13 Teach In Psycho's Way

Crime Completed 131702

Kehidupan sudah kembali seperti sediakala. Hati Lovely girang bukan kepalang. Siapa tidak gembira? Pintu utama boleh diakses sesuka hati tanpa ada pengawal peribadi menahan di muka pintu. Keluar rumah je, terlihat pula kereta sport mahal dia terparkir penuh bergaya di dalam garaj...Bahagia sungguh!

Hari ini merupakan hari kedua Lovely menikmati hari bahagianya, juga hari kedua Ren menghilang selepas perbualan terakhir mereka. Tak kisah ler, Ren memang mamat Chipsmore! Usai berpakaian casual seperti kebiasaan, sehelai blouse ala kemeja longgar warna kuning cair dipadankan dengan seluar jeans sendat high waist, Lovely menyandang beg lalu berlari anak menuruni tangga.

Tiba-tiba Ren Raizen muncul di hujung anak tangga bawah, entah dari mana je! Macam muka baru bangun pun ada. Fikiran mulai mengular..Api cemburu mulai terpercik dalam dada huhu..Perempuanlah katakan, tak sah kalau otak tak kreatif terutama dalam membuat hipotesis!

Terperanjat beruk Ren Raizen bila Lovely Scarlett menerpa lalu dipeluknya tubuh sasa itu. Ada maksud tersirat you, hidung pantas bekerja..mengesan kalau ada bau perempuan. Bola mata bergolek laju memerhati setiap sudut baju kemeja berbelang Ren, kalau-kalau ada tercalit lipstick ke, bedak compact ke..apa jelaa! Sambil itu, diteliti juga kulit wajah dan leher Ren, manalah tahu ada tanda cinta ditinggalkan dekat situ..Love bite ke, cakaran manja ke.. Semua ada kemungkinan bukan? Ren Raizen bukannya boleh diharap sangat!

"I was working straight for two days, whatever shitty was in your mind..snap it out Love!! I did not cheating on you!"

Holy Mama!!

Macamana mamat ni tahu apa yang ada di fikiran Lovely saat itu ya?! Dangerous!!

"Now gett off me, I'm tired! Plus, you're ugly!!" Dan Ren buat lagi, gaya biasa yang sangat menyebalkan. Wajah Lovely ditekap dengan tapak tangan, penuh menutup seluruh muka lalu ditolak menjauhi badannya.

Ugly? Am not!! I'll proove you're wrong, kau tengoklah nanti Ren Raizen!! Jangan menyesal nanti jilat ludah sendiri sudah!! Menjawab dalam hati jelaa huhu..

"Hodoh konon..Eyalah tu, kang aku buka.. menitis juga air liur, menerkam juga macam singa kelaparan! Lelaki.. Cakap je besar piraahh!"

Bola mata Ren Raizen tercerlung ganas.. Takleh hadaplah mulut minah seekor ni, mesti bengkak hati setiap kali kata-kata meniti keluar dari mulut itu.

"Gooo Love!!" Usir Ren dengan wajah tegang.

Lovely pusing badan, lalu melenggang pergi. Benci!! Ren Raizen memang menyebalkan, takde perasaan, mamat konkrit huhu..

"Belajar baik-baik budak, habis kelas terus balik! Lambat aku bom kau dengan kereta tu sekali!"

Huish..Ugutan, bikin bergegar jantung tau!! Cepat-cepat Lovely blah, kang meleret-leret ugutan mafia dari neraka tu buatnya!

Habis kuliah, Lovely tidak terus balik. Dia mengajak Kesha ke perpustakaan untuk mencari beberapa maklumat yang diperlukan untuk assignment yang diberikan oleh pensyarah. Lovely sedar je semenjak dua menjak ni, ada je mata-mata mengekorinya, pasti orang-orang yang dihantar Ren. Tak kisah ler, jangan saja sampai menganggu pembelajaran dia sudahlah.

Tak sedar masa berlalu, Lovely dan Kesha beredar bila hari mulai menginjak ke lewat petang. Lovely memandu pulang dengan tenang, takde sekelumit pun rasa risau atau bersalah. Yakin benar mamat Chipsmore itu takde dekat rumah. Malangnya, dia silap besar. Kereta sport hitam milik Ren terparkir dalam garaj ketika dia sampai. Dah kenapa dengan Ren? Tak pernah-pernah mamat tu ada di rumah agam time-time macam ni huhu..

Sebaik sahaja menapak masuk, bola mata terus menangkap kelibat Ren Raizen sedang duduk atas sofa, kaki bersilang atas meja, kepala terlentok di penyandar sofa dan lengan atas dahi. Dahi Lovely berkerut hairan. Terus dihampiri Ren yang terleka di situ dengan mata tertutup rapat.

Menyedari kehadiran seseorang, Ren buka mata perlahan-lahan. Pandangan mereka bertaut buat seketika.

"Sit..Aku nak cakap sesuatu.." Arah Ren dengan suara lembut.

Lovely melabuhkan punggung bertentangan dengan Ren. Mulut terkunci rapat, hanya bola mata dipaku sebagai signal dia bersedia mendengar. Ren menegakkan postur badan, kaki di atas meja Ren turunkan lalu memijak lantai. Nafas dihela panjang sebelum memulakan bicara.

"Papa nak jumpa.."

Laa..Ingatkan masalah besar seperti langit nak runtuh ke, bumi nak terbelah dua ke..Hal remeh macam ni sampai berkeriput muka tampan Ren Raizen berfikir ke? Ganjil!

"Okay.." Pendek jawapan diberi.

"Majlis korporat syarikat papa..dia nak kita datang.." Perjelas Ren lagi, lebih terperinci.

"Okay.."

Berkerut dahi Ren mendengar jawapan selamba Lovely. Ren meletuskan gelak sinis.

"Aku tak suka jadi perhatian."

Yup! Pasal tu kau selalu sorok wajah di sebalik hood..Ke ada sebab lain? Lovely berteka teki dalam hati..

"Beside, aku tak mahu kau diperkenalkan sebagai wife aku di khalayak ramai."

Lovely membeliakkan mata, terasa sungguh dengan kata-kata Ren.

"Tak mahu? Why? Memang betul kan aku ni isteri kau! Kau malu? Hodoh sangat ke aku ni?"

Berubah terus wajah Ren. Rahang terkancing rapat.

" Ya, kau memang hodoh! Tapi bukan itu maksud aku!"

"You jerk!!"

Lovely bingkas bangun dengan mata berkaca-kaca. Belum sempat beredar, Ren pantas menyambar tangan Lovely.

"Aku tak nak kau dalam bahaya bila terdedah status hubungan kau dengan aku Lovely Scarlett! Aku..banyak musuh!"

"Alasan! Kau cuma takut status perkahwinan kau terdedah, takut jatuh saham punya isteri seperti aku bukan?"

"That's not true!"

"Riak wajah kau tak mampu menipu Ren Raizen! Lepaskan aku!" Lovely sentap kasar tangannya hingga cengkaman Ren terlepas.

Lovely bergegas naik ke atas tanpa menoleh lagi. Barang-barang yang cuma sejemput dalam bilik Ren Lovely pindahkan ke bilik sebelah. Merajuk sangat ler tu! Siap pindah bilik bagai. Tak keluar bilik langsung, mujur saja dia sudah mengisi perut bersama Kesha petang tadi, kalau tak memang kebulur ler jawabnya..

Mata hampir terlelap bila telinga menangkap ketukan halus di daun pintu. Mula-mula Lovely biarkan sahaja, namun bila teringat mungkin Mak Jah, hati mulai berbelas kasihan. Lovely bangun membuka pintu. Bukan Mak Jah tapi Ren Raizen yang tercengat di muka pintu. Wajah ditarik masam. Huh, perempuan kalau merajuk..Memang takleh hadap!

"Kita pergi.." Ren berkata dengan lembut, nak memujuk ke tu?

Lovely mencebik, memutar bola mata lalu menolak daun pintu dengan kuat. Ren pantas menahan.

"Kau nak apa Love? Aku dah jelaskan bukan? Tolong jangan salah faham."

"Tak, aku faham okay? Kau boleh blah. Aku nak tidur!"

"Kau keluar bilik asal hah?"

"Sebab bilik kau terlalu cantik untuk si hodoh macam aku ni!"

Pulak! Ren Raizen terkebil-kebil bila daun pintu dihempas kuat oleh Lovely.. Arghh!! Perempuan memang leceh!! Ren tendang pintu dengan kuat sebelum berlalu.

Ketika membuka pintu esok harinya, sehelai kad berwarna biru lembut jatuh dari celah pintu. Lovely kutip. Kad jemputan ke majlis korporat yang dikatakan oleh Ren. Ada sebaris ayat yang ditulis guna pen.

"Come please, I'll wait you there.."

Pasti ditulis oleh Ren. Lovely mengeluh perlahan. Kad tersebut dimasukkan ke dalam beg sandang.

Usai kuliah, Lovely mengajak Kesha menemaninya ke butik untuk mempersiapkan diri. Dia nak jadi secantik bidadari malam itu, biar tertonjol biji mata Ren Raizen! Pakaian seksi mendedahkan bahu dan bentuk badan dipilih. Lovely benar-benar puas hati melihat wajahnya yang berubah seratus peratus, sampai melopong Kesha melihat.

"Duhh, gorgeous!" Puji Kesha.

"Wish me luck!" Pinta Lovely sebelum pergi.

Ketika sampai, perkarangan dewan di sebuah hotel terkemuka kelihatan sudah dibanjiri ribuan manusia. Lovely teragak-agak mahu melangkah bila kehadirannya mulai jadi perhatian. Tidak pasti mengapa, kalau bilang cantik..Ramai lagi yang lebih cantik dan seksi di situ..Mungkinkah ada sesuatu yang aneh pada penampilannya? Ke kerana dia memang tidak dikenali huhu...Agaknya mereka sangka dia tersesat!

Nak patah balik ke teruskan?

Keraguan mulai bersarang dalam jiwa. Rasa menyesal pun ada! Dunia VVIP ni memang tak sesuai dengannya.

"Why stop pretty?" Tangan tiba-tiba disambar lembut dari arah belakang.

Lovely tersentak kaget. Kepala ditoleh ke sisi, memandang lelaki segak bertuxedo serba putih di sebelah yang mengenggam erat jemarinya. Langkah mulai diorak perlahan, mengikut rentak langkah lelaki di sebelah. Ya! Dia cantik, tiada yang kurang pada diri..Tak hodoh seperti yang dikatakan! Keyakinan mulai kembali, thanks to this man!

Para gadis mulai berbisik sesama sendiri, tak kurang yang menjeling tajam penuh cemburu. Hati berdetak..Siapa sebenarnya lelaki di sebelahnya itu?

"Ashraff Kenjiy! Woah..This is rare dude! Who is she?"

Bahu ditepuk. Serentak, mereka berdua menoleh.

"Backoff Rizal!" Kenjiy terus menarik Lovely pergi.

Kehadiran mereka berdua terus menjadi perhatian..Hingga naik kekok langkah kaki Lovely. Apa je yang menarik tentang mereka agaknya? Ni mesti Kenjiy huhu...Siapa sebenarnya mamat di sebelahnya ni? Anak orang kenamaan ke?

"Ashraff Kenjiy!" Nama Kenjiy dilaung kuat.

"Wait here Love, I'll be back.." Wajah Kenjiy berubah bila terpandang lelaki yang berdiri menyeluk poket tidak jauh dari tempat mereka.

Kenjiy bergegas mendekati lelaki yang kelihatan sedikit berumur itu. Lovely melarikan wajah bila sedar renungan tajam lelaki berumur itu padanya. Gerun mahu memikirkan siapa!

Where is that damn mafia from hell? Bayang-bayang pun tak nampak tau! Nak prank pun agak-agaknya huhu...

"Well..Well..Look who's here!"

Siapa?

Lovely menoleh ke belakang.

Amboi! Berani minah ni muncul depan mata? Lovely memeluk tubuh, bibir menyungging senyum sinis.

"And why are you here? Menjilat ludah kau semula?"

Cindy mengherot bibir tinggi.

"Kau jangan terlalu yakin wahai perempuan! Aku takkan berundur dengan mudah. Aku akan pastikan Ren jadi milik aku semula.."

Lovely genggam buku lima, menahan api cemburu yang mulai marak dalam diri. Ohh.. Ini benar mendatangkan marah tau!

"Yakinnya kamu! Kau rasa Ren akan kutip semula sampah yang dibuang orang ke?" Getis Lovely penuh sinis.

"Kau jangan nak kurang ajar dengan aku ya, kau siapa? Cuma wanita hodoh dan tak tahu malu! Nak berada di sisi Ren Raizen konon..Cermin diri tu sikit!!"

Arghhh!! Kenapa hodoh tu juga yang disebut? Mesti minah ni dengar dari mulut Ren huhu.. Hati kecil mulai menyerkap jarang..Akibatnya, haru biru! Perasaan jadi celaru. Hodoh sangat ke seorang Lovely Scarlett di mata Ren Raizen?

Mahu diganyang mulut takde insurans Cindy, segan nanti jadi perhatian, mereka berada di salah sebuah majlis eksklusif dihadiri orang-orang kenamaan. Malu! Lovely mundur setapak, nafas ditarik dalam-dalam dan dihela panjang. Tenang..Jangan bertindak ikut hati..

"Tsk! Lebih baik kau undur diri secara rela sebelum kau dimalukan wahai perempuan, Ren Raizen bukan untuk kau, kau tidak layak!"

"Apa yang menjadikan kau lebih layak dari dia Cindy? Kau umpama pelacur, lebih layak berada di lorong gelap berbanding tempat bersih seperti ini!" Satu suara maskulin menyampuk dari arah belakang.

Uik!!

Siapa tu? Lovely mengecilkan mata, suara dicam..Tapi kan...Aneh!

Rasanya takde pun dalam tentatif yang menyatakan tema pakaian ala-ala Movie Stars. Ini The Mask Of Zorro tersesat ke apa? Lelaki di depannya segak berpakaian sut serba hitam, lengkap dengan topi koboi dan mask mata berwarna senada. Terkesima Lovely dan Cindy!

"W..who are you?" Tergagap, namun masih kelihatan angkuh Cindy bertanya.

Lovely mara mendekati. Rasanya wangi dan renungan mata itu sangat familiar..

"Ugly!! Did I ask you to wear this? You're showing off your skin dammit! I'm going to teach you a lesson after this!"

Jemari Lovely digenggam erat lalu ditarik pergi. Dasar mamat dari neraka! Dikata hodoh tapi mengamuk bila tayang kulit, tu pun sikit je, bukan keterlaluan macam pakaian minah rambut karat tu huhu..

"Dah berapa lama dah kahwin, belum mengandung lagi?"

Lovely terus terpempam! Itu adalah ayat pertama dilontarkan oleh ayah Ren ketika mereka bersemuka buat kali kedua. Kali pertama ketika mereka berdua ditangkap basah.

"Papa, it's not even a year! Cut it out!" Pantas Ren jawab, riak wajah kurang senang dipamerkan.

Lovely hanya membatu, merah muka menahan malu dijerkah soalan sebegitu secara tiba-tiba.

"I need a grandchild!"

Huhu!

"She's a student papa!"

Ya betul, thank you Ren!

"What the....You married a student?"

Ah sudah!! Tau takpe... Pasal ayah Ren lah dia terpaksa berkahwin di usia muda tau! Kalau saja ayah Ren tidak datang menyerbu waktu itu, pasti sekarang ni dia bebas, dan...miskin tegar huhu! Sesungguhnya perkahwinan kilat itu yang menyelamatkan Lovely dari hidup merana dan mungkin tinggal di tepi lorong atau bawah jambatan.

Ayah Ren Raizen melepaskan keluhan kecil. Tanpa banyak bicara, dia mengajak Ren dan Lovely mengikutinya. Lovely mulai dibawa ke hulu ke hilir dan diperkenalkan dengan hadirin yang sempat dijumpai. Ketika ayah Ren terleka berbual dengan tetamu, tiba-tiba lengan Ren ditarik.

"Dance with me Ren..Sorry sangat, I tak tahu it's you.."

Tak tahu malu!

Dengan selamba, Cindy menarik Ren ke pentas dansa yang kebetulan memainkan lagu slow. Belakang tengkuk Ren dipaut manja dan badan dirapatkan hingga tiada ruang antara mereka. Terbakar sungguh Lovely saat itu! Walaupun Ren hanya kaku, tak sentuh langsung Cindy.. Membiarkan Cindy melakukan sesuka hati, itu apa maksudnya? Kalau saja pakaian lengan panjang, sudah pasti disinsing ke atas dahulu sebelum pergi menyerang.

Malangnya tiada! Jadinya kaki diorak menuju ke arah dua manusia yang sudah mulai berdansa penuh asyik, tanpa mempedulikan ada hati yang terluka melihat. Biarkan dan berlari keluar sambil menangis-nangis seperti klise dalam drama Melayu? Nope! Itu bukan cara Lovely. Tengok, lihat dan belajar haha...

Baru beberapa langkah diorak, tangan dipaut dari arah belakang. Terkejut, namun belum sempat menoleh, badan Lovely dipusingkan dan ditarik merapat hingga wajah tersembam di dada bidang bertuxedo putih.

"That's not how you do it Love..Let's teach them in psycho's way.."

Meleret senyuman sinis Lovely. Badan auto gedik!

Yup..Psycho's way!!

Ashraff Kenjiy sang penyelamat menarik Lovely ke pentas dansa. Pinggang Lovely dipaut erat, hingga tiada sedikitpun jurang antara mereka. Lovely menyangkut kedua belah tangan di belakang tengkuk Kenjiy. Mata bertentang mata, badan mulai beralun lembut mengikut rentak lagu. Pertama kali berada di pentas dansa, pertama kali menari..Juga pertama kali menari slow dance..Berkali-kali kasut tumit tinggi membaham kaki Kenjiy huhu..

Sepasang mata mulai marak memerhati ke arah mereka berdua. Kenjiy merapatkan wajah.

"Just dance and relax okay.." Kenjiy berbisik hampir di telinga.

Makin marak terbakar sepasang mata itu!

Sedikitpun tak dikisahkan langsung oleh Lovely. Malah, dia semakin seronok bila berjaya menyeragamkan langkah kaki, hingga tiada lagi kejadian pijak-memijak kaki berlaku. Lebar sungguh senyuman manis yang tersungging di bibir Lovely ketika bola mata bertaut dengan Kenjiy..

"See? Relaxing is the key.." Ungkap Kenjiy sambil turut membalas senyuman Lovely.

Belum sempat membalas, Ren Raizen sudah berdiri sambil cekak pinggang di samping mereka berdua.

"Happy?" Perli Ren dengan dada naik turun, dah berombak dilanda badai taufan ler tu!

"Of course! Aku menari bersama seorang lelaki kacak dari surga yang dikirimkan oleh malaikat pelindung aku.."

Bersedialah Lovely Scarlett, kejap lagi berkecai otak kau ditembak mafia dari neraka ni.

"Good! Now follow me or say goodbye to heaven, coz I'll send both of you to hell!"

Damn! Lovely terlopong bila Ren menarik sesuatu keluar dari celah dalam kot.

Pi..Pistol!!!

Mamat mafia ni memang dah gila ke apa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience