nak pergi begitu saja tanpa jumpa aku..Dia..Dia tak mahu jumpa aku sebab…Dia tahu….Aku…Aku takkan biarkan dia pergi tinggalkan aku!! Kejam!! Aku tak nak!! Ren tak boleh mengalah macam tu je!! Tolong aku Kenjiy.. Aku nak cari Ren..Aku boleh selamatkan dia..Pleasee..” Masih berusaha merayu dengan suara tersekat-sekat kerana terselang seli dengan esakan.

Tak mungkin dia mengalah! Dia takkan mampu mengalah kerana cintanya pada Ren Raizen mengatasi segalanya!

Kenjiy bingung sesaat. Dia tidak pernah rapat dengan mana-mana perempuan sebelum ini, jadi dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu memujuk atau menenangkan Lovely. Aduh.. Mengapa dia tiba-tiba jadi orang perantaraan pula ni?!! Kenjiy mengeluh dalam hati. Dia lebih rela pegang pistol dari hadap masalah cinta yang dia langsung tak reti. Menjengkelkan!

“Maafkan aku Love, aku tak mampu nak tolong. Aku memang sedang berusaha menjejak Ren. Aku juga rela dermakan paru-paru kalau itu dapat selamatkan Ren.”

Sekali lagi tubir mata yang basah dikesat. Setelah penglihatan lebih jelas, bola mata Kenjiy direnung tajam.

“Aku takkan putus asa Kenjiy!”

“No, never give up on him Lovely Scarlett..Let’s find him!” Akhirnya, Kenjiy turut mengiyakan dengan suara tegas dan yakin.

Betul! Mereka tak boleh berputus asa sehinggalah ada hitam putihnya! Kenjiy menepuk lembut bahu Lovely.

“We’ll find him, Love..” Harap kata-kata tak seberapa itu mampu memujuk serta menenangkan Lovely.

Sinar pada bola mata Kenjiy ketika berkata mulai menyuntik semangat baru di dalam jiwa Lovely. Sempat mengukir senyum dalam tangisan lalu mengangguk.

“Thank you Kenjiy..”

Dan itu kali terakhir Lovely lihat senyuman manis Ashraff Kenjiy. Juga kali pertama dan terakhir Kenjiy mengusap mesra atas kepalanya.

Seminggu kemudian..

Kenjiy masih tidak dapat dihubungi. Lovely mengagak yang Kenjiy dan konco-konconya sedang giat mengesan Ren. Tidak hanya menunggu, Karl dan Stone telah mencari seseorang yang terbaik antara yang terbaik untuk dihantar ke luar negara.

Selepas sebulan..

Masih tiada perkhabaran baik diterima. Orang-orang yang dihantar Karl dan Stone kembali dengan tangan kosong. Seluruh pelusuk benua di mana matahari terbenam itu dijelajahi namun sehinggalah tamat penjelajahan, Ren tidak ditemui.

Perlahan, Lovely mulai menerima dan mengadaptasi apa yang berlaku. Seperti kata-kata yang dipetik dari Bahasa Inggeris ‘Whatever happens, life must go on.’ Begitulah yang dilakukan oleh Lovely Scarlett selepas hampir setengah tahun berlalu, tiada berita mengenai Ren Raizen. Ashraff Kenjiy juga menghilang, sedangkan lelaki itu telah berjanji akan menghubunginya.

Lovely pasrah dan berserah pada takdir yang telah tertulis. Dia kini hanya menunggu dan terus menunggu. Apapun perkhabaran yang bakal diterima, dia sudah bersedia dengan hati yang lebih tenang.

“Love!” Kelihatan Kesha berlari anak mengejar di belakang usai perbicaraan dalam mahkamah.

“Lepas ni kita akan jumpa klien dari Karl & Stone tu kan?” Peringat Kesha dalam bentuk soalan ketika sudah berdiri di sisi Lovely.

