43 Devil God of Perfecto

Crime Completed 131702

“Puan Intan..Puan nak saya goda suami puan?”

Intan Natasha mengangguk dengan yakin. Gila! Lovely mengutuk dalam hati.

“I punya sebab Love. I nak tengok sejauh mana kesungguhan suami I nak berubah.”

Ah, begitu rupanya. Buat orang suspen je! Rupa-rupanya cuma nak menguji. Dia takde masalah sebenarnya nak buat. Sebelum menjadi peguam sepenuh masa pun, dia dan Kesha dah banyak melakonkan pelbagai watak ketika menjalankan kerja sampingan mereka semasa zaman universiti yang kini telah diambil alih oleh Karl dan Stone.

“Saya dengar suami Puan Intan masih berada di luar negara. Bila dia akan kembali?”

Intan Natasha mengangkat bahu. Langsung tak berminat mahu menjawab.

“You boleh call Marco kalau nak tahu tentang maklumat tu. Ada nombor telefon Marco tak? Jap, I send dekat you.” Tak sempat menjawab, bunyi ‘beep’ pada telefon Lovely mendahului, terus rapat kedua belah bibir.

“Call him anytime Love. Marco ni pantang jumpa perempuan cantik. Bila you yakin yang Marco dah berubah, then you can call me dan aturkan perjumpaan I dengan lelaki tu.” Intan Natasha bingkas bangun.

“I kena balik ofis sekarang. Good luck Love!”

Terperangah mendengar kata-kata terakhir Intan. Nak ucap good luck bagai, aneh sungguh! Bola mata mengiringi pemergian Intan Natasha dengan penuh curiga. Something fishy betul. Perlukah dia upah seseorang mengekori Intan?

Rasa curiga yang menerjah tiba-tiba membuatkan Lovely bingkas bangun lalu memandu semula ke kafe Karl & Stone. Ketika sampai, restoran bersaiz sederhana itu dipenuhi kanak-kanak. Ah, lupa yang restoran itu ditempah untuk majlis hari jadi.

Tercongak depan pintu, berbelah bagi mahu masuk atau batalkan niat dan datang semula esok-esok. Merenung setiap wajah kanak-kanak yang sedang bergembira di dalam, hati tersentuh.

Teringat zaman kanak-kanak. Setiap kali tiba hari lahir, ibu akan membuat kek kosong tanpa krim, tanpa hiasan indah untuk dia. Walaupun serba serbi kekurangan, dia tetap gembira dan sentiasa teruja setiap kali tiba hari lahirnya. Ahh..Sebak yang menerpa, pantas diusir jauh-jauh.

Lovely memusing badan, memutuskan untuk membatalkan niat mahu masuk. Rasa tak sampai hati pula menganggu kemeriahan di dalam restoran itu. Langkah diatur menuju ke kereta.

“Love!!”

Dia menoleh ke arah suara yang memanggil. Kelihatan Stone melangkah laju menghampiri.

“Asal tak masuk?” Tegur Stone ketika sudah berdiri di hadapan Lovely.

“Ah..Tu..Aku tak nak ganggu budak-budak yang tengah bergembira kat dalam tu.” Jujur jawapan diberi.

Stone memandang agak lama, wajah terpamer riak tidak puas hati. Selama ini apa-apa hal Lovely Scarlett main terjah je, mana dia peduli orang sekeliling..

“Kau nampak bercelaru.” Stone terus meneliti raut wajah Lovely.

“Aku dah jumpa klien yang kau maksudkan tu Stone. Intan Natasha! Dia nak aku goda suami dia, Marco Arjuna.” Akhirnya Lovely berterus terang.

Stone mengerut dahi. Berfikir seketika.

“Aku ada dengar sikap playboy suami Puan Intan tu. Itu punca utama Puan Intan melarikan diri.” Ulas Stone seringkas yang mampu.

“Kau pernah jumpa Marco Arjuna?”

Stone geleng kepala.

“Ini kali pertama aku dengar nama lelaki itu. Aku ada buat sedikit siasatan sebelum terima kes ni. Marco Arjuna punya syarikat perkapalan yang berpusat di luar negara. Lahir dan membesar di sana. Asal sini, bertemu jodoh juga di sini. Tapi jarang berada di sini. Aku cuba cari gambar lelaki itu tapi tak berjaya. Gambar perkahwinan juga tiada sedangkan mereka orang kenamaan.. Menghairankan bukan?” Terang Stone panjang lebar.

“Bagaimana dengan Intan Natasha?” Soalan diajukan lagi.

“Intan Natasha selalu kelihatan tampil bersendirian. Dia ni memang selalu keluar media, punya syarikat yang mengeluarkan produk kecantikan jenama sendiri, juga beberapa butik kecantikan. Ramai yang sangka Intan ni bujang sebab tiada khabar mengenai perkahwinan dia.”

“Ada kemungkinan perkahwinan mereka dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.” Tebak Lovely.

“Yup, aku juga fikirkan benda yang sama. Mungkin dijodohkan tanpa cinta, akhirnya terjatuh cinta namun semua sudah terlambat. Tu pasal minta bantuan pakar untuk dapatkan cinta kembali.”

Lovely angguk.

“Aku akan teruskan rancangan Puan Intan tu Stone.” Putus Lovely dengan yakin.

Stone mengukir senyum penuh makna.

“Hati-hati Love. Awas terjatuh cinta! Aku dengar Marco Arjuna ni ukiran sempurna made in heaven. Kena lagi dengan sikap playboy dia tu. Jangan pula kau yang cair nanti!”

Amboi!! Stone dah pandai kenakan orang nampaknya..Huh! Pasti belajar dari Kesha ni..

“Kau nak kena sekeh ke Stone?”

Stone tergelak kuat. Cepat-cepat berundur beberapa langkah menjauhkan diri.

“Aku masuk dulu. You should call him by the way, aku dengar dia memang nak balik dalam masa terdekat.” Usai berkata, Stone memusing badan lalu berlari anak masuk ke dalam perut restoran.

Lovely masuk semula ke dalam perut kereta lalu memandu menuju ke pejabat. Teringat kerja yang berlambak tak selesai-selesai lagi.

Kehidupan yang penuh kesibukan membuatkan Lovely Scarlett terlupa mengenai kes Marco Arjuna dan Intan Natasha buat seketika. Waktu rehat hanya ketika berada di atas katil, itupun cuma terlelap beberapa jam sahaja.

Sebaik mata terkuak, mulalah dia terkejar ke sana ke sini bersaing dengan waktu. Hari ini, dia bertemu pelanggan seorang diri kerana Kesha berada di mahkamah, mengendalikan sebuah perbicaraan.

Setelah pelanggan tersebut keluar dari pejabat Lovely, dia meneliti sebentar semua maklumat yang diperolehi. Ketika mahu menaip sesuatu di dalam laptop, henfon di atas meja berdering. Melirik sebentar nama yang tertera di skrin sebelum menyambut panggilan tersebut.

“Love..Marco Arjuna dah kembali. Dia ada hubungi kau tak?” Tanpa basa basi, Stone terus mengaju soalan.

Terpempan sekejap dibuatnya. Ah, sibuk sangat sampai terlupa!

“Takde pula.” Lovely menjawab pendek.

“Marco nak jumpa isteri dia tapi ditolak mentah-mentah. Sekarang dia nak kita atur perjumpaan dia dengan isteri dia tu. Kau boleh pujuk Intan Natasha tak? Marco nak jumpa isteri dia secepat mungkin.”

Lovely berfikir sekejap. Teringat karakter Intan Natasha juga permintaan wanita itu. Bagaimana caranya untuk memujuk Intan?

“Aku cuba..” Hanya itu yang mampu dikata.

“Bersedia saja Love, Marco mungkin akan menghubungi kau bila-bila masa.”

“Yela, aku tahulah nak buat apa nanti.”

“Good, aku yakin dengan kemampuan kau. Aku banyak pelanggan hari ni, apa-apa hal aku call okay..Bye!”

Lovely meletakkan semula henfon di atas meja sebaik sahaja panggilan ditamatkan. Belum sempat menarik nafas, henfon tersebut berdering semula.

“Apa lagi Stone?” Terus bertanya dengan yakinnya. Sangkanya Stone yang menghubunginya.

“Stone?! Nope, aku Herman Cik Lovely.”

Whoops! Terjongket kening..

“Oh, sorry Encik Herman. Ya, ada apa yang boleh saya bantu?”

“Begini Cik Love. Tuan Marco mahu cik atur perjumpaan dia dengan isteri, Puan Intan. Cik kena pastikan Puan Intan bersetuju mahu berjumpa dengan Tuan Marco.”

Lovely mengerut dahi. Aduh, masalah betul! Penyesalan mulai timbul bila asyik didesak macam ni. Kalau Intan Natasha itu mudah dilembutkan hatinya takpelah juga. Rasanya dia mengerti isi hati Intan, perempuan yang sering tersakiti..Lama-kelamaan jiwa mengental, hati sekeras batu.. Pasti sukar ditundukkan!

“Tuan Marco mahu perkara ini diatur secepat mungkin. Dia tidak suka menunggu, harap cik faham. Saya tunggu perkhabaran gembira dari cik.”

Selepas panggilan ditamatkan, Lovely terus menghubungi Intan Natasha. Tanpa berbunga-bunga, terus direct to the point dia sampaikan keinginan Marco Arjuna untuk bertemu empat mata dengan isterinya itu.

“Nope!” Pendek je jawapan yang Intan beri, buat seketul Lovely Scarlett garu kepala yang tak gatal. Otak dikerah habis-habisan mencari cara mahu memujuk wanita itu.

“Puan, saya sebenarnya tak tahu apa yang berlaku antara puan dan suami puan, tapi saya faham bagaimana rasa sakit bila dikhianati oleh orang yang kita sangat sayang.” Entah mengapa, ketika berkata hati tiba-tiba rasa sebak.

“Tapi saya tak rasa melarikan diri dan terusan mengelak adalah caranya. Ia tindakan paling dayus puan! Bagaimana mahu selesai kalau macam tu? Sampai bila-bila pun takkan selesai! Bukankah lebih elok puan dengar isi hati sebenar pihak sebelah sebelum buat keputusan? Saya tidak menyokong tindakan Marco kalau betul dia curang pada puan. Cuma saya minta, beri peluang pada Marco untuk menjelaskan semuanya. Itu saja!” Hati bagai disayat-sayat saat menuturkan kata-kata itu. Entah mengapa, Lovely turut terkesan dengan kata-kata sendiri.

Terdengar keluhan kecil di hujung talian. Sunyi sepi mencengkam buat beberapa saat. Lovely menunggu respon Puan Intan dengan sedikit debaran di dada. Kalau masih ditolak, entah apa lagi yang harus dia lakukan.

“Baiklah, I ada satu syarat sebelum I setuju berjumpa dengan lelaki itu.”

Fuh! Nafas lega dihembus keluar.. Dada tiba-tiba terasa ringan sedikit.

“Ya Puan Intan. Saya sedia mendengar syaratnya..”

“Spare your day today for me! I don’t wanna hear a word ‘NO’. Just for today Love. Where are you? I’ll come and get you.”

Lovely tersepit! Tidak tahu harus jawab apa. Tidak mampu menebak apa yang ingin dilakukan oleh Puan Intan sebenarnya. Tidak berani banyak songeh kerana risau Intan Natasha berubah hati. Aduh! Kau betul-betul cari penyakit Lovely Scarlett!

“Aku dekat ofis. Jap aku send location.” Akhirnya, Lovely bersetuju juga walaupun berat hati mahu lakukannya. Apa boleh buat, dah terlanjur terima kes tersebut. Risau pula kalau dia tarik diri di tengah jalan, reputasi Karl & Stone terjejas kan..

“Good, kejap lagi I sampai.” Panggilan terus dimatikan.

Lovely meletuskan keluhan berat. Tidak berani fikirkan apa yang bakal dibuat oleh Intan padanya, asalkan tidak sampai menjatuhkan maruah dan merbahaya, dia pasrah!

Tidak lama kemudian, Intan Natasha muncul di muka pintu, siap lakar senyum manis pada Lovely. Cantik, anggun dan bergaya! Intan Natasha sememangnya seorang wanita yang sangat cantik. Dengan badan langsing dan tinggi lampai, bentuk wajah runcing dan hidung terbentuk cantik dan mancung, macam wanita melayu mix latin. Tak hairan Marco Arjuna sanggup melakukan apa saja untuk memenangi hati wanita itu semula.

“Are you ready?” Tanya Intan. Bola mata terpaku sebentar pada Lovely, kemudian berguling memerhati sekeliling.

“So..Macam ni keadaan office seorang peguam?”

“Maaf Puan, bilik agak berselerak. Banyak kes masuk akhir-akhir ni.” Laju je tangan Lovely mengemas meja kerjanya yang dipenuhi fail-fail klien.

“Eh, I tak maksud macam tu. I cuma kagum. Fail yang bertimbun tu..Semua you pasti dah khatam isinya kan? Hebat! I satu fail pun tak sanggup nak buka, semua assistant I yang buat, I cuma turunkan tandatangan je.” Akui Intan, sambil bola mata memandang kagum pada fail-fail yang bertimbun di dalam rak bahagian belakang.

“Biasa je puan..”

“Stop call me that! Panggil I Intan je..” Bantah Intan sambil mempamerkan wajah kelat.

“Yela Intan, kita nak ke mana ni?”

Intan Natasha melakar senyum penuh makna. Segera dipaut tangan Lovely.

“Just follow me.” Lovely terus ditarik pergi.

Lovely hanya menurut. Masuk ke dalam kereta mewah milik Intan Natasha. Ke mana arah tujuan, dia tidak mahu bertanya. Sebaik sahaja kereta berhenti, Intan menoleh ke arah Lovely.

“First thing first, let’s make you the prettiest girl in town!”

Oh my!

Terus telan air liur! Nak cantikkan dia untuk apa? Hodoh sangatke dia di mata Intan?

“Intan..Tak perlu kot, aku dah cukup cantik walaupun tak setanding kau.”

“Na’ahh..Kecantikan itu subjektif, berbeza di mata setiap orang. Yes, you are beautiful Love. I just wanted to turn you into someone that Marco will falls with.”

Intan tergelak melihat wajah terkedu Lovely. Tangan Lovely dipaut lalu dibawa masuk ke dalam perut sebuah bangunan besar mencakar langit.

Lovely dibawa masuk ke dalam sebuah spa. Menurut Intan, urutan badan mampu mengurangkan stress, melancarkan pengaliran darah dan awet muda. Entahlah, betul kot. Lihat saja Intan Natasha yang sentiasa tampil anggun dan bertenaga.

“Lepas ni ke salon pula.”

Pasrah!

Rambut dicuci kemudian diset dengan begitu cantik. Wajah ditempel mekap, taklah tebal seperti pengantin tetapi cukup menyerlahkan kecantikan diri. Sampai takut pula nak keluar berjalan-jalan di khalayak ramai. Takut ada yang terjatuh cinta, bala lagi haha..

“Lastly..Let’s find you killer outfits!”

Mampus!

Melihat cara Intan berpakaian, tak mustahil outfits yang dipilih pasti ikut selera wanita itu. Ketat juga seksi! Lovely memandang sekitar butik yang dimasuki. Tebakannya nyata tepat, semua pakaian yang dipamerkan jenis tak cukup kain dan terbelah sana sini.

Hati mengeluh. Bukan tidak biasa, dia akui dia bukannya alim sangat. Semasa zaman universiti lagi, dia pernah mengenakan pakaian sedemikian demi menjayakan watak wanita penggoda.

Cuma, sejak menjadi seorang peguam, Lovely lebih selesa mengenakan pakaian formal. Berseluar slack, blouse dan kot. Mengenakan gaun cuma bila menghadiri acara tertentu, itupun dia lebih selesa memakai gaun panjang.

Lovely pantas menggeleng bila lihat beberapa pakaian yang dihulurkan oleh Intan padanya. Semuanya seksi tak cukup kain. Intan ni betul-betul mahu dia tampil seksi ke? Supaya menjadi rancangan Intan? Apa dia tak takut kalau Marco tu betul-betul jatuh cinta pada Lovely? Ishh.. Duhai Lovely Scarlett.. Kau betul-betul sedang menempah bala!

“Aku taknak yang terlalu seksilah Intan, aku seorang peguam. Kena jaga imej..” Akhirnya isi hati diluahkan bila Intan terus mendesak menyuruh dia mencuba semua pakaian yang dihulurkan.

Intan terjeda seketika. Bola mata memandang Lovely dan pakaian di tangan silih berganti.

“How about this one? Pattern ini nampak seksi tapi tak terlalu mendedahkan tubuh badan.” Salah seorang staff di situ menghampiri sambil menjinjing sehelai pakaian.

Kedua-dua mereka serentak menoleh. Bola mata turun menatap pakaian tersebut. Kemudian, Intan memandang Lovely lalu mengangguk kepala. Lovely turut mengangguk akhirnya.

“Now go and change..Can’t wait to see!” Desak Intan lantas menolak belakang badan Lovely menuju ke fitting room.

Lovely terpaksa menurut walaupun hati kecil membangkang habis-habisan. Harap ini yang terakhir kerana kesabaran semakin menipis. Risau hilang kawalan dan merosakkan segala-galanya, sia-sia tenaga terbuang hari ini. Terkejut sendiri bila melihat dress labuh yang simple dengan belahan di tengah sampai atas lutut itu melekat dengan cantik di tubuhnya.

Ketika dia keluar dari bilik persalinan, Intan Natasha memandang dia dengan mulut ternganga. Lovely terus tunduk, merenung diri sendiri. Reaksi melampau Intan buat dia tertanya-tanya..Ada yang pelik ke?

“Takleh jadi ni, I jadi risau tau. Silap-silap Marco tu terus ceraikan I dan ajak you kahwin!”

Lovely tercengang, hilang kosa kata! Hanya bola mata berlaga dengan Intan Natasha.

“Intan..Bila kau bersetuju mahu berjumpa dan berbincang dengan Marco Arjuna? Dah seharian tau aku temankan dan turutkan semua permintaan kau.” Keluar keluhan jengkel Lovely akhirnya.

Intan tersenyum lalu menghampiri lantas memaut lengan Lovely.

“Now Love. Call him and make an appointment.. Let’s meet him now..”

Alangkah senangnya hati mendengar kata-kata yang ditunggu-tunggu sejak beberapa jam yang lalu itu. Pantas je henfon dikeluarkan dari dalam beg tangan.

“Encik Herman? Klien saya dah bersetuju untuk bertemu dengan Marco Arjuna hari ini. Sekejap lagi saya akan send location, pastikan Marco hadir tau, jenuh saya pujuk Puan Intan. Encik tau tak bertapa sengsara saya temankan puan seharian?” Entah mengapa ringan je mulut dia bagitahu semuanya pada Encik Herman yang baru sekali ditemui. Suara mengendur di penghujung kata, tau juga takut didengar oleh Intan Natasha.

“Baik, terima kasih kerana memujuk Puan Intan, Tuan Marco pasti akan datang.” Herman menegaskan dengan penuh yakin.

Sebaik saja panggilan ditamatkan, Lovely memandang Intan Natasha.

“So, di mana Intan nak bertemu dengan suami?” Pertanyaan terus diutarakan tanpa membuang banyak waktu.

“Follow me..” Intan terus menarik tangan Lovely. Mahu tak mahu, Lovely terpaksa menurut.

Mereka tiba di sebuah restoran berkonsepkan luar negara, mewah dan kelihatan sangat eksklusif hiasan dalamannya. Sepertinya telah ditempah awal-awal lagi oleh Intan Natasha. Nampaknya wanita itu telah merancang semuanya dengan teliti sejak dari mula lagi.

Lovely sempat menghantar location kepada Herman sebelum melabuhkan punggung di kerusi, bertentangan dengan Intan Natasha. Intan pula tersenyum-senyum sedari tadi. Bola mata bersinar kagum merenung Lovely tak berkalih.

Deringan henfon dari dalam beg tangan edisi terhad jenama sendiri memecahkan kesunyian. Intan Natasha membuka klip penutup handbag lalu mengeluarkan telefon bimbitnya.

“Yes Sheila? Oh..Okay, I’ll be there..”

Oh..Ini tak baik!! Lovely mulai tak senang duduk. Bola mata terus mengawasi gerak geri Intan. Sebaik sahaja telefon bimbit Intan masukkan semula ke dalam beg secara tergesa-gesa, Lovely pantas memegang lengan Intan. Macam dapat baca je apa tindakan Intan selanjutnya..

“Intan, Marco akan sampai anytime now..Please..”

Intan Natasha terus tergelak melihat riak wajah panik Lovely. Kepala digeleng.

“I nak ke office kejap je Love. You can talk and try to pujuk Marco to wait..Kejap jelaa, I’ll be back.. I bet Marco tu suka je ditemani gadis cantik macam you ni..Dah, I pergi dulu. “

Panik, Lovely ikut bangun, mahu mengejar Intan yang kelihatan tergesa-gesa mahu pergi. Intan terus merenung tajam.

“Wait for him Love. Marco pasti tak suka kalau dia datang, tiada sesiapa di sini… I said I’ll be back..” Amaran tegas Intan terus membantutkan niat Lovely. Badan mengeras. Hanya bola mata bergolek, mengiringi pemergian Intan dengan hati penuh kejengkelan.

Entah mengapa, hati mulai diserang rasa risau yang teramat. Hairan juga, selama ini dia tidak pernah merasa risau, ini bukanlah kes pertama..Malah kes ini sebenarnya agak mudah berbanding dengan kes-kes sebelum ini.

Tapi..Mengapa ada rasa itu? Rasa yang membuatkan seketul Lovely Scarlett jadi resah, jiwa jadi kacau bilau..Seolah Marco Arjuna itu sang malaikat pencabut nyawa, rasa gentar pula mahu bertemu empat mata. Why? Mungkinkah kerana amaran Stone, atau kerana tingkah laku pelik Intan Natasha?

Lovely kembali melabuhkan punggung di kerusi. Cuba menenangkan hati yang mulai kacau bilau. Rileks Love.. Kau sudah biasa melakukannya bukan? Yang penting pamerkan ketenangan, bertindak penuh keyakinan..Jangan biarkan musuh melihat walau sekelumitpun rasa takut!

“Cik Love?”

Tubuh automatik menegak! Jantung berdegup laju, seperti baru selesai larian lintang pukang akibat dikejar anjing gila. Berat sungguh mahu memusing badan untuk memandang ke belakang, di mana punca suara itu berada.

“Eh?!” Terpacul sekerat kata dari bibir Lovely sebaik saja bola mata bertaut dengan seseorang.

“Why alone? Mana Puan Intan?”

Nafas lega terhembus keluar dari mulut. Lovely menggosok belakang tengkuk dengan kekok, otak cuba mencipta alasan bernas untuk menjawab soalan itu.

“Err…Intan Natasha ke tandas. Encik Herman buat apa kat sini? Marco Arjuna tak jadi datang ke?”

Bola mata terus bergolek. Ada rasa kecewa bertandang, terasa diri dipermainkan. Terasa penat lelah seharian cuma sia-sia. Sakitnya hati hanya Tuhan yang tahu. Punggung dihempaskan atas kerusi. Wajah ditarik kelat.

“Adakah cik Love cuba mempermainkan klien saya?” Lovely menjeling sebal. Amboi.. Kemain menuduh si tua bangka ni! Hati terasa mahu meletup saat itu..Marah sangat ni!

“Jangan cakap sembarangan ya. Aku dah cukup bersusah payah atur temujanji ni! Yang kau datang lenggang kangkung seorang diri ni pehal?!! Kau ingat Intan nak jumpa kau ke hah?!! Nak main Hide and Seek sangat? Kau bagitau Marco Polo tak guna tu..Kalau perangai macam hantu jerangkung, sambil lewa tak fikirkan usaha orang lain macam ni…Sila meninggal!! Aku tak teringinlah walau satu sen berkerak pun duit dia tu..Boleh pergi mampus!!”

Bila seketul Lovely Scarlett sudah terbakar, kurang ajar jadinya..Dia kisah apa, seharian dia bersusah payah ikut kemahuan Intan Natasha, alih-alih ini yang dia dapat? Apa dia nak jawab bila Intan datang nanti?

Encik Herman terus terdiam. Terbeliak bola mata menatap wajah merah padam Lovely. Terkial-kial Herman melonggarkan tali leher yang membelit sebatang lehernya. Tiba-tiba sukar pula mahu menarik nafas.

“Bullying an old man..It’s not so nice, brave girl! But I kinda like you…a lot!”

Suara penuh maskulin yang tiba-tiba menyergah buat seluruh sendi Lovely seolah terkena renjatan elektrik. Suara itu….Why bisa menghadirkan getar di dalam jiwa?

“Hello Lovely Scarlett, I’m Marco Arjuna..Not Marco Polo, but when I hear your sweet voice uttering that name..I fell in love all of sudden..We..Finally meet!”

Satu figura sasa, bersuit hitam dan memakai topi koboi serta cermin mata gelap menghampiri. Degupan semakin menggila, dada terasa mahu meletup saat itu. Dalam kepanikan, bola mata naik mahu menatap seraut wajah yang agak tersembunyi itu.

Marco Arjuna…Siapa lelaki misteri itu?

Terasa panahan tajam bola mata di sebalik kaca mata gelap itu menusuk hingga ke relung hati. Badan tiba-tiba menggigil, peluh sejuk merembes keluar dari salur peluh. No…Not in front of this man Lovely..Be strong!!!

“Lovely Scarlett…Love…”

Suara gemersik penuh maskulin itu terus memanah, menusuk kalbu! Gila penangan lelaki ini.. Lovely berundur setapak. Bola mata masih terpaku pada seraut wajah terukir sempurna itu.. Tiada cacat cela..What a perfect creation!

“Love?” Tangan dihulur, menunggu jemari Lovely menyambutnya.

Tenang..Jangan kasi ketara kegugupan! Hati separuh mati memujuk. Celakanya Marco Arjuna, seolah dapat menangkap kegugupan Lovely..Terus mara merapatkan jurang. Penampilan itu…Seraut wajah itu..Wangian yang terbit dari tubuh itu… Arghh!!!

“Tak sudi?” Marco semakin mendesak, tangan diajukan semula di depan Lovely.

Tenang duhai hati..Pleaselahh…

Hanya mampu menahan rasa bila jemari yang jelas menggeletar diangkat untuk bersalam dengan Marco Arjuna. Marco mengenggam erat tangan Lovely, sentuhan yang menyentakkan seluruh tubuh Lovely dengan renjatan elektrik voltan tinggi.

“Lovee!!”

Ini perkara paling memalukan dalam hidup, tapi apakan daya.. Dia juga tidak mampu mengawal reaksi tubuh badan yang tiba-tiba jadi lemah.

Pandangan bertukar jadi gelap gelita!

Still missing huhu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience