24 You Must Love Me!

Crime Completed 131702

Kejam? Dia tak kejam..Cuma desperate atau dalam erti kata lain...Terdesak! Apa yang menyebabkan dia sangat terdesak? Entah, itu yang membingungkan seorang Lovely Scarlett! Dia boleh saja lupakan semuanya dan teruskan hidup seperti sebelum kemunculan lelaki itu dalam hidupnya bukan?

Risau apa bossku, dia tetiba jadi orang kaya pula, duit berkepuk-kepuk masuk dalam akaun bank, rasanya tiada yang lebih bertuah dari dia! Bangun-bangun je terus kaya, mujur tak mati kena serangan jantung. Istilah merempat tak mungkin wujud biar lelaki itu lenyap ditelan bumi sekalipun, iya kan? But then..Why?!! Apa sebenarnya yang dia mahu dari lelaki itu hingga sanggup menculik dan menyembunyikan lelaki itu di dalam salah sebuah apartment di bangunan tempat tinggalnya? Yes! Satu bangunan itu telah dibeli tanpa pengetahuan sesiapa.

Tujuan cuma satu, demi memastikan rancangan gilanya berjaya..Lovely..Lovely..Dia memang sudah hilang akal agaknya. Semua kerana seorang lelaki! Bangun ketika hari masih gelap, dengan semangat berkobar-kobar yang luarbiasa..Berdandan secantik mungkin untuk bertemu dengan mangsa yang dia culik dengan cara paling licik. Aneh!! Perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Pintu besi kalis bunyi dengan auto lock yang hanya boleh dibuka dengan password dihampiri, baru je ditukar! Sebelum ni cuma pintu kayu yang kelihatan sudah usang. Sebuah apartment yang hanya berdepan dengan apartment Lovely. Senyuman bahagia meleret di wajah ketika melangkah masuk. Langkah terus dituju ke master bedroom. Apartment kecil tersebut cuma ada dua buah bilik, dua bilik air, sebuah dapur dan ruang tamu yang sempit. Terdapat juga beranda kecil tempat menyidai pakaian.

Keadaan dalam bilik gelap gelita walaupun hari sudah siang. Tabir blackout warna gelap tambah menyuramkan suasana dalam bilik. Lovely menekan sius lampu. Ahh..Dah sedar rupanya si tampan tu. Sedang duduk bersandar di kepala katil. Kedua belah pergelangan tangan dirantai. Sengaja bagi rantai tu panjang, supaya mudah bergerak untuk mandi dan ke tandas. Rantai besi yang hujungnya melekat utuh pada dinding. Betul-betul macam tawanan huhu..

Kepala tersandar, lengan atas dahi dengan mata tertutup rapat. Sedar akan kehadiran Lovely namun langsung tak menoleh. Tetap statik di kedudukan asal, tak bergerak langsung! Lovely menarik kerusi lalu duduk bersebelahan dengan birai katil.

"Kau...Bahagia?"

Lovely tersentak! Itu pertanyaan pertama yang terletus dari bibir seksi itu setelah sekian lama menghilangkan diri?

"Maksud kau..Aku bahagia dengan dunia baru yang kau cipta khusus untuk aku selepas aku sedarkan diri?" Ada kesinisan di situ!

Lelaki itu tergelak kecil. Masih statik, sikitpun tak pandang Lovely.

"Kau suka wang bukan? Kau bebas lakukan apa saja..Semua kembali seperti sediakala, tiada bahaya mengejar..Tiada musuh memburu!"

"So..Duit kau yang penuhkan bank aku! Of course, hanya Ren Raizen yang mampu melakukan semua itu."

Ren Raizen menarik nafas, naik tinggi dada sasa itu..Dalam sungguh tarikan, takut tak kecukupan oksigen ke tu?

"Penuh?! Aku tak faham! Kalau penuh, apa lagi tak cukup? Mengapa masih buat kerja gila dan merbahaya tu?!!"

Aahh..Terus terukir senyum bahagia di wajah Lovely. Ternyata nalurinya benar, Ren Raizen tidak pernah meninggalkannya...Mengekori tanpa dilihat, menjaga tanpa dipinta! Rasa nak terbang di awan yang terbentang luas tapi mustahil pulak kan, ke bergolek-golek hingga muntah hijau di padang rumput yang tak bertepi..Ah, over sangat!

"You don't know? Or just pretend to be stupid? Ren Raizen...Why? Out of all those stupid games, why Hide-and-seek?"

Ren tergelak dengan sinis. Kelopak mata terkuak luas, sepasang iris cantik warna coklat jernih memandang tajam ke anak mata Lovely. Terpegun Lovely buat seketika, menikmati keindahan mata yang mengasyikkan.. Menenangkan..Tak puas dipandang! Ren Raizen adalah definisi kesempurnaan yang sebenar..Dari hujung rambut ke hujung kaki.. Semuanya mengagumkan! Ke Lovely je yang melebih-lebih memuja huhu..

"I don't play shit! I'd rather call it..A punishment! I should just kill you back then..Because of your stupidity, we almost got killed!"

Tatapan Ren berubah jadi bengis. Kalau saja Ren tidak dirantai, agaknya dah lama leher Lovely hancur dicekik. Lovely menolak kerusi ke belakang, langkah berhati-hati tu! Namun, melihat Ren masih statik, Lovely menghela nafas lega.

Lovely ketap bibir. Punishment huh? Yala tu! Dia hampir mati menanggung rasa! Pedih dan perit seakan jiwa disayat-sayat belati tajam..

"Now I caught you, the game has ended right? It's my turn to choose a game Ren Raizen, like it or not, I don't give you a choice!"

Ren menyungging senyum senget sambil menjungkit tinggi sebelah kening...Damn, he's soo gorgeous!! Macam samseng Italian berambut brown! Bezanya sideburn Ren ditrim nipis, dagu dan atas bibir juga licin..Arghh!! Why so sempurna mamat mafia di depan dia ni?!!

"Okay!" Huish..Tak banyak songeh pulak, tak macam sebelum ni! Good!

Lovely menyeluk wang syiling lima puluh sen dari dalam kocek seluar.

"Truth or Dare! Aku bunga kau wau.." Usai berkata, Lovely membaling syiling ke udara lalu menyambut syiling tersebut dengan tapak tangan.

"Wau! Now choose Ren..Truth..or dare!" Lovely menayangkan permukaan syiling di hadapan Ren sambil berkata.

"Truth!"

Lovely nerenung tajam sepasang mata indah itu.

"You're the one who shot me right? Kau memang tak berniat mahu bunuh Raqiel, target utama kau adalah aku, betul tak Ren Raizen? But how did you do that? You got shot, I saw it!"

Macamana Lovely tahu penembak itu adalah Ren Raizen? Dia melihatnya! Ren sengaja menyasarkan arah muncung pistol ketika melepaskan tembakan. Seolah sudah dapat agak yang Lovely pasti akan menyelamatkan Raqiel Amoris!

"Lakonan! Aku pakai baju kalis peluru..Darah tu cuma air sirap pekat. Kau pengkhianat, hukuman untuk pengkhianat...Mati!"

"Tapi kau tak lakukannya! Kau sengaja babaskan tembakan. Why?"

"Throw the coin Love. Truth has ended!"

Damn!

Dengan berat hati, Lovely melontar syiling ke udara lalu menangkap syiling tersebut. Senyuman kembali meleret di wajah.

"Truth or Dare?" Permukaan syiling ditunjukkan pada Ren.

Cemberut terus wajah tampan Ren.

"Truth!"

"Now jawab soalan aku tu!"

"Aku tak sanggup lakukan!"

"Why? Bukankah pengkhianat harus dibunuh?"

"Aku percaya kau takkan khianati aku. Aku yakin kau takkan sanggup lakukan, sama seperti aku! Apa yang kau lihat antara aku dan Cindy..Jujur, aku tak sentuh perempuan tu. Dia datang cuba menggoda. Aku tak sempat tolak kau masuk tiba-tiba. Masa aku mahu lepaskan tembakan, benda tu bermain di fikiran..Bahawa kau...Takkan sanggup khianati aku, walaupun Raqiel cinta pertama kau, seperti aku tak sanggup lakukannya walaupun Cindy pernah jadi penghuni di hati aku. That's why aku tak bunuh kau."

Lovely terpaku kaku, hilang kata-kata bila dengar penjelasan Ren yang baginya menyentuh sampai ke dasar jiwa. See? Bagaimanalah Lovely tak jatuh cinta dengan mamat ni? Sejahat-jahat Ren Raizen, dia punya sekeping hati yang tulus..Ren buang wajah bila melihat bola mata Lovely mulai merah berkaca-kaca..Argh! Perempuan..

"Throw the coin, ugly!!"

Aik?!! Dah ke mana sweet talker tadi? Bencii!!!

"Hahaha..Again! Truth or Dare?!" Nampaknya Tuhan pun menyebelahi Lovely kot, asyik Ren je terkena.

"You're cheating kan?!! Bagi aku! Tadi tu tak aci!!" Wajah Ren mulai tegang, pantas jemari merampas syiling di tangan Lovely.

Ren terus membaling syiling ke udara. Bila tapak tangan terkuak, wajah Ren semakin menyinga. Lovely ketawa terbahak-bahak, sampai mengalir air mata!

"Dare!" Kasar sungguh, macam nak telan orang!

Dare huh?! Senyuman mulai berubah corak. Ren kerut dahi, seolah dapat baca perubahan wajah Lovely...Musang licik!

"I dare you...." Lovely bingkas bangun.

Ren gigit bibir bawah bila Lovely mulai membuka butang baju di hadapannya. Dress yang dipakai berbutang dari atas sampai ke bawah.

"....To tell me honestly about your feelings towards me Ren Raizen!"

Argh! Perempuan ni memang licik..Ren mulai memaki dalan hati. Asyik-asyik pasang jerat! Asyik-asyik dia terjerat! Bagaimana mahu melepaskan diri? Ren terus telan air liur bila Lovely mulai mendekati, dengan hanya memakai pakaian dalam yang nipis dan sangat jarang. CELAKA! Perempuan licik ni memang dah plan cantik-cantik untuk kenakan dia!! Kuatkan semangat Ren Raizen, jangan tewas dengan musang betina ni!

"I dare you Ren Raizen..."

Urghh! Lovely dah mulai memanjat naik lalu duduk di riba Ren Raizen. Biar dikata gedik, tak kisah!! Dia dah lalui semua itu bersama Ren! Mereka masih pasangan suami isteri yang sah. Jadi malu apa bossku?! Dia perlu tahu perasaan Ren yang sebenar terhadapnya, jadi bolehlah dia jalankan misi seterusnya haha..Mampus kau Ren Raizen..Mahu lari ke mana? Once kau masuk dalam cengkaman Lovely Scarlett, kau takkan bisa cari jalan keluar!

"Answer me handsome..Do you love me?" Berbisik gedik sambil mulai mencium leher Ren.

Urghh!! Ren terusan mengetap bibir. Jemari mencengkam kuat cadar putih berbunga kecil warna biru yang membalut tilam di sisinya.

"I...I don't love, Love!"

"Sure?"

"100 percent!"

Bibir mulai bermain di belakang cuping telinga Ren. Terletus erangan berahi Ren Raizen. Perempuan ni sengaja nak mendera perasaan! Jemari runcing Lovely menjalar ke kawasan sensitif. Ren mulai jadi cacing kepanasan, tambahan lagi bila tubuh hangat Lovely terusan menggesel kulit..Arghh!! Bagaimana dia mampu bertahan kalau terusan diasak oleh bidadari neraka ni?

"Stop!"

"The game hasn't ended Ren.."

Arghh!!!

Lovely terusan menyerang dengan bibir, lidah dan jemarinya. Habis melorot pakaian yang membaluti tubuh Ren. Setiap lengkuk tubuh sasa itu diterokai Lovely, hingga Ren sudah hampir hilang kawalan diri . Bahu Lovely dicengkam, Ren berniat mahu menukar posisi mereka, malangnya Lovely lebih pantas. Segera dikunci pergerakan Ren. Kedua belah tangan
Ren dililit dengan rantai lalu Lovely tolak ke atas kepala Ren. Terpinga-pinga Ren dibuatnya. Savage!!

"I am the king who's going to rule this game, not you sweetheart!"

Arghhh!!!!

Ren Raizen mulai meronta.

"Spill it Ren Raizen!! You love me right?!!"

Bukankah itu memaksa namanya? Lovely Scarlett memang sudah gila!!

"I said I don't..."

Kata-kata Ren Raizen tidak dapat diteruskan bila bibir Lovely mendarat laju di bibirnya. Hilang terus amarah di hati. Pantas je Ren membalas ciuman itu. Lupa yang dia adalah tawanan! Mereka tenggelam dalam ciuman penuh mengasyikkan.

"Let me in.." Ren Raizen mulai merayu, sudah tidak mampu menahan rasa berahi yang membuak-buak.

"I'll let you have me when the game ended.."

"I already told you, I don't love.."

"But you must love me to have me!"

"I don't love!"

"Why?!!"

"Because I hate women!! Wanita yang menyebabkan aku lahir ke dunia mengandung anak dari benih lelaki lain dan lari meninggalkan ayah dan aku yang masih terlalu kecil untuk memahami semua itu!!"

Lovely terus menarik wajah menjauhi Ren Raizen. Ren melarikan mata. Cuba menyembunyikan kesedihan di sebalik mata indah menawan miliknya.

Ren Raizen juga manusia biasa. Nyata kisah hidupnya tak seindah seperti yang Lovely bayangkan selama ini. Pipi Ren disentuh lembut lalu ditolak perlahan menghadap wajah Lovely. Bola mata mereka bertembung.

"But you trust me.." Bisik Lovely, lembut membuai jiwa.

"It's different!" Masih berkeras.

"Different? Why did you keep following me like a maniac Ren Raizen? Why pampered me with money and care?" Tak puas hati!

"Because you are my wife." Masih mempertahankan hujah.

"Why did you marry me?" Tak mati akal lagi you, biar dikorek hingga ke akar umbi!

Sebuah senyum kecil terukir di wajah tampan Ren Raizen.

"I chose dare, wasn't I?"

Damn this cunning bastard!! Lovely mendengus geram.

"I want you to love me Ren Raizen..You...Must... Love me!!"

"I care!" Ren jawab pendek sambil merenung Lovely dengan pandangan tajam menikam.

"You care because you love me!" Aah, paksa!!

Ren terusan memaku pandangan tajam hingga menghadirkan segaris getar di hati Lovely.

"I care because it's what I supposed to do as a husband.."

Arghhh!!! Still bertahan? Hati konkrit, takde perasaan..Sah lelaki dari neraka! Baiklah wahai Ren Raizen..Jangan kata dia kejam pulak nanti!

"Then..You don't love me.." Sengaja menguji!

Wajah Ren Raizen terus berubah..Sukar sebenarnya Lovely mentafsir riak wajah tampan tersebut, asyik beku memanjang! Namun sempat lihat segaris kesal pada sinar mata Ren sebelum lelaki itu melarikan bola mata.

"I...I'm going to let you go Love...Aku...tak boleh beri apa yang kau mahu bukan? I should never barged in from the beginning.. Let's just end this!"

End this? Marak bola mata Lovely, berapi-api bola matanya memandang Ren Raizen yang turut memandang Lovely tanpa perasaan..Dasar lelaki dari neraka! Semudah itu mahu menamatkan semuanya setelah dia sudah mulai menyayangi? In your dream Ren Raizen!! Laju jemari runcing Lovely merampas kasar syiling dari tangan Ren. Melambung dan menangkap syiling itu dengan pantas. Senyum kecil tersungging..Bagus benar nasib Lovely! Ren menarik wajah masam.

"Truth or Dare?"

Ren Raizen berfikir sejenak.

"Truth!"

'Putra...That damn boy who took my virginity.. It wasn't Kenjiy...I still remember those eyes, the way he looked at me back then..." Lovely diam seketika, merapatkan wajah pada Ren Raizen, hingga tersekat-sekat Ren menarik nafas.

"They were full of sadness..Those eyes... He was crying inside.."

Ren renung Lovely dengan tajam. Dalam hati berkecamuk!

"Be honest Ren..... "

Semakin tak senang Ren dibuatnya.

"You are Putra, aren't you?"

Ren Raizen terpaku, hanya bola matanya bersinar dengan cahaya yang sukar ditafsir
oleh Lovely, penuh misteri!

Ren is bak!! Get ready guys..Lepas ni bnyk plot twist huhu, yg x terjangka mungkin menyelit..Jgn mrh kite ye,.plot ceta mmg lagu tu hehe..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience