Lovely menarik wajah mendekati belakang tempat duduk pemandu. Wajah si pemandu memang sengaja disembunyikan di sebalik topi dan cermin mata besar gelap..Ahh..Memang wajah itu sukar dicam..Tapi lubang hidungmu tetap ku kenal..tiber!
"Buckle up young girl!!" Suara itu menjerkah lagi, agak keras dan kasar!
Lovely menyeringai dengan wajah musang liciknya. Soroklah sehebat Jim Carrey sekalipun, suara maskulin tu tak mungkin dia tak cam.. Kecuali lelaki tu pergi Korea dan buat pembedahan suara seperti Lucinta Luna.
"What'ya doing huh?" Terkejut si pemandu bila tiba-tiba wajah Lovely terpampang di sisi wajahnya.
"Who are you handsome?"
Glup!
Anak tekak naik turun dengan laju.
"Are you crazy? I said buckle up!!" Makin keras nada suara!
Belum sempat jemari Lovely menyentuh topi yang dipakai oleh lelaki itu, tiba-tiba kereta dipecut laju, lalu membelok dengan 360 darjah pusingan stereng, seolah mereka sedang melalui selekoh tajam, hingga berasap tayar kereta, macam dalam perlumbaan F1.. Bezanya mereka di lebuhraya kot! Namateyyy bethol!!
Lovely jatuh tergolek di bawah, mujur kereta mahal..Taklah sakit sangat, cuma hati je membengkak..
"Kau ni dah kenapa hah? Nak aku cacat ke?!" Terus bertempik dengan suara yang mampu mengegarkan corong telinga.
Malangnya, belum sempat bangun badan dah tergolek semula bila arah kereta meliuk lagi, seolah kena langgar ribut taufan! Benci!!! Adakah yang lebih kejam dari lelaki itu?
"I said..Buckle up!!" Sekali lagi amaran keras diberi!
Arghh!! Tak nak!!
Susah payah Lovely bingkas bangun, bila kereta beralih arah, laju tangan memeluk penyandar kerusi supaya tidak jatuh berguling sekali lagi.
"Kau dah gila ke? Kau nak bunuh aku?!"
"Untuk manusia yang cakap tak serupa bikin, this is just a teaser honey, buat geli-geli je.. Wait till you get your real punishment!"
Lovely terkedu. Apa salah diri? Tiada angin tiada ribut muncul-muncul nak menghukum bagai?
"Kalau lelaki sekacak kau, aku rela je.." Ahh, masih nak memancing..Tengok siapa tewas dulu!
Makin pula menjadi-jadi cara pemanduan lelaki itu, berdesing telinga mendengar bunyi tayar menggeser tar. Terliuk-liuk badan Lovely, sampai terkangkang-kangkang menahan diri dari jatuh tergolek. Memang celaka! Takde hati perut langsung!
"Aduhh!!" Akhirnya Lovely tewas, badan terbuang dan dahi pantas mencium bucu pintu kereta. Berkunang-kunang pandangan akibat hentakan maha kuat itu.
Kereta segera diberhentikan di bahu jalan. Pantas lelaki itu melepaskan seat belt, lalu melunjurkan badan ke arah belakang.
"Are you okay? Told you to buckle up!" Dia marah kita pulak?
Terang-terang lelaki ini saja buat onar..Kita juga disalahkan? Memang bikin panas! Tapi takpe.. Jerat hampir mengena, sakit belakang kira.. Senyuman musang licik disembunyikan. Tiba-tiba riak wajah berubah, macam kucing hampir terberanak.
"Sakit huhu..Rasanya macam retak tulang kepala ni.." Melebihlah pulak!
"Meh dekat sini aku tengok.." Belakang kepala Lovely ditarik merapat.
Pada ketika itulah, laju jemari Lovely naik dan menyambar topi dari kepala lelaki itu. Berjatuhanlah rambut coklat gelap paras kening menutup dahi. Sebelah tangan pula menarik cermin mata yang menutup separuh wajah itu. Bola mata beriris coklat jernih itu ditentang tajam.
"Ren Raizen...Gotcha!!"
"Damn! I should've known it!"
Lovely terpegun buat seketika. Merenung tak berkelip wajah tampan yang terpampang di depan mata. Walaupun nampak tidak terurus dan separuh wajah ditumbuhi rambut nipis, Ren Raizen ternyata semakin tampan! Misai dan janggut nipis yang menghiasi wajah itu nyata menyerlahkan kelelakian Ren..Semakin macho..Semakin segak!! Arghh.. Takleh jadi ni, patutkah dia kurung semula Ren dalam apartment dia? Risau ni..
"See..Dahi kau benjol.." Jemari Ren naik dan mengusap lembut dahi yang mulai membengkak.
"Sakit?" Nada suara kedengaran risau, bibir didekatkan, entah apa kejadah Ren tetiba pergi tiup benjol di dahi, kalau boleh hilang sakit takpelah jugak, ni cuma air liur basi tersembur huhu..
Entah berapa lama bola mata mereka bertaut. Dari dahi, jemari Ren turun mengusap pipi Lovely.
"You still...Enchanted as always..Love.."
Jemari Ren Raizen ditarik lalu digenggam erat.
"Ren Raizen..I miss you!" Mata mulai berkaca-kaca..
Tak kisah dah apa Ren Raizen buat pada dia sebelum ini, rasa sakit hati tu tolak tepi dulu. Yang pasti, saat ini dia mahu meluahkan rasa rindu yang lama terpendam di sudut hati. Kot-kot esok kiamat, nanti tak sempat nak bagitahu huhu..
"Seriously? You miss me but wanted to marry Raqiel? Do you really think you can manage both of us huh?" Sinis dan tajam seperti belati menghiris kalbu.
"I love you Ren Raizen!"
"And I bet you also love Raqiel Amoris huh?"
Sabar Love..Akal cuba menenangkan hati yang mulai membara.
"There's a reason...."
"Ah, I bet it must be your past..First love that you couldn't get rid of..That's understandable.."
"You...Signed the divorce paper Ren Raizen!! You...Left me!!!" Nada suara mulai tidak terkawal, rasa marah buat jemari mulai menggigil.
"I didn't..It's Qiel..Not me.."
Lovely bingkas bangun, terlupa yang mereka masih berada di dalam perut kereta, atas kepala terhantuk bumbung kereta.
"Aduh!"
Dengan selamba Ren gelakkan dia. Cis, bedebah! Tiba-tiba henfon di atas
dashboard berdering. Ren memberi signal melalui ekor mata supaya Lovely mengunci mulut. Screen di bawah dashboard disentuh, sengaja guna pembesar suara.
"Where are you? He's coming for you!"
Bola mata Ren dan Lovely bertaut buat seketika.
"Okay Kenjiy! Be there soon." Ren merenung Lovely dengan tajam.
"Buckle up Love!"
Tak banyak songeh, Lovely segera menarik tali pinggang keledar.
"What's your plan?" Lovely pantas bertanya, diri mulai diserang panik sebenarnya.
"Nothing, semua berantakan!"
Aduh!
Ni barulah..Macam pergi berperang sehelai sepinggang..Tinggal pasrah tunggu malaikat maut ler jawabnya! Pusing punya pusing, akhirnya mereka kembali semula ke bangunan mewah super huge mencakar langit itu..Tepatnya, tempat tinggal Raqiel Amoris!
"Faster!" Belum sempat buka mulut, Lovely ditarik keluar dalam keadaan tergesa-gesa.
"Seriously? Kau nak kembalikan aku pada Raqiel?"
Ren tidak menjawab. Hinggalah lift berhenti di tingkat yang dituju. Lovely terpempan! Damn, ini bukan rumah mewah Raqiel..Ahhh! Lovely ketuk dahi sendiri...Patutlah ketika berada di rumah Qiel hari tu, dia rasa seakan familiar dengan tempat tersebut. Yup! Dia pernah berada di situ, bezanya penthouse tersebut milik Ren Raizen..Hari yang malang, bila TS Vasco menyerbu dan memaksa mereka berkahwin.
"Terkejut?!" Tanya Ren ketika menarik Lovely masuk ke dalam rumah tersebut.
"Qiel kurung aku dalam rumah aku sendiri, bijak kan? Dia berjaya memperbodohkan Kenjiy dan orang-orang aku. Rumah Qiel cuma di bawah. Dalam satu bangunan, sebab tu Kenjiy tidak perasan. Hanya ketika Raqiel masuk ke rumah aku, baru Kenjiy menyedarinya." Sambil memberi penerangan, Lovely terus ditarik menuju ke ruang tengah.
"Kenapa kami tinggal dalam satu bangunan? Arahan papa! Cumanya aku jarang di sini.." Tambah Ren lagi.
Sebaik melangkah masuk ke ruang tamu, Kenjiy meluru mendapatkan mereka berdua.
"Damn! Asal bawa Love ke sini? Raqiel dalam perjalanan tu.." Bentak Kenjiy, sedikit kesal.
"I know what to do Kenjiy, you should leave now!"
Kenjiy menggeleng.
"Abis tu Love macamana?"
"I'll take care of her!"
Walaupun kelihatan ragu, Kenjiy tetap mengangguk lantas mengarahkan orang-orangnya bergerak. Hanya beberapa sahaja lagi yang menyamar sebagai orang Raqiel masih kekal berada di situ. Ren menarik tangan Lovely masuk ke dalam bilik.
"Tie me with this Love!"
Lovely terperangah. Mak aii..Besarnya rantai!
"Faster!" Kelam kabut Lovely melakukan seperti yang disuruh.
"Now..Get inside!"
Ahh?!!
Tak berkelip Lovely renung Ren. Serius? Ren nak suruh dia masuk ke dalam selimut? Nak dia mati kekurangan oksigen ke apa?
"Get inside now Love!! Raqiel akan muncul bila-bila masa saja, sekarang!"
Mendengar nama Raqiel disebut, Lovely mulai cuak. Pantas dia melompat naik atas katil.
"Tindih tubuh aku, peluk kuat-kuat dan kurangkan pergerakan. Aku tak nak Qiel curiga."
Lovely buat seperti yang disuruh. Berbaring di atas tubuh Ren dan diam tidak berkutik..Dari luar, memang tak ketara sangat bahawa di sebalik selimut tebal itu, tersembunyi sekujur tubuh.
Wajah yang tersembam di bawah dada bidang Ren, telinga mendengar dengan jelas bunyi degupan jantung Ren..Wangi maskulin yang sungguh menggoda terbit dari tubuh Ren...Arghhh!!! Entah dah masuk berapa puluh kali Lovely telan air liur.
PANGG!!
Bunyi daun pintu menghempas dinding konkrit memecah kesunyian. Berdentum kuat menerbangkan semangat. Lovely hampir terlompat..Pantas kedua belah tangan Ren melingkar di belakang. Dari luar, Ren kelihatan seperti berpeluk tubuh.
"Ren Raizen!!! Where...Is....She?!!" Raqiel meluru masuk dengan wajah seperti singa berang tak dapat makan daging.
Ren senyum senget. Kening sebelah terjongket tinggi.
"Who? You know it's been a while since I last met and talked to people."
Raqiel Amoris mendengus sebal lalu menendang kerusi berhampiran. Berdentum bunyi bila terhempas di dinding.
"Who was behind this? That damn Kenjiy?!!"
Ren ketawa kuat. Kepala digeleng beberapa kali. Mencerlung bola mata Raqiel Amoris.
"And how do you expect me to communicate with him? Through telepathy?" Pedas perlian Ren menyengat telinga Raqiel.
"Then whyy?!!! Why did she do this? How could she?!! Someone must be behind this..Who is that person Ren Raizen?! Tell me..Or else..." Raqiel yang sememangnya tengah dikuasai amarah menarik sesuatu keluar dari poket seluar.
Ren Raizen masih kelihatan selamba, statik tanpa mengubah kedudukan. Malah, senyuman masih tersungging..Sinis dan licik!
"You wanna know? Then let me go, I'll find out who is that luckiest guy and kill him with bare hands. How dare he flirt with my wife?!!"
Lovely mengancing rahang. Berbulu telinga mendengar kata-kata Ren Raizen. Tak guna betul!! Penuh hati-hati, ibu jari dan jari telunjuk naik lalu melekat di kulit dada Ren. Sepitan maut diberi biar terkupas kulit..Nak sangat kan? Padan muka!
"Urgh!! Uhuks..huks!!" Terkejut Ren Raizen sampai terkeluar jeritan halus, mujur otak bergeliga. Terus pura-pura terbatuk.
"She's not your wife!" Bentak Raqiel dengan bola mata marak dipenuhi api cemburu.
"And neither was you!"
Raqiel merasa terpukul dengan kata-kata Ren Raizen. Muncung pistol diarah tepat di kepala Ren.
"Soon brother..Soon she'll be mine, I just need to make sure you're out of our way!"
Ren Melebarkan senyuman.
"Then do it..Kill me now Raqiel Amoris!"
Raqiel Amoris merenung Ren Raizen dengan tajam. How come masih kelihatan begitu selamba lelaki itu? Hari tu ketika dia tunjukkan kad jemputan perkahwinan dia dan Lovely, macam singa buas mahu menerkam lagak seketul Ren Raizen. Adakah abangnya itu benar-benar sudah melepaskan Lovely Scarlett hingga langsung tak nak ambil kisah tentang gadis itu? Jika benar, berjayakah dia mencapai misi yang dirancang seumur hidup itu? Tercapai sudahkah matlamat? Mengapa lubang besar dalam jiwa itu masih tetap terasa kewujudannya?
"Ren..." Tiba-tiba suara mulai mengendur.
Raqiel Amoris jatuh terduduk di atas lutut. Pistol diturunkan. Kepala menekur lantai buat beberapa ketika.
"I lost!! No matter what I do..She keeps running away.." Wajah ditekap dengan kedua belah tapak tangan..Bahu mulai terhinjut-hinjut..
Ren Raizen membuang wajah, lemah ah Raqiel Amoris..Tu pun nak nangis ke? Hati kecil mengutuk.
"I..I can't live..I..don't wanna live anymore.."
Urgh..Drama sangat! Tambah meluat Ren Raizen..Kembang tekak!
"Tuan Qiel.." Dua orang konco Raqiel tiba-tiba muncul di muka pintu lalu menghampiri Raqiel.
"Your mum's waiting outside.." Henfon disua ke arah Raqiel. Pembesar suara sengaja dibuka.
"Qiel..Mum dah bercakap dengan doktor Hans.. Dia nak jumpa Qiel..You need to calm down..Don't act recklessly..Keluar dari rumah Ren sekarang sayang.."
Ren mulai rasa tidak sedap hati mendengar suara cemas Puan Sofeya. Ekor mata memberi signal pada lelaki yang sedang menyamar sebagai konco Raqiel itu.
"Tuan.." Pistol di tangan Raqiel segera dirampas oleh lelaki tersebut.
"It's okay.." Raqiel angkat paras bahu kedua belah tangan.
"I won't kill myself. Let's go and..." Raqiel bingkas bangun. Cuba berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Langkah dibuka menuju ke pintu. Sempat menoleh ke arah Ren Raizen.
"Free my brother!"
Phew!
Semudah itukah berakhirnya sebuah persengketaan yang sekian lama berlangsung? Ren mengunci mulut, hanya anak mata mengekori pemergian Raqiel sehingga sekujur tubuh sasa yang masih lengkap bertuxedo warna cream lembut itu menghilang di sebalik daun pintu.
Selesai!!
Ren Raizen menghembus nafas penuh kelegaan. Badan tersandar di kepala katil. Pelipis diurut perlahan sambil menutup mata. Ah, sedap pula rasanya..Ringan terus kepala!
"Psyttt!!"
Ops! Hampir terlupa!
Pantas Ren menolak selimut menjauhi tubuh. Tersembul wajah merah masak Lovely Scarlett, rambut dan wajah lencun dek peluh..Betul-betul terkukus di bawah selimut tebal tu!
"A..Are you okay?"
"No..I'm dying..." Lovely pegang dahi dan buat-buat terkulai depan Ren Raizen.
Huh..Another drama! Elok sangatlah, yang baru blah tadi tu si drama king..Ni depan mata pulak si drama queen huhu..
"Dah kenapa bernafas macam ikan takde insang ni?"
"Entah..Agaknya kekurangan oksigen kot..Paru-paru aku..buntu oksigen... segera...ahh!" Macam ikan kena renjatan elektrik, menggelupur dengan overnya!
Ren tahan gelak, merenung karenah Lovely sambil peluk tubuh. Ren diam, hanya mengerling jam yang melilit di pergelangan tangan. Lovely yang sedang tutup mata, lengan atas dahi mulai geram bila Ren langsung tak beri respon dan hanya membatu. Mata dicelik sedikit, cukup sekadar nampak bayang-bayang Ren. Nak tahu je mamat ni sedang buat apa, masih di situ kah atau dah blah..
"Aik? Kata tak cukup oksigen? Asal tak mati lagi?"
Uwaaaa!!!! Dia nak kita mati tau...Sampai hatimu duhai Ren Raizen..Hancur berkecai hati yang diperbuat dari pasir kuarsa ni.. Lelaki ni memang kejam!! Hilang segala drama Lovely Scarlett..Bernanah hati lihat senyum mengejek Ren Raizen.
Lovely bingkas bangun. Ren sudah tak mampu nak tahan gelak, apatah lagi bila lihat muncung Lovely yang dah serupa mulut babun terover botox. Bertambah kelat wajah Lovely bila Ren Raizen ketawa berdekah-dekah sambil pegang perut pulak tu.
"Kau...Kauuuu!!!"
Ahh..Singa betina dah mengamuk. Melihat Lovely meluru ganas ke arahnya, Ren Raizen melompat bangun, mahu melarikan diri. Malangnya, dia terlupa bahawa ada seutas rantai besi melilit di badan..Argh! Dia benar-benar terlupa tentang itu! Ren terhempas macam nangka busuk di atas lantai.
"Urgh!!" Terus berpinar-pinar pandangan.
"Are you okay?" Lovely duduk mencangkung di sebelah Ren, wajah musang licik jelas terpamer.
"Love..Buka lock ni..Argh.." Ren bergolek sambil pegang tulang rusuk.
Lovely mulai panik bila lihat Ren berada dalam kesakitan.
"Kunci mana kunci?!!"
"Dalam laci!"
Pantas Lovely berlari menuju ke laci yang dimaksudkan. Segugus kunci diambil lalu berlari semula mendekati Ren Raizen. Setelah rantai yang membelit tubuh Ren terbuka, Ren pantas bergolek ke kiri ke kanan sambil pegang perut. Wajah berkerut-kerut. Erangan lantang meniti di bibir. Lovely yang semakin menggelabah terus menerpa.
"Ren! Renn!! Sakit dekat mana? Ren.." Semakin panik bila Ren tidak menjawab.
"Tolong...Sakit..Aduhh.."
"Boleh bangun tak? Jom ke hospital..Renn!!"
Alangkah terkejutnya Lovely bila Ren melompat bangun lalu mencempung tubuh Lovely. Damn! Ren Raizen..Reti juga buat drama huh!!
"Now my Love..It's time for your punishment!"
Tubuh Lovely dibaringkan di atas tilam. Ren memanjat naik dengan senyum miang selebar roti ranai ditebar di udara!
"I love you..You love me..Let's kasi jadi Love.." Wajah Ren hanya berjarak seinci dari wajah Lovely.
"Kasi jadi apa?" Bingung..Dah trademark Ren, suka buat ayat gantung huhu..
"Little us.."
"Ah? No nooo noo..Kau...Kita dah cerai.. Shusshh.."
"Permohonan cerai tu dah dibatalkan, you are still my legal wife Lovely Scarlett."
Ahh..Kalau macam tu...Terkam jelaa!!
Nk bygkn little Ren+Love sat hihi
Share this novel