22 Connect The Dots

Crime Completed 131702

Semuanya seperti mimpi!

Sebulan...Dia hampir gila meneruskan pencarian yang akhirnya cuma sia-sia. Ren Raizen seolah tidak pernah wujud, begitu juga dengan The Black Sapphire yang terkenal dengan kekejaman! Raqiel Amoris hilang tanpa dapat dikesan radar. Bahkan The Red Dragon tiba-tiba sepi, seperti Black Sapphire, seolah tidak pernah wujud. Hampir dia tidak mampu meneruskan hidup. Menghadiri kuliah dengan separuh jiwa, tu pun kalau bukan kerana Kesha, dia pasti tidak mampu melakukannya!

Dua bulan...Semangat mulai pulih walaupun tidak sepenuhnya..Masa ni, Lovely dapat tahu yang duit dalam banknya yang selama ini hampir mencecah zero, tiba-tiba berkepuk-kepuk hingga mencecah puluh juta! Gila!!! Hampir Lovely pengsan di kaunter bank.. Bila disiasat, kononnya duit itu dimasukkan atas nama arwah ibu..Boleh percaya ke?

Celaka mereka!! Nak bodohkan orang pun agak-agaklah! Rumah sewa yang sejak kecil dia dan arwah ibu huni, namun akhirnya mereka dihalau lantaran ibu tak mampu bayar sewa tiba-tiba dah bertukar hak milik, jadi milik Lovely sepenuhnya. Menurut Kesha, Lovely beli cash sebaik saja mewarisi harta peninggalan ibu. Ternganga Lovely mendengarnya, ianya sungguh tak masuk akal! Namun mulut dikunci rapat-rapat...Kita perhati je laa kan sejauh mana permainan ini!

Tiga bulan seterusnya sehinggalah sekarang, hampir setahun lebih berlalu...

Lovely Scarlett baru selesai menjalani latihan praktikal atau dalam bidang undang-undang dikenali sebagai chambering, sedang menunggu lesen dan dipanggil ke mahkamah bagi melayakkan dia menjadi seorang peguam. Cita-cita hampir digapai, sepatutnya dia sangat gembira dan teruja bukan? Tapi mengapa jiwa terasa kosong? Dia benar tiada rasa teruja mahu teruskan semua itu..

"Owhh Loveee!! We've got a case, dengar khabar kaki pukul, memang terkenal di kelab-kelab malam, kaki perempuan...Kau pasti suka!"

Lovely pantas menyambar fail yang dihulur Kesha. Obsesi Lovely terhadap dunia gengster dan mafia semakin menjadi-jadi semenjak dua menjak ni...Dia sudah seperti seorang pemburu! Pemburu cinta huhu..

Dan yes! Mereka masih aktif menjalankan bisnes sampingan mereka, sementara menanti bergelar sebagai peguam secara sah! Nak buat macamana kan, sama-sama sekepala. Bukan tak pernah berhadapan dengan bahaya, malah hampir maut pun pernah..Tapi tak pandai insaf-insaf!

"Accept the case Kesh!! This is it!!! Just wait you evil, ugliest monster of the hell!!!" Mulut terusan bergumam, membuatkan Kesha memandang hairan.

"Of course, dah accept pon! Yang kau terlebih emo ni pehal?"

Lovely terpempan, ehh! Ter-emolah pulak!! Terus pamer sengih senget..Malas nak cover!

"Erk! Tak..Takde apa-apa..Jomlah gerak.." Pantas badan ditegakkan. Buru-buru bingkas bangun.

Kelakuan pelik Lovely mengundang rasa curiga di hati Kesha. Kelam kabut mengejar Lovely yang sudah jauh di depan, pantas sungguh! Macam dikejar hantu!

Mereka tiba di depan sebuah kelab malam terkemuka. Menurut Kesha, kelab malam itu dimiliki oleh sebuah organisasi yang menjalankan kegiatan haram dan kelab malam itu merupakan pusat pada kegiatan yang dijalankan. Pelan asal, cuma duduk sekejap dan memerhati. Mengesan dan mengekori lelaki yang juga suami kepada klien mereka kerana menurut info, lelaki itu menghabiskan hampir setiap malam di kelab itu, kasihan isteri dan anak di rumah!

"Love! Over there..." Kesha menyenggol lengan Lovely sambil memuncungkan bibir ke satu arah.

Seorang lelaki yang baru tiba terus duduk di kaunter bar sambil bercakap dengan bartender yang sedang bertugas. Walaupun keadaan dalam kelab agak malap sedikit namun kawasan kaunter minuman diterangi dengan lampu-lampu berwarna warni jadi wajah lelaki itu memang dapat dilihat dengan jelas oleh mereka berdua.

"Tu..Mata tengah meliar, mencari mangsa lah tu!" Cemuh Kesha dengan riak meluat.

Lovely memerhati keadaan sekeliling. Yup! Kelab tersebut rata-ratanya dipenuhi wanita, tak kira tua, muda belia dan mungkin ada yang masih bawah umur berselindung di sebalik mekap tebal..Berada di tempat seperti itu, pasti seperti mereka...Punya tujuan atau saja terdesak dan terperangkap! Kalau setakat berhibur, banyak lagi kelab malam yang lebih selamat berbanding tempat tersebut.

Bukan sahaja di bawah, malahan tingkat atas yang biasanya dipenuhi oleh golongan VVIP juga padat dengan manusia. Bola mata Lovely terus meliar ke bahagian atas. Seperti ada tarikan magnet di situ. Dia rasa sedang diperhati! Ada mata sedang mengawasi setiap gerak gerinya. Siapa? Hati mulai bedebar..

"Kesh..Kau tak rasa seperti sedang diperhati ke?" Lovely berbisik dengan suara agak kuat di telinga Kesha. Bunyi musik yang berdentum-dentam menyukarkan perbualan, dah namanya tempat berhibur kan, nak duduk berbual baik pergi kedai kopi huhu..

"Laa, gadis macam kita ni..Tak hairan sedang diperhati Love oii...Jap lagi adalah yang datang menebar jala!" Selamba Kesha jawab, siap sengih beruk!

Amboi, minah sorang ni perasan betul! Tapi betul kut, tak lama kemudian mereka didatangi oleh dua orang jejaka, siap membawa minuman lalu mempelawa mereka minum. Tanpa dijemput terus duduk di depan mereka lagi. Kesha je yang rajin melayan, Lovely buat endah tak endah, masih sibuk memerhati.

Bila lelaki yang menyebabkan dia dan Kesha berada di situ mulai bergerak meninggalkan tempat duduk, Lovely pantas menyiku Kesha. Tidak mahu kehilangan jejak, Lovely bingkas bangun. Kesha kelam kabut mengejar.

"Cepat!" Kesha melangkah besar-besar, cuba mengejar di belakang.

Lelaki itu terus bergerak menuju ke belakang. Tertanya juga, apa je yang menarik dekat belakang tu, cuma ada tandas je. Ketika berada di kawasan belakang, baru Lovely dan Kesha faham..Kawasan belakang memang agak gelap, rupanya menjadi sarang maksiat bagi pasangan bukan sahaja berlainan jantina malah sejantina.

Berbulu mata melihat pelbagai aksi mengghairahkan, ada yang separuh bogel malah yang bogel terus pun ada huhu..Tak malu langsung! Ada yang masih waras, ada yang di bawah pengaruh alkohol tidak kurang juga yang telah dipengaruhi dadah.

Dan baru mereka berdua faham mengapa lelaki itu kelam kabut ke situ. Rupanya ada wanita seksi sedang menunggunya. Lovely dan Kesha bertatapan buat seketika. Kemudian memandang ke arah lelaki yang sudah mulai bercumbuan dengan wanita tersebut.

"Menyampah!" Maki Kesha dengan geram.

Bukan hanya Kesha, Lovely juga sakit hati! Dia sudah baca maklumat peribadi lelaki yang diberi nama Shak tu. Baru tiga tahun mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihan sendiri dan dikurniakan sepasang anak yang masih kecil dan comel. Tiga tahun tu, bukan sepuluh tahun! Orang lain mungkin masih di ambang bulan madu, apalagi kalau memang saling mencintai kan?

Manusia seperti Shak ni memang jenis tak reti bersyukur kot, dah ada isteri cantik menunggu di rumah, malar makan luar! Manusia jenis ni memang patut diajar supaya tahu menghargai seorang isteri yang telah banyak berkorban, sanggup bertarung nyawa melahirkan zuriat buat suami!

Lovely mengetap rahang, menahan geram! Hati bagai disayat-sayat bila teringat perasaan isteri Shak yang sering ditinggalkan seorang diri di rumah, mengurus anak-anak yang masih kecil tanpa bantuan seorang suami. Bila sering luka dilukai, hati mulai tawar dan akhirnya membuat keputusan untuk mengumpul bukti dan meminta cerai..Itulah yang sepatutnya dilakukan sejak awal. Tak perlu tunggu sehingga jiwa benar-benar tersiksa baru mahu mengambil tindakan. Jadi perempuan harus kuat! Jangan mudah dibuli oleh lelaki.

"Kesh! Panggil Karl dan Stone kemari..Aku nak ajar sikit mamat celaka tu!"

Karl dan Stone merupakan dua jejaka sasa yang sering datang membantu ketika mereka berdua menjalankan misi. Kebetulan ditemui dalam satu misi agak merbahaya yang juga melibatkan salah seorang ahli kongsi gelap. Nyata, misi mereka sama iaitu mengajar manusia-manusia yang curang dan tidak tahu menghargai pasangan. Karl dan Stone dua manusia yang mempunyai kisah hidup lebih kurang sama, kehilangan ibu dan adik perempuan akibat manusia yang dicintai curang.

"Kau nak buat apa?" Tanya Kesha namun henfon sudah di tangan, mahu menelefon Karl dan Stone.

"Sekiranya perkiraan aku tepat, lelaki itu mungkin jatuh ke tangan aku..Kalau gagal, terpaksa lah kita balik berputih mata malam ni."

Usai berkata, Lovely ukir senyum senget lalu kenyit mata. Langkah dibuka menghampiri Shak dan perempuan yang sedang asyik memadu kasih tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Kesha angguk faham.

Lentok badan sangat menggiurkan, wajah penuh menggoda. Ya, Lovely memang sengaja buat begitu. Sengaja berjalan begitu dekat hingga melanggar tubuh Shak. Terkejut, Shak pantas memusingkan badan. Lovely merebahkan tubuh, tangan pantas memeluk belakang tengkuk Shak. Seketika kemudian, Lovely sudah masuk ke dalam pelukan Shak.

Lovely merapatkan wajah, merenung Shak yang kelihatan terpegun dengan sinar mata dipenuhi nafsu. Menjelajah ke seluruh tubuh Lovely sambil menjilat bibir. Memang dasar lelaki bangsat!! Barusan bergomol dengan perempuan, masih bernafsu lihat perempuan lain!

"Meet me outside, handsome!" Lovely berbisik di telinga, sempat menggesel hujung hidung di cuping telinga Shak. Keluar terus erangan garau dari bibir Shak, terangsang dengan perlakuan Lovely.

Lovely menolak lembut badan Shak menjauhinya lalu melangkah keluar dengan penuh anggun. Shak telan air liur berkali-kali, bulat matanya mengiringi pemergian Lovely. Punggung montok yang terliuk-liuk itu benar-benar buat Shak tak dapat menahan sabar.

Shak..Shak!! Lovely tersenyum lebar! Tak susah kerjanya bila berhadapan dengan lelaki yang memang dikuasai nafsu serakah. Cuma saja, Shak ni mungkin punya geng di kawasan tersebut, jadi dia dan Kesha perlu backup sekiranya berlaku apa-apa.

Sementara menanti kedatangan Shak di luar belakang bangunan kelab malam tersebut, Lovely memerhati keadaan sekeliling. Di suatu sudut yang agak tersembunyi, Kesha sedang mengawasi. Tidak lama kemudian, disusuli pula oleh Karl dan Stone. Memang tangkas sungguh dua mamat ni, cepat je muncul bila diperlukan.

Sedang khusyuk memerhati, satu figura melintas tidak jauh dari tempat mereka berada. Walaupun keadaan persekitaran agak gelap, namun beberapa lampu jalan yang malap dari kiri kanan lorong juga sinaran bulan yang agak terang pada malam itu cukup untuk kornea mata Lovely melihat dengan jelas. Berhoodie hitam pekat menyelubungi wajah, gaya jalan dengan kepala tunduk ke bawah seolah melihat langkah kaki sendiri dan kedua belah tangan dalam kocek seluar jeans ketat lusuh dan koyak rabak di bahagian paha hingga ke lutut.

Hampir tidak mampu menyedut oksigen akibat terkejut! Jantung hampir melompat keluar you! Tak tunggu lama, Lovely berlari mahu mengejar. Terus terlupa mengapa dia berada di situ!

"Love!! Kau nak ke mana?!" Kesha menjerkah di corong Airpods yang dipakai.

Belum sempat menjawab, lengan Lovely disambar dari arah belakang.

"Where do you think you're going sweetie? I'm here.."

Arghhh!!

Whyy?!! Mencanak sumpahan dalam hati buat lelaki yang tiba-tiba muncul di saat-saat genting macam ni!

"Love, we're ready!" Kesha pula menyampuk melalui corong Airpods huhu..

Lovely menoleh ke arah lorong gelap tidak jauh dari mereka...Sunyi!! Bayang-bayang lelaki berhoodie yang dilihat tadi sudah tiada. Sakit dada menahan sebak, air mata mulai bergenang, kornea mata berkaca-kaca.

Bola mata terus dipaku pada lelaki yang sudah berdiri begitu rapat dengannya. Lengan mulai memaut pinggang Lovely lantas ditarik untuk menghilangkan jurang antara mereka. Pantas kedua-dua belah tangan Lovely menapak di dada lelaki itu, cuba menahan badan dari melekap pada tubuh sasa di depannya.

"Sabar sayang..Kita punya banyak masa bukan? Let's know each other first.." Lovely tersenyum penuh makna.

"Sayangnya si cantik, saya bukan orang yang penyabar.." Pantas Lovely tolak wajah yang mulai mahu mencumbui tubuhnya.

"And I don't do shit with married man!" Wajah masih terhias dengan senyuman sinis, dalam hati berkarung sumpah seranah.

Shak tersentak lalu merenung tajam pada Lovely.

"So..You know me huh?"

"Nope, just guessing and I bet I'm right, aren't I?"

Shak mulai kelihatan gelabah. Pelukan di pinggang Lovely segera dilepaskan. Berundur setapak ke belakang lalu meraup wajah dengan cuak.

"Nampaknya kau masih sayangkan isteri kau.." Serkap Lovely bila lihat reaksi Shak.

"So..This is a trap? Did she send you here? Damn!! I'm leaving!!"

Shak bergegas mahu beredar namun segera ditahan oleh Lovely.

"Why did you hurt her Shak? You still loved her, I can still see it in your eyes. And she...She really loved you Shak!"

"You don't know anything about me, about her... About us!!!"

"Then tell me, I can help..What you need is to trust me.."

Amboi, ni nak menyiasat ke nak jadi kaunselor? Aduh! Ni bukan planning asal!

"I really hate that girl!! I've married an ugly ogre!! Dia sudah berubah, tak cantik, tak ramping dan berbau busuk!! Why?!! Gadis paling cantik, seksi dan sentiasa wangi masa kami bercinta dulu dah takde!! Yang ada dekat rumah aku sekarang cuma seorang raksasa hodoh yang buat aku nak muntah!!"

"So, that's why kau dera dia? Kau lepaskan semua kemarahan kau pada dia? Encik Shark, pernah tanya isteri tak mengapa dia jadi macam tu?"

Shak terdiam. Cuma bola mata merenung kosong pada Lovely.

"Sebab kau tak pernah bagi dia sokongan. Dia jadi macam tu disebabkan kau. Kalau betul kau masih cintakan isteri kau, luangkan masa bersama dia, Shak. Bantu dia menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Bawa dia ke gym, beli vitamin dan jamu untuk isteri, bawa dia ke spa..Kau lebih daripada mampu, daripada kau habiskan duit untuk perempuan yang cuma mahukan duit kau, lebih baik kau habiskan untuk isteri kau. Kau tahu cuma seorang isteri yang akan setia di samping suami, di masa senang mahupun susah..Bukan gadis-gadis yang kau tiduri di luar."

"Oh god! Dear Love..What are you doing?" Kesha mengeluh di corong speaker Airpods.

"Then help me..How much did she pay you? I'll double the payment if you can change her!"

"Double?" Laju je Lovely tanya balik, ingin kepastian. Kerja mudah, bayaran lumayan.. Siapa tak nak kan?

Shak mengangguk.

"Deal!"

"Mata duitan! Ni dah terbabas dari tujuan asal Lovely Scarlett!!" Gerutu Kesha, tak habis-habis menyampuk melalui speaker Airpods.

"If you can't change her, I'll hunt and kill you!"

Lovely terpempan! Namun belum sempat memberi respon, Shak sudah beredar dari situ. Tidak beberapa jauh Shak meninggalkan Lovely, muncul sekumpulan manusia yang kelihatan sedang melarikan diri dari sesuatu. Kedengaran bunyi tembakan dilepaskan. Shak kelihatan terkejut lantas duduk mencangkung sambil memeluk kepala.

"Love!! Runnn!!" Kesha menjerit panik di corong Airpods.

Lovely Scarlett terus pusing badan dan mahu berlari ke arah Kesha. Malangnya, belum sempat beberapa langkah dibuka, tubuhnya dirempuh oleh seseorang dari arah belakang. Mereka berdua jatuh bertindihan di atas jalan bersalut simen konkrit.

"Stay still!!" Suara serak-serak basah menerpa di corong telinga.

Berdiri bulu tengkuk bila menyedari lelaki asing itu sedang menindih tubuh Lovely yang tertiarap di atas jalan. Namun, bunyi tembakan bertalu-talu mematikan keinginan Lovely untuk mengetahui siapa lelaki tersebut. Bibir yang mulai terketar-ketar digigit kuat, manakala mata ditutup rapat-rapat. Saat itu dia betul-betul rasa dia kini berada di antara hidup atau mati sahaja!

Dari mana je semua samseng-samseng bersenjata api tu? Tiba-tiba muncul dan saling tembak-menembak, macam dalam wayang! Ke memang sedang dalam penggambaran? Ishh.. Menyempat!! Seketika kemudian, suasana hingar bingar mulai berubah jadi sunyi sepi. Entahlah siapa yang dikejar dan siapa yang mengejar, sekadar lalu di lorong tersebut kot! Mujur tempat tu bukan laluan orang awam, kesian nyawa yang tak bersalah jadi korban akibat kerakusan manusia tadi huhu..

Lelaki yang menindih Lovely sudah bingkas bangun lalu menghulur tangan. Lovely yang masih terketar-ketar pantas mengalih kedudukan badan lalu mendongak.

"Ho...Hood....!!" Kata-kata tak mampu dihabiskan lantaran terkejut!

Hampir jatuh bila Lovely kelam kabut berdiri, mahu melihat dengan jarak lebih dekat wajah lelaki di sebalik hood itu. Merembes laju air mata..Tak dapat tahan..Tak nak tahan..Biar dia dianggap senteng, tak kisah!

Tak semena-mena, Lovely menerpa lantas memeluk erat tubuh sasa di depannya itu. Menangis teresak-esak, sungguh-sungguh Lovely lepaskan perasaan yang terbuku selama ini.

"Err....Why are you crying? Who...Who are you?"

Aik?!! Berhenti terus esakan sayu mendayu-dayu Lovely. Air mata pantas diseka. Lovely terus mentelaah figura di depannya. Perlahan, jemari menyentuh hood yang menutup wajah. Namun, pantas pula pergelangan tangan Lovely disambar oleh lelaki itu.

"What are you doing?" Kasar nada suara yang dilontar.

" It's you right?!! Tell me it's you!! Don't ever run away from me again..EVER!!!"

Dipeluk sekali lagi tubuh sasa itu, lebih erat! Wajah disembam di dada bidang lelaki itu lalu tangisan sayu mulai kedengaran lagi.

"What are you talking about? Do I know you?"

Celaka!! Kura-kura dalam perahu, sudah tahu buat tak tahu ya? Nak main tarik tali? Baik, ini Lovely Scarlett what!!

Lengan dengan pantas Lovely lingkarkan di belakang tengkuk lelaki itu. Tanpa sebarang amaran, Lovely tarik wajah itu menghampirinya. Ketika bibir hampir menyentuh bibir lelaki itu, hood yang menutup wajah melorot jatuh ke belakang.

"Ahhh!!!" Terkejut, pantas Lovely tolak tubuh lelaki itu jauh-jauh!!

Celaka, hampir bercium!!! Pantas Lovely cekup mulut! Tula, suka bertindak melulu..

"Kau...hampir...menodai aku..."

Arghhhh!!! Perlukah cakap macam tu?! Terus merah padam wajah Lovely. Akibat malu, kain di leher lelaki itu dipulas lalu Lovely tarik mendekatinya.

"Not again!" Keluh lelaki itu.

"Tell me, who are you? Who sent you here to save me?!!" Ahh, Lovely mulai mengganas akibat desperate plus malu hampir mencium orang yang tidak dikenali kah kah kah..

Lelaki itu mengukir senyum sinis. Mulai panas hati, Lovely menyondol celah kelangkang lelaki itu dengan tempurung lutut.

"Arghh!!" Terus keluar jeritan penuh kejantanan!

"Tell me!!" Sebelah lutut lagi diangkat, mahu menyerang sekali lagi.

"Let ma'man go you evil crazy witch!!!"

Ahhh....Tu dia!!!

Ada suara sumbang bergema di belakang mereka..

Sorry agak lambat update ya, target MandakZ actually daily atau selang sehari tp very the busy x smpt nak siapkan chapter..Sorry bebanyak, harap korang happy dgn chapter ni...muahhh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience