37 Adorable Cunning Fox!

Crime Completed 131702

Lama Lovely tercengat di muka pintu merenung beberapa keping gambar di tangan. Nyata mimpi itu benar-benar berlaku! Tuhan mahu tunjukkan siapa Ren Raizen sebenarnya!! Air mata mengalir deras, menyatakan hatinya sudah hancur berkecai!

Tenang Lovely..Hati memujuk! Jangan bertindak terburu-buru. Dengar dulu penjelasan empunya diri. Yup! Lovely menarik nafas dalam-dalam kemudian menghembusnya perlahan-lahan.

“Love!! What took you so long?” Ren jerit dari ruang tamu.

Lovely pantas mengesat air mata sehingga kering. Baik, dia perlu berfikiran lebih terbuka bukan? Dengar dulu Lovely Scarlett… Jangan bertindak melulu..Tenang!

Langkah dibuka menuju ke ruang tamu. Gambar intim Ren dan Cindy dimasukkan kembali ke dalam sampul, lalu dikepit di celah ketiak. Lovely duduk bertentangan dengan Ren lalu meletakkan bakul kertas berisi makanan di atas meja.

“Ren…”

Ren yang sedang menyuap makanan ke dalam mulut mendongakkan wajah. Bola mata bertaut. Lantaran mulut terlalu sibuk mengunyah, tiada kata-kata yang keluar dari bibir Ren. Lapar benar mamat ni!

“Kau dan Cindy…”

Terus terbatuk, makanan dalam mulut hampir tersembur keluar! Memandang Lovely dengan wajah serba salah. That’s it!!! Lovely bingkas bangun, berlari menuju ke dapur. Tak perlu kata apa-apa, dari riak wajah yang dipamerkan saja pun dia sudah tahu jawapannya!

Yang penting sekarang dia akan cincang dahulu Ren Raizen, selepas jadi arwah baru dia cari Cindy. Biar mampus dua-dua manusia jahanam tu!!

Terkejut, Ren tergopoh gapah mengejar. Macam tau-tau je arah destinasi Lovely, Ren pantas memblock laci yang menempatkan pisau pelbagai jenis dan saiz dengan badannya.

“Love..Let me explain..”

“Explain?!! Then explain these Ren Raizen!!” Sampul berisi gambar Ren dan Cindy dilempar tepat ke wajah Ren.

Isi di dalam sampul berjatuhan di atas lantai. Ren telan air liur! Argh..Nampaknya dia lambat bertindak, perempuan tak guna tu dah lebih dulu bertindak. Celaka kau Cindy!! Mati-mati Ren memaki dalam hati.

“Love..I was drugged that damn night. They tricked me! I tried to fight..I did! They tied me Love, what can I do?”

Lovely hampir tidak mampu berdiri tegak, terus duduk menghempas punggung di atas lantai lalu menangis teresak-esak. Dia cuba memahami situasi Ren, cuba menerima dengan pasrah semua itu. Tapi sungguh, hati tak merelakan…Apatah lagi dengan Cindy si rambut karat tu..Meluap-luap rasa benci bercampur rasa jijik!

“I’m sorry Love..My bad, my mistake..” Ren duduk mencangkung di hadapan, lalu cuba memeluk Lovely.

Pantas Lovely tolak tubuh Ren hingga Ren terduduk atas lantai. Bingkas bangun dan dengan pantas berlari menuju ke bilik. Ren kejar lagi.

“Love!! Tunggu!!”

Lovely menyelongkar almari, kemudian berpindah ke laci dan seterusnya ke serata pelusuk bilik seolah sedang mencari sesuatu.

“Love!”

“Pistol!!! Pistol mana Ren?!! I need a gun nowww!!!”

Oh dear!

Ren meluru pantas lalu menarik Lovely masuk ke dalam pelukan.

“Lepas!!!” Lovely meronta, siap melompat terkinja-kinja mahu melepaskan diri.

“Love..What I did is wrong..It’s undeniable! But please..I didn’t mean it, it was out of my control.. Don’t forgive me..But please..Stay! I can’t bear losing you..”

Tangisan semakin menjadi-jadi. Makin kuat dia meronta, semakin erat Ren memeluknya.

“Lepaskan aku Ren Raizen!! Aku tak rela kau sentuh aku selepas kau memadu kasih dengan Cindy!! Jijik!!! Aku jijik Ren Raizen!!!”

“Love..Please..Don’t do this to me..” Lontaran suara lemah menyapa pendengaran.

“I hate you Ren Raizen!”

“Please don’t..”

“You’re a piece of….”

“Don’t…” Mulut Lovely dicekup dengan tapak tangan Ren.

“Please stop…” Bola mata suram tak bercahaya itu dipaku tepat ke bola mata Lovely.

“You always wanted to know my real feeling towards you, don’t you? You’re a queen in my heart Love..Forever will be my first and last! Since the day I saved you from that bastard..You took my heart away..Sorry but not so sorry I snatched you from Raqiel coz I did it on purpose. When I saw you that day, I knew it’s you..The girl who had my heart! I love you so much Lovely Scarlett!”

Air mata yang mengalir deras hingga mengaburi permandangan segera diseka selaju mungkin. Mata dibeliakkan supaya pandangan lebih jelas.

“What did you say? Ulang balik. Laju sangat! Selamatkan aku? Apa maksud kau Ren Raizen?” Tangisan melalak-lalak sebentar tadi juga terhenti serta merta.

“Jap!” Ren melepaskan pelukan lalu melangkah menuju ke almari. Sebuah kotak kecil diambil di ruang paling atas.

Kotak berwarna biru gelap itu kemudian diserahkan pada Lovely. Terpinga-pinga kebingungan Lovely, namun tetap disambut kotak tersebut.

“What is this?” Lovely merenung silih berganti kotak di tangan dan Ren Raizen dengan wajah bingung.

“Bukalah..I should give you that long time ago..”

Tak tunggu lama, penutup kotak ditarik. Tercelik luas mata, menggeletar jemari ketika menarik keluar rantai emas berbuah emas berbentuk hati yang boleh dibuka dan ditutup, dalamnya merupakan tempat menyimpan gambar kecil.

“M..Mana kau dapat rantai ni Ren?” Suara juga ikut bergetar.

“Rantai tu tertinggal dalam kereta aku.”

“B..But how?”

“Because that night, when that bastard hurt your mum and wanted to rape you, I broke in and saved both of you.”

Lovely geleng kepala dengan laju. Tak mungkin! Lalu mengapa Raqiel yang berada bersamanya ketika dia sedar dari pengsan?

“But..But..It was Qiel…I thought he was the one who saved us..”

“Qiel came soon after and took both of you.”

Lovely membuka hati tersebut. Terpampang wajah ibu dan wajahnya yang ketika itu baru berumur 11 tahun agaknya.. Air mata mengalir lagi. Gambar ibu diusap berulang kali..Rindu mengunjungi, sebuah rindu yang tak berpenghujung!

“Why didn’t you tell me about this Ren?”

Ren tunduk merenung lantai.

“I’m sorry..I had no gut to tell you. Besides, I feel guilty because I was unable to save your mum. She had a brain aneurysm, stroke made her condition worsen.”

Esakan halus mulai kedengaran, hingga terhinjut-hinjut bahu.

“Mengapa sekarang Ren Raizen?”

“Because I don’t wanna lose you Lovely Scarlett! Please don’t let that damn Cindy destroys everything between us. I’ve been with you all the time, only you never realized I was around..”

Esakan mulai kedengaran lagi. Lovely membawa rantai tersebut ke dada. Ibu.. Maafkan Love...Pasti ibu stress disebabkan Love.. Hati merintih pilu. Ren mendekati, kali ini lebih berhati-hati. Lega bila tiada penolakan, malahan Lovely membenam wajah di dada bidang Ren.

"I'm sorry Love.."

Lolongan semakin menjadi-jadi. Ren ketap bibir, sedikit bingung..Dia...Silap cakapke? Belakang Lovely diusap perlahan-lahan. Diam lebih baik.. Kang silap cakap boleh terpelanting melekat di dinding. Kapten judo tu! Dalam hati, berlipat ganda rasa lega..Yakin yang Lovely sudah dapat menerima perbuatannya, yakin yang Lovely mungkin dah lembut hati dan mahu memaafkan dia..

Ahh..Ren lupa yang dia sedang berhadapan dengan seekor musang licik..Si musang yang terleka seketika akibat terganggu emosinya. Setelah merasa lega usai melepaskan semua rasa yang terbuku melalui tangisan, Lovely menjauhkan wajah lalu mengelap hingga kering sisa air mata di pipi. Pandangan ganas dengan bola mata marak berapi-api dipaku tepat ke bola mata Ren Raizen. Terus tertelan segumpal air liur!

"Kau kira dengan menggunakan strategi terakhir kau ini akan mampu buat aku berubah dan memaafkan kau?"

Adui..Macamanalah nak jinakkan balik musang ni? Otak dah jammed, dah habis fikir dah sampai ke titik noktah. Nak anjak lagi, pasti jatuh ke gaung yang curam dan dalam!

"Love!!"

Ah sudah!

Dia lari keluar balik dah!! Penat ah main kejar-kejar ni..Nak dibiarkan, tu ertinya nak tunggu mampus! Ren terus mengejar dengan pantas.

Not again!!

Ren meluru laju cuba menghalang tangan Lovely dari menarik laci kabinet. Malangnya, dia nyata terlambat! Bukan sebilah, terus empat bilah pisau Lovely rembat. Terundur setapak Ren Raizen, bila semua pisau diacu ke arahnya. Otak ligat berfikir...Dia boleh je sebenarnya bertindak kasar dan tumbangkan Lovely.. Kacang je! Cuma dia tak sanggup mahu mengasari Lovely..Jadi dia harus buat apa? Biarkan diri jadi daging cincang?

"Letak pisau tu Love. Benda boleh bincangkan.. Please?"

Lovely terus mara, tak berniat pun mahu balas kata-kata Ren. Ren telan air liur, mahu tak mahu dia berundur dan terus berundur bila Lovely semakin mendekat.

"Love!"

Terjerit panik Ren bila Lovely meluru sambil menjulang pisau di atas kepala. Terus berundur dengan laju tanpa sempat menoleh arah tuju kaki. Terlanggar tepi sofa, hilang keseimbangan lalu jatuh terlentang di atas sofa. Lovely panjat naik di atas badan.

"Love!!"

ZAPP!!!

Dua bilah mata pisau masing-masing terbenam di kedua belah sisi bahu Ren, hampir terhiris kulit bahu! Hampir tercabut jantung Ren akibat terperanjat. Musang ni dah sah gila! Kejap lagi dia pasti jadi arwah huhu..

"You see..." Pisau yang sudah terbenam hampir separuh ke dalam sofa terus menghiris ke bawah, tanpa dicabut keluar.

"Macam ni aku akan potong kau punya 'tut'.." Torehan permukaan sofa semakin panjang bila Lovely terus membenamkan bilah pisau ke dalam sofa dan menghiris permukaan sofa tersebut.

"Kalau kau berani curang dengan aku, Ren Raizen!"

Glup!

"Loveee..." Panjang leretan dihujung..

"Do you understand?"

Laju kepala Ren terangguk.

"You had sex with Cindy right?"

Ren angguk lemah.

"Are you enjoying it?"

"I don't even remember it Love..I was drugged.."

Lovely mendengus kuat. Pisau ditarik keluar lalu diletakkan di leher Ren Raizen.

"Of course you and her had a great night.. Sambil bermesra, sambil mengenang kisah lalu. After sex, you and her had pillow talk..What a romantic night!! Dengan aku kau terus tertonggeng tidur..Tak gitu?"

Mencerlung bola mata Ren. Minah ni merapu apa sebenarnya? Dia punya level cemburu teruk tahap melepasi neraka jahanam. Siap berimaginasi yang bukan-bukan! Kalau betul takpelah juga..

"I don't do that! What are you talking about?"

"Shut up Ren Raizen!! Just say yes or no dammit!!"

Terkebil-kebil!

"No Love..I didn't do that!"

"Lelaki...!! Dah terang lagi bersuluh, masih yakin mengatakan tidak!"

Ren mulai rimas, ketap rahang sambil renung Lovely dengan tajam. Pergelangan tangan Lovely dicengkam, terhiris sedikit kulit leher. Sepantas kilat Ren menarik Lovely hingga tersembam di dada. Sesaat kemudian, kedudukan mereka sudah bertukar. Ren merapatkan wajah lalu mengukir senyum senget. Kedua belah tangan Lovely dikunci atas kepala.

"You're so annoying, you know that?"

"Let..Me..Goo!!"

Meronta sekuat tenaga!

"Annoying but adorable.."

Bibir terbenam di leher.

"Ren Raizen!!!"

Semakin kuat rontaan. Kepala dipusing ke kiri dan ke kanan berulang-ulang, menyatakan ketidakrelaan pada sentuhan Ren.

"Don't do this to me..It hurts Love.."

Argh, persetan!

Terus meronta sehingga akhirnya Ren mengalah lalu melepaskan cengkaman. Lovely bingkas bangun, pisau dilepaskan dan jatuh di atas lantai.

"I'm leaving!" Terus pusing badan dan berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang.

Ren merenung sayu sehingga kelibat Lovely hilang di sebalik pintu. Hati meronta-ronta mahu mengejar, namun fikiran menghalang. Lebih baik dibiarkan gadis itu bertenang dahulu. Kalau tidak, kejar mengejar ini takkan abis.. Sampai kiamat tiada kejadian!

-

-

-

Lovely sedang duduk menikmati makan tengah hari yang dah tak berapa nak tengah harinya, dah hampir ke lewat petang kot..Seharian masa dihabiskan di court bersama Kesha. Mujur semuanya berjalan dengan lancar.

Tengah sedap menyantap, mata tertancap pada satu figura yang baru muncul di pintu masuk restoran. Terus membuang wajah..Dah kenapa tetiba manusia tu boleh muncul? Sengaja ke? Buat-buat tak nampak bila sekujur tubuh itu menghampiri.

"How unlucky to meet you here!"

Lovely mencebik..Dah tu kenapa mara mendekati? Bukan sengaja nak cari pasal ke tu? Siap duduk di kerusi kosong depan dia dan Kesha tanpa diundang!

"You know Love..What you did is correct! Ren sejak awal memang tak cintakan kau, hanya aku yang dia cintai..We had an amazing sex that night you know. Kau nak tengok video tu?"

Buku lima terkepal erat di bawah meja. Namun memilih untuk mengunci mulut..Takpe, dengar dulu apa minah karat ni merapu..Bagi can orang bilang..Sementara atur strategi untuk balas balik.

"Ren akan kahwin dengan aku lepas ni..Aku subur waktu kami berasmara, pasti tak lama lagi benih yang ditabur tersemai dengan suburnya di rahim aku ni..So, aku just nak bagitau kau supaya berhenti berharap pada bakal laki aku tu."

Alangkah angkuhnya!

Lovey ukir senyum sinis selebar-lebarnya.

"Oh..Really?" Sinis sungguh nada suara.

"Ren takkan tinggalkan aku kerana aku bakal jadi ibu pada anak dia, Love!! You should back off..Pergi mampus lagi baik!!" Suara naik seoktaf, nyaring menyakitkan telinga.

"Hmm.." Hanya deheman kecil dilepaskan. Jemari menarik keluar henfon dari dalam beg tangan.

Panggilan dibuat. Menunggu beberapa saat sebelum panggilannya disambut.

"Love! What's wrong?" Suara di corong speaker henfon kedengaran cemas.

See? He still cares even though we haven't met for almost a week!

"Come to the location I sent to you just now! As fast as you can, I'll cut your 'tut' if you're late!"

Savage!

But who cares? Dia tengah dibakar api cemburu! Tipulah kalau dia tiada rasa apa-apa mendengar kata-kata Cindy. Rasa marah membuak-buak, sakit sungguh rasanya bila terpaksa ditahan. Ikut hati mahu saja diganyang Cindy..Tapi tak mahu menimbulkan kekecohan. Dia dikenali di situ, baru keluar dari court pasal isu keganasan juga huhu..

Panggilan terus dimatikan tanpa menunggu jawapan dari si penyambut. Mata mencerlung ke arah Cindy yang sedang membiutkan bibir. Senyum sinis tersungging.

"Kau dah ditinggalkan Ren pun masih nampak happy ke?" Cindy memerli siap pamer wajah riak.

Lovely sengaja gelak kuat-kuat, cuba melepaskan kemarahan yang terbuku..Lihat wajah Cindy saja pun dah naik darah sampai kepala.

"Don't be so sure about that, Cindy.."

Sinis nada suara. Bola mata mengerling jam yang melilit di pergelangan tangan. Datang ke tak mamat ni?! Macamana nak beraksi kalau tak cukup korum?

Punggung mulai panas. Beberapa kali dikerling ke arah pintu masuk. Api yang sedia marak terasa disimbah dengan petrol!

"Oh dear!" Tiba-tiba Cindy berdiri tegak sambil menekup mulut dengan kedua belah tapak tangan..Bola mata lurus ke arah pintu.

Lovely dan Kesha turut memaling wajah, memandang ke arah yang sama. Senyum lebar terus terukir di wajah Lovely.

"See? He's coming to fetch me, his future wife.." Dengan lagak angkuh, Cindy bersuara. Rambut yang menutup bahu ditolak ke belakang.. Mengada! Badan yang tegak terus melentok seperti ayam serama.

"Sayang...I'm here.." Suara meleret-leret, mengembangkan corong telinga.Tangan diangkat tinggi dan melambai penuh gemalai.

Lovely menyandar di penyandar sambil peluk tubuh. Kita perhati je gaya minah karat ni sambil menabahkan hati. Ren Raizen menghampiri dengan nafas termengah-mengah. Peluh sejuk yang menitik ke dahi diseka laju.

"Are you okay?" Terus mendapatkan Lovely tanpa menoleh ke arah Cindy.

Cindy terkebil-kebil!

"Ren..." Drama musang licik bermula!

Mata tiba-tiba menjadi kuyu..Badan mulai jadi lembik, macam sepuluh hari tak makan. Belakang tapak tangan diletak di dahi.

"I am sick!" Tu dia!

Ren Raizen jongket sebelah kening. Macamlah dia tak nampak renungan pembunuh itu tadi! Dasar musang licik!

"You're sick? Where?" Layankan jelaa huhu..

"Entah..Badan aku rasa lemah, langsung takde selera nak makan..Rasa loya dan nak muntah.."

Ren jeling pinggan yang licin di atas meja..Huh, yela tu! Nak luah isi hati, takut si musang mengamuk lagi..Hailaaahh Lovely Scarlett.. Tak nampak ke orang dah setengah mati merindu ni? Kejamnya seketul Lovely, siap block nombor dia tau! Mujur dia tak jadi gila dan menangis-nangis merayu suruh unblock macam pasangan kekasih yang kena viral tu huhu..Ni siap menggedik depan dia, nak kena terkam ke?

"Salah makan ke?" Dahi Lovely dijamah dengan tapak tangan..Normal! Tangan turun ke dada, kemudian ke perut Lovely. Selepas beberapa saat, baru dipindahkan ke pergelangan tangan, mahu memeriksa denyutan nadi kononnya, macamlah dia tahu sangat..Mengalahkan doktor lagaknya!

"Entahlah..Mengandung kot!"

"Uhuks!!" Tersembur jus oren dari mulut Kesha mendengarnya. Tak melampau ke minah ni? Kesha jeling sebal ke arah Lovely..

Mengecil bola mata Ren Raizen. Mengandung? Lovely ni mimpi ke apa? Selama berhubungan, dia tidak pernah menanam benih ke dalam rahim isterinya itu lantaran dilarang oleh Lovely. Belum bersedia katanya..Ni siap claim mengandung, dah teringin ke? Hari ni juga dia tabur dan tanam..Just say it..Come on!!

"Sayang..Kenapa tengok baby macam macam tu? Tak percaya ke?" Tajam menusuk jantung renungan dituju ke arah Ren.

Sayang? Baby? Arghh!! Ren geleng, kemudian cepat-cepat angguk.

"Sayang dah janji..Cuma baby yang akan memberikan sayang anak kan? Yang sayang takkan meniduri perempuan lain dan menabur benih di dalam rahim perempuan lain kan?"

Ren angguk lagi..Hanya mampu telan air liur melihat gaya gedik musang betina di depannya. Kalau tangan tak menjalar takpelah jugak, ini habis merayap ke serata dada pejal Ren. Aduh hati, bertabahlah! Lovely jeling Cindy sambil ukir senyum mengejek.

"Lalu..Mengapa perempuan gila tu cakap dia bakal mengandung anak sayang?"

Ahh..Baru nampak permainan si musang licik. Ren tergelak dalam hati..Perempuan...Ren menoleh, memandang Cindy.

"Did we really have sex?" Cindy terperangah sesaat!

"Of..Of course!" Sedikit tergagap menjawab.

"Really? Show me the video!"

"I...I didn't bring it!"

Cindy kelihatan sedikit cemas. Keangkuhan yang terpamer ketika bersama Lovely tadi hilang entah ke mana..Menikus terus bila berhadapan dengan Ren Raizen.

"I'll kill you if I didn't get the video by tomorrow Cindy!"

"I will!! I'll give it to you!!" Cuba meyakinkan, namun riak wajah cuak terpamer!

Lovely terus-terusan merenung penuh mengejek ke arah Cindy sambil pamer senyum sinis. Marak bola mata Cindy ketika membalas renungan Lovely. Wait..Show belum habis lagi sayang kah kah kah..Kemain hati kecil mengejek!

"Sayangg..." Panjang dileret dengan gediknya.

Ren menoleh dengan kening terjongket tinggi. Lain macam feel dia tau dengar perkataan sayang tu!

"Rasa tak larat nak jalan sayang..Dukung baby boleh?"

Kesha buang wajah meluatnya..Melampau ahh minah seekor ni! Cindy diam membatu, hanya rahang mengencang sambil memerhati dengan mata serigala.

"Boleh..Kita balik rumah ya.." Kemain lebar senyuman miang keladi yang tersungging di wajah Ren Raizen. Laju je badan Lovely dicempung dengan erat, biar wajah manis penuh muslihat itu tersembam di dada bidangnya. Biar Lovely dengar degup jantung terlebih adrenalin kerana super excited bertentang empat mata dengan Lovely ketika itu.

Seminggu dia bertahan menahan rindu dendam pada gadis itu! Seminggu dia langsung tak mengekori, takut Lovely semakin marah dan makin menjauhkan diri. Seksanya Tuhan saja yang tahu..

"Ren...!! Janganlah macam ni..Love dah tak nak kat you!! She left you idiot!!!" Cindy meluru mengejar, cuba menahan Ren Raizen.

"You will pay for what you did Cindy!" Keras suara dilontar hingga Cindy terus terpegun tak bergerak!

"Oh by the way Cindy..Misalnya kau termengandung, check dna sebelum kau claim Ren bapa anak kau, coz Ren takkan menanam benih di rahim wanita lain, kecuali aku..Isteri dia yang sah!" Sempat memanjangkan leher di sebalik tubuh sasa Ren, untuk bagi sindiran padu sambil lempar senyum mengejek pada Cindy.

Laju langkah kaki Ren buka, mahu keluar dari restoran sebelum aktiviti serang menyerang bermula. Bukan kerana takut Lovely dibelasah, minah ni setangkas dia kot! Cuma bila dah mula berhentam, sukar dihentikan..Perempuan berhentam ni drama je lebih..Tarik-tarik rambut, terpekik melolong mengalahkan anjing nak mengawan, bising je lebih..Tu yang Ren tak nak hadap!

Keluar sahaja dari pintu restoran, Lovely tiba-tiba melompat keluar dari gendongan Ren. Terperanjat beruk Ren Raizen dibuatnya. Hah! Kan dah cakap, drama je lebih!

Baju dikemaskan, rambut yang sedikit berserabut disisir dengan jemari. Usai semua, tangan ditepuk-tepuk di hadapan Ren Raizen.

"Now you may go!!"

Melopong seketul Ren Raizen!

Seriously?

Dia cuma dipergunakan? Tak diperlukan , tak dirindukan, tak diinginkan..Waaaa!!! Mengapa kejam sangat gadisku?!!

"I..I thought..I thought..." Sampai tergagap-gagap menahan pedih di hati.

"Apa aitot aitot?!! Blah ahh...Semak!! Ke nak aku sembelih si 'tut' tu?" Bola mata terus dipaku di celah kelangkang Ren.

"Stop playing with my heart Lovely Scarlett!!" Wahh..Dah marah ke? Melengking suara..

"I don't! Just a little show pun nak bising ke?" Masih berani melawan.

That's it!!

Ren Raizen bukan seorang yang penyabar! Main kasar, dia boleh balas lebih kasar! Badan Lovely diangkat lalu disangkutkan di bahu.

"Ren Raizen!!!!"

Musang jgn menjentik singa, parah akibatnya kah kah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience