5 Daughter?

Crime Completed 131702

Lovely melompat bangun bila telefon bimbit di meja tepi berdering nyaring.

Damn!

Terkojut makk!!! Pantas jemari runcing Lovely mencapai henfon tersebut.

"Love, where are you? Kalau hari ni kau tak hadir class lagi, aku dah tak dapat nak tolong! Kau tahu kan perangai hantu Mr Gordon tu? Dua kelas tau dia hari ini!"

"I'll be there in a minute!"

Macam lipas kudung Lovely berlari masuk ke dalam bilik mandi, tidak lama kemudian keluar menyarungkan pakaian lantas menyambar beg sandang atas meja. Ketika berlari keluar, sempat dia lihat Ren Raizen berada di beranda, wajah serius bercakap dalam telefon. Timbul setompok merah di kedua belah pipi Lovely bila lihat badan seksi Ren hanya bersarungkan sehelai boxer. Cepat-cepat Lovely larikan bola mata..malu sampai tertelan air liur hurmm..

Ren Raizen hanya kerling sekilas kemudian meneruskan perbualan dalam telefon, tiada minat langsung mahu menyapa Lovely. Lovely juga tidak berani menegur, kaki laju dituju ke arah kereta. Lovely memandu pergi agak laju dari kebiasaan. Mampus nak tadah telinga bila mulut laser Mr Gordon memuntahkan lahar.. Berasap you!

Seperti yang dijangka, Lovely Scarlett sampai lewat setengah jam. Mr Gordon sedang rancak memberi penerangan di depan ketika Lovely terjengket-jengket masuk dari pintu belakang. Bila Mr Gordon pusing badan menghadap whiteboard, Lovely kelam kabut melabuhkan punggung di kerusi bahagian paling belakang. Harap-harap jejaka awal 30an berdarah mix itu tidak menyedarinya.

"Before we end our class today, I want each of you take one. Please distribute this Lily..As you all know, next class I want you to present 3 to 5 minutes, three days should be enough for you to complete the task individually. No marks if no presentation, incomplete and out of topic, are we clear?"

"Yes sir!"

"Good, you may go except for Scarlett!"

Ohh damn it!! Lovely Scarlett menyumpah dalam hati. Janganlah kena tahan, mampus!

"I need to see your parent. Give me their numbers.."

Adui!!! Lovely koyak senyum senget.

"They're gone, sir..I'm all alone.."

"Do you think you're more clever than me?"

"I'm telling you the truth sir.."

"Ok then, see me at my office after class..Don't cause any more trouble young girl, I can expel you from this school in a blink of eyes!" Usai berkata, Mr Gordon berlalu meninggalkan Lovely.

Tinggallah Lovely termangu-mangu seorang diri di situ. Macam-macam persoalan menerpa di kotak minda. Jujurnya, tiada siapa dalam kampus yang mengetahui status dirinya yang sudah berkahwin, termasuklah Kesha teman baiknya.

Kesha Cuma tahu dia punya seorang sugar daddy yang kaya raya tetapi tua bangka, seperti yang dicanang oleh mulut tak berinsurans Belinda ke serata kampus. Awalnya, akibat khabar angin itu, Lovely hampir mahu berhenti. Tak sanggup nak hadap cemuhan dan pandangan jijik penghuni kampus termasuk pensyarah.

Hairannya, lama kelamaan khabar angin itu lenyap, terkubur tiba-tiba bila tiada walau sepasang bibir pun dibuka untuk membicarakan hal tersebut. Hanya Belinda yang tak penat-penat menyindir, namun hanya dipandang sepi oleh penghuni kampus.

Permintaan Mr Gordon buat Lovely sedikit resah. Risau jika pihak fakulti menghubungi lelaki tua yang paling dia benci. Sungguh, Lovely tidak mahu dikaitkan dengan lelaki itu, sekiranya saja boleh, sudah lama dibuang nama lelaki itu dari sijil lahir dan kad pengenalannya.

Usai kelas terakhir, Lovely cepat-cepat ke bilik pejabat Mr Gordon. Risau benar dia kiranya Mr Gordon bertindak sebagaimana yang ada dalam fikirannya. Mencari maklumat mengenai siapa keluarganya bukanlah susah, tambahan lagi lelaki tak guna itu merupakan orang kenamaan.

“Stop Scarlett!! You witch!!”

Hadoii!! Bala apa lagi ni?!!

Lovely paku pandangan lurus ke depan. Belinda and the geng!

“Berani kau ganggu hubungan cinta bff aku?!! Kau memang sejenis perempuan sund*l kan? Dah gatal sangat kat bawah tu sampai semua lelaki dalam kampus ni kau nak try kan? Dasar perempuan sial kau, sama je macam ibu kau, padan sangatlah mak kau tu mampus awal..Hidup buat dosa je! Kau ni hah, ntah bila nak mampus. Asyik nak malukan nama abah je!”

Belinda memang tak pernah tak berjaya buat seluruh tubuh Lovely menggigil dengan tutur kata kejinya! Bukan menggigil kerana takut, darah Lovely naik menggelegak, hingga terasa hampir nak pecah dadanya menahan rasa marah.

“Apa kau kata? Khaeryll tergila-gilakan kau? Hahahahaa..Kau buat lawak apa ni Scarlett? Khaeryll tu anak orang kaya, keturunan bangsawan! Kau cermin muka tu sikit!! Jangan asyik nak malukan diri sendiri..Aku taulah kau ni memang perempuan takde maruah, tapi kau jangan berani sentuh kawan-kawan aku!!”

Lovely menghela nafas panjang, cuba menenangkan diri. Mentang-mentanglah selama ini dia hanya biarkan saja Belinda dengan mulut takde insuransnya itu, semakin galak pula perempuan angkuh ni memijak kepala dia ya! Nak bagi pengajaran ke tidak? Tapi…Masalahnya, Lovely kena segera berjumpa dengan Mr Gordon..Kalau tak, mampus ler jawabnya, masalah akan jadi berlipat kali ganda huhu..

“Twinkle dan Khaeryll takde masalah sebelum ni, mereka berdua umpama Romeo and Juliet dalam kampus. Yang kau tetiba muncul dan putuskan hubungan mereka pehal hah?!! Sekarang ni Khaeryll dan tak nak layan Twinkle kau tau tak?!!”

Urghh!! Tu sebab Khaeryll tengah terkejar-kejar seorang junior di Fakulti Bioteknologi. Deorang ni buta ke apa? Kasanova macam Khaeryll tu patut dijauhi! Dah cukup baik tau dia campur tangan huhu..

“I hate you Scarlett!! Kau..Kau penyebab salah faham antara aku dan Aeryll!! Aku nak kau perbaiki semua ini!!” Twinkle yang sedari tadi menyepi tiba-tiba menyampuk di belakang Belinda.

Lovely tergelak sinis. Tangan bersilang di atas dada. Seketika, Lovely Cuma diam memerhati gelagat Belinda and the geng. Kumpulan kayangan di universiti yang terkenal dengan sikap angkuh dan sombong. Pensyarah juga tidak berminat mahu menegur atau mengambil tindakan disebabkan keluarga mereka yang agak berpengaruh di bandar itu. Sebab itulah, mereka semakin naik minyak!

“Kau nak aku tolong kau untuk dapatkan Khaeryll semula? Boleh je, tapi masalahnya..Kau mungkin akan dimadukan. Kau nak ke?”

“Khaeryll bukan macam tu!” Tempelak Twinkle dengan riak wajah kurang senang.

Semakin galak tawa Lovely. Geli hati melihat kebodohan gadis-gadis kaya di depannya.

“Maaflah, aku tak berminat!”

Dengan yakinnya, Lovely buka langkah lalu melintas depan kumpulan ala-ala cheerleader kalau di negara barat itu. Walaupun nampak poyo, lirik mata sentiasa dalam keadaan waspada. Bukan Lovely tidak masak dengan kekejaman Belinda and the geng.

Seperti yang dijangka, salah seorang ahli kumpulan itu dengan pantas menarik rambut ekor kuda Lovely. Belinda langsung mara sambil mengangkat tangan lalu diayun deras ke wajah Lovely. Sebelah kaki Lovely hunus lalu ditusuk deras ke perut perempuan tadi. Manakala sebelah tangan dengan pantas menyambar pergelangan tangan Belinda sebelum penampar deras Belinda hinggap di pipi. Tangan Belinda dipulas tanpa ampun.

“Do you guys really wanna fight huh?!!” Cabar Lovely sambil tersenyum sinis.

“Lepaslahh!! Sakit bodohh!!!” Belinda meronta. Wajahnya berkerut menahan kesakitan.

“Kau jangan ingat aku takut dengan status kau Belinda! Perkara yang kau dan bapa tiri kau buat dekat aku, akan aku balas suatu hari nanti! Kau ingat tu!!" Getus Lovely lalu menolak kasar tangan Belinda menjauh darinya.

Belinda mengerang sambil mengusap pergelangan tangannya. Bola mata dicerlung penuh amarah pada Lovely.

"Kau ingat aku takut? Kau siapa?! Cuma pengemis yang tak tahu malu!!" Seraya berkata, Belinda memberi signal melalui ekor mata pada gengnya.

Serentak, mereka mengerumuni Lovely lantas menyerang Lovely. Ada yang menarik rambut, mencakar malahan menumbuk dan menendang Lovely tanpa belas kasihan. Lovely menyilang tangan, cuba melindungi wajahnya. Paling penting tu tau, payah nak buat pembedahan plastik jika berparut hahaha..

"Pergi mampus Scarlett!!!" Seperti orang hilang akal Belinda terjerit-jerit sambil menyerang Lovely, betul-betul ingin melampiaskan rasa marah yang sekian lama terpendam.

"I won't die easily Belinda!" Sekali Lovely libas tangan, Belinda terundur sebelum jatuh terduduk atas lantai.

Tendangan 90 darjah Lovely berjaya menumbangkan geng-geng lembik Belinda yang gigih menggasaknya. Hampir semua jatuh terduduk atas lantai. Jangan main-main dengan kapten Judo you, tadi tu Lovely cuma terleka sebentar, akibatnya mereka berjaya mencederakan dia huhu.. Sekarang dia lebih bersedia, siap pasang kuda-kuda. Masing-masing berundur setapak, riak wajah mulai takut dan ragu untuk menyerang semula.

"What are you doing there?!!"

Oh sh*t!!

Mr Gordon dan seorang lagi pensyarah tercengat di hujung koridor, memandang ke arah mereka dengan riak wajah terkejut.

"Lovely Scarlett!!! Are you crazy?!!" Mr Gordon menjerit nyaring sebaik sahaja menyedari bahawa Lovely merupakan salah seorang daripada mereka yang sedang berkelahi.

Lovely mengoyakkan sengihan senget. Kali ini dia pasti mampus! Harap-harap dia masih bisa meneruskan pengajian.

"Follow me, right now Scarlett!!"

Automatik kaki Lovely diorak menuju ke arah Mr Gordon, seperti ada remote yang mengawal pergerakan, yang pastinya remote berada di tangan Mr Gordon. Tak berani banyak songeh, masa depannya dipertaruhkan, silap kata dan tingkah sia-sia terpaksa tangguh takpun cari universiti lain jawabnya.

Lovely sudah dapat agak sebenarnya apa yang bakal berlaku. Selama ini, tiada siapa berani menyentuh Belinda and the geng disebabkan kedudukan dan status keluarga mereka. Lovely tidak punya siapa-siapa untuk tampil membela nasib diri, ianya sama seperti suatu waktu dahulu, tapi kali ini mungkin dia akan disumbat terus ke dalam penjara. Mr Gordon hempas punggung atas kerusi di dalam pejabatnya. Tanpa mempelawa Lovely duduk, mata dicerlung tepat pada wajah Lovely.

"You're such a trouble girl, aren't you? You escaped my class and now you're fighting with those girls! How am I going to help you now Scarlett?!!" Tempelak Mr Gordon dengan wajah super ketat.

Lovely tunduk merenung kasut. Nak explain kronologi kejadian? Sia-sia kot, dia sudah pernah melalui semua ini. Sebab itu dia menyambung pengajian dalam bidang undang-undang, supaya golongan marhaen sepertinya tidak tertindas.

"Why you're fighting with those girls hah?!!"

Lovely melepaskan sebuah keluhan berat. Sibuk bertanya, bila dibagitahu perkara sebenar bukannya nak percaya, buang masa je! Namun melihat wajah singa yang seolah bersedia bila-bila masa mahu menerkam mangsa, Lovely jadi kecut.

"They started it first Sir!"

"It doesn't matter who started it first Lovely. You know who they are, right?"

See? Semua sia-sia bukan?

"I already called your guardian, he'll be here soon!"

Ohh nooo!!!

Lovely ketap bibir. Perkara yang paling tidak diingini kini sedang terjadi. Dada mulai mengencang, nafas semakin laju hingga berombak di dada.

"Sir, I told you, didn't I? I have got no family! Please, cancel the meeting. I will do anything to show how much I remorse my bad atitude." Lovely berhenti lalu berfikir sejenak.

"I'll clean your office until I graduate if that's what you want. I'll complete all your assignments without complaining and I'll make sure to attend all your classes..I promise Sir! Just...please cancel this meeting."

Mr Gordon diam, jemari mengusap-usap dagu. Bola mata tetap terpaku pada Lovely yang jelas nampak sungguh terdesak ketika itu.

"Scarlett..This is a big issue, you can be expelled! I need to discuss this with your guardian, it's a procedure whether you like it or not!"

"But I don't have any guardian Sir! I live alone!"

Mr Gordon menghempas badan di penyandar kerusi. Wajah mix itu semakin berkeriput menahan perasaan.

"Liar!! Your guardian is coming Scarlett!!"

"He's not my guardian!! He's nobodyy!!!"

Pangg!!!

Hampir terlompat Lovely bila Mr Gordon menghentak meja dengan sekuat hati. Tak guna betullah pakcik tua ni!! Boleh kena serangan jantung tau ishh!!

Krakkk!!!!

Pintu ofis Mr Gordon dikuak dari luar, tanpa ketukan, tanpa sapaan. Mr Gordon merengus kuat. Siapalah manusia yang tiba-tiba menerpa masuk macam tempat ni rumah sendiri dibuatnya? Lovely turut menoleh, terkejut dengan keberanian orang tersebut. Kalau student memang masaklah oleh Mr Gordon.

"Tsk..tsk..tsk..Such a trouble maker!!"

Eh?!!!

Terus terundur setapak Lovely bila tetamu yang tak diundang menghampirinya dengan riak wajah seperti harimau mahu membaham mangsa! He is....damn!! He's the guardian!!! Mr Gordon pantas berdiri. Walaupun wajah jelas kelihatan kurang senang dengan kebiadapan tetamu itu, Mr Gordon tetap mengoyakkan senyum paksa.

"Please..have a seat!" Pelawa Mr Gordon, beriak macam mahu tak mahu jer.

"What did she do? I have no time for this sh*t you know!" Tanpa mengendahkan pelawaan tak ikhlas Mr Gordon, tetamu itu bertanya kasar. Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"Erm..Sir...your daughter is....."

"Excuse me? daughter?"

Terlepas gelak Lovely tanpa disedari. Cepat-cepat dicekup mulut bila lelaki itu berpaling lalu merenung Lovely dengan bola mata menyala-nyala.

"Err.." Mr Gordon hilang kata-kata buat seketika.

"Kau bagitahu aku ni bapak kau ke hah?!" Bola mata lelaki itu dicerlung tepat ke arah Lovely.

Lovely cepat-cepat geleng. Wajah lelaki itu semakin bengis. Lovely mulai rasa seram sejuk, hingga mengalir peluh sejuk dari liang roma.

"Er..You're her guardian right?" Mr Gordon bertanya untuk mendapatkan kepastian. Dia sendiri sudah bingung sebenarnya. Mati-mati dia ingat lelaki ini adalah penjaga Lovely.

Maklumat itu sahih, Mr Gordon perolehi dari maklumat kad yang digunakan oleh Lovely untuk membayar yuran pengajian. Dia sendiri agak terkejut ketika mula-mula lihat lelaki itu muncul, memanglah dah boleh jadi bapak pun, tapi punya anak seusia Lovely, agak mengejutkan bukan? Kecuali dia memang berkahwin awallah, di usia belasan tahun!

"Sir Ren Raizen..If you're not her father, then who are you?" Tanya Mr Gordon, bingung-bingung!

Ren Raizen menoleh ke arah Lovely, bola mata mereka bertaut buat seketika. Lain macam tau debarannya huhu..

"I am her husband!"

Lovely tarik nafas satu-satu, semput tiba-tiba menyerang, mujur tak pengsan! Sungguh, Ren Raizen adalah manusia yang tak terjangka pemikirannya! Mimpi apa mamat rupawan yang bengis tak kira waktu ni? Tetiba boleh pula mengaku depan orang lain tentang hubungan mereka berdua? Lebih menghairankan, sanggup pula muncul di kampus hanya kerana dia.

"Hu...husband?" Sampai tergagap Mr Gordon bertutur akibat terkejut dengan pengakuan Ren.

"Geez!! Don't act poyo ah! You've got the CCTV right? Settle this matter wisely..You don't want the whole building collapse in fire, do you?" Sempat Ren Raizen mengugut Mr Gordon sebelum menarik Lovely keluar dari bilik tersebut.

"Let me go!!" Lovely sentap kuat pergelangan tangan dari cengkaman Ren Raizen.

Mereka sudah berada di luar bangunan, berdekatan kawasan tempat letak kereta. Ren Raizen kacip rahang, muka ketat hingga timbul urat biru di dahi. Kot handmade ditempah eksklusif yang tersarung di badan dibuka kasar lalu digenggam dengan sebelah tangan. Manakala sebelah tangan menunjuk tepat ke wajah Lovely.

"Stop causing trouble young girl!! Or else..Kau akan aku kurung buat selama-lamanya!!"

"Aku tak buat Ren! Tengok ni, aku yang teruk dikerjakan oleh mereka!! Aku cuma pertahankan diri aku!!" Lovely siap selak baju hingga pangkal lengan untuk bagi Ren Raizen lihat dengan jelas luka cakaran kuku panjang Belinda and the geng. Tu belum masuk bibir yang sedikit terkoyak, masih ada sisa darah yang telah kering di celah bibir Lovely.

Ren Raizen renung luka di tangan Lovely buat seketika. Rahang pipi kelihatan bergerak-gerak.

"Kenapa biarkan? Apa guna kau belajar ilmu mempertahankan diri?" Amboi, dia perli pula!

Sedikit terkejut sebenarnya, Ren Raizen... Macamana dia boleh tahu? Adakah Ren dalam diam menyiasat tentang dia? Menakutkan!!

"I'll settle this! Come, let's go home!"

"Aku bawa kereta Ren."

"Leave it, someone will send it back!"

Huhu..diktator alert!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience