47 Mr Mafia Vs Ms Cunning Fox

Crime Completed 131702

Lovely bangun awal pagi itu kerana dia perlu hadir ke mahkamah seawal jam tujuh pagi. Usai mandi dan berpakaian, wajah dihias seperti kebiasaan, rambut disanggul tinggi supaya tidak menganggunya semasa perbicaraan nanti.

“Hello Love! You’re the prettiest when you smile. So, mulakan hari dengan senyuman my love! And, good luck for today… Fighting Love!” Wajah di cermin direnung agak lama. Kata-kata semangat yang meniti di bibir dan ditujukan buat diri sendiri terasa meresap di dalam jiwa.

Hati mengeluh. Dia tahu dan cukup sedar, dia sudah tak punya siapa-siapa, cuma sebatang kara. Semua hanya bergantung pada diri sendiri. Sedih? Dipujuk diri sendiri. Marah? Cuba menenangkan diri sendiri. Putus asa? Kata-kata semangat diberikan pada diri sendiri. Paling sadis bab kurang kasih sayang huwaaa…Sayang-sayang dan belai-belai diri sendiri? Weird! Tapi siapa tahu, mungkin saja berkesan.

Ah… Hentikan mengeluh, masih banyak yang hidupnya lebih susah dan menderita di luar sana hingga makanpun tidak cukup malahan tiada tempat berteduh. Dia dan ibu pernah mengalami semua itu namun ibu tidak pernah sekalipun mengeluh, wajah sentiasa melakar senyuman manis. Itulah kebahagiaan sebenar. Sentiasalah bersyukur dengan apa yang dimiliki.

Jam dinding dikerling sekilas. Beg suitcase berisi dokumen-dokumen penting digapai. Begitu juga dengan kunci kereta. Setelah memastikan tiada benda penting yang tertinggal, langkah diatur menuju ke luar rumah.

Setelah kaki memijak perkarangan luar apartment kos sederhana miliknya, Lovely terus terpempan dengan mulut terbuka luas!

Bola mata terus bergolek-golek mencari. Mana? Lovely sangat pasti semalam dia meletakkan benda itu di situ, di kotak berbumbung…Tempat selalu benda tu beradu.

Tak puas hati, satu bangunan dikelilingi, punat alarm kereta juga ditekan berulang-ulang. Manalah tahu ada je di sekitar, cuma tak nampak…Atau mungkin penglihatan ditutup oleh kuasa ghaib..Atau…Kerja syaitan bertopengkan manusia yang tengah sakit hati padanya..Urgh!

Memang kerja mamat tu ler jawabnya!!! Tiada orang lain yang berani dan sanggup memindahkan even pernah meletupkan sebiji kereta mahalnya suatu waktu dahulu kecuali seorang Ren Raizen!

Argh…Sebal! Pagi-pagi dah buat darah orang mendidih! Lovely mengetap rahang. Baiklah wahai Ren Raizen, nak mencabar sangat kan? Tengok dan lihat apa mampu dibuat oleh si bijak pandai ni wahahaha!!! Henfon ditarik keluar dari dalan beg tangan.

“Love?!” Suara bernada terkejut kedengaran di hujung talian.

“Marco Polo! Come to the location I’ve sent you just now as soon as possible! Don’t try to refuse, I repeat..DON’T! Or both of us will die!” Ah gitu! Ugutan harus mantap menggentarkan jiwa. Panggilan terus dimatikan tanpa sempat Marco menjawab.

Saja biarkan lelaki itu berteka teki. Kali ini biar Lovely yang kuasai permainan keluarga gila itu. Tak kisah apa bakal terjadi, kalaupun dia sendiri jatuh tersungkur juga tak kisah. Yang penting dendam terbalas.

Lovely terpacak di depan bangunan, menunggu dengan sabar sambil meneliti beberapa dokumen penting iaitu bukti-bukti yang bakal dikemukakan di mahkamah nanti.

PONN!!!

Wajah didongak untuk melihat. Sedikit tersentak bila sebuah kepala terjegil keluar bila cermin kereta bahagian pemandu diturunkan. Siap pakai cermin mata hitam okay!

Terus terherot tinggi bibir Lovely. Menyampah disajikan dengan wajah tampan itu awal pagi! Nampaknya mamat ni memang dah plan cantik-cantik.

“Need a ride?” Selamba menawarkan khidmat, siap ukir senyum paling sweet di muka bumi.

“Kau buat apa dengan kereta aku Ren? Kau hancurkan? Letupkan? Ke kau dah buang ke dalam gaung?”

Ren tergelak kecil. Amboi, senang hati nampak!

“Aku akan hantar dan ambil kau mulai hari ini Love. Kau takde pilihan, naiklah. Kau nak cepat kan? Nak ke court?”

Wah! Ren dah siap kumpul maklumat tentang aktiviti harian dia rupanya. Pantas sungguh!

“Really? I really appreciate that Ren Raizen but sowryy dear… Someone will pick me up!”

Ketenangan Ren mulai tergugat. Mati senyuman manis yang terlakar di wajah. Api cemburu mulai kelihatan terpamer di wajah tampan Ren Raizen. Puas hati melihat wajah tergugat itu!

“Don’t Love! You are forbidden to…”

PON!

Bunyi hon kereta mematikan kata-kata Ren. Kepala terpusing ke arah punca bunyi berkenaan.

“Morning my super hot cousin! Why are you here?” Kemain mesra Marco menegur, tak perasan langsung wajah marak terbakar Ren Raizen.

“Marco Arjuna!!!” Seraya berkata, bola mata Ren laju memburu bola mata Lovely. Bertaut seketika, pandangan yang diberikan penuh berapi!

“Serious Love? That brat?!”

Sabar Ren Raizen, permainan baru di garisan permulaan..Hati kecil mengejek! Lovely lempar senyuman musang liciknya. Langkah kaki diatur, badan terliuk-liuk menggeletis. Dari belakang, sebiji macam punggung itik keberatan telur!

Tak kisah!!! Biar Ren telan air liur yang meleleh-leleh, tu pun kalaulah dipandang kan...

“Nice job Marco, tepat pada masanya!” Sengaja bagi pujian sikit, biar semakin terbakar seketul Ren Raizen yang langsung tak diendahkan kewujudannya.

Marco tersengih beruk lantas keluar dari perut kereta. Berlagak penuh gentleman dengan membukakan pintu kereta untuk Lovely. Ah, nampaknya Marco mampu membaca fikiran dia. Kerjasama yang diberi diluar jangkaan, terbaik!

Lovely sengaja merapatkan badan, takde niat rapat sampai bersentuhpun. Dia masih sedar tentang hukum. Malangnya, kasut tumit tinggi tiba-tiba terpeleot…Sah-sah kerja syaitan kot, saja mahu menyimbah gasolin pada api yang tengah marak.

Laju je tangan Marco memaut pinggang Lovely, menyelamatkan dia dari jatuh terduduk di tanah.

“Kau memang sengaja nak aku mampus cepat kan?” Sempat Marco berbisik di telinga Lovely, sebelum pegangan dilepaskan bila lihat kedudukan Lovely sudah stabil.

“Nope, both of us!” Jawapan selamba Lovely buat Marco terkekek namun hanya sesaat. Iris mata membesar bila menyedari sesuatu.

“Get inside! Faster Love!” Seraya berkata, Marco kelam kabut berlari dan masuk ke perut kereta.

“Dare to run?!!!” Jeritan lantang dari arah belakang cukup menyedarkan Lovely bahawa dia dalam keadaan merbahaya.

Meluru masuk ke dalam perut kereta Marco tanpa menoleh lagi. Selamatkan diri dahulu, itu yang paling penting! Sebaik pintu ditutup, Marco memecut laju meninggalkan perkarangan bangunan tersebut.

“Damn it!!!”

Ren Raizen menyepak tanah dengan perasaan marah! Bertempiaran rumput dan tanah naik ke udara akibat sepakan padu itu.

“Buckle up Love! Danger’s on the way…Any minute now!” Sejurus selepas Marco memberi amaran, bunyi hon panjang berserta jeritan enjin yang membingitkan telinga kedengaran dari arah belakang.

Ren Raizen! Seorang lelaki perengus yang tak kenal erti berundur apatah lagi mengalah. Sangat menjengkelkan!

“Wow! He’s super fast!” Marco memandang Lovely. Riak wajah kelihatan pasrah.

“At this point, we might really die Love!” Belum sempat menarik nafas usai berkata, kereta yang dipandu hampir hilang kawalan bila dirempuh kuat dari belakang. Terjerit kaget Lovely dibuatnya. Wajah terus pucat lesi, memandang ketakutan pada Marco.

“Close your eyes Love! We’re going to fly to the moon hihihi…”

Kereta sport mewah Marco mengaum membelah lebuh raya. Manakala di belakang, mengejar rapat ialah kereta sport hitam Ren Raizen. Macam dalam filem Fast And Furious dah! Hanya Lovely yang mulai terketar-ketar sambil menutup mata. Marco Arjuna masih mampu tergelak sambil bola mata sesekali melihat cermin pandang belakang.

Nampak enjoy sungguh pula mamat ni! Gembira kerana mampu menewaskan Ren Raizen ke apa? Terjerit sekali lagi bila kereta ditabrak dari belakang, kali ini lebih kuat dentumannya hingga kereta Marco terpusing-pusing di lebuh raya. Mujur kawasan tersebut lengang, kalau tidak pasti akan membahayakan pengguna yang lain.

“Kita kena keluar dari lebuh raya!” Putus Marco sambil berusaha mengawal stereng kereta. Lovely terus mengangguk. Tau takut! Tadi kemain semangat mahu kenakan Ren..Padan muka! Hati mengutuk.

“Close your eyes Love!” Mata terus terpejam rapat. Terasa tubuh sekejap terbuang ke kiri, sekejap ke kanan kemudian ke depan lalu ke belakang. Macam termasuk ke pusaran puting beliung. Senak perut sampai terasa mahu termuntah!

Pasrah dalam keadaan terpaksa. Seluruh tubuh menggigil bila dengar bunyi dentuman akibat perlanggaran, bunyi tayar berdecit nyaring akibat penggeseran tambah meremangkan bulu roma.

Setelah beberapa ketika, keadaan kembali tenang. Badan mulai bersandar di penyandar dengan selesa, tiada sudah pergerakan ekstrem hingga buat badan macam termasuk di dalam blender.

Perlahan, Lovely mencelik mata. Memandang ke sisi. Marco memandu dengan tenang. Lovely terus menoleh ke belakang. Kereta sport Ren Raizen sudah tidak kelihatan.

“What happened?”

Marco angkat bahu.

“He lost us! Nampaknya Ren sudah tak setangkas dulu.” Ada nada mengejek terselit pada suara Marco.

“Where are we Marco? I need to go to the court.” Hal Ren tolak tepi dulu, ada benda lebih penting perlu diselesaikan. Marco angguk lalu menekan pedal minyak.

Lega rasanya bila tiada penampakan kelibat Ren Raizen selepas itu. Dari mula Marco menurunkan Lovely di depan mahkamah sehinggalah perbicaraan selesai, semuanya berjalan dengan lancar tanpa gangguan.

Ketika hadirin mulai bersurai, Kesha datang mendekati.

“Balik office tak lepas ni?” Tanya Kesha. Lovely cepat-cepat menggeleng. Dia tak mahu Ren Raizen muncul di pejabat dan berbuat onar. Otak lelaki tu bukannya boleh percaya sangat!

“Aku ada hal sikit, aku balik rumah terus. Nanti tolong emel kat aku semua maklumat tentang upcoming case yang perlu dibawa ke court tu ya.” Kesha memandang curiga.

“Ada hal? Kau nak buat apa Love? Kes yang diberi oleh Karl & Stone tu dah settle kan? Ke ada kes baru? Asal aku tak tahu?”

“Laa..Ini hal peribadi, takde kena-mengena dengan Karl & Stone. Dahlah, aku nak cepat ni.” Usai berkata, Lovely melambai pada Kesha sebelum pergi dari situ.

Lama Lovely mengintai di sebalik dinding berdekatan pintu utama. Manalah tau kan, dia kena berhati-hati jugak! Sengaja dia suruh pemandu Grab parking betul-betul di hadapan pintu masuk. Bila sudah pasti kelibat lelaki itu tiada di situ, Lovely berlari laju menuju ke kereta Grab yang sudah sedia menunggu.

Terasa macam penjenayah pula! Mengapalah dia perlu susahkan diri melalui semua ini? Tapi untuk mengalah, itu tak mungkin! Ren Raizen harus diberi pengajaran, biar lelaki itu rasa menyesal dan jera untuk mengulangi perbuatannya.

Sedikit resah bila kereta yang dinaiki berhenti di hadapan bangunan tempat tinggal dia. Laju bola mata bergolek memerhati sekeliling. Ren takde kan? Lelaki itu juga bukan punya banyak masa senggang, tak mungkinlah Ren sanggup mengekori dia dua puluh empat jam kan!

Usai mengucapkan terima kasih, Lovely melangkah laju masuk ke dalam perut bangunan. Sudah diyakinkan diri sendiri pun, rasa risau tu tetap juga hadir! Buat dada semakin berdebar jadinya.

Harapan semakin cerah bila menghampiri pintu lift. Ren Raizen memang tiada kot! Senyuman lega terus terlakar di wajah. Langkah serta merta terhenti di depan lift. Jatuh teruk rahang melihat permandangan di depan mata.

Menapak ke belakang sebelum memusing badan dan berlari anak menuju ke tangga kecemasan. Nyata sama je keadaannya!

Arghh!!! Ren Raizen memang syaitan neraka jahanam yang paling tak guna di muka bumi! Bersungguh-sungguh mahu menyusahkan hidup seorang Lovely Scarlett kan?

Siap dirantai pintu lift dan pintu ke tangga kecemasan dengan belitan kompleks tu apa maksud? Nak suh dia terbang naik ke atas ke atau macamana? Gara-gara sakit hati yang teramat, pintu lift ditendang sekuat hati.

Beep! Beep!

Bunyi seperti jam digital berdenting sayup-sayup kedengaran. Lovely memasang telinga. Cuba mengesan punca bunyi tersebut. Telinga segera ditekap pada dinding pintu lift. Yup! Bunyi itu dari dalam perut lift berkenaan. Apakah itu? Hati mulai tidak keruan.

“Lovely Scarlett!”

Terlompat Lovely bila namanya bergema di corong pembesar suara dari arah luar bangunan. Cukup cam pemilik suara itu, bibir terketap rapat.

“You already activated the time bomb!”

W..What?!!! Tersentap hati! Pasti bunyi ‘beep, beep’ yang dia dengar dari dalam perut lift itu adalah bom jangka. Ini kalilah, pasti mampus.

“You only have 60 seconds to get out of the building before it explodes and crushes the whole building!”

Damn it!!!

Tak fikir panjang, dengan stiletto lima inci tapak runcing, Lovely lari lintang pukang. Dalam fikiran saat itu cuma mahu keluar dengan selamat. Hampir terjelepok di depan pintu kerana terpeleot, mujur sempat tangan berpaut pada dinding.

Entah bila masa Lovely berada di luar bangunan, jauh juga dia tinggalkan kawasan itu, hampir sampai ke jalan raya. Fuh! Boleh dah bersaing dengan Usain Bolt kalau macam ni!

Lovely membongkok sedikit sambil cuba mengatur nafas kembali. Penatnya ya Allah! Dah berapa saat dah berlalu ni? Hati berdetak! Mengapa tak meletup-letup lagi? Rasanya kedudukan dia sekarang selamat tak? Ke dia kena pergi lebih jauh? Terus bermonolog…

“Bravo Love! Now the bomb is inactived!”

Kurang hajor!

Dia sedang dipermainkan kan? Dasar jembalang hutan, jembalang tanah, jembalang kubur…Ah! Pokoknya semua-semualah! Sebuah kereta Land Rover berwarna hitam menghampiri. Cermin gelap bahagian pemandu diturunkan. Lovely buang wajah, tak sudi nak melihat!

“Want a ride?”

Dengan selamba tanpa rasa bersalah lelaki itu bertanya. Tak ke menyebalkan? Hati bagai dipulas-pulas saat itu.

“Ride kepala hotak kau! Kau buka rantai tu sekarang Ren! Kau dah gila ke apa? Yang kau pergi rantai semua tu pehal? Ingat sayap boleh tumbuh kat belakang aku ni ke?” Sampai menggigil tangan menahan kemarahan.

Melihat Ren menyungging senyum senget, semakin bertambah marak api kemarahan. Kalau saja dia sekuat Hulk, pasti sudah lama dia angkat lalu lempar Land Rover sekali dengan Ren Raizen ke hujung dunia!

“Belum cukup rasanya denda itu atas apa yang kau dan Marco lakukan Love! Sekali lagi…Kau melarikan diri macam yang kau buat pada aku kemarin, aku akan hancurkan bangunan ni menjadi debu mengotori udara. Dare me Lovely Scarlett!”

Lovely menjuih. Tengoklah perangai syaitan mamat ni, tak padan dengan sakit yang dihidapi langsung! Macam tak pernah dibelah dada, macam tak pernah dihinggapi penyakit merbahaya!

“Now, be a good girl and get inside!” Ah, paksa nampak!

“No!!!” Lovely terus orak langkah menyusuri bahu jalan. Dia lebih rela jalan kaki yang masih belum sempat difikirkan ke mana arah tujuan dari berada dalam satu kereta dengan Ren Raizen, sang dewa kekacakan dari neraka itu!

“Love! I said get inside!!!”

Boo hoo! Not even in your dream Ren Raizen, tunggulah sampai hati yang masih dipenuhi bara kemarahan ni surut, masa tu mungkin kau akan dimaafkan..Hanya menjawab dalam hati! Malas dah mahu bertekak dengan manusia yang tak faham bahasa, siap dengan ugutan bagai. Ingat dia takut? Poorahhh!

Lovely pandang lurus ke depan. Sikitpun tak toleh ke sisi walaupun dia sedar je kereta Land Rover itu bergerak perlahan mengekori. Argh! Stress tau! Bilalah lelaki seorang ni nak putus asa?

“Dah lewat petang, kejap lagi hari nak gelap. Kau berani ke berjalan seorang diri dalam gelap?” Ren dah mula dah dengan cucukan jarum berintikan kata-kata hasutan untuk melemahkan jiwa kental Lovely.

Lovely terus melangkah. Telinga ditulikan. Anggap saja Ren cuma bayang-bayang, tak wujud di alam nyata. Kalau dilayan, boleh gila!

“Aku dengar kat jalan besar tu kawasan yang tak baik. Banyak dah kemalangan berlaku dekat situ, beratus nyawa diragut. Pasti punya penunggu!”

Argh syaitan betul! Buat-buat tak dengar jela… Makin laju Lovely melangkah, semakin merapat pula Land Rover itu ke arah dia…hish! Harus bagaimana mahu elak lelaki ini sekarang?

“Nampak tak pokok besar kat tepi jalan tu? Orang selalu nampak ada seorang wanita berambut panjang sampai ke tanah serta berbaju putih juga labuh sampai ke tanah berdiri di bawah tu.”

Merinding terus dengar kata-kata Ren. Bola mata laju dipaku ke arah yang dimaksudkan. Ren Raizen ni serius ke? Asal dia mulai rasa seram semacam sedangkan dia bukan jenis penakut. Belakang tengkuk yang terasa kembang semacam terus diusap perlahan.

“Kadang-kadang, tengah-tengah malam bila lalu dekat situ, boleh dengar suara perempuan ketawa mengilai-ngilai tapi bila dicari, tiada sesiapapun di situ!”

Baiklah, kata-kata Ren berjaya buat seketul Lovely mulai rasa lain macam. Semakin menghampiri kawasan yang diperkatakan, semakin cemas jadinya.

“Eh! Apa benda putih yang melayang tu?!”

“Ren Raizen!!!”

Lovely terus melompat, hampir ditabrak kereta Ren akibat terkejut yang teramat sangat. Tak peduli dah bila lihat Ren ketawa mengekek. Lovely terus tarik pemegang kereta lalu melompat masuk ke dalam perut Land Rover tersebut. Rasanya buat masa sekarang, berada di sisi Ren Raizen lebih selamat berbanding terserempak dengan benda yang Ren ceritakan itu.

Ren terus sembunyikan senyuman kemenangan. Berlagak setenang mungkin ketika memandu. Takkan nak bagi Lovely lihat keterujaan dia kan?

“You can hug me if you’re scared Love…Come closer…”

Lovely buat-buat tak dengar, pandangan terus dipaku ke luar jendela. Merenung pokok besar di tepi jalan sampailah ia hilang dari pandangan.

“Ren Raizen…”

“Yes Love?”

“Kita nak ke mana?”

“Let’s live happily ever after Love. Pindah semula ke rumah agam bersama aku.”

Lovely terus terdiam. Sepanjang perjalanan, masing-masing diam mengunci mulut sehinggalah mereka sampai di perkarangan sebuah rumah besar atas bukit.

Rasanya bagai berkurun lama dia tidak menjejak kaki di situ. Suasana masih sama, tenang dan menyegarkan! Kelihatan Mak Jah terkocoh-kocoh membuka pintu. Semua kelihatan normal, seolah-olah apa yang berlaku sebelum ini hanya fantasi dan bukan realiti.

Yang tinggal hanya memori dan bekas luka yang pasti akan pulih seiring masa berlalu. Itulah kehidupan! Macam kata pepatah Inggeris ‘After a storm comes a calm’.

Seteruk manapun ribut menyerang, pasti akan reda akhirnya. Begitulah juga dengan kehidupan, bukan hidup namanya jika tidak dilanda badai, namun di setiap yang berlaku, pasti ada hikmah dan nikmatnya.

Ren membuka pintu kereta di sebelah Lovely lalu menunggu dengan sabar. Lovely keluar dari perut kereta sambil merenung Ren, cuba menebak apa yang ada di dalam fikiran lelaki itu. Jemari Lovely digenggam erat lalu Ren tarik perlahan menuju ke pintu masuk.

“Aku naik dahulu, nak mandi!” Lovely melepaskan pegangan Ren.

“Yela, kalau tak larat nak turun pesan je Mak Jah hantar makanan kat dalam bilik. Aku ke bilik kerja kejap.” Mereka berpisah kerana arah tujuan yang berlainan.

Usai membersihkan diri dan berpakaian, Lovely duduk di birai katil. Beg tangan yang dia letak di meja tepi katil diambil. Henfon dikeluarkan. Belumpun sempat dibuka fail yang dihantar oleh Kesha dalam emel, Ren muncul. Wangi, segar bugar dan sangat kacak dengan rambut yang kelihatan messy kerana masih lembab.

Argh! Nampaknya Lovely yang bakal tertewas kalau macam ni! Mata segera dilarikan. Terus pura-pura serius merenung skrin henfon. Ren duduk di sebelah. Bola mata mencuri-curi pandang skrin henfon Lovely. Serius nampak? Sedang chat dengan seseorang ke tu? Hati dipagut curiga.

“Tak lapar?” Ren bertanya lembut. Lovely cepat-cepat geleng.

“Buat apa tu?”

“Nak cek maklumat seorang klien.”

Ren angguk.

“Tak letih?” Ahh..Pancingan tu! Bahaya…

Lovely geleng. Jemari Ren naik mengelus tulang bahu Lovely lalu mulai mengurut bahagian tersebut dengan perlahan. Sempat terbuai sekejap dengan sentuhan lembut itu.

“I miss you Love.” Seraya berkata, Ren mendaratkan ciuman di leher Lovely. Nafas ditarik kuat, badan seperti terkena renjatan elektrik akibat perbuatan Ren.

“Ren!”

Ciuman mulai berpindah. Kalau dibiarkan, sekejap lagi Lovely pasti tertewas. Otak musang licik mulai aktif.

“Calm down Ren. Takkan lari gunung dikejar.” Seraya berkata, badan Ren ditolak dengan lembut hingga terbaring di atas tilam.

Lovely memanjat naik di atas Ren. Kedua belah pergelangan tangan Ren dicengkam lalu diletakkan di atas kepala Ren. Bibir Ren dihimpit perlahan dengan bibirnya.

Pelahan, sebelah tangan menyeluk sesuatu di dalam beg tangan di atas meja tepi katil. Ren yang mulai hanyut dengan asakan bibir Lovely langsung tidak sedar.

PAAK!

Lovely menjauhkan wajah sambil mengukir senyuman musang. Ren Raizen terpinga-pinga. Meronta cuba membebaskan pergelangan tangan yang tergari pada jeruji besi kepala katil. Lovely bingkas bangun lalu turun dari katil.

“Why Love?! Why?!!! Tak boleh ke kau maafkan aku? Aku dah habis idea nak dapatkan kau semula tau tak?” Ren Raizen terus melengking, benar-benar kering idea setiap kali hadap musang betina yang sangat licik itu! Ntah dari mana je gari itu dipungut oleh minah ni!

“Usaha lagi sayang…Usaha tangga kejayaan kan? Chaiyok Ren Raizen! Oh, by the way, aku tak bercadang pun nak tidur sebilik dengan kau sehingga kau betul-betul ikhlas menyesali perbuatan kau!” Usai berkata, Lovely menyambar beg tangannya lalu badan terliuk-liuk menuju ke pintu.

Sampai depan pintu, langkah dihentikan lalu berpusing memandang Ren yang sudah masam mencuka.

“Aku akan tidur di bilik sebelah. Ingat, gari tu abam polis kacak tu yang punya, tertinggal masa kat court tadi. Tak sempat nak bagi balik. Kau jangan rosakkan, faham?”

“Lovely Scarlett!!!”

Daun pintu ditutup kasar!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience