12 Bring It On!

Crime Completed 131702

Raqiel Amoris bersandar di kerusi. Wajah serius, jemari mengetuk-ngetuk permukaan meja kaca di depannya.

"What should we do?" Lelaki yang tiba-tiba menyerbu masuk dan berlagak seperti seorang penyampai berita tak bertauliah itu bertanya dengan wajah resah.

Raqiel mengerut dahi.

"Don't worry, mereka takkan mampu buat apa-apa. Ini kawasan kita, mereka masuk..Mati jawabnya!"

Fuhh! Menggeletar tempurung lutut Lovely mendengarnya.

"Why they're here..I wonder..." Lelaki mulut kepoh berwajah tampan ala-ala Pan Asian tu menghampiri Lovely, menelitinya dari atas ke bawah. Fuhh!! Memangnya mafia ni hensem-hensem belaka eh?!

"Is it because of her?" Duga lelaki itu.

Lovely buang wajah...Apa pulak kaitan dengan dia kan? Dahlah percuma masuk perangkap Raqiel, bukan salahnya berada di situ..Semua salah Raqiel Amoris!

"Do you think it's Black Sapphire out there?" Raqiel tiba-tiba bersuara.

"Might be..Only Black Sapphire dares to come!"

"Good! Let's play a game!!"

Raqiel bingkas bangun lalu menghampiri Lovely. Oh no! Lovely berundur ke belakang. Jangan berani Raqiel! Dia tidak mahu terlibat..

"Don't you dare Raqiel Amoris!!" Tempik Lovely dengan wajah menyinga.

"Please..I'll take care of you baby...Be a bait to catch that damn Putra!"

What?!!

Terasa sesuatu yang tajam seakan menusuk pedih ke dalam hati Lovely..Catch who? Putra?!! Of course Lovely juga mahu menangkap dan mengajar cukup-cukup pemilik nama itu! Bola mata Lovely dan Raqiel bertaut buat seketika.

"Putra..Aku tahu kau bencikan lelaki itu Love. Dan sekiranya firasat aku benar, kau boleh bantu aku dapatkan Putra. Jom kita kerjakan lelaki keji itu!"

Tawaran itu benar menarik hati, namun Raqiel Amoris licik orangnya. Tak boleh dipercayai!

"Tell me your plan.." Lovely pura-pura berminat, walhal dalam hati penuh keraguan.

"Kau jadi tawanan aku untuk tangkap Putra. Jangan risau, aku akan lindungi kau."

Raqiel bergerak menuju ke sebuah almari besar di sudut bilik lalu menarik sesuatu keluar.

"Pakai baju kalis peluru ni. Pakai dekat dalam, kita tak nak Black Sapphire sedar ini merupakan perangkap."

Lovely menurut tanpa banyak cakap. Raqiel menunjukkan tandas untuk dia menukar pakaian.

"Macamana keadaan dekat luar?" Tanya Raqiel pada pembantunya.

"They're still waiting, watching in a distance.."

Raqiel menoleh ke arah Lovely yang kelihatan sudah bersiap sedia.

"Are you ready?"

Lovely angguk dengan yakin. Mereka beriringan keluar.

"Stay close Love!" Sempat Raqiel memberi ingatan, sebelum pintu utama dibuka.

Lovely mula main peranan, lengan sasa Raqiel dipaut dengan manja. Raqiel menjeling sekilas, mungkin tak menduga Lovely akan berbuat seperti itu.

"Put this on!" Raqiel menyumbat Airpods di kedua belah telinga Lovely, sebelum menarik Lovely keluar dari bangunan tersebut.

Dancing Queen from Abba!

Raqiel nak suruh dia menari ke apa?

Semua yang ada dalam fikiran bertaburan pergi bila bunyi tembakan dilepaskan bertalu-talu sebaik sahaja mereka berada di luar bangunan. Lovely terjerit ketakutan, kaki tidak mampu dibuka untuk melangkah. Lovely terus duduk menutup telinga. Darah merah terpercik ke wajah Lovely, semakin histeria dia menjerit-jerit ketakutan!

"Get up!!" Raqiel menarik Lovely. Tangan Raqiel dipenuhi darah. Rupanya darah Raqiel yang mengena wajah Lovely.

"Sorry!" Sempat meminta maaf sebelum pistol diacu tepat di kepala Lovely.

"Kau..Kau nak bunuh aku?" Terketar -ketar Lovely bertanya.

"Bait..Remember?" Bisik Raqiel di telinga.

Bunyi tembakan berhenti serta merta. Menakjubkan! Lovely pandang sekeliling..Hanya kepekatan malam menyelubungi di luar sana. Betul-betul memberi kelebihan pada musuh berbanding mereka yang berada di bawah cahaya lampu dari bangunan kelab rekreasi itu.

"Show yourself Putra or I'll kill her!!" Raqiel Amoris menjerit lantang.

Bola mata Lovely terus melilau..Cuba mencari kelibat Putra yang sampai sekarang masih kekal misteri.

Sunyi sepi!

"One.."

Tiada jawapan..

"Two.."

Bunyi derap kaki kedengaran menghampiri.

"Which Putra do you want Qiel?"

"Is it me?!"

"Or me?!"

"Or me?!"

"Or me?!!"

Empat lelaki berhoodie sekaligus muncul di depan mereka. Lovely terlopong. Raqiel mendengus geram.

"Three!"

Pemacu pistol terus ditarik oleh Raqiel tanpa ragu-ragu. Berdengung telinga Lovely! Hampir pengsan bila muncung pistol yang asalnya dihala di kepala Lovely Raqiel ubah arah dengan pantas dan mengena salah seorang Putra di depan mereka.

"I'm not kidding Putra..Toy me again and she's a dead meat!!" Pistol diacu semula di kepala Lovely.

Melihat nyawa dicabut dari badan di depan mata, Lovely hampir kehilangan nafas. Raqiel Amoris bukan manusia, begitu juga dengan semua yang ada di situ..Adakah nyawa langsung tiada nilai buat manusia-manusia di situ? Lovely kerling Raqiel. Dia tahu Raqiel tercedera, mungkin peluru terkena di lengan, darah merah pekat memenuhi sebelah tangan Raqiel. Namun tiada sekelumit pun riak kesakitan pada wajah itu. Memang kebal!

"One!" Raqiel mulai menghitung sekali lagi.

"We're Putra, no kidding!" Yang tumbang langsung tak dipedulikan, malah tiga lelaki berhoodie itu mulai mara menghampiri, betul-betul berani mati!

Lovely semakin panik. Tidak mahu terusan jadi saksi pada pertumpahan darah di depan mata, tanpa fikir panjang Lovely pusing badan, menarik tangan Raqiel dan dihentak dengan tempurung lutut hingga senjata di tangan jatuh ke tanah. Lovely pantas menendang senjata itu hingga terpelanting entah ke mana.

"Are you crazy?!" Tengking Raqiel, terkejut!

"I'm out!" Sempat menjawab sebelum berlari selaju-lajunya. Airpods yang menyumbat telinga dibuang jauh-jauh.

Bunyi tembakan kedengaran semula, berbalas-balas! Raqiel Amoris meluru masuk semula ke dalam bangunan dalam keadaan tertunduk-tunduk, menyelamatkan diri!

Lovely terus berlari ikut gerak hati, ke mana dia sendiri tidak tahu! Asal saja Raqiel dan manusia-manusia kejam itu dijauhi!

"Watch out!!"

Badan Lovely dipeluk dari arah belakang sebelum kedengaran bunyi tembakan kuat.

"Argh!"

Bau hamis mulai memenuhi rongga hidung. Lovely kenal bau itu..Darah! Tak mungkin dari badannya. Mahu berhenti dan menoleh namun tangannya disambar dan terus diheret pergi.

"Run stupid, don't stop!!"

Bunyi tembakan masih kedengaran, sedang mengejar di belakang. Lovely terus berlari dan berlari dalam kepekatan malam, hanya mengejar langkah kaki lelaki berhoodie yang mendahului di depannya. Sebuah kereta hitam tiba-tiba berhenti di depan mereka. Dia ditolak masuk diikuti oleh lelaki berhoodie itu kemudian kereta tersebut meluncur laju meninggalkan tempat itu.

"Arghh..." Erangan kecil terletus dari bibir lelaki berhoodie itu ketika cuba menyandarkan badan di penyandar kerusi.

"Damn, are you hurt?" Lelaki yang sedang khusyuk memandu memandang risau melalui cermin pandang belakang.

"I'm okay, just drive Kenjiy!" Seraya berkata, kepala disandarkan.

Kesunyian mulai mencengkam. Lovely Scarlett menikus di samping lelaki itu. Dia tahu lelaki itu sedang menahan amarah. jadi lebih baik diam dari dilipat sampai nipis huhu..Mereka tiba di rumah agam tidak lama kemudian.

"I'll call a doctor!" Ujar Kenjiy ketika membantu Ren masuk ke dalam rumah.

Lovely berjengket mahu pergi dari situ ketika melihat dua mamat tu sedang sibuk. Harap takde yang perasan..Please...

"Lovely Scarlett get inside NOW!!!"

Shit!!

Siikittt lagi kaki mahu memijak tanah dekat pintu pagar!! Celaka mata helang itu!! Dua pengawal Ren meluru mendapatkan Lovely lalu membawa dia masuk ke dalam. Macam nak meletup dada bila dia didudukkan bertentangan dengan Ren Raizen. Wajah tampan Ren kelihatan sedikit pucat, kehilangan banyak darah akibat kecederaan di bahu ler tu! Padan muka, tu balasan untuk orang curang kah kah!

Tak bersalah langsung tau walaupun Ren Raizen cedera kerana cuba menyelamatkan dia. Siapa suruh kan? Ren sendiri tadah badan, jadi tanggunglah haha..Karma ler tu, Ren sakitkan hati Lovely, kali ini Ren sakit kerana Lovely..Adil bukan?

"Ren..Doc dah datang! Kau kena baring dalam bilik." Kenjiy menghampiri lalu membantu Ren untuk bangun.

Lovely jeling sekilas, takde niat sikitpun nak bantu..Siap duduk bergaya lagi, kaki dan tangan bersilang gitu. Sebaik sahaja kelibat Ren dan Kenjiy tidak kelihatan, Lovely bingkas bangun lalu berlari anak ke muka pintu. Malangnya, pintu terkunci! Celaka!!

"Puan..Tolonglah..Patuhi arahan tuan Ren, kasihani kami..Teruk Filmi disiksa tuan ketika puan berjaya melarikan diri hari tu.." Seorang pengawal Ren menghampiri lalu menegur Lovely yang terkial-kial cuba membuka pintu.

Lovely terkesima, merenung terkejut wajah pengawal yang sedang berdiri di depannya.

"Ren..buat apa?" Tanya Lovely balik, mahukan kepastian.

"Maaf puan. Anggap saja saya silap cakap, tapi jangan bertindak melulu puan, mungkin puan punya situasi tersendiri, tapi kami juga punya situasi.."

Melopong Lovely ditinggalkan di depan daun pintu yang terkunci rapat. Keinginan mahu pergi dari situ terus terbantut. Lovely duduk semula di sofa ruang tamu, terkebil-kebil seorang diri.

-

-

Badan bergerak perlahan, hangat! Harum yang mengasyikkan memenuhi rongga hidung..Dia berada di mana eh? Taman surgawi? Takkanlah...

Mata dikuak perlahan-lahan...

Arghhh!!!

Wajah rupanya tersembam di dada sasa berbulu halus kepunyaan Ren Raizen. Terkejut, Lovely dongak, memanjangkan leher untuk perhati keadaan sekeliling. Masih mamai, masih bingung..Otak pun belum berfungsi secerdas seperti kebiasaan.

Erk! Ini bilik Ren Raizen kan? Bila masa Lovely masuk ke dalam bilik tu? Paling sadis, siap tidur atas katil berbaju tidur gaun nipis dipeluk erat oleh Ren Raizen yang masih lena diulit mimpi. Tak guna! Sakit-sakit pun masih gatal ya!

Tak semena-mena, Lovely tolak kasar badan Ren menjauhinya. Terletus erangan kecil dari bibir penuh merah seksi milik Ren Raizen. Matanya terkuak perlahan-lahan. Bola mata mereka bertaut. Bezanya, Lovely punya marak menyala sementara Ren masih kelihatan bingung-bingung.

"Mengapa aku di sini?" Kasar suara dilontar. Bola mata mencerlung tajam tepat ke bola mata Ren Raizen.

"What's with the fuss Love?" Keluh Ren dengan suara serak basahnya.

"Aku dah bagi warning kan? Jangan sentuh aku dengan tangan kotor kau tu! Aku tak sudi!! Macamana aku boleh ada kat sini? Jangan bilang aku sleepwalking!"

Ren Raizen mengeluh perlahan. Wajah diusap beberapa kali, cuba menghilangkan rasa mamai dan mengantuk yang masih menguasai diri.

"No Love..Of course you're not! I brought you here. Now stop talking, I'm tired and hurt.."

Ehh! Apa ni? Lovely pantas mengeraskan badan bila Ren menariknya masuk ke dalam pelukannya semula. Mengada tau! Nak tidur, tidur jelaa..Nak peluk bagai konon, tak rela!

"Urgh!" Ren mengerang sambil pegang sebelah bahu yang berbalut.

Padan muka!

Bibir tercebik!

Curang lagi kau setan, mujur bahu je kena tembak..Nak doa ni, kalau Ren berani curang lagi biar alat kelelakian yang menjadi kebanggaan itu kena tembak hahaha..Savage!!

"Kasihan..Mana ex kau? Masa ni aku rasa dia paling ngam stay dengan kau kan? Henti buat aku macam ni Ren, aku kena jaga hati aku sendiri memandangkan tiada siapa sudi nak jaga hati aku ni.." Ek elehh..mengadu pulak huhu..Marah-marah pun, masih nak mengada depan Ren Raizen you..Pelik!

"Aku tak buat hubungan intim dengan Cindy. Dia datang dan menggoda aku.."

"Oral sex?"

Ren telan air liur.

"Dia offer, aku lelaki..that's normal bukan?!"

"Normal taik kucing kau!! What if I did the same things you did with Raqiel Amoris?"

Wajah Ren Raizen berubah tegang. Bola mata marak menyala. Rahang Lovely dicengkam kasar.

"You dare?!!"

"Sakitlah!" Lovely tepis kasar tangan Ren.

"Aduhh.." Ren pegang bahu, wajah berkerut menahan sakit.

"See? Kau tak suka kan?! What's mine, will only be mine..I bet you feel the same..Stop touch another woman Ren Raizen, even no sex involved, I forbidden you to be near any woman except me. That's my only rule..Is it hard?"

Ren terdiam. Dahi sedikit berkerut, bersungguh-sungguh nampaknya mamat ni mahu buat keputusan huhu..memang dasar nafsu syaitan!

"Deal!" Setelah beberapa ketika, baru Ren memutuskan dengan serius.

Boleh percaya ke? Lovely mengecilkan mata.

"Tell me..Cindy..Nak kau semula ke? Apa jadi pada minah rambut karat tu? Direjek kekasih?"

"Don't ask, kau tidak dibenarkan, remember?"

"Well said, lepas ni kau jangan campur hal aku. Jangan memandai nak kurung or kawal aku! Aku tahu kau dan Qiel bermusuh, tapi aku takde kaitan dengan persengketaan korang. So, aku putuskan aku nak berkerjasama dengan Qiel untuk...."

"Don't you dare Lovely Scarlett..I'll kill you, I'll kill both of you dammit!!!"

Ren Raizen bingkas bangun lalu duduk tegak di hadapan Lovely. Rahang terketap rapat, wajah tegang dengan bola mata marak dipenuhi api kemarahan..Lovely bersorak dalam hati... Senang juga nak psiko mamat mafia ni rupanya hahaha..

"Don't what Ren? Tell me.."

"Don't toy me Love..I can still unwrap you like a beast even I'm hurting..You know I'll do that.."

"Nope! Aku takkan benarkan kau sentuh aku lagi Ren. Kau letak jurang antara kita, kau tak layak nak dekati aku, seperti aku tak layak campur hal peribadi kau, bukankah begitu mahumu?"

"Shitt!!!" Maki Ren sambil mencengkam bucu katil.

"Hilangkan jurang tu, Ren Raizen..I'm your legal wife, I'm oficially yours..Jangan nafikan hak aku, kecuali kau lepaskan aku.."

Ren terperangah! Memandang Lovely dengan riak tidak percaya. Terkejut dengan butir bicara Lovely, terpukul sungguh mendengarnya!

" Cindy tinggalkan aku kerana Raqiel. Sebaik Raqiel tahu kau masih hidup, Cindy ditinggalkan. That's why Cindy datang merayu pada aku.."

Damn!

"Do you love her?" Lovely tenung dalam ke anak mata Ren. Mahu lihat adakah lelaki itu akan jawab dengan jujur atau tidak.

"I don't fall in love with woman!"

Amboi!! Yakin sungguh Ren Raizen jawab!!

"Really? Are you sure?"

Yakinnya Ren angguk. Lovely menyungging senyum kecil.

"Tell me honestly Ren Raizen..Did you plan all this? Trapped me into marriage with you? Why me? How much do you want me huh?"

Ren gigit bibir bawah bila lihat Lovely tersengih penuh makna di depannya, siap jongket kening lagi. Tak semena-mena tapak tangan Ren menakup penuh di wajah Lovely. Ren tolak kasar hingga Lovely jatuh melentang atas tilam. Celaka betul kan!! Dia buat Lovely macam ahli mafia tau, kasar betul!

"Stop asking Love! Stop showing me your ugly face!! You're ugly!! UGLY!!!"

Tapak tangan masih melekap di wajah Lovely. Ren siap gerak ke kiri dan kanan tau, tak berhati perut langsung. Dengan geram, Lovely gigit jari Ren.

"Awwuchhh!! You witch!!" Marah Ren lalu menolak wajah Lovely. Tak terlalu kuat, tak juga terlalu lembut. Tapi cukup buat kepala Lovely terteleng manja gitu haha..

Lovely bingkas bangun. Wajah masih dimaniskan walau dalam hati berbakul sumpah buat Ren Raizen.

"What if..I make you fall in love with me? Huh, what say you Ren?"

Terbuntang luas mata Ren Raizen. Bibir bawah diketap sekali lagi beserta dengan senyuman senget. Ren menarik nafas, lalu menyilang tangan di dada.

"Yakin?" Cabar Ren, cuba berlagak selamba walhal dada mulai berombak.

"Well, there must be a reason behind this, iya kan? Kau takkan susah payah atur strategi untuk perangkap orang tua tu supaya jual aku pada kau, betul tak?"

"Maybe.."

"Apapun sebabnya, you won't tell me right? I'll find out one day, everything..termasuklah siapa Putra!"

Ren hela nafas panjang. Wajah Lovely ditenung tak berkelip.

"Isn't it much better if you just forget about the past? Life must go on kan?"

"Yup, let go but never forget! I need to find out the truth.."

"Don't, you might get hurt.."

"It's okay, you'll be there to lend me your shoulder right?"

Ren Raizen terpempam! Senyuman Lovely buat jiwa semakin kacau..Takleh jadi ni! Ren bingkas bangun lalu melompat keluar dari katil.

"I won't lend my shoulder to an ugly creature!"

Damn you Ren Raizen!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience