"Congratulations Love, you're awesome!!"
Lovely tersenyum manis. Sebuah kek bersaiz sederhana dihalakan ke arahnya, dengan sebatang lilin marak menyala. Lovely meniup lilin tersebut, melebarkan senyuman bila bunyi tepukan beserta sorakan bergema di dalam bilik sederhana luasnya, dengan tema warna serba putih! Dah namanya hospital kan huhu..
"Thank you Qiel! You're awesome too..90% to completely back to normal..Can't wait to see you run like a beast again!"
Berkerut dahi Raqiel mendengarnya.
"I'm not like that! What do you mean like a beast?"
Lovely tergelak kuat. Raqiel sudah menarik wajah cemberut.
"Kidding! Say aaahh...." Sepotong kek saiz muat-muat je di mulut Lovely sumbat masuk ke dalam mulut Raqiel.
Kelam kabut Raqiel menganga, takut juga mamat ni wajah tampan dia dicomotkan. Tergelak Lovely melihat gelagat Raqiel, terhibur!
"Makan kenyang-kenyang ya, jap lagi your fisio session. Banyak tenaga nak guna."
"Kau tak dapat nak temankan pun, aku takde semangat. Nak skip boleh?"
"Janganlah macam tu Qiel. Your mum kan nak datang tu, aku kena jumpa Puan Qistina. Dari semalam tau dia merayu nak jumpa aku, kesian.."
"Dia nak ucap terima kasih tu, kan dah menang kes saman. Teruk ah suami dia tu, sanggup culik anak sendiri semata-mata kerana mahu mengugut isteri. Kalau aku sihat, dah lama aku tembak kepala lelaki tu."
Argh! Mafia tetap mafia..Lovely geleng.
"Aku sendiri sebagai seorang lelaki takkan sanggup buat macam tu tau. Bila aku jadi seorang suami kelak, aku hanya akan mencintai isteriku seorang, jaga hatinya baik-baik..Setia hingga ke hujung nyawa."
Lovely menentang bola mata Raqiel. Kata-kata yang sama, pernah terbit dari bibir Raqiel suatu ketika dahulu, di zaman muda remaja.
"Seriously Qiel..How many girls have you slept with?"
Raqiel tersentak sedikit, sebelah kening terjongket tinggi.
"Kau nak jawapan jujur ke tipu-tipu?"
Soalan apakah itu? Ada pulak orang bertanya untuk dapat jawapan helah bela diri? Raqiel ni memang sengaja nak kenakan dia, menjengkelkan!
"Tak payah jawab!" Mendongkol Lovely dengan wajah kelat.
Raqiel tergelak.
"Aku teruna terlajak Love. I've never slept with women...I'm not like Ren Raizen yang kaki perempuan!"
"Not even with Cindy? Kau rampas Cindy dari Ren kan?"
Raqiel menghela nafas panjang.
"Told you kan, aku goda Cindy untuk balas dendam! Bodohnya aku kerana bertindak melulu tanpa fikir panjang semata-mata kerana dendam. Seharusnya sejak dari mula aku tahu yang Ren Raizen takkan pernah mencintai.. Never!! Kena lagi Cindy jenis kepala batu dan muka tembok..Payah sungguh nak singkir perempuan tu."
"Kau goda Cindy, simpan dia di sisi kau tapi tak pernah tidur dengan dia? Boleh percaya ke? Perempuan seperti Cindy tu pasti tak tunggu lama untuk terkam kau!"
"Aku takkan guna bekas orang Love! Besides, I can't! Aku tak dapat lupakan kau.."
Lovely diam, hilang kosa kata! Terharu sebenarnya, ternyata Raqiel Amoris tetap berpegang pada janji yang pernah mereka berdua lafazkan suatu ketika dahulu. Jelas, dia lah manusia yang ingkar pada janji, malah jatuh cinta dengan lelaki lain huhu..Rasa bersalah semakin menebal di hati.
"Tell me honestly Qiel...Kau sudah tahu sejak awal kan? Bahawa Ren Raizen sebenarnya Putra? Aku dapat rasa yang korang memang saling mengenali. Mengapa perlu berlakon di mata umum? Mengapa saling membenci?"
"I can't answer that, ianya terlalu peribadi untuk dikongsikan..Maaf Love.." Pantas sungguh Raqiel menjawab.
Lovely merenung tajam wajah serba salah Raqiel Amoris.
"Cakap pasal Ren, kau dah tandatangan borang permohonan cerai tu?"
Kali ini giliran Lovely terpempan!
Terus tunduk menyembunyikan perubahan wajah. Mana mungkin dia mahu terlihat rapuh di hadapan Raqiel Amoris yang saban waktu dipujuk, dibantu untuk membina semula tembok keyakinan diri? Tidak dinafikan, Lovely pendorong utama Raqiel Amoris berusaha bangkit dan mahu meneruskan hidup. Hampir sebulan, Lovely menemani Raqiel di hospital. Hampir sebulan juga, Lovely dalam diam-diam terus berusaha menjejak Ren Raizan.
Putus asa? Nope, cinta tidak memungkinkan Lovely untuk berbuat begitu. Ren Raizen sudah memiliki seluruh jiwa, bagaimana mampu dia lepaskan lelaki itu! Sebab itu Lovely tidak mahu turunkan tandatangan. Borang itu masih tersimpan rapi dalan laci meja di bilik tidurnya. Dia tidak percaya kecuali Ren Raizen sendiri menuturkan permintaan tersebut.
Di mata semua orang, Lovely Scarlett adalah seorang wanita yang terlihat kuat. Kehilangan Ren Raizen tidak sedikitpun memberi kesan. Lovely tetap meneruskan hidup, malah semakin mantap berhujah di depan hakim. Sesungguhnya, tiada siapa tahu bertapa hancurnya seorang Lovely..Saban waktu jiwa meratap meraung memanggil sang suami... Setiap malam bila mata tak mampu dilelapkan, pil tidur jadi peneman setia. No one knows the pain! Cuma menunggu masa tepat untuk jatuh tersungkur tanpa mampu untuk bangkit semula.
Demi kemunculan Ren Raizen, macam-macam Lovely buat. Hampir terjun dari jambatan tinggi, hampir ditabrak kereta malahan hampir lemas di lautan. Hanya Carl dan Stone yang muncul menyelamatkan..Figura yang dinanti dan diharap untuk muncul last minit jadi superhero seperti kebiasaan yang dilakukan sebelum ini hanya tinggal impian yang perlahan-lahan sirna dimamah waktu. Hati tetap tidak mahu menerima, walaupun sudah lama Lovely tidak merasakannya...Seperti sedang diperhati, seperti sedang diekori...Rasa seumpama itu sudah tiada yakni semenjak Ren Raizen hilang!
"Kau masih berharap Ren akan kembali?" Mendatar suara Raqiel bertanya.
"Jangan nak mulakan Qiel. Kau tahu isi hati aku!"
"Stop it!! Please just stop Lovely Scarlett!! Sampai bila?? Sampai bila kau nak seksa diri kau? Ni..Aku..Sampai bila aku kena bersabar Love? Kau langsung tak bagi peluang pada aku, kau langsung tak nak buka hati kau pada aku sedangkan kau tahu aku terlalu sayangkan kau!!"
Lovely bingkas berdiri. Dia tak perlu dengar semua itu, muak! Isu yang sama, hampir setiap hari mereka berdua bertekak mengenai isu yang sama. Sudah terlalu lelah!
"Don't do this to me Love!" Pantas tangan dipaut Raqiel, langsung menghentikan langkah Lovely.
"Give me a chance to love you....Again..." Merayu penuh pengharapan dengan bola mata berkaca-kaca.
Lovely memaling wajah, tidak sanggup memandang. Bukan tak suka, bukan juga membenci. Setiap kali Raqiel berkelakuan seperti itu, perasaan bersalah terus membelenggu. Asakan demi asakan membuat tembok pertahanan semakin goyah.
Ren Raizen!!!
Ku seru namamu sayang!! Sampai bila aku mampu bertahan? Aku takut...Lama kelamaan luka ini semakin pulih, dan kau semakin hilang dari kotak memori...Kerana ada dia yang mulai melakar memori di setiap lembaran muka buku hari-hariku. Aku benar-benar takut sayang... Sejarah mungkin berulang...Kau sudah pernah lakukan itu, dan kau berjaya merampas sekeping hati ini...Aku..Tak kuat...
Lovely tunduk mengatup mata. Setitik air mata jatuh dari celah kelopak mata. Raqiel menarik Lovely merapat. Tak! Lovely keraskan badan, tak mahu kehangatan Raqiel meresap ke dalam jiwa.
"I always love you.." Jemari Lovely dikucup dengan lembut.
"Give me a chance Love.." Pinggang Lovely dipaut, lalu wajah tampan itu dibenam di perut flat Lovely.
"Let me in..And I promise..I'll stay forever.."
Now tell me..How could you resist makhluk Tuhan paling seksi dan sempurna di muka bumi itu? Oops! I mean tempat kedua..Ren Raizen tetap pemilik tempat pertama hihaaa...
"Don't do this Qiel..I loved him.."
"He's gone Love..Ren Raizen has gone and left you! What do you expect from that bastard? Do you really think he'll coming back for you? He.. Never...Loved... Lovely Scarlett! Sedarlah! Kau cuma menyeksa diri!"
Kata-kata itu bagaikan belati tajam menghiris-hiris pedih hati. Lovely menangis tanpa mampu diselindungkan lagi. Sakit kan bila terlalu lama menahan tangisan, rasa nak pecah dada...Menangis tersengguk-sengguk, begitu murah air mata untuk lelaki yang bernama Ren Raizen.
"Aku...Nak..Tunggu Ren..." Dalam esakan, biar suara terputus-putus, Lovely tetap bertegas dengan kehendak hati.
Wajah Raqiel berubah, tegang dan mulai kelihatan bengang.
"Sampai bila Love?"
"Sampai mati!"
Arghh!!
Raqiel menampar permukaan tilam dengan kuat, melepaskan rasa tidak puas hati. Mujur je kaki belum pulih sepenuhnya, kalau tidak pasti disepak terajang semua benda yang ada di dalam bilik itu.
"Jadi bagaimana dengan aku Love? Adakah aku langsung tidak berharga di matamu?"
"Aku pernah mencintai kau sepenuh hati Qiel, tapi semua itu sudah berlalu. Past is past..Aku harap kau faham isi hati aku."
Raqiel geleng kepala, deras dan keras! Ah, nampaknya Raqiel Amoris takkan mengalah dengan mudah sekaligus meletakkan Lovely Scarlett terusan dalam dilema!
"I don't care baby...All I care about is being with you, cinta aku juga sampai aku menutup mata hanya untuk kau seorang, kau harus tahu itu Love. I want you to sign the divorce paper. After that, let's get married and restart again..We'll make it till the end, I need you to believe in us Love..Please....."
Raqiel lantas menarik Lovely ke dalam pelukan, memeluk Lovely dengan erat seperti itu adalah kali terakhir mereka bertemu, seperti tiada hari esok.. Seperti esok langit akan runtuh, dunia akan kiamat! Kalau begitu dalam cinta yang ditunjukkan apatah lagi oleh pemilik kesempurnaan sesempurna raja kayangan, sampai bila hati bisa bertahan katakan coba? Pasti suatu hari dia akan tewas, lelaki yang sedang memeluk erat tubuhnya itu juga pernah suatu waktu lama bertakhta di hati.
Lovely diam membatu, tapi tidak otak liciknya. Tertekan dan terdesak, idea gila mulai timbul dalam otak. Arghhh!!! Stop it Love...Jangan cuba bermain api, kelak akan membakar diri.. Hati kecil sibuk melarang! Jangan mengejami seseorang yang tulus mencintai..Lovely mengeluh dalam hati. Ren Raizen benar-benar menjadikan seketul Lovely Scarlett terdesak hingga sanggup melakukan perkara paling kejam huhu..
Lovely menolak tubuh Raqiel perlahan-lahan menjauhinya. Raqiel berkeras tidak mahu melepaskan Lovely. Kerana cinta, kedua manusia ini terbelenggu, masing-masing bertindak di luar kewarasan diri, tidak kira ada manusia lain yang tersakiti, saling menzalimi demi mencapai kehendak hati.
"Let me go Qiel..I'll...I'll think about it..Please, give me time.." Dan perlahan, Raqiel melarikan tangan.
"Sign the paper or I'll shoot my head." Siap mengugut kerana terdesak.
Jeda!
Bola mata tak berkelip merenung tajam pada wajah tanpa cela Raqiel Amoris.
"Are you crazy?" Bergetar suara menahan marah.
"Dare me!"
Arghhh!!!! Ni bukan lagi bermain api, ni dah masuk bermain nyawa! Silap langkah, salah seorang pasti jadi korban..Mengapalah dia boleh terjebak dengan mafia-mafia yang tak berperikemanusiaan ni?
"I need time Qiel..Soal hati kan tak boleh dipaksa, aku cintakan Ren Raizen!"
"He's gone!!"
"But he's still here.." Sebak, Lovely menepuk dada. Air mata jatuh lagi..Memang sakit setiap kali menyebut nama lelaki itu, seolah hujung bilah belati menusuk laju dan dalam hingga ke relung hati.
"Then make him leave."
Hah!! Kalaulah ianya semudah mencurah air liur..
"I want to see the divorce paper with your sign tomorrow Love, make it or my dead body.. Your choice!"
Kejam!
Sekarang dia harus memilih pulak? Sungguh tidak adil..Lovely kesat air mata. Reda dan pasrah dengan nasib, cuma saja...Untuk menurut seratus peratus, itu bukan sikap Lovely Scarlett...Dah namanya musang licik, Raqiel Amoris mungkin tak tahu, tapi Ren Raizen pasti cukup memahami malah sentiasa bersedia menangkis muslihat liciknya!
"I'll give the answer tomorrow..Now take a good rest Qiel, see you soon.."
-
-
-
"Are you out of your mind?" Melengking suara, tak dipedulikan beberapa pasang mata yang melihat kurang senang kerana menganggu ketenteraman di restoran mewah itu.
"I'm desperate! That's why you need to find him as soon as possible!"
"You're crazy! Someone might die Love! Raqiel won't let it slip easily!"
"I know..Tapi aku dah tak punya jalan keluar Kenjiy."
"Just leave him idiot! Raqiel takkan mati dengan mudah. Yang kau masih menempel kat mamat tu pehal?"
Berkaca-kaca terus bola mata Lovely dimarahi oleh Kenjiy. Menempel? Berat sungguh tuduhan tersebut. Keikhlasan dia dikata menempel? Bukankah itu sama maksudnya dengan menggatal? Mereka semua tak tahu apa yang telah Raqiel lakukan semasa dia dan ibu berada di ambang kegelapan. Ketika peristiwa hitam itu, di mana nyawa mereka hampir berada di hujung tanduk...Tiada yang berani muncul membantu...Hanya Raqiel Amoris bergadai nyawa membawa mereka keluar dari rumah neraka itu!
Ashraff Kenjiy langsung tak tahu, bertapa selama ini terlalu banyak budi yang ditabur oleh Raqiel Amoris...Walaupun dibalas dengan nyawa Lovely sekalipun, belum tentu mampu melunaskan semua kebaikan yang telah dilakukan oleh Raqiel pada keluarganya. Jadi, mampukah dia bertindak kejam di saat Raqiel benar-benar membutuhkan dia?
"Aku punya sebab Kenjiy.."
"Kau masih sayangkan Raqiel bukan? Then why bother? Just let it be, biarkan Ren pergi."
Lovely tunduk, air mata yang mengalir dikesat perlahan. Tak guna bercakap dengan Kenjiy. Agaknya lelaki itu tak pernah bercinta, langsung takde tapis-tapis, sembur terus!
"Aku..Cintakan Ren Raizen.."
Kenjiy mendengus sebal. Semakin mendongkol bila lihat air mata Lovely.
"Then why kau nak kahwin dengan Raqiel? Tak puas dengan Ren ke? Hah! Perempuan semua sama kan? Kata sayang, kata cinta..Diuji sikit dah nak lari, cari yang lain! Mulut je manis, hati ada racun ular berbisa!"
Lovely bingkas bangun, tak mampu lagi nak tadah telinga dengar kata-kata melampau Ashraff Kenjiy. Dia bukan ular, dia musang kot!
"Kau tak nak tolong takpe, tapi tak perlu tuduh aku sampai macam tu! Kalau aku ni gatal sangat, tak perlu kan aku tunggu sampai Qiel hampir cacat untuk menempel, awal-awal dulu masa Qiel masih gagah perkasa aku dah buat kan? Apa kejadahnya dah cacat baru mendekat? Dapat susah je kan, takde nikmat pun! Menuduh tu memang sifat semujadi manusia yang naif, tapi hanya manusia istimewa yang dikurniakan otak udang yang mampu buat tuduhan tak masuk akal macam kau!! Berehat Kenjiy, otak kau dah biul tu!"
Terpinga-pinga Kenjiy dibuatnya!
Dia hanya keluarkan tak sampai dua puluh patah perkataan, sekali minah ni balun sampai berpuluh-puluh patah perkataan.. Gila!! Pedasnya sampai memblender isi perut!
"Love..Wait!!" Kenjiy mengejar laju.
"Keluar lagi tuduhan tahap kungkang kau, aku sepak mulut takde insurans kau tu!"
Tertelan terus sedas air liur!
"Hati-hati...Tu je aku nak cakap sebenarnya.."
Ahh..Tau takut!
"I will..Sementara itu, tolong aku..Jangan putus asa menjejak Ren..Please!"
Kenjiy angguk.
Esok hari, seperti biasa Lovely tiba di hospital usai menyiapkan kerja di pejabat. Agak lama dia berteleku di muka pintu, cuba mengumpul kekuatan untuk berhadapan dengan situasi yang bakal berlaku. Di tangan, tergenggam erat sepucuk sampul surat besar berwarna coklat. Dia tahu pasti Raqiel juga sedang menunggu tanpa kesabaran. Perlahan, daun pintu ditolak.
Raqiel yang sedang duduk bersandar di kepala katil terus menoleh lalu memandang silih berganti bola mata Lovely dan sampul di tangan. Serius sungguh, sikit senyum pun tidak!
"Did you sign it?" Terus bertanya tanpa sabar.
Lovely melangkah tenang menghampiri.
"How was your fisio yesterday? Any improvement?"
"I can walk without help but my legs are still weak."
Lovely sengih, girang sungguh mendengar berita tersebut.
"Bravo Qiel!! You did it!!"
"Nope, we did it!"
Jeda sesaat.
"Now let me see the document!" Raqiel hulur tangan, meminta sampul di dalam genggaman Lovely.
Mulai kelihatan serba salah. Dia tak rela, sungguh tak mahu..Hampir je dikoyakkan sampul itu semalam.
"Let me see it Love!" Raqiel semakin mendesak. Pantas jarinya merampas sampul tersebut dari tangan Lovely.
"Damn!! Why kau tak sign lagi?!!" Raqiel terus melengking, wajah merah padam.
"Aku tak mahu!"
"Your choice!"
Raqiel menarik sesuatu dari bawah bantal. Melopong luas mulut Lovely melihat benda berkilat itu
"Noo!!!" Meluru laju cuba merampas senjata api di tangan Raqiel.
"Go away Love, I hope you're happy when I'm gone.."
"Qiel..Please don't do this.."
"Told you, if I can't be with you..It's useless to live..Just let me die Love!"
"No Qiel..Dengarkan apa yang ingin aku katakan dulu..Please.."
Perlahan, Raqiel menjauhkan muncung pistol dari kepalanya.
"If I agree to sign this, it doesn't mean that you and me can be together..You know I still deeply in love with Ren."
"I don't care.."
"Give me time to adopt and adapt Qiel.."
Raqiel angguk tanpa suara.
"And through this process, drop your gun! Please..No more blood..Whatever happens, gun is excluded..Janji dengan aku Qiel!"
"Ok..I promise! Now sign the paper..."
Lovely menarik nafas dalam-dalam. Hanya mampu berharap yang percaturan kali ini tepat dan Raqiel Amoris akan berpegang pada janji!
Share this novel