Lovely hanya angguk sambil mengemaskan fail. Hari ini jadual mereka agak padat. Stone telah menghubungi dia beberapa hari yang lepas. Salah seorang pelanggan memerlukan khidmat nasihat atas masalah rumahtangga yang dihadapi. Kerana Stone kurang arif, maka Stone telah mencadangkan Lovely untuk ambil alih kes tersebut.

“Yes Kesh, kita kena gerak pantas. Banyak report perlu disiapkan.” Laju jemari Kesha memburu lalu mengenggam tangan Lovely. Bola mata dipaku tajam pada Lovely.

“Love..Please slow down a bit. Kau terlalu bekerja keras, aku risau kau jatuh sakit nanti.” Isi hati diluahkan, wajah terpamer kerisauan. Sungguh, Kesha benar-benar risau dengan sikap workaholic Lovely.

“Aku tahu, don’t worry Kesh. Aku masih sayangkan diri aku walaupun semua orang yang aku sayang satu-satu pergi tinggalkan aku. Walaupun kini aku sebatang kara, aku akan teruskan hidup dengan penuh kesyukuran hinggalah saat nafas terhenti.”

Ahh..Nilah yang buat orang malas nak cakap dengan minah sorang ni..Mesti dibalas dengan kata-kata yang meruntum jiwa..Hish, rasa menyesal pula! Kesha menggerutu dalam hati.

“Siapa kata kau sebatang kara? Ni!” Terus ditepuk dada sendiri.

“Apa guna aku tegak berdiri depan kau sekarang Love? Aku adalah orang yang paling sayangkan kau tau! Pernah aku tinggalkan kau? Tak kan? Jangan cakap macam tu lagi, kau dan aku..Kita dah macam adik beradik, keluarga aku keluarga kau juga Love..Merajuk mak dengar kau cakap macam tu tau..”

Lovely terus meletuskan gelak kecil. Ada-ada saja Kesha ni tau! Sengal! Tapi jika difikirkan, apa yang dikata Kesha tu memang betul. Selama ini Kesha dan keluarga dialah yang sentiasa bersama Lovely, memberi semangat dan kekuatan pada Lovely. Tanpa mereka, hidup Lovely pasti sunyi sepi.

“Yela, aku salah..Maafkan aku Kesh..And jangan bagitahu mak kau tau..Aku tak nak kempunan makan gulai lemak cili api mak kau yang superb tu, tak jumpa dekat mana-mana!”

“Kann..Resepi rahsia turun temurun keluarga aku tu.. Memang rare!”

Gelak tawa hampir serentak meletus, mulai memudarkan suasana suram sebentar tadi. Beriringan mengatur langkah menuju ke kereta. Berbual rancak sambil sesekali kedengaran gelak tawa menceriakan suasana.

That’s life Love. Realiti kehidupan sebenar. Seperti bumi berputar, kadang-kadang kita berada di atas, kadang-kadang di bawah. Setiap kegembiraan, pasti ada kesedihan. Di setiap kemenangan, pasti ada kekalahan. Sedangkan jalan yang lurus pun boleh menyebabkan nyawa melayang, apatah lagi jalan yang berliku. Tiada yang pasti, tiada yang kekal selagi kita bernafas di bumi yang nyata.

Semua akan berlalu dan dilupakan. Yang tinggal cumalah lakaran memori di dalam kotak minda, yang lama-kelamaan akan pudar dilapisi oleh lakaran baru pada helaian muka surat kehidupan. Kesedihan akan terubat, yang tinggal cuma parut kekal yang melambangkan bertapa kuatnya seseorang menempuh ranjau duri kehidupan.

“Mana klien tu? Asal takde orang kat cafe kau ni?”

Karl yang kebetulan berada di kaunter hanya menggeleng melihat tingkah Kesha. Muncul-muncul je terus menyembur kasar, takde ciri-ciri perempuan melayu terakhir betul. Macamanalah lelaki nak dekat?

“Korang dah sampai rupanya, duduklah dulu. Aku tengah kemas dapur!” Stone yang baru muncul dari arah dapur kafe terus menegur sebaik sahaja melihat mereka berdua terpacak di situ.

“Stone..Klien yang kau kata tu tak datang lagi ke?” Kali ini Lovely pula bertanya. Bola mata berguling memerhati sekeliling. Betul kata Kesha, sunyi sepi je kafe Karl & Stone.

“Ah..Memang lepas jam dua petang kita tak terima pelanggan. Kafe ni ditempah untuk majlis harijadi jam empat nanti. Kebetulan korang dah datang ni, tolonglah sambil beramal.” Karl menyampuk sambil tersengih penuh makna.

“Cis! Korang perangkap kita kan? Kalau nak minta tolong, why tak cakap terus terang je? Tau tak kita rushing ke sini tadi lepas selesai kes kat mahkamah?” Kesha sudah mulai bercekak pinggang, rasa geram pulak kalau betullah mereka cuma dikenakan je oleh dua ketul mamat tu.

“Takdelah, duduk dulu. Klien tu janji nak datang, kejap lagi sampailah tu.” Stone terus menyampuk, memperbetulkan salah faham Kesha.

“Dahlah tu Kesh. Kau ni cepat betul melatah! Kalau tak betul pun, apa salahnya kita tolong kan? Betullah apa kata Karl tu, beramal sambil makan free.. Balik rumah gantung periuk.” Kata-kata Lovely membuatkan suasana jadi riuh dengan gelak tawa. Hanya Kesha yang tercebik bibirnya, sakit hati kerana Lovely terang-terang menikamnya depan-depan.

Tak patut betul! Seharusnya Lovely menyebelahi dia dan bukan menyokong dua jejaka tu. Ini tak, jadinya tiga lawan satu..Tak ke terkedu jawabnya? Mencerlung mata memburu sepasang bola mata Lovely.

“Korang memang pakat nak kenakan aku kan?” Sembur Kesha dengan wajah terpamer kelat.

Lovely menggeleng. Malas melayan, langkah diorak menuju ke salah sebuah meja berdekatan dinding cermin yang memperlihatkan permandangan luar bangunan.

Sempat memerhatikan manusia-manusia yang melintas di depan kafe buat seketika. Kemudian, not dikeluarkan. Kesha yang sedari tadi hanya memerhati tingkah Lovely pantas menggeleng kepala. Melabuhkan punggung bertentangan dengan Lovely lalu merenung Lovely dengan riak wajah sebal.

Tidak lama kemudian, Stone menghampiri. Menatap Lovely dan Kesha silih berganti lalu melepaskan keluhan kecil.

“Maaf, klien tu tak dapat datang. Dia cuma hantar wakil untuk berbincang tapi bukan hari ini. Aku benar-benar minta maaf, biar aku je yang berbincang dengan wakil klien tu nanti.”

Kesha orang pertama beri respon. Siap mendengus kasar dengan bibir tercebik tinggi.

“Ewahh..Senang je minta maaf kan? Jadi masa dan tenaga kitorang yang terbuang sia-sia ni macamana hah? Bayar gantirugilah wey..Bagi kita makan free..Lapar ni!”

Amboi Kesha! Melebih pulak kau di sana ya! Lovely mendongakkan wajah, merenung Kesha dengan pandangan tajam. Kesha buat tak nampak..Betullah apa dia cakap kan! Banyak kerja dapat buat dengan masa yang dihabiskan untuk datang ke kafe dan menunggu yang akhirnya cuma sia-sia!

“Okay, no worries! Tunggu jap ya, aku akan masakkan something special buat korang berdua.”

Hairannya, Stone tak pula banyak songeh, terus bersetuju dengan usul Kesha..Hmm.. Menghairankan!

Lovely dan Karl berbalas pandang. Masing-masing memandang curiga pada Kesha dan Stone.

“Hah! Cepat sikit. Jangan pula kau letak racun dalam makanan aku tu.. Racun cinta takpe, aku terima dengan hati terbuka..” Dengan tak tau malunya, Kesha menjawab.

Muncul terus tompok merah di pipi Stone. Karl mengekek, lucu pula lihat Stone si gagah perkasa itu sedang tersipu-sipu dikerjakan oleh Kesha.

“Karl, masuk dapur tolong aku!” Stone melintas di depan Karl lalu memberi arahan tegas dengan wajah serius.

“Aku free sekarang, aku dengan baik hatinya offer diri untuk tolong korang. Love, aku tinggalkan kau kejap je tau.. Nak siram bunga-bunga cintaku yang hampir kelayuan hehe..”

Lovely buang wajah, buat-buat tak dengar kata-kata tak tau malu Kesha. Dunia dah terbalik kot, perempuan yang mengejar lelaki. Tak dinafikan, Stone adalah antara lelaki segak yang pernah mereka temui, tapi pleaselah Kesha..Janganlah kasi ketara sangat sengal tu huhu..

Akhirnya, Lovely ditinggalkan sendirian. Lovely meneruskan kerja menyiapkan beberapa laporan yang belum siap. Aman sikit bila Kesha tiada, kalau tidak pasti tak henti-henti dengan komplen itu ini dia tu.

“Cik Lovely Scarlett?!”

Lovely pantas menengadah. Suara asing dari arah pintu itu benar-benar menyentakkan Lovely.

“Ya saya..Encik ni siapa?” Wajah lelaki berusia pertengahan abad itu ditenung dalam-dalam.

“Maafkan saya atas kedatangan tiba-tiba ni. Saya adalah wakil dari salah seorang klien Karl & Stone. Nama saya Herman. Sepatutnya pertemuan ini dibatalkan tetapi oleh kerana kebetulan saya lalu dekat sini, jadi saya fikir tak salah kalau saya singgah sebentar.” Perkenal lelaki itu.

“Oh, macam tu. It’s okay, jemputlah duduk dulu Encik Herman.”

Herman mengangguk lalu melabuhkan punggung bertentangan dengan Lovely. Sebuah fail nipis dikeluarkan dari dalam beg hitam yang dijinjing oleh Herman lalu diserahkan pada Lovely.

“Ini maklumat terperinci mengenai klien saya. Nama klien saya Marco Arjuna. Atas kesilapan beliau, isteri pergi tinggalkan dia. Klien saya tidak mahu bercerai dan sedang berusaha mahu memujuk isteri untuk kembali ke sisinya. Dia perlukan khidmat nasihat dari pakar dan saya dengar Karl & Stone mempunyai reputasi tinggi dalam menyelesaikan masalah rumahtangga.”

Lovely angguk. Walaupun bola mata khusyuk meneliti isi kandungan fail yang diberikan oleh Herman, telinga tetap dipasang untuk mendengar.

“Tuan Marco sekarang masih berada di luar negara atas urusan kerja. Tapi isterinya di sini. Cik boleh lihat dalam fail itu, ada maklumat mengenai isteri beliau.”

Ya, dia sedang membacanya. Intan Natasha, seorang wanita lewat 20an, mempunyai syarikat kosmetik jenama sendiri. Bukan calang-calang orangnya! Dia akan berurusan dengan golongan kayangan huhu..

“Baiklah, saya terima kes ini Encik Herman.” Ahh..Cari masalah betul! Kes masih berlambak tak settle, nak tambah dengan hal remeh temeh macam ni? Betul-betul dia sedang cari penyakit!

“Thank you Cik Lovely. Saya akan maklumkan hal ni pada klien saya. Apa-apa hal nanti cik boleh terus hubungi saya. Ada nombor saya dalam fail itu. Nombor Tuan dan Puan juga ada di situ. Jika cik mahu mengatur perjumpaan dengan mereka berdua, dipersilakan ya. Saya pergi dulu. Terima kasih sudi luangkan masa untuk saya.”

Lovely angguk. Bingkas bangun lalu membongkok sedikit sebagai tanda mengiringi pemergian Herman. Nombor telefon Intan Natasha direnung sebentar. Berkira-kira mahu menelefon dan membuat temujanji. Dia perlu tahu cerita dari mulut kedua-dua belah pihak terlebih dahulu sebelum bertindak.

“Hello?” Satu suara menyambut panggilan di hujung talian.

“Intan Natasha?” Bertanya untuk kepastian.

“Ya saya..Siapa ni?”

“Nama saya Lovely Scarlett, saya seorang peguam juga perunding sebuah syarikat persendirian yang dipanggil Karl & Stone. Cik Intan punya masa tak? Boleh kita berjumpa?” Tanpa basa basi, terus direct to the point!

Diam seketika. Lovely menahan nafas, sabar menunggu walaupun ada sedikit debaran hadir. Kalau ditolak, itu merupakan satu petanda yang Intan Natasha pasti sukar ditawan.

“Cik Lovely Scarlett? Karl & Stone? Hmm..Takde masalah, kita boleh jumpa hari ni, aku tengah lunch sekarang. Aku share location, Cik Love boleh datang. Aku tunggu.”

Mata Lovely terkuak luas. Semudah itu? Menakjubkan!

“Baiklah, terima kasih Cik Intan.”

“Aku tunggu tau..Bye..”

Selepas panggilan ditamatkan, Lovely bingkas bangun. Sempat meninggalkan pesanan pada sehelai Post-It note lalu ditempel atas permukaan meja.

Restoran yang dipilih oleh Intan Natasha bukanlah restoran lima bintang yang hanya mampu dikunjungi oleh golongan kayangan. Ianya cuma restoran kebanyakan yang biasa dikunjungi oleh golongan rakyat biasa. Dalam hati, timbul rasa kagum pada wanita yang belum pernah ditemui itu.

Golongan kaya yang lain daripada yang lain. Atau mungkin bersebab, siapa tahu kan? Sambil menapak masuk, sibuk bermonolog dengan diri sendiri. Selepas bercakap dengan seorang pelayan di kaunter, Lovely mengorak langkah penuh yakin menuju ke meja yang ditunjukkan.

Dari kejauhan, Lovely sudah menangkap kelibat seorang wanita yang sedang duduk membelakanginya. Walaupun cuma dari pandangan belakang, dia dapat rasakan yang Intan Natasha sangat cantik dan anggun orangnya.

Menyedari seseorang menghampiri, Intan Natasha pantas memusingkan badan. Sebaik sahaja bola mata mereka bertaut, Intan Natasha bingkas berdiri lalu mengukir senyuman manis.

“Finally I meet you Lovely Scarlett. I’ve heard lots about you.”

Lovely tetap melakar senyuman walaupun dalam hati kehairan-hairanan sebenarnya. Setahu dia, dia taklah femes manapun.. Dia bukan artis atau ahli politik yang sentiasa diburu media. Dari mana wanita secantik sang ratu bidadari kayangan ni mendengar tentangnya?

“Have a seat Love. Let’s talk coz I’ve got a deal that’s more fun than my stupid husband’s idea.”

Semakin bingung jadinya. Nyata, Intan Natasha bukan perempuan sembarangan. Dia sudah membuat persediaan terlebih dahulu..Ah, licik betul! Berani lagi memanggil Lovely dengan nama panggilan yang hanya digunakan oleh teman rapat di pertemuan pertama mereka. Memusykilkan betul!

“I’ll pay you more than him, Love! I nak…You goda suami tak guna I tu!”

Ah sudah! Bala apakah ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience