18 Uncertainty

Crime Completed 131702

"Love!!"

Uits!!

Langkah kaki yang diayun dalam keadaan tergopoh gapah menuju ke pintu terhenti..Pantas Lovely teleng kepala ke arah dapur.

Unbelievable!!

Mr handsome from hell tu nyata masih berada di rumah agam. Tak pernah-pernah di pagi hari kelibat itu akan kelihatan berlegar-legar di ruang rumah super luas itu ya, I repeat..TAK PERNAH!! Lovely gosok mata, rasa macam bermimpi pun ada..

"Breakfast dengan aku!"

Terlopong luas mulut! Biar betul!

Pantas langkah kaki dibuka menuju ke meja makan. Ren sudah duduk dengan santai, napkin atas meja diambil lalu diletakkan atas riba. Protokol you! Lovely duduk bertentangan, merenung hairan pada wajah tampan sempurna itu.

"Tengok wajah aku takkan buat kau kenyang Love, makan cepat. Kau kejar masa bukan?"

Lovely telan air liur. Muncul setompok warna merah jambu di pipi. Pantas disambar gelas berisi jus buah-buahan lalu diteguk hingga separuh. Namun, celakanya mata tak mahu berkalih dari menatap wajah Ren Raizen, sebal!

"Asyik lambat bangun!" Amboi, mengutuk ke tu?

"Ren Raizen..Meh sini jap.." Lovely gerakkan jemari, memanggil Ren mendekati.

Ren jungkit sebelah kening, namun menolak badan untuk mara ke depan sedikit..Musykil tau, bagaimana Ren boleh jadi seturut itu? Pantas belakang tapak tangan Lovely tekap di dahi Ren. Terkejut Ren dibuatnya.

"Kau...Demam eh?" Selamba Lovely tanya, siap pamer wajah hairan.

Ren melepaskan keluhan kecil lalu menepis tangan Lovely perlahan.

"Kalau tak demam biasa..Erm..Ren Raizen..." Lovely menopang wajah dengan lengan atas meja.

"Kau deman cinta?" Huish..Yakinnya kau Lovely Scarlett!

Terbuntang luas bola mata Ren Raizen. Wajah bertukar kelat, bibir terherot tinggi.

"Kau jangan nak mengarut!" Pantas Ren nafikan.

"Tak, saja nak ingatkan kau tentang rules yang kau buat tu. Aku tak kisah kalau kau jatuh cinta dengan aku, rules tu boleh je digubal balik..kan? kan?"

Celaka perempuan ni! Ren tersandar beku, wajah dipalingkan ke arah lain. Niat hati cuma mahu meluangkan sedikit masa bersama, tak pasal-pasal teruk dia dikenakan oleh minah ni huhu...

"I never loved!" Masih tetap bertegas!

Lovely tergelak, betul-betul mencabar keperkasaan seketul Ren Raizen! Ren gigit bibir bawah, mulai hilang sabar..

"Yelaa, jom makan. Nak aku suap tak?"

Arghhh!!!

Jemari Ren kepal erat. Takleh jadi ni, asyik dia je dikenakan!

"Yup, satisfy me like you did last night.." Bibir sengaja dijilat manja, renungan berahi dipancar tepat ke bola mata Lovely.

Mati terus senyum meleret di wajah Lovely. Kah kah kah! Padan muka..Ren mengutuk dalam hati. Laju je Lovely menyuap roti bakar ke dalam mulut. Wajah merona merah. Ren kerling Lovely bila gadis itu mulai senyap. Macam tak best jadinya..Sunyi sepi! Mulut becok Lovely ni kadang-kadang jadi penghiburan buat Ren, sunyi sepi bila Lovely tiada di sisi huhu...Why the because? Resah bila memikirkan perubahan diri dengan kemunculan Lovely Scarlett dalam hidupnya.

"Kuliah habis jam berapa?" Tanya Ren, sekadar memecahkan kesunyian yang mencengkam.

"Macam biasa, jam tiga." Menjawab dengan mulut penuh, tak sopan langsung!

"Lepas tu ke mana?"

Lovely tenung Ren dengan hairan. Selama ni tak pernah kisah..Pehal dengan Ren Raizen ni?

"Tak tahu lagi, kalau ada assignment ke library. Kalau takde, lepak jap dengan Kesha sebelum balik."

"Kalau bosan, kau boleh datang kat pejabat tolong aku."

Serius? Ren Raizen cakap macam tu?

Lovely semakin kebingungan. Ren Raizen ni kena tampar malaikat ke? Drastik sungguh perubahan lelaki dari neraka ni tau. Sukar dipercayai!

"Yelaa, aku pergi dulu. Takut lambat pula."

Ren angguk. Lovely bingkas bangun. Separuh jalan, Lovely pusing badan menghadap Ren yang sedang menghirup kopi di cawan.

"Ren!" Panggil Lovely kuat.

Ren Raizen menoleh.

Sebuah flying kiss dihadiahkan.

"Aku pergi dulu, jangan rindukan aku tau... Muaahh!"

Habis tersembur air kopi dalam mulut. Terbatuk-batuk Ren Raizen. Dada ditepuk kuat.. Celaka!!! Napa lahh comel sangat minah ni?!! Tersandar sambil peluk tubuh. Tak sedar bibir menguntum senyum bahagia..

-

-

"Yeayy!! Tak sangka dua kelas cancel hari ni.. Jom lepak, dah lama kita tak shopping dan tengok wayang kan?"

"Aku nak ke library jap..Lagipun hari ni takleh ah Kesh..Aku ada hal..Next time okay?"

"Nak gi dating eh? Ke laki hot kau tu dah tunggu kat luar?"

"Eh mana ada, kau ni kan..Dah, aku nak cepat ni. Nak ikut tak?"

"Laaa..Kalau takat gi library tak nak ahh!"

Mereka berpisah bila Kesha memutuskan mahu balik ke rumah dan tidur je. Lovely ke library, menyiapkan beberapa assignment ringkas yang diberi.

Selesai, Lovely berkemas-kemas untuk balik. Masih awal sebenarnya, mungkin dia boleh ke DM Holdings dan minta belanja Ren makan di restoran mewah kan..Hemm..Cantik planning tu!

Sedang minda sibuk berangan, tiba-tiba tangannya direntap lalu ditarik dengan pantas masuk ke dalam tandas perempuan. Pintu segera dikunci. Terpinga-pinga!

"Qiel!"

Raqiel Amoris menurunkan cermin mata gelapnya.

"Hello baby.." Sebuah senyuman macho terlakar di wajah tampan Raqiel Amoris.

Bergetar hati, sudah lama dia tidak dengar panggilan yang Raqiel khaskan untuknya itu. Argh!! Kenangan lama itu harus dibuang jauh-jauh!

"Kau tau bertapa susahnya nak jumpa kau.."

"Kenapa nak jumpa aku Qiel? Kita takde apa-apa kaitan kan?"

Raqiel ketap rahang. Bernanah hati dengar ungkapan Lovely.

"Kau sentiasa ada dalam hati aku Love,.. Kau tahu aku sangat sayangkan kau bukan?"

Lovely mengalih bola mata. Tak mampu menentang renungan penuh mengharap Raqiel Amoris. Jauh di sudut hati teramat pilu sebenarnya..Suatu waktu dulu, dia pernah cinta gila pada lelaki di depannya. Seluruh hati dan jiwa raga diserahkan hanya untuk Raqiel Amoris. Hubungan mereka tidak pernah melebihi batas, itu kerana masing-masing mengangkat sumpah untuk menjaga kesucian diri sehingga Raqiel menghalalkan Lovely.

Ahh...Kisah itu sangat indah untuk dikenang, namun bisa meruntum jiwa.. Mungkinkah takdir tidak memihak? Salah siapa berlakunya perpisahan sedangkan hati masih mencintai?

"Baby...I miss you..I want you back.."

Sayu mendengarnya!

Dia harus bagaimana Raqiel Amoris? Kalau sahaja saat itu dia tidak menyibuk, kalau saja saat itu dia melarikan diri...Argh!! Kalau saja masa bisa dia putar kembali.....

"I still...love you Love..I love you so much!"

Terpaku bila Raqiel menarik Lovely masuk ke dalam pelukan. Degupan jantung seakan menggerudi dada, hingga aliran nafas jadi tidak keruan. Raqiel mengeratkan pelukan, terasa nafas hangat lelaki itu menyapa ubun-ubun.

Ah..Semua masih sama seperti dulu! Hangat, harum, menenangkan.....Bahagia! Ada rindu di sudut hati yang pilu...

"Kembali padaku, baby. Aku tak kisah apa berlaku..Cinta aku tak pernah berubah. Tinggalkan lelaki itu, lelaki yang jadi punca segala-galanya!!"

Lovely cuba merenggangkan pelukan dengan menolak tubuh Raqiel menjauh perlahan-lahan. Wajah didongak dan bola mata mereka bertaut.

"Apa maksud kau Qiel?"

Raqiel memyungging senyum senget.

"Aku tahu kau tinggal sebumbung dengan setan itu Love. Aku harap kau tahu siapa sebenarnya lelaki itu.."

"Ya, aku tahu Qiel. Dia suami aku.."

"Are you kidding me?!!" Bahu Lovely dicengkam dan digoncang kuat.

"I'm serious, Qiel. Aku dah berkahwin dan selagi aku masih terikat, aku akan terus setia. Maaf, tapi kisah kita dah lama berakhir Raqiel Amoris, lupakan kisah tu..Buka lembaran baru."

Raqiel geleng kepala. Lupakan? Semudah itu? Hati dan jiwa raga telah lama diserahkan sepenuhnya pada gadis itu. Bagaimana Lovely lakukannya? Melupakan dia secepat itu? Bertahun dia menderita...Hanya kerana cinta yang dibina terputus di tengah jalan!

"Kau memang kejam Love. Langsung kau tak kisah, tak tanya pun apa perasaan aku, bagaimana keadaan aku masa kau pergi begitu sahaja tinggalkan aku!"

Lovely mendengus perlahan. Sebal! Now dia dipersalahkan?

"Habis tu kau pernah ambil tahu pasal aku ke selepas kejadian tu Qiel? Kau buat seperti aku yang bersalah dalam hal ni. Pernah kau tanya bagaimana aku lalui hari-hari aku selepas kejadian itu tak? Kau terus menghilang begitu sahaja dari hidup aku Raqiel Amoris!!"

"Itu kerana aku koma, Lovely Scarlett!! Berbulan-bulan aku terdampar di hospital disebabkan Putra celaka itu!! Sedar-sedar je aku dibagitahu kau telah meninggal, kau rasa? Aku hampir gila sampai mahu bunuh diri!!"

Lovely terpempam, hilang terus kosa kata!

"Bertahun aku mencari Putra! Tak gunaa!!! That's why aku ditipu bulat-bulat oleh keluarga, that's why kau dikawal rapi hingga sukar untuk aku dekati kau..Syaitan tu dah rancang semuanya sejak awal lagi!!!"

Pangg!!

Cermin tandas hancur berkecai akibat amarah Raqiel Amoris. Lovely menarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkan jiwa yang mulai kacau bilau. Resah dan curiga..Dia cuba menolak suara hati..Tak Mungkin!! Jemari yang mulai menggigil digenggam erat.

"A..Apa berlaku sebenarnya Qiel? Selepas kejadian tu...Apa terjadi?" Ya! Dia tak perlu terburu-buru membuat kesimpulan. Kebenaran pasti akan terungkai dengan sendiri..Itu pasti!

"Putra ugut keluarga aku Love. Ibu aku menjalin hubungan dengan ayah Putra..That's why Putra belasah aku! Selepas kejadian itu, ibu terus berhenti berhubung dengan ayah Putra. Malangnya, Putra si mafia celaka tu tak lepaskan keluarga aku...Dia terus datang mengugut keluarga aku, supaya aku dipisahkan dengan kau. Dia memang nak hancurkan aku!"

Mengapa Putra lakukan semua itu? Apa yang Raqiel Amoris telah buat sampai bertindak sejauh itu? Lovely kerut dahi, otak ligat berfikir.

"Why? Pasti ada sebabnya. Kau ada kacau mafia tu ke?"

Raqiel geleng.

"Aku kenal Putra pun kerana ibu. Aku tak pernah terlibat atau ganggu Black Sapphire! Not until what Putra did to you!!"

Sekali lagi dinding tandas jadi mangsa layangan deras penumbuk Raqiel. Menitis darah di celah-celah jemari Raqiel, namun sakit dalam hati lebih parah berbanding sakit di tangan.

"Si...Siapa Putra?" Entah kenapa, Lovely tiba-tiba sukar bernafas sebaik sahaja nama itu disebut.
Raqiel Amoris mengukir sebuah senyum sinis.

"Actually aku masih tak tahu siapa Putra, yang pasti dia adalah leader The Black Sapphire..But now, I think I know who is that man.. " Raqiel menghela nafas panjang lalu merenung dalam ke anak mata Lovely.

"Putra...He's still after you, Love! Setelah bertahun-tahun, aku baru tersedar permainan lelaki setan itu! Kau adalah target utama Putra.."

Lovely terpegun! Tegak berdiri di hadapan Raqiel Amoris dengan mata dan mulut terkuak luas. Siapa Putra? Apa salah dia sampai jadi target mafia tu? Cuma kerana tertendang benda di celah kelangkang je pun, mengapa sampai sekarang dia masih tak dilepaskan? Tak logik!!

Hati yang sebentar tadi gundah gulana kini lebih tenang...Ahh, nyata apa yang ada di minda tidak benar sama sekali...Putra adalah orang lain, itu pasti!!

"Let's play a game to catch Putra..Aku tahu kau juga ingin tahu siapa lelaki yang telah menghancurkan masa depan kau bukan?"

Well...Actually, tak hancur menjadi puing-puing lalu berterbangan di udara pun..Seseorang telah muncul jadi penyelamat, kini dia sudah separuh perjalanan mengejar cita-cita, semua kerana seseorang! Ahh, mengingat lelaki itu senyum menguntum di bibir. Tak sabar nak balik dan sakat mamat tu, cute je wajah tampan tu bila buat muka meluat haha!

"Love!! Kau dengar tak ni?!!"

"Eh? Apa?? Apa??" Terkejut sampai terpinga-pinga kebingungan. Tak menyempat betul, dalam tandas pun boleh berangan, takkan dah gila bayang huhu..

"Let's catch that damn Putra!"

"Aku tak nak!"

Raqiel renung Lovely tidak percaya.

"Why?!"

"Aku dah lihat semuanya, Qiel! Kau dan Putra sama saja. Membunuh tanpa rasa bersalah, kejam dan tak berperikemanusiaan! Aku rela melupakan dendam pada Putra dari menyaksikan pertumpahan darah sekali lagi, never!"

Raqiel merenung Lovely agak lama dengan tatapan mendalam. Mengeluh kesal lalu menghela nafas berat.

"Okay, aku takkan paksa kau..Mungkin kau boleh lupakan, tapi tidak aku Love. Aku akan musnahkan Putra!"

"No Qiel..Berhenti membunuh, lupakan kisah lalu.."

Raqiel tergelak sinis.

"Come back to me then I'll stop hunting! I lost you because of him, Love!"

"Aku isteri orang Qiel!"

Semakin sinis gelak tawa Raqiel.

"Do you know exactly who is your husband? He is the most dangerous person in this world Lovely Scarlett!!"

Terpempam!

Mengeras sekujur tubuh Lovely. Dangerous? Maksud? Mafia? Yup, itu terserlah..Tapi dangerous yang macamana tu? Bibir bawah digigit perlahan.

"Once, aku suspect dialah leader The Black Sapphire. Aku goda teman wanita dia masa tu untuk gali maklumat. Malangnya......"

"Wait waittt!!!! Damn..So you're that perampas huh? Arghhh!!! Banyak-banyak perempuan cantik, why that perempuan karat hah?!! Korang takde taste ke? Urghhh!!!"

Raqiel melopong. Bola mata kelip-kelip merenung bingung pada Lovely!

"Perempuan karat...Cindy ke?" Ah dah tahu ditanya lagi! Lovely memutar bola mata, sebal!!

"Habis tu siapa? Takkan aku?"

Raqiel geleng kepala.

"Ah, tak kisah! Aku tak serius pun, malangnya Cindy langsung tak tahu apa-apa, malah sekeping gambar Ren Raizen pun dia tak simpan."

"Kau suspek Ren tu Putra?" Duga Lovely, masih pamer riak sebal.

Jauh di sudut hati, sebenarnya Lovely juga terfikir benda yang sama. Namun cuba diusir jauh-jauh. Dia percaya Ren Raizen tiada kaitan dengan semua ini!

"Dunno, kau boleh bantu aku buktikan sama ada Ren tu Putra ke tak.."

Lovely terdiam. Hanya mendengar usul Raqiel tanpa memberi sepatah respon. Betul kata Raqiel Amoris, segalanya mungkin! Bukankah sebelum ini dia begitu bersungguh-sungguh mahu balas dendam pada seorang manusia bernama Putra?

Adakah dia akan bersetuju mengikut rancangan Raqiel Amoris? Boleh percaya ke janji Raqiel yang tidak akan ada nyawa yang terkorban kecuali pihak sebelah menyerang dahulu seperti yang berlaku pada suatu waktu dahulu?

Yup! Kini baru dia perasan, Ren Raizenlah yang tiba-tiba muncul menyelamatkan dia dalam setiap serangan berdarah tersebut. Selama ini dia langsung tak terfikir tentang itu! Adakah benar Ren Raizen.....Arghh!!!

Tak sedar langsung, dia telah jauh meninggalkan bangunan perpustakaan. Lovely kelam kabut berpatah balik, menuju ke kereta.

Now what should you do Lovely Scarlett?

Memilih rancangan Raqiel sama seperti mengkhianati Ren Raizen, tapi kebenaran dan misteri bakal terungkai..Siapa sebenarnya Putra dan apa lelaki itu mahu dari seorang Lovely yang tidak punya apa-apa!

Mengabaikan usul Raqiel salah satu langkah selamat sebenarnya, tiada yang bakal cedera, tiada yang bakal menangis kerana semuanya tersimpan rapi...Tapi, mampukah dia berdiam diri buat selamanya? Huhu...Apatah lagi sekarang dia sudah mulai curiga tentang siapa sebenarnya Ren Raizen. Mengapa lelaki itu tiba-tiba muncul malah terus mengikatnya dalam perkahwinan. Misteri! Ren tidak pernah mahu bercerita, dia malah diberi syarat untuk tidak bertanya!

What will you do Lovely Scarlett?!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience