Memandu dalam keadaan fikiran menerawang jauh sememangnya sangat merbahaya. Lovely sedar akan fakta itu. Beberapa kali pipi ditampar perlahan, cuba menyedarkan diri sendiri dan kembali ke alam nyata.
Terkejut sendiri bila kereta berhenti betul-betul di depan Darco Megah Holdings..Ah, keparat! Why here?! Takde dalam perancangan, tak terfikir pun mahu ke sini huhu..Yang pasti, hati meronta mahu berjumpa Ren Raizen. Benaknya senak dihimpit persoalan...Malangnya, hanya Ren mampu menjawabnya dan pastinya, even dalam mimpi pun Ren takkan buka mulut untuk menjawab huhu..
Melangkah lurus menuju ke lift presiden tanpa toleh kiri kanan.
"Heyy!! Berhentii!!!!"
Arghh!! Minah ni lagi!!
"Sekuriti!!! Tahan perempuan tu, cepat!!!"
Lovely paling badan, menghadap seorang gadis muda yang sedang bercekak pinggang di kaunter frontdesk. Temberang nak mampus betullah minah ni, siap pandang Lovely atas bawah seolah dia seorang puteri raja dan Lovely ni cuma khadam. Hish! Lovely genggam penumbuk..Sabar...
"Berani betul kau ni ya, apa kau ingat bangunan ni bapa kau yang punya, main terjah begitu je?! Berani pula nak guna lift khas boss aku tu?!" Terus melengking nyaring, siap jari tunjuk-tunjuk ke wajah Lovely.
Sabar!!
Bibir bawah digigit.
"Dasar rusa kampung!! Sekuriti!!! Bawa perempuan gila ni keluar, sekarang!!"
Lovely lakar senyum sinis.
"Do I look like I care? Nope!!"
Lovely pantas memusing badan usai berkata lalu buka langkah besar-besar menuju ke lift presiden.
"Hoiii!!! Sekuriti!!!!"
Dua lelaki berpakaian seragam serba putih berlari laju mengejar Lovely. Sekejap saja, lengan Lovely direntap dengan kasar lalu ditarik ke belakang. Riak wajah kedua lelaki itu kelihat terkejut sebaik saja melihat wajah Lovely dengan lebih jelas. Keduanya berbalas pandangan sebentar lalu bertingkah serba salah.
"Cik ni..Err..."
"Saya nak jumpa presiden boleh?" Wajah dimaniskan, senyuman menguntum di bibir.
Kedua-dua pengawal keselamatan bersenggol-senggolan..Lovely pandang hairan. Mereka berdua ni dah kenapa? Tak tunggu lama, Lovely angkat kaki. Punat lift ditekan. Menunggu sambil sesekali mengerling pengawal keselamatan yang terpaku memandangnya, tak bergerak seolah kaki digam atas lantai huhu..
"Thank you!" Lovely menundukkan sedikit badan sebelun masuk ke dalam perut lift.
"Heyy!!!" Telinga sempat menangkap jeritan nyaring dipenuhi rasa tidak puas hati dari minah frontdesk itu.
Sempat memperkemaskan pakaian dan rambut, wajah juga dibelek berkali-kali melalui pantulan dinding lift yang dah boleh jadi cermin, berkilat sungguh! Lovely melangkah tenang menuju ke pejabat Ren Raizen. Sempat dipandang sekeliling untuk mencari kelibat Kenjiy, malangnya tiada.
Daun pintu sudah di depan mata. Ketuk ke tak? Ahh, kita kasi supriselahh!! Hati bermonolog...
"Ohhh Ren Raiiii.......Sh*ttt!!!!!"
Sungguh, permandangan dalam bilik Ren tak terlintas langsung dalam minda! Hancur luluh hati saat itu. Ren Raizen kelihatan turut terperanjat, pantas tangannya menolak tubuh Cindy menjauh. Menggigil tubuh Lovely!
"I...I can explain Love..." Ren bingkas bangun dari tempat duduknya lalu menghampiri Lovely.
"Don't..." Pantas Lovely menahan dengan kedua belah tangan dilunjur ke hadapan.
Langkah kaki Ren terhenti serta merta.
Tak!!! Lovely geleng ... Rasa benar-benar dikhianati! Dada seperti dipukul bertalu-talu, sakit yang teramat sangat. Walaupun dua manusia di depannya lengkap berpakaian, tiada yang terlondeh..Namun melihat Cindy berada di atas Ren sebentar tadi...Itu sudah cukup untuk menyedarkannya bahawa sesungguhnya Ren Raizen tidak akan berubah..Tetap sama seperti dulu!
"Love..Please..Listen..I..."
"Don't Ren! It's enough..."
"Love!" Ren menyambar laju pergelangan tangan Lovely.
"Tolong lepaskan aku Ren...At least, jangan biarkan air mata aku jatuh di depan dua manusia durjana seperti korang berdua!"
"You need to trust me!!"
Lovely sengaja gelak kuat-kuat.
"Trust? Dengan mata kepala aku sendiri jadi saksi perbuatan terkutuk kau, kau pinta kepercayaan dari aku? Are you kidding me Ren Raizen?"
"Apa yang kau nampak tak semestinya apa yang kau fikirkan berlaku Love.."
Semakin galak tawa Lovely, sengaja mencabar Ren Raizen. Sekali imbas kelihatan tenang, padahal hanya Tuhan yang tahu dalaman, hancur lebur, menjerit meraung-raung jiwa saat itu..
"Tolong..Dengarkan aku.." Terdesak hingga memaksa diri untuk merayu, perkara paling rare.. Tidak pernah dilakukan sebelum ini!
Lovely buang wajah, makin ditenung wajah tampan itu semakin terasa mendalam torehan luka di hati..Sakit!
"Leave me alone!" Lovely rentap tangan dari genggaman Ren, meluru laju ke pintu.
"Love!!" Ren cuba mengejar, namun ditarik oleh Cindy.
"Leave her alone Ren, she needs time.." Wah, mulai berlagak bagus depan Ren, senyuman musang licik disembunyikan.
-
-
Langkah dibuka begitu teratur dan penuh keyakinan. Sengaja memilih kawasan terbuka, dipenuhi orang awam..Itu rancangan mereka! Penampilan agak daring, semua dibuat dalam tandas fakulti usai waktu kuliah.
Tubuh badan melentok indah, menjadi perhatian beberapa pasang mata yang berada berdekatan. Tanpa mengendahkan perhatian yang diterima, langkah terus menuju ke sebuah meja yang dihuni oleh seorang pemuda segak, sedang duduk santai bersandar menyilang kaki dan tangan. Lovely kerut kening sebaik sahaja lelaki itu menoleh ke arahnya.. Bajingan!! Lain yang diharap lain yang muncul ya!!
Sebaik melihat kelibat Lovely Scarlett menghampiri, lelaki itu terus bingkas bangun. Wajah terpegun!
"Asal tengok aku macam tu? Rupa aku macam hantu ke?" Lovely berkata sambil menarik kerusi lalu duduk dengan selamba bertentangan dengan lelaki itu. Dalam hati berkarung sumpah seranah!
"Kau..nampak..lain!"
"Mana Ren Raizen?!" Tak dipedulikan kata-kata Kenjiy, terus disembur persoalan yang bermain di minda.
"Dia tak dapat datang, ada hal penting perlu diselesaikan oleh Ren."
Lovely terus mencebik, menyampah dengar alasan klishe basi tu!
"Killer dress..Pretty face..Semua ni untuk Ren ke? You look different, but gorgeous as always!" Kenjiy menzahirkan pujian ikhlas sambil merenung kagum pada Lovely.
"Of course aku nampak lain, aku takkan berada di takuk lama, tak lama lagi aku bakal jadi janda paling hot di muka bumi!"
Kenjiy terus terpempan, ternganga luas mulut!
"Kau..Kau cakap apa ni Lovely?"
"Dengar sini Kenjiy..Aku akan bercerai dengan Ren Raizen!"
Kenjiy tiba-tiba tergelak, kuat dan sinis!
"Ketawa? Aku serius Kenjiy!"
"Don't Love...! Kau cuma menempah bala.."
"Bala? Ren Raizen tu sebenarnya bala bagi aku Kenjiy!!"
Kenjiy geleng kepala.
"Bala itu sebenarnya adalah Raqiel Amoris Love. Kau harus jauhkan diri dari lelaki itu."
Tersentak Lovely! Macamana Kenjiy boleh tahu tentang itu?
"Apa masalah korang dengan Qiel hah? Qiel tak pernah kacau korang sebelum ni kan? Putra tu yang datang menyerang!! Raqiel tak salah pun, mengapa dia dilibatkan? Napa tak ajar je mak dia?"
Kenjiy merenung Lovely dengan mata serigala yang bersedia mahu menerkam.
"You know nothing so zip it Lovely Scarlett!!" Menengking nyaring! Bola mata juga marak menyala..Kenjiy betul-betul memanas.
Namun semua itu sikitpun tak mampu menggentarkan seorang Lovely yang sudah dipenuhi rasa dendam kerana rasa dikhianati.
"Tak betul ke apa aku cakap hah?! Kalau bukan kerana Putra celaka tu, aku takkan lalui semua ini Kenjiy!! Aku pasti masih bahagia bersama ibu! Menghabiskan zaman remaja aku seperti remaja lain!! Semua berubah sekelip mata bila Putra muncul!! Dia punca segala-galanya!!! Hanya kerana kesalahan Cikgu Sofiya, dengan aku sekali dia libatkan! Aku takkan maafkan lelaki jahanam tu!!" Suara bukan lagi naik seoktaf, beroktaf-oktaf! Tak dipedulikan mata-mata yang memandang, biar dia dikatakan gila ke, meroyan ke..Kisah apa dia, rasa marah mengatasi segalanya.
Ashraff Kenjiy terperangah, buat seketika hanya merenung tajam pada Lovely dengan dahi berkerut-kerut.
"Maaf...Kehilangan ibu kau adalah satu kesilapan terbesar yang sehingga kini masih jadi penyesalan terbesar Black Sapphire."
"Hah, semudah itu menutur kata maaf kan? Penderitaan aku, kesakitan aku ni..Apakah akan terus lunyai dengan kata maaf?"
Kenjiy tunduk buat seketika, kekesalan jelas terpancar di wajah tampan itu.
"I know...I'm sorry for your lost Love."
Urghh!!! Lovely buang wajah dengan penuh rasa meluat! Mengapa Ashraff Kenjiy yang perlu sibuk-sibuk minta maaf pulak? Hanya kerana dia salah seorang ahli Black Sapphire ke? Lovely tak hingin!!! Kata maaf patut dia dengar sendiri dari mulut Putra, bukan orang lain! Ke Kenjiy ni memang dijadikan kambing hitam?
"I don't need your apologize Kenjiy!! What I want is Putra. I need to meet him, I need to know who's that damn man!! I really want to kill that bastard!!"
Tak sedar kedua tapak tangan dihentak kuat atas permukaan meja. Akibatnya, mendecit sendiri menahan sakit. Timbul terus keriput-keriput di wajah huhu.. Kenjiy menyandar badan dengan riak selamba, kedua lengan disilang di dada.
"Serius? Do you think you can fight him?" Mengejek okay!!! Kenjiy siap ketawa kecil lagi tau.
Lovely gigit bibir bawah. Bukan nak riak, tapi dia kapten judo okay, berapa ramai lelaki dia berjaya tumbangkan semasa latihan mahupun ketika menjadi penyiasat persendirian tak berlesen huhu..
"Dare me Kenjiy!" Melihat kesungguhan Lovely, Kenjiy terus terdiam. Hanya bola mata bergolek meneliti gadis di depannya itu.
"Is this your plan?" Soal Kenjiy sambil pamer riak wajah sinis.
Lovely menentang bola mata Kenjiy, kurang mengerti! Senyuman di wajah Kenjiy semakin sinis jadinya.
"Tell that bastard, Putra is no longer exist!" Seraya berkata, Kenjiy bingkas bangun, mahu pergi dari situ.
Pantas jemari Lovely menyambar lengan Kenjiy. Hati berdebar kencang. Bola mata mereka bertaut buat seketika.
"Ba...Bagaimana kau tahu? Korang...ekori aku ke?"
Kenjiy senyum sinis.
"You see Love, once kau terjebak dengan Black Sapphire..there's no way out except...death!"
Terus terbatuk kecil mendengarnya! Walaupun Lovely selalu tampil penuh keyakinan dan berani, namun bila dengar perkataan kematian tu, bergegar juga jiwa raga tau, gerun!
"Aku tak terlibat dengan mana-mana kumpulan mafia!"
"But you're the lovely princess that somehow made The Black Sapphire and Red Dragon collided...What an evil fate!"
Lovely terusan merenung wajah serius Kenjiy. Apa salah dia coba? Tiba-tiba konon jadi penyebab pertembungan dua kumpulan mafia yang terkejam di negara? Dia bukan siapa-siapa pun huhu..
"Aku..Tak faham!"
"Don't play with fire Love. Bukan sahaja kau akan terbakar malahan nyawa orang di sekeliling kau juga turut terlibat."
Kenjiy menarik lengannya dari genggaman Lovely. Meninggalkan gadis itu dengan mengukir sebuah senyum kecil yang misteri.
"Three...."
Bibir membilang perlahan, hampir berbisik.
"Two..."
Langkah kaki tetap diteruskan hingga hampir ke pintu luar.
"Ashraff Kenjiy, tunggu!" Lovely mengejar laju dengan wajah pucat lesi.
"One!"
Hanya beberapa meter sahaja lagi untuk Lovely menghampiri Kenjiy bila sekumpulan lelaki menyerbu lalu mengerumuni Kenjiy. Pistol yang disembunyikan di sebalik jacket kulit warna hitam diacu ke arah Kenjiy. Lovely terpaku, menggeletar semua anggota badan melihat keadaan itu. Malangnya, ianya langsung tak disedari oleh orang awam yang ada di situ.
"Gotcha Putra!!" Raqiel Amoris berbisik sambil menyungging senyuman kemenangan, penuh angkuh!
Bertambah cair tulang temulang Lovely mendengarnya...Ashraff Kenjiy sebagai Putra, tak mustahil bukan?
"Is this how you play your dirty game huh? Kenapa perlu libatkan Lovely Scarlett?" Kenjiy membalas, tetap tenang di posisi.
Raqiel Amoris tergelak sinis.
"Dirty game? It's called fair and square! Kau penyebab semua ini Putra! Kerana kau, aku dan kekasih aku terpisah! Kerana kau, kekasih aku hidup menderita!! Masih berani kau kata aku main kotor? Even Lovely sendiri mahu membunuh kau Putra!"
Kenjiy terus melempar sebuah renungan tidak percaya pada Lovely. Lovely ketap bibir lalu menggeleng perlahan. Dia tahu dia salah dan bertindak terburu-buru, semua dilakukan tanpa fikir panjang lantaran rasa marah yang teramat. Langsung tak terfikir yang tindakannya mungkin akan membahayakan nyawa orang lain..Ya, dia benar-benar terlupa tentang itu!
"Qiel!! You promised me no one's gonna hurt!" Lovely menegur, menuntut janji yang telah dilafazkan oleh Raqiel padanya sebelum mereka meneruskan rancangan gila untuk memerangkap Putra.
"Of course Love!" Raqiel Amoris meleretkan senyuman.
"Now move Putra!" Raqiel menusuk buku lima yang tergenggam erat di rusuk Kenjiy.
Terbengkok terus badan Kenjiy menerima serangan padu Raqiel. Lovely sudah tidak keruan melihat keadaan tersebut. Bola mata berguling melihat sekeliling. Restoran yang dia pilih sememangnya menjadi tumpuan penghuni kota pelbagai kasta, tidak hairanlah waktu dinner macam ni ruangan restoran dipenuhi orang, ada yang datang bersendirian, ada berpasangan malah ada yang datang bersama keluarga dan anak-anak yang masih kecil.
Bayangkan sekiranya salah seorang dari lelaki-lelaki itu melepaskan tembakan huhu.. Lovely merenung Kenjiy dengan sayu. Bola mata mereka bertaut buat seketika. Ada pengharapan pada sinar mata Lovely, semoga Kenjiy dapat membacanya, memberi kerjasama sehingga mereka berada jauh dari kawasan yang dipenuhi manusia itu. Lovely pasti akan menyesal seumur hidup jika nyawa orang awam yang tidak tahu apa-apa terkorban!
Kenjiy melemparkan sebuah senyum senget, sangat sinis! Langkah kaki dibuka, menurut bila badan ditolak pergi tanpa sepatah kata. Saat itu, Lovely benar-benar dihurung rasa bersalah. Hati berdetak bila lihat senyum sinis tersungging di wajah Kenjiy.
"Three..."
Kenjiy tersenyum, membilang sekali lagi dengan hanya gerakan bibir tanpa suara.
"Two..."
Mereka sudah berada di luar restoran, sedang menuju ke lot parking yang luas dan lengang. Ketika menghampiri sebuah kenderaan bercermin gelap, Kenjiy berpaling.
"One!"
Serentak dengan jeritan Kenjiy, kawasan tersebut dikepung oleh manusia-manusia berhoodie.
Ah sudah!!
Tempurung lutut mulai menggeletar hebat. Masih dalam keadaan terkejut, badan ditarik oleh Raqiel Amoris. Lengan Raqiel membelit leher Lovely..Muncung pistol diacu tepat ke tulang pelipis Lovely.
"Don't come any closer Black Sapphie or I'll kill her!!" Ugut Raqiel, wajah bertukar bengis!
Nak nangis tau! Bola mata Lovely dan Kenjiy terusan bertaut.
"Stop!!" Jerit Kenjiy dengan lantang!
Raqiel Amoris tersenyum megah, yakin kemenangan berada di pihaknya! Orang-orang Raqiel menarik Kenjiy hingga hampir ke pintu kenderaan. Raqiel turut menarik Lovely. Bila semua sudah berada dalam kenderaan, Kenjiy tiba-tiba ditolak menjauhi kenderaan itu. Lovely pantas ditarik masuk ke dalam perut kereta tersebut.
"So long, Putra!!"
Bang! Bang!! Bang!!!
Tiga das peluru dilepaskan berjurut-jurut. Lovely menjerit ketakutan sambil memejam mata rapa-rapat!! Ya Tuhan...Ashraff Kenjiy!!!
Mata segera dibuka. Bola mata jatuh berguling mencari kelibat Kenjiy.
"Shittt!!! Why did you do that?!!!"
Itu suara jeritan Kenjiy!!! Kedengaran sangat panik dan terperanjat. Lovely meluru menuju ke arah tingkap. Kereta yang dinaiki bersama Raqiel dan orang-orangnya mulai dipecut, bunyi teriakan enjin bergema memekakkan telinga.
Sempat melihat Kenjiy duduk mencangkung atas tanah, sambil menggoncang bahu seseorang yang terkulai di pangkuan dpenuhi darah merah pekat. Hood yang menutup wajah terselak sedikit, menampakkan sisi wajah lelaki yang sedang terkulai lemah itu.
Sekelip mata, ahli Black Sapphire menutup kawasan tersebut lalu melepaskan tembakan ke arah kereta yang mereka naiki.
Lovely menjerit seperti orang gila. Cermin kereta dihentak bertubi-tubi!!
"Noooooooo!!!!!!"
Air mata berjuraian jatuh!!
Share this novel