"Don't touch me Ren Raizen!"
Ren Raizen mengoyakkan senyum sinis. Riak wajah maintain selamba. Mata separuh kuyu itu terusan merenung Lovely yang masih duduk menyandar di kepala katil. Badan dipusing menghadap Lovely sambil kepala menopang lengan. Ishh..Lovely mengalihkan mata. Why so sexy this mamat? Dahlah kacak gila, menggoda sungguh pulak tu huhu.. Hailaahh hati, terus berdebar gila you! Takleh jadi ni..Mulut kata tak nak, hati pula sebaliknya.
"And why I can't my sweet Love?"
Yelaa tu, mamat ni sengaja pula nak menguji dengan suara gemersik penuh romantis dan kata-kata bergulanya..Sungguh-sungguh nak menggoda ler tu! Hati Lovely apalagi..gedebak gedebuk dengan ganasnya!
"Because..because....err..." Otak tidak mampu menjana baris kata yang sesuai lantaran penangan pesona Mr Chipsmore tu..namatey!
"You're dirty!"
What?! Memang cari pasal betul jawapan kau Lovely!
Riak wajah si kacak berubah sedikit, nampak agak tersentak dengan jawapan berani mati Lovely. Sebelah kening dijungkit tinggi, mata terkuak luas, tetap tidak berkalih sedikitpun dari memandang Lovely.
"Dirty?!" Ren ulang perkataan yang disebut, seolah mahu memastikan yang dia tidak salah dengar.
Lovely tergagap seketika. Takleh ah, asal hadap mamat ni Lovely tetiba jadi lembik macam tauhu..Aura mamat ni..Bahaya!
"Kau..Kau melakukan seks bebas..Aku...Aku tak nak kau sentuh aku!" Gerun memang gerun, tapi nak juga diluahkan, semakin disimpan semakin merana rasanya.
"And do you have proof? You're accusing me you know."
Lovely mencebik, muncung sedepa bibir menahan geram. Dah berlaku depan mata pula, nak bukti bagai konon!
"Aku tak menuduh kalau bukan berlaku depan mata aku Ren! Mungkin bagi kau, itu perkara menyeronokkan, maklumlah nak sedap je kan. Tapi bagi aku, ianya memualkan! Menjijikkan! Kau tidur dengan perempuan lain Ren, malahan bukan seorang..Aku..Aku takleh! Aku rela dijandakan pada usia muda dari terusan disentuh oleh kau." Lovely langsung tak berani membalas renungan tajam menikam Ren Raizen. Bola mata terusan bergolek ke kiri ke kanan, nampak sungguh bertapa gundahnya dia saat itu.
Ren Raizen sengih senget, sebelum mengesot badan dengan tiba-tiba untuk menghilangkan jurang antara mereka berdua. Terkejut Lovely, mata terbuntang luas. Ren nak buat apa? Paksa?
"I never slept with those girls Love! Yes, we had sex, an oral sex to be specific. I only did real sex wtih two girls..My ex and you!"
Oh wow!
Sukar dipercayai butir bicara Ren Raizen. Sukar ditafsir riak wajah kacak yang sedang merenung dalam ke anak mata Lovely ketika itu. Misteri, itu penerangan paling tepat untuk Ren buat masa ini. Lovely langsung tidak kenal siapa lelaki di depannya, yang pasti lelaki itu tiba-tiba muncul menjadi suami, memberi kesenangan malah melindungi Lovely.
"Ex? Where is she? What happened? Is it... because of me?"
Ren tergelak kecil. Dagu Lovely disentuh lembut, lalu ditolak perlahan untuk menghadap wajah Ren. Perbuatan kecil yang mampu menghadirkan getaran dalam jiwa.
"Stolen! Girls nowadays are unfaithful, aren't they?" Ren hampir berbisik di penghujung kata, wajah semakin dekat dengan wajah Lovely.
Celakanya jantung tak henti berdag dig dug! Rasa macam nak terlondeh dari dada! Ren perasan je kegelisahan Lovely, siap ukir senyum mengejek lagi huhu..
"Are you one of them huh, Love?" Kini wajah Ren sudah terpacak betul-betul di depan wajah Lovely, berjarak hanya beberapa sentimeter, hingga hembusan nafas wangian mint segar Ren terasa seperti membelai kulit wajah Lovely, berdiri terus bulu roma!
"Aku...tak curang! Yang curang tu kau Ren!"
"Kau lupa tentang peraturan tu? Kau tak berhak atas aku Love, aku bebas buat apa yang aku suka."
"Yup! Aku masih ingat, tapi peraturan tu berat sebelah. Kau bebas melakukan apa saja, tidur dengan mana-mana perempuan sesuka hati kau, but..not me! As long as you want me, I want it to be only me..No sex bebas, it's disgusting!"
"Not even oral sex?"
"Noo!!"
Dahi Ren Raizen sedikit berkerut bila suara bentakan Lovely naik seoktaf. Ada segaris teruja pada sinar mata Ren. Satu senyuman kecil terukir di bibir.
"Are you perhaps...Jealous?" Ada nada mengejek di situ, memang setan!
"Jealous? Aku masih waras untuk cemburu pada manusia seperti kau Ren Raizen!" Yakinnya kau Lovely Scarlett!
"Sure?"
"I will never fall in love with you, Ren Raizen. You're not my type!" Yup! Keyakinan semakin tinggi!
"Let's see about that! My first rule, kau masih ingat bukan?" Siap menyindir okay, benci! Taulah Ren ni punya pesona yang pastinya mencairkan mata yang memandang, tapi dia bukan seperti wanita kebanyakan, pengalaman perit bersama manusia bernama lelaki cukup mengajar Lovely untuk tidak tidak mudah lemah di depan kaum itu!
"I'm afraid you might be the first to break your own rules, Ren Raizen.."
Ren tergelak kuat. Rasanya takde pun lucu mana kata-kata Lovely, kecuali Ren memang sengaja mengejek. Malu tapi nak buat macamana, terlajak cakap huhu. Lovely sedar diri, dia bukanlah gadis cantik potongan ala-ala model, jauh panggang dari api jika dibandingkan dengan Ren Raizen yang seumpama dewa kekacakan. Dia cuma tidak mahu dipandang enteng oleh Ren.
"Yeahh..Make me fall on my knees and beg you Love.." Ejek Ren Raizen lantas memanjat naik atas tubuh Lovely.
Tersentak hingga berkeras seluruh tubuh Lovely. Tangan yang baru diangkat mahu menolak dada Ren menjauhi pantas diserkap oleh Ren lalu dikunci atas kepala Lovely. Terperangah!
"And I'll make sure one day you'll moan my name Love.." Seraya berkata, bibir Lovely dipagut dengan rakus.
Arghhh!!
Tak boleh tewas!! Lovely melarikan wajah, Ren mencumbui pipi lalu turun ke leher sampai ke tulang bahu.
Takkan tewas!
Lovely meronta, cuba memerengkan badan agar tidak terusan diburu oleh bibir hangat Ren Raizen. Lelaki itu malah semakin galak menyerang, tak putus asa langsung. Penolakan Lovely semakin menaikkan nafsu Ren untuk menguasai. Gaun tidur Lovely dilorotkan dengan mudah, hanya sebelah tangan diguna. Celaka, mamat ni memang pro gila!
Dan bila Ren mulai membenamkan wajah di antara dua buah daging yang menonjol tinggi dan bulat di dada, getaran luar biasa mulai hadir dalam jiwa. Tanpa sedar, tepacul desahan dari bibir Lovely. Sebuah senyuman terukir di wajah Ren, senyuman kemenangan..Beberapa kali bersama Lovely, dia sudah cukup arif dengan titik kelemahan gadis itu. Acah-acah je tak mahu pada mulanya, bila digomol tewas terus, malah jadi liar sepanjang berhubungan intim. Geram!
-
-
"Kau ada dengar cerita tak?"
Lovely geleng, dia memang jenis manusia tak kisah pada hal-hal sekeliling. Kesha mendengus, sebal dengan sikap acuh tak acuh Lovely.
"Tan Sri Adam, ayah Twinkle diisytihar bankrupt! Habis semua harta benda disita. And also, aku dengar family Belinda and the geng juga mengalami nasib yang sama. Kau tahu bapa kau sedang berada dalam tahanan polis atas tuduhan songlap duit?"
Okay, ini memang buat semangat Lovely berkobar-kobar haha..Orang tua tu? Padan muka, biar mereput dalam penjara.
"Mengejutkan bukan? Sekaligus malang datang bertimpa, memang padan dengan muka geng perasan supermodel tu. Lepas ni aku nak tengok berani lagi tak deorang nak berlagak kat kampus!"
Yup, mengejutkan dan sangat memusykilkan! Semua berlaku selepas kemunculan Ren Raizen dalam kampus! Lovely jadi tidak betah duduk. Mungkin dia harus mendapatkan kepastian dari Ren sebelum fikir yang bukan-bukan.
"Dahlaa Kesh, jom kita siapkan dewan ni. Nanti kena bising Madam Azizah!"
Itu tugasan yang diamanatkan buat Lovely dan beberapa teman sefakulti, hiasan pentas dan dewan untuk acara malam apresiasi yang di adakan pada malam itu.
"Eh, kau dah ada baju untuk dipakai malam ni tak? Aku takde lagi ni."
"Pakai jelaa baju kuliah kau, okay apa!"
"Tak best ah, aku nak jadi princess.."
Terbelalak mata Lovely mendengarnya.
"Serius ah? Kau ingat kau masih hingusan ke apa?"
Kesha mencebik.
"Apa kau ingat karakter princess tu untuk kanak-kanak je ke? Kau tak tengok cerita Disney tu? Ada budak hingusan jadi pelakon utama? Even watak haiwan pun guna pelakon suara dewasa tau!"
Lovely buang wajah, nak bertikam lidah dengan Kesha memang sampai ke esok takkan habis. Lovely meneruskan kerja, membiarkan Kesha menggumam seorang diri, butir bicara kurang jelas di pendengaran..Yang pasti memang mengutuk dia ler tu.
Hampir setengah hari dihabiskan untuk mempersiapkan dewan. Setelah selesai, Kesha sibuk mengajak Lovely shopping baju. Lovely hanya menurut, bukan hartanya pun hehe..Dah mamat tu tak kisah harta dikikis..hentam jela kan!
Usai bershopping, Lovely kembali ke rumah agam untuk mempersiapkan diri. Setelah siap, Lovely turun ke tingkat bawah. Ketika menuju ke pintu utama, dia terserempak dengan Mak Jah.
"Wahhh, cantiknya puan. Nak ke mana ni?" Sapa Mak Jah dengan mesra.
Lovely sengih.
"Ada program dekat U Mak Jah. Nak cepat ni, aku pergi dulu ya."
Lovely meminta diri dengan penuh sopan. Dia sangat menghormati Mak Jah, wanita separuh abad itu menjaganya seperti anak sendiri, tanpa disedari terbit rasa sayang buat wanita itu.
"Yela, hati-hati jalan tu, jangan makan jalan dah. Roboh bangunan U tu dikerjakan tuan Ren nanti hihi.."
Eh Mak Jah ni, pandai memerli pulak ya?! Tapi maaflah..Mak Jah silap, dia bukan siapa-siapa buat Ren Raizen..Ren cuma datang untuk menidurinya kemudian menghilang keesokan harinya..bukan sehari, berhari malah berminggu tidak muncul..Itulah Ren Raizen Mak Jah..
"Ewaahhh..Cantiknyaaa Love, macam bidadari turun dari kayangan.."
Itulah kata-kata yang terpacul dari bibir Kesha sebaik sahaja melihat Lovely muncul di pintu masuk. Yup! Dia memang sengaja mengenakan mekap agak tebal, cuba menyembunyikan wajah sebenarnya..Tak pasti ler Kesha ni ikhlas memuji atau sebenarnya memerli, dia bukan pro menconteng muka haha..main hentam jak!
"Kau cakap betul-betul, muka aku macam hantu tak?" Lovely mendekati lantas berbisik perlahan.
"Ehh hantu apanya? Cantik I tell you, kau ni jarang mekap, sekali mekap fuiyooo..Lain terus wajah tu, kau tengok sekeliling..Semua tengok kau hehe.."
Eh malulah pulak, terus tersipu-sipu dengar pujian Kesha. Cantik ke dia? Cantiklah kot hehe...
"The wife is coming.."
Melompat Lovely bersembunyi di belakang Kesha. Kesha menjeling penuh kehairanan.
"Kau ni kenapa? Tiba-tiba gelabah!"
"Tak..Takde apa-apa, jom gerak.."
Lovely pantas menarik tangan Kesha untuk pergi dari situ. Mereka duduk di bahagian paling belakang dan agak tersembunyi. Walaupun mulut Kesha pot pet bising kerana tidak dapat melihat di depan pentas dengan jelas, Lovely buat-buat tak dengar. Majlis berlangsung hampir dua jam lamanya, sampai menguap-nguap Lovely.
"Aku musykillahh..Kau tengok Sofiya, sebaik sahaja habis ceramah terus bergegas ke belakang, macam nak terberak pun ada aku tengok.." Omel Kesha, tajam sungguh mata minah ni tau.
"Tambah bikin musykil, dia datang lenggang lenggok seorang diri tau, husbandnya mana? Takkan tak ikut? Dahlah program ni selesai lewat malam, berani laki dia biarkan isteri hot dia ni datang seorang diri? Something fishy you know..Laki cemburu buta tapi dibiarkan isteri ke hulu ke hilir seorang diri, aneh bukan?" Dengan riak wajah penuh curiga, Kesha meluah rasa yang terbuku di dada.
"Aku musykil ahh..Jom pegi intai Love, buat apa bini orang tu dekat belakang lama-lama, takkan ke tandas makan masa hampir sejam kan? Ehh, karau hati aku ni..Jomm.."
Tangan Lovely ditarik. Lovely mengeluh keras namun tetap dituruti. Dia juga hairan sebenarnya. Mereka menyerusup ke belakang dewan perlahan-lahan. Kawasan tersebut memang agak sunyi dan gelap. Hati mulai curiga! Mereka berpandangan sebentar bila terdengar suara rengekan dan desahan halus dan manja. Siapa? Kaki dijengket, melangkah penuh berhati-hati. Kesha menunjuk ke arah sebuah bilik stor yang kelihatan sedikit terbuka
Perlahan, mereka berdua menghampiri. Terlopong mulut mereka berdua bila lihat dua tubuh sedang bertindihan di atas meja, bedecat-decit berbunyi ketika berlaga kulit. Kesha menarik henfon, setting diubah ke night mode sebelum mula menangkap beberapa gambar dan merakam aksi panas dua manusia berlainan jantina itu.
Seketika kemudian, Lovely menyenggol Kesha mahu mengajaknya pergi dari situ sebelum kehadiran mereka disedari. Dalam keadaan masih mencangkung, mereka bergerak perlahan-lahan untuk pergi dari situ. Setelah jauh, mereka bingkas berdiri lalu melangkah laju mahu meninggalkan tempat itu. Tergopoh gapah, Lovely merempuh seseorang yang tiba-tiba muncul juga dalam keadaan kelam kabut.
"Damn! Are you blind?!!"
Lovely terus terkesima sambil merenung figura di depannya dengan mata tidak berkelip. Sh*t betul lahh!! Macamana boleh terserempak? Mujur keadaan agak gelap. Minta-minta manusia di depannya langsung tidak cam siapa dia! Kesha menyiku belakang Lovely.
"Kau ni kenapa? Dia bukan sengaja pun!" Kesha menyampuk dengan suara agak tinggi.
Lovely cepat-cepat menarik tangan Kesha untuk beredar dari situ. Bola mata manusia di depan mereka terus mengekori pergerakan mereka berdua. Tiba-tiba pergelangan tangan Lovely direnggut kasar. Terasa luruh jantung ketika itu!
"Let me see you!"
Lovely mulai gelabah bila tangannya ditarik oleh manusia yang dilanggarnya menuju ke kawasan yang lebih terang.
"Heyy!! Lepaskan kawan aku!!" Kesha terjerit-jerit mengejar dari belakang.
Lovely meronta, cuba melepaskan cengkaman kukuh di pergelangan tangannya sekuat tenaga yang dia miliki. Mana mungkin dibiarkan wajahnya dilihat oleh manusia itu! Pasti padah akibatnya!
Pada ketika itu jugalah, muncul satu lagi figura berbadan sasa yang terselindung di sebalik hoodie gelap dari arah belakang mereka. Hayunan deras kaki panjangnya tepat mengena wajah manusia yang sedang menarik Lovely. Cengkaman terlepas serta merta, manusia itu terundur sebelum terhuyung hayang dan jatuh menghempap lantai.
"Sh*t!!!" Makinya sambil melap darah yang mengalir di celah bibir.
Tangan Lovely disambar semula, tetapi kali ini oleh figura yang tetiba muncul dan menghadiahkan sebuah tendangan padu itu. Apa ni? Lovely kebingungan sampai tidak mampu berkata-kata. Penampilan itu, malah wangian yang dipakai juga amat dicam oleh Lovely. Tiada rontaan atau penolakan diberikan, hanya menurut dengan penuh akur.
Macam-macam persoalan dalam minda saat itu. Mengapa tetiba boleh muncul? Adakah dia diekori tanpa sedar? Ah, tak mungkin! Saja buang masa jalan-jalan menghilangkan bosan? Lagilah aneh! Tapi kan, mamat sorang ni memang aneh, betul-betul tak dapat diduga sikapnya huhu..
Selepas masuk ke perut kereta, tak buang masa kereta dipecut laju membelah lebuh raya. Kecut perut Lovely, pemegang atas kepala digenggam erat-erat.
"Rule number 3..Do you memorise it?" Suara kasar, ada getar di hujung, marah ke?
Lovely menoleh, hood sudah dilorotkan. Terserlah wajah tampan itu.
"Aku tak langgar any of your stupid rules Ren Raizen!" Lovely cuba membela diri, memang betul apa!
Ren Raizen menoleh sekilas, cukup untuk Lovely lihat bola mata yang sedang marak menyala-nyala itu.
"Sure?!! Siap berpegang-pegang tangan tu apa maksudnya haahh?!!"
Amboi! Lovely ketap bibir. Ren ni buta ke? Dah nampak dia diheret, siap meronta-ronta mahu melepaskan diri boleh pula dikata berpegang tangan bagai?
"Aku tak buat! Ni hahh, tengok ni sampai merah tau pergelangan tangan aku mamat tu tarik. Aku lawan dan tarik tangan aku, dia tarik balik, kuat pula tu! Macam nak tercabut tau tangan aku!!" Lovely hulur tangan di depan Ren, saja nak bagi mamat tu tengok pergelangan tangannya yang merah akibat dicengkam dengan kuat.
Kulit Lovely putih melepak, jadi bekas cengkaman itu memang jelas kelihatan. Ren Raizen merapatkan rahang, jelas kelihatan tulang rahang bergerak.
"Apasal tak lawan? Ahh, kau sukalah tu..Kekasih lama muncul kembali! Mana mungkin kau jentik mamat tu kan?!"
Apa ni? Lovely kerut dahi! Tuduhan Ren memang sangat melampau.
"Dia bukan kekasih aku!!" Suara naik seoktaf.
"You're spying him, aren't you?!!" Ren juga mulai meninggikan suara.
"Noo!!!"
"Then why?!! Asal lelaki tu ada, kau juga mesti muncul berdekatan!!"
"Kau ni dah kenapa Ren Raizen? Kau sedar tak kau dah ceroboh kehidupan peribadi aku?"
"Ceroboh? Kau sedar tak kau milik aku?"
"Tapi kau dah letakkan sempadan pada hubungan kita!!"
Brek ditekan secara mengejut. Terjerit Lovely akibat terkejut. Mujur dia pakai safety belt.
"Yes! And I'll add more and more rules if you keep ignoring them!!" Seraya berkata, Ren memusing badan menghadap Lovely.
"Niii!! Muka ni!!" Tulang pipi Lovely Ren Cengkam lalu dibelek-belek.
"Don't ever everrrr again..wear make up!! You're ugly!!"
Sampai hati!!
"Nii!!! Baju apa kau pakai ni?!! Never wear this kind of dress..ever again!!! It's ugly!!" Ren siap menarik-narik dress hitam yang dipakai Lovely.
Rasa nak nangis je dengar Ren kutuk dirinya. Hodoh sangat ke?
"Are we clear?" Ren merapatkan wajah lalu berbisik di telinga Lovely.
"Okay, next time kita pakai kain kafan tak pun guni je ke hulu ke hilir okay, puas hati? wajah pula kita tempel dengan arang bontot kuali je, tak gitu Ren Raizen?"
Mencerlung bola mata Ren Raizen. Kalau tak tersindir lagi, tak taulah!
"Loyar buruk kau ya, mentang-mentang belajar perundangan.."
"Kau nak apa sebenarnya Ren? Ini tak boleh, itu tak boleh..Kau pula bebas buat apa saja, adil kah macam tu?"
Ren Raizen mengoyakkan senyum senget. Bibir mulai mendarat di belakang cuping telinga Lovely. Automatik nafas ditarik dalam-dalam, argh!! Bergetar jiwa raga dengan sentuhan lembut bibir hangat itu.
"Aku tak langgar syarat yang kau letakkan, Love..I've been a good boy you know.."
Dan ciuman semakin melarat!
Share this novel