16 Doomed!

Crime Completed 136084

"Are you crazy? Why would you do that?!"

"Dunno!"

"You put your life in danger Putra!! Not only you, but Black Sapphire will be in danger too!!"

"That's not going to happen, I'll make sure of that!"

"You've changed!"

Lelaki yang sedang duduk berteleku itu mengeluh perlahan. Berubah? Tak kot! Dia cuma rasa dia melakukan apa yang patut! Lelaki yang sedang duduk bertentangan dengannya masih memaku pandangan tajam.

"Bila kau nak berterus terang Putra?"

Lelaki yang dipanggil Putra itu tunduk mengurut pelipis.

"Maksud kau?" Sengaja diprovokasi!

"Kau merancang segala-galanya...Sejak pertemuan pertama, kau terus memburu! Aku tak kisah kau nak buat apa Putra, tapi tindakan kau kali ini sangat merbahaya, sejujurnya aku tak setuju!"

Putra mengeluh lagi.

"Kau tahu akibatnya kalau kau teruskan perkara gila ini! Identiti kau akan terdedah Putra! Kau tahu mereka sedang rancak memburu kau sekaligus menumpaskan Black Sapphire. Itu yang kau mahu?"

"Tak! Aku..Tak tahu!"

"Jangan bertindak bodoh, aku nasihatkan kau undur diri sekarang..Tinggalkan semua tu! Kau punya tanggungjawab besar, banyak nyawa ahli akan terkorban. Jangan pentingkan diri Putra. Semua ahli berharap kau kembali seperti dulu, menjadi seorang leader yang mampu memimpin tanpa kelembutan, tanpa dipengaruhi oleh perasaan!"

Siapa yang dipengaruhi perasaan? Dia? Tak akan! Dengusan kuat terletus dari bibir.

"Adakah kau juga melihat aku semakin lemah kerana dipengaruhi perasaan?"

Lelaki di depannya mengeluh.

"Kau banyak berubah sejak akhir-akhir ini, kau tidak konsisten! Mengubah rancangan secara mengejut, tindakan kau banyak dipengaruhi oleh hal peribadi, kau tak sedar ke semua tu?"

Putra tunduk, keluhan kecil terletus lagi dari bibir.

"Jangan lakukannya Putra, aku mohon!"

"Aku akan berhati-hati."

"Dia dah jadi target musuh untuk dapatkan kau!"

"Dan aku yakin dia takkan khianati aku."

"What makes you so sure about that Putra? You'd been betrayed before, remember?"

"Aku yakin..Dia lain dari yang lain, I have to trust my instinct."

"Damn it Putra!!" Permukaan meja dihentak kuat! Wajah lelaki di depan Putra merah padam, menahan marah.

"Your instinct huh?!!" Ada kesinisan pada nada suara!

Putra angguk dengan penuh yakin. Kedua belah tapak tangan bertemu lalu menongkat dagu. Selamba dan tenang! Lelaki di depan mendengus sebal!

"Yes, my instinct! Aku yakin everything's going to be okay."

"Urghh! Whatever!! But remember, kalau sampai terjadi sesuatu dan membahayakan Black Sapphire, aku takkan berdiam diri, ingat tu!" Terus meluru lelaki itu keluar dengan wajah tegang dan jemari terkepal erat.


* * * * * * *

Lovely Scarlett kelihatan berbelah bagi mahu keluar dari perut kereta. Semalaman dia berfikir bagaimana mahu membuktikan bahawa dia bukanlah seperti yang dicanang oleh Belinda dan bapa tiri Belinda yang tak guna itu. Menjadi perempuan simpanan pada suami orang? Hahaha..Itu suami dia pulak! Suami tak guna yang tega sungguh lencunkan dia dalam laut, sampai termakan pasir dan tertelan air masin, lepas tu dengan selamba pergi tinggalkan dia terkulat-kulat bangun huhu..Kejam tak kejam?

Semalaman juga Lovely tertunggu-tunggu Ren muncul di rumah agam. Ingatkan nak ajak Ren datang ke kampus pagi itu untuk terangkan pada Puan Diana status hubungan mereka berdua..Dah surat kahwin mereka Lovely sendiri tak pernah nampak, Ren pernah kata surat tu dipegang oleh ayah Ren. Entahlah apa rasionalnya tindakan ayah Ren buat begitu!

Malangnya, mamat Chipsmore tu tak muncul-muncul sampailah ke pagi ini. Semua rancangan kilat Lovely hancur berkecai! Dia takkan lari dan bersembunyi. Masalah takkan selesai dengan cara itu bukan? Bertekad.. Lovely muncul depan kampus. Kemain semangat di rumah tadi, sekali sampai terus hilang entah ke mana semangat berkobar-kobarnya tadi huhu..

Suasana di kampus tenang seperti kebiasaannya. Ragu-ragu, Lovely mengorak langkah, menuju ke bangunan Hal Ehwal Pelajar. Cepat-cepat tunduk bila berpapasan dengan pelajar yang lalu lalang, tidak mahu diri jadi perhatian mahupun topik umpatan seperti sebelumnya.

"Kesian eh, tak sangka keluarga dia macam tu.."

"Nak kesian apanya? Padanlah diisytihar muflis dan harta disita..Ayah aku pernah cakap Dato Mokhtar itu memang terlibat dengan corruption, penipuan dan macam-macam lagi. Isteri dia tu lagi teruk tau, ke sana ke sini diusung lelaki, Dato Mokhtar tu je tak tahu..Semua businessman kenal benar dengan ibu Belinda tu!"

"Padanlah muka, Belinda tu kemain berlagak kat kampus, macam dialah paling cantik, paling kaya..Menyampah aku tengok!"

Tak sengaja terdengar perbualan sekumpulan pelajar perempuan yang sedang duduk berkumpul di tepi koridor. Senyuman kegembiraan tersungging di wajah.. Senang hati dengar perkhabaran itu! Hilang terus kemurungan. Ren Raizen..You're my annoying hero kah kah kah..

"Ehh Scarlett..Hai! Baru sampai ke? Sinilah kejap, join kitorang.." Terbengkok terus kening Lovely bila salah seorang dari kumpulan pelajar perempuan yang tengah membawang itu tiba-tiba menyapa mesra, macam dah kenal bertahun-tahun, padahal sebelum ini jangankan senyum, pandang pun tak sudi you!

Belum sempat menjawab, tangan ditarik oleh salah seorang dari mereka.

"Hey..Tak sangka kau kahwin muda kan? Seronoklah..Jeles aku! Patutlah bawa kereta mewah tukar-tukar setiap hari, bukan calang-calang suami kau eh..Ren Raizen, peneraju Darco Megah Holdings..Gila wei, syarikat gah yang digeruni, semakin mantap dibawah kendalian Ren!"

Urghh! Dia bukan berada di situ untuk dengar pujian melangit tentang lelaki tu kan? Bola mata diputar sebal! But wait!! Ba..Bagaimana mereka tahu tentang itu? Omo! Terus menegak badan dibuatnya.

"Hey Scarlett, kau ada gambar kahwin dalam henfon tak? Gambar Ren Raizen ke? Aku nak sangat tengok wajah lelaki misterius tu tau. Kata ayah aku, Ren seolah tak wujud sebab tiada siapa pernah nampak wajah sebenarnya, tak pernah muncul dalam mana-mana majlis korporat. Hanya pembantu yang dihantar. Aku dapat bayangkan wajah Ren Raizen yang sangat tampan..Tengok saja namanya..rare!" Pujian terus meniti dari bibir gadis-gadis di situ.

Api cemburu mulai membakar diri. Panas cuping telinga asyik-asyik nama Ren disebut-sebut!

"Scarlett..Bagilah kita tengok gambar Ren Raizen.."

Hamboii!!

Melebih!! Tapi kan..Baru tersedar tau, jangankan gambar kahwin, dia memang tidak punya walau sekeping pun gambar bersama Ren Raizen! Kahwin mereka hanya lafaz Aku Nikah pada sehelai kertas, lepas itu dia ditinggalkan depan pejabat pendaftaran, terkebil-kebil seorang diri huhu...Gambar Ren memang ada tersimpan dalam memori henfon, laa..Gambar seksi tulaa, dia sengaja simpan untuk ugut Ren jika perlu haha..Takleh jadi ni, nak juga ajak Ren wefie nanti! Terus terbayang wajah cemberut masam mengalahkan lemon bila Ren tarik wajah kena ajak wefie hahaha..Seksiii you!

"Love!!!!" Ahh..Lovely hembus nafas lega bila dengar suara jeritan tak jauh dari mereka.

"Got to go!" Pantas Lovely angkat kaki.

"Jangan lupa tau, next time bagi kita tengok gambar Ren okay?!!"

Never!!!

Hati kecil membentak! Dihampiri Kesha yang memandang hairan.

"Amboiii..Sejak kapan dibilang coba? Tiber jadi geng bahagian ayu-ayu, pehal?"

Tergelak kuat Lovely mendengar perlian Kesha.

"Deorang ajak membawang."

"Wow! Kau dah join geng kupas bawang rupanya."

"Tak, bawang dorang busuk! Aku tolong buang je hahaha..."

Kesha menyiku lengan Lovely.

"Sejak bila kau kahwin hah? Banyak rupanya aku tak tahu tentang bff aku ni huhu.." Wajah Kesha berubah mendung tak berawan.

"Maaf..Hal tu terlalu peribadi untuk aku kongsikan Kesh.." Dengan penuh ikhlas, Lovely meminta maaf.

"Takpe, at least aku dah tak salah sangka pada kau. Truth is, selama ni aku ingat kau ada sugar daddy..Tapi tulaa, itu hidup yang kau pilih, aku tiada hak nak campur sebab tu aku tak pernah tanya. Kini semuanya dah jelas, aku betul-betul lega kau tak seperti itu Love." Bahu Lovely dipeluk erat.

Terlakar senyum lebar di wajah Lovely.

"Thanks for understanding, Kesh!"

"Now, let me see who's that luckiest man.."

"Love too, but unfortunately..I can't."

"Why?"

"He never shows his face in front of people Kesh.."

Kesha membulatkan mata, merenung tidak percaya pada Lovely.

"Why? Sangat hodoh ke sangat kacak? Which one Love?"

Lovely tergelak, terasa hati digeletek bila dengar soalan yang dikemukakan Kesha. Geli hati!

"Dia biasa je Kesh..Cuma tak selesa jadi perhatian kut.."

"Weird! Macamana boleh jadi pewaris sebuah syarikat gah perkasa? Laki kau bukan calang-calang orangnya Love..Terkenal sampai luar negara! Sentiasa jadi perhatian..Macamana dia buat kerja? Jadi halimunan?"

Lovely angkat bahu. Dia sendiri hairan dengan Ren Raizen. Tapi tula, malas mahu memikirkan, pasti ada sebab di sebaliknya!

Berpisah bila Lovely masuk ke dalam bilik Puan Diana. Manis betul wajah Puan Diana menyambut kedatangan Lovely, bukan macam kemarin, ketat sampai ketam pun tak lalu nak panjat naik huhu..

"Lupakan salah faham kemarin tu ya, saya tak tahu yang hubungan awak dan ayah awak memang tak baik selama ini." Gaya percakapan juga turut berubah, lebih sopan dan menjaga perasaan, tak macam kemarin..banyak berbaur penghinaan...Manusia..Begitulah kan? Banyak yang memandang kedudukan dan harta untuk melayakkan seseorang itu dihormati, dikipas punggung hingga terasa diri berada tinggi di atas langit..

Bagaimana Ren Raizen lakukan semua itu dalam masa tak sampai 12 jam? Menakjubkan! Hati terusan melaungkan pujian..Argh!! Takleh jadi ni, bisa terjatuh cinta lama-lama!

"Tak sangka, Ren Raizen sendiri datang menerangkan segala-galanya. Suami awak memang sayangkan awak Scarlett..Bertuah sungguh.."

Seriously? Lovely bangun menegakkan badan tanpa disedari, macam bersedia nak nyanyi lagu kebangsaan pula!

"R..Ren da...datang?"

"Yes, dan ini pertama kali saya dapat lihat dari jarak dekat lelaki misteri yang menjadi sebutan ramai..Sayang, wajah disembunyikan di sebalik hood dan cermin mata gelap."

Ahhh..Itulah Ren Raizen! Bahaya juga penangan mafia tu, terkenal sampai universiti huhu.. Ingatkan setakat dunia korporat je!

Tamat waktu kuliah, Kesha sudah menunggu di luar dewan.

"So..Acane? Apa tindakan Puan Diana?" Terus diserbu dengan soalan!

Lovely angkat bahu, dia tidak tahu! Akibat terkejut, terus lupa bertanya tentang tindakan pihak universiti padanya..Takde kot, tengok je wajah Puan Diana ketika bercakap tentang Ren Raizen, penuh kagum!

"Hurm..Tak berani nak jentik ler tu! Darco tu, bukan level Sentosa Jaya Corps, bapa tiri si Belinda tu punya aka bapa kandung kau hehe.. Aku dengar syarikat tu dah tutup..muflis! Padan muka, karma dah datang menampar wajah tak sedar diri tu."

Yup! Dato Mokhtar muflis dan dipenjarakan 20 tahun. Bila itu terjadi, baru keluar cerita bahawa Dato Mokhtar tu cuma ayah tiri Belinda dalam kampus huhu..Selama ini bukan main bangga Belinda mengaku Dato Mokhtar itu ayahnya, tiada seorangpun yang tahu bahawa lelaki itu cuma ayah tiri, Belinda sememangnya bijak memutarbelit fakta sehinggalah Dato Mokhtar ditangkap. Betul dua beranak tu busuk hati, padan sangatlah dengan si tua bangka tak sedar diri tu..

"Eh, ada apa kat kampus hari ni ya? Apa yang meriah sangat dekat luar tu?" Suasana riuh bila pelajar mulai berkumpul di luar bangunan, iaitu kawasan perkarangan kampus.

"Ada penggambaran filem ke? Takpun ada artis datang..Jom Love, aku harap BTS, Lee Minho pun jadilah.."

Aii perempuan sorang ni kan! Angan-angan kalah Mat Jenin..Tak logik! Kalau iya pun ada artis KPop datang, pe kejadahnya tetiba muncul dekat kampus kan? Nak sambung belajar? Eh, tak mustahil bukan hehe...Tangan ditarik oleh Kesha. Hanya mengikut tanpa membantah, malas nak bertekak urat dengan minah ni sebenarnya, penat dapat hasil tiada..

Berada di luar dan melihat sebuah kereta sport mewah buatan luar negara sedang dikerumuni oleh pelajar perempuan rata-ratanya, bola mata Kesha dan Lovely automatik bertaut.

"Fuiyooo, kereta..Meletop!! Ya Tuhan, kabulkanlah permintaan aku..Harap itu Lee Minho!"

"Kau ni Kesh!" Pantas lengan menyiku pinggang Kesha.

Leher dipanjangkan untuk mengintai empunya kereta mewah itu. Pelajar pertukaran ke? Atau pensyarah baru? Hampir tertonggeng Lovely dibuatnya bila melihat kelibat tuan punya badan yang sedang bersandar penuh bergaya di tepi kereta mewah itu melambai padanya.

Damn, it's him!!

Tak sengaja tersedak air liur sendiri sampai terbatuk-batuk! Ngeri bila semua mata yang ada di situ menoleh ke arah Lovely. Kesha turut memandang hairan.

"Ar...tis tu....Lambai kat kau eh?"

Artis? Seriously? Kembang cuping telinga!

"Ehh betul aah dia lambai kat kau Love!! Jom cepat, baik punya business ni macam, klien super hot gila!!" Tanpa menunggu persetujuan Lovely, Kesha terus tarik tangan Lovely, tergesa-gesa mendapatkan jejaka yang masih rancak melambai siap pasang gaya dia paling macho di situ..Menjengkelkan! Kembang kornea mata memandang..

Ketika hampir dekat, hanya tinggal beberapa meter saja lagi, sebuah figura berpakaian seksi tiba-tiba melintas di tengah-tengah mereka dengan selamba badak. Lenggokan badan ala-ala peragawati atas pentas, punggung yang tak berapa nak montok terliuk ke kiri ke kanan. Tak sengaja eh bola mata tertancap pada bahagian-bahagian badan yang tertonjol keluar, sebab lalu depan mata huhu..

Seperti klishe dalam drama Melayu, kaki gadis seksi itu terpelecok betul-betul di hadapan si jejaka..Memang sengaja dilakukan! Siap dengan jeritan konon terkejut tapi kedengaran terover gedik sampai meremang bulu roma!

Sial!

Berbulu mata lihat lelaki itu menyambar pinggang si gadis untuk menyelamatkan gadis itu dari jatuh terhempas. Perluke hah?!! Napa tak biarkan saja perempuan gedik tu jatuh?!! Betul mendatangkan marah ah! Api cemburu mulai marak dalam diri. Lovely ketap bibir bawah, jemari siap dipatah-patahkan sebelum digenggam erat.

"Oh dear..My bad, aku tersilap langkah.. Maafkan aku ya...I'm Belinda by the way.."

Dah ke mana Hogan Jayden yang diagung-agungkan oleh Belinda si mulut longkang tu? Tambah bernanah hati bila lihat senyuman lebar yang terukir di wajah lelaki itu. Kemain ya...Memang kasanova level neraka!

"What's your name gorgeous?" Ahh.. Belinda dah mula masukkan jarum!

Lovely peluk tubuh. Dia perhati je perangai mamat tu sekarang...

Lelaki itu mengangkat kedua belah tangan bila lihat Belinda sudah stabil lalu undur menjauh. Wajah di sebalik hoodie dan cermin mata itu masih terhias dengan senyum, namun sudah tak selebar tadi. Kepala menoleh ke arah Lovely, riak wajah sedikit berubah bila lihat wajah kelat menyinga Lovely Scarlett.

"Arghh..Help me please...Rasanya. kaki I terseliuh..Sakit.." Licik betul manusia bernama Belinda ni!

Tiba-tiba menerpa ke arah lelaki itu lalu memeluk lengan sasa itu dengan erat. Badan sengaja dilekatkan pada badan sasa lelaki di depan. Bila dilihat macam pasangan kekasih sedang mabuk asmara!

"Terseliuh?" Ahh..Mamat ni dah mulai bagi respon ya? Jemari yang tergenggam mulai menggeletar.

"Ha'aah...Dekat sini.."

Arghhh!!! Ni betul dah keterlaluan!! Belinda sengaja tunduk, dada menggesel lengan mamat tu tau, depan mata! Dua buah gunung tu membelai kulit lengan lelaki itu...Sengaja tunduk nak bagi lelaki tu nampak lurah dendam dua gunung yang terbentuk cantik! ....Sampai telan air liur, celaka sungguh! Dah boleh agak dah bola mata di sebalik cermin hitam tu ke arah mana..Dasar lelaki!!

Tanpa fikir panjang, Lovely Scarlett mara mendekati Belinda.

"Jauhkan diri kau setan!!" Ikut hati mahu je ditarik rambut Belinda, namun hanya tangan yang disambar lalu ditarik sekuat hati.

"Kau buat apa ni Scarlett?!! Lepaslahh!!" Belinda meronta-ronta dengan sepenuh hati.

"Tolongg I..." Belinda mulai berlagak seperti seorang wanita berpenyakit depan lelaki itu.

"Perempuan ni gila...Tolong jauhkan dia dari I..Please you..I takut sangat!"

Okay baiklah! Lovely berdiri tegak depan dua manusia itu. Tangan Belinda dilepaskan. Belinda terhuyung hayang, lengan lelaki itu dipaut semula. Memang mantap, dah boleh terima anugerah pelakon terbaik! Lovely melintangkan tangan di dada, hanya menunggu dan perhati je apa bakal dilakukan oleh lelaki itu.

"What do you want me to do?" Mamat ni bagi respon lagi kan? Memang nak mampus!

"Jauhkan dia dari aku please! Perempuan tu jenis tak faham bahasa tau, kena berkasar untuk ajar perempuan tak tahu malu tu.."

Lovely menyungging senyum sinis...Belinda memang dasar perempuan hati busuk! Soo.. What will you do lelaki dari neraka? Dia dah tak sabar nak tengok ni!

Lelaki itu melepaskan pautan Belinda. Melangkah mendekati Lovely sambil melakar sebuah senyum senget, senyum penjahat tu!

"I don't care about people you know..."

Tangan Lovely disambar lalu ditarik kuat. Terkejut! Badan Lovely menghempap tubuh sasa itu.

"But not this woman!"

Rahang Lovely dicengkam, wajah ditolak ke atas. Celaka benar mamat ni tau!

"This is how I teach her a lesson!"

Bibir hangat merah seksi lelaki itu melekap laju di bibir Lovely.

Beku!

Cuba menarik wajah, belakang kepala digenggam erat, lelaki ini memang pakar pengunci pergerakan!

Sebuah kereta hitam yang sedari tadi terparkir di hujung jalan tidak jauh dari perkarangan kampus menurunkan cermin kereta bahagian pemandu perlahan-lahan. Sebuah kepala terjegil keluar, hanya separuh! Senyum sinis terlakar di wajah..

"So..It's you!!"

Tawa sinis terletus dari bibir.

"Ren Raizen..You're doomed!!"

Hi korang ^-^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